Friday, October 29, 2010

Macam mana POSMEN buat keje..

Tadi pagi kawan aku tibe-tibe je wish 'terima kasih'. Ucapan ITU untuk kad raya aku yang baru sampai dekat dia hari ini.

Mak datok.....!! Aku pos punyalah dah lama. Sebelum tarikh tutup aku dah antar kad beliau. Boleh dia baru dapat hari ini. Ikot logik pun, paling lewat mesti sampai lepas raya. Alahai POS MALAYSIA. Kenapa dan mengapa bende macam ini boleh jadi. Dah nak masuk raya haji baru korang nak hantar. Terselit kat mana-mana ape kad aku tu.


Walaupun lambat - Kawan aku kate dia terharu sangat dapat kad tu. Tahun ni, itu kad pertama katanya. Hehehe. Sejuk hati den dengar.
Apa agaknye nasib kad-kad aku yang lain?


-ini lah kad yang aku gigih pos tu-


p/s : Baru ingat nak mengembalikan nostalgia lama mengepos, dah jadi macam nih. Nak guna sms baru selamat gamaknya. Pasrah..!

Dari AKU,

Jaga TEPI KAIN sendiri sudahhh..!

Macam gampangkan kalau ade orang lain yang takde kene mengene dengan diri kita nak menyebok hal kita. Lagi gampang kalau depan kita punyalah baik. Sengih-sengih mcm kerang busuk. Kerang pun tak busuk macam tu.

Aku cakap ni pasal jiran aku. Dah kawen. Dah ada anak. Tapi pepandai buat cerita yang bukan-bukan kat ex-housemate aku.
Cerita dahlah tak betol. Pastu, siap tambah belacan dengan ajinomoto.

Wei jiran. Dosa memfitnah lagi besar dari membunuh tu.

Selame ni ko terhendap-hendap curi pandang kat kiteorang, aku tak amik pusing pun. Orang nak sidai kain pun ko pandang. Nak panaskan enjin kereta pun ko pandang jugak. Pandang bukan sebarang pandang. Siap tak berkelip.
Dah tengok kat dia balik pun die buat tak reti. Nak tengok ko sopan pun time bini ko ade jer. Memang tak toleh kiri kanan dah. Jalan pun menonong jer.

Gile betol berjiran dengan orang macam nih.



p/s : dia juga dipanggil perompak oleh budak-budak umah aku..


Dari AKU,

Thursday, October 28, 2010

MODEL lunch aku hari ini


JOM LUNCH.
Nanti perot masuk angin.

Pas makan jangan lupe minum air pulak.
Nanti kurang air jadi macam aku.
Dah sakit.


Ish..

Ape aku merepek nih.

Yang pasti aku tengah buntu untuk merepek..






p/s : model yang paling aku sayang. Kreadit to YEYEN


Dari AKU,

Contest NAMA untuk anak wa.

Masuk pagi tadi belek-belek keje takde keje. Belek-belek blog baru teringat Encik Mamat ade tag aku untuk satu contest. Tengok jari lak takde cincin silver lagi. Ade pun emas belian karat jer. So, tengah-tengah takde keje ni. Apa salahnya aku mencuba.

Buat yuyu yang nak dapat anak buah. Tahniah in advance yer. Ni nama cadangan akak. Hehee
he..








Raja Muhammad Niyaz Ammar Shah
Maksud : yg terpuji ; yg memakmurkan/yg kuat iman ; do
a/harapan.


Aku tag mereka yang aktif la yer..Hehee

1. Suara Kalbu

2. Adik Katak Pink

3. Adik Olick Sya Sya



p/s : rindu kat 'Yeyen' la pulak..


Dari AKU,

Wednesday, October 27, 2010

Cerita hari ini

Malam tadi rase perot tak sedap lagi. Tapi aku gagahkan masuk opis jugak. Aku kena masuk sebab aku nak submit sijil yang patutnya aku hantar hari Isnin aritu.

Aku ok lagi. Lagipun malam tadi mak dah masakan air bali cina tu tok aku. Yang tak sedap itu la penawar.
Yang manis tu la selalunya racun berbisa.

Terima kasih sangat kat kawan-kawan yang kasi petua. Terharu beb. InsyaAllah, aku praktikkan mana yang termampu.


Kata Rizal. Lepas ni jangan tahan-tahan kencing dah. Tak kisah lah toilet tu bersih ke tak. Buang jugak katanya.



p/s : Boleh terbantut nak membuang kalau toilet kotor. Salah aku ke?




Dari AKU,

Tuesday, October 26, 2010

Sakit : Cerita 2

" kencing ade darah sikit..campur pasir sikit"

Itu kata doktor tadi. Mak ai, siap ade pasir. Suspennya dengar. Paling suspen bila die kata ade darah. Memang aku ade nampak macam darah mase membuang tadi. Tapi saja je aku buat-buat tak nampak. Kot la aku rabun warne seketika. Takot siut..

"suspect BATU KARANG!!"

Alamak. Lagi aku terkujat. Patut la sakit sampai ke pinggang. Sakit macam rase nak mati. Sakit macam dah tak tertanggung. Menonggeng tak ingat. Orang tengok pun dah tak seksi dah.

So, doktor kata lepas ni, aku kena banyak minum air dan harus minum air bali sekerap yang mungkin.

Baik doktor..!

Kata hati : Tak gemar air bali..!

Dari AKU,

Sakit : Cerita 1

Petang hari Ahad tu okey lagi. Tengah-tengah deco bunga untuk persiapan kawen Alang, aku rase perot dah memulas. Macam masuk angin. Aku biarkan jer. Tak lah rase teruk sangat mase tu.

Makin aku biarkan makin rase sakit. Aku baring menahan sakit. Letak balm. Letak minyak. Macam-macam minyak. Semua tak jalan. Aku rase perot macam nak pecah. Memulas-mulas sampai ke pinggang rasenya.


Tak mampu rasenya nak menangis. Lepas magrib, aku cakap kat mak. Aku dah tak tahan. Mak ajak pergi klinik. Mase siap nak ke klinik, baru aku perasan yang aku tak boleh bangun. Ya Allah, dugaan sungguh.


Terpaksa membongkok. Jalan pun tunduk jerk. Tawaduk tak ingat. Sian aku kan...!!!


Aku teruskan jugak. Sampai klinik, doktor tu check kate perot aku masuk angin. Pastu, aku deman skit. Die nak bagi aku injection tapi aku reject. Gile penakot.

Sampai umah, terus makan ubat. Tak sampai 1 minit aku makan, aku muntah. Muntah dengan banyak. Sepanjang malam sampai ke subuh aku muntah. Sakit perot tak jugak baik. Badan aku plak makin panas. Aku deman.

Sepanjang malam aku merayu kat tuhan. Sembuhkan lah penyakit aku. Aku dah tak tahan. Aku siap cakap kat mak dan adik-adik aku. Sepanjang 31 tahun aku hidup, ini lah sakit paling teruk pernah aku rase. Seriusly, sakit yang amat.


Pagi Isnin, aku dah rase ok sikit. Tapi aku deman lagi. Aku tido sepanjang hari. Pukul 5 petang baru bangun. Bile bangun, aku masih lagi rase sakit di bahagian kanan perot. Sampai sekarang. Aku sakit lagi.


Nak jalan sakit. Nak tunduk sakit. Angat yeyen yang kecik tu pun aku rase sakit.Tadi aku pergi klinik lagi. Akhirnya, aku tahu kenapa aku jadi macam ni. Sat lagi aku update lagi. Nak pergi makan kejap.


Kata Hati : Sakit rase nak mati.


Dari AKU,

Status : SAKIT


Buat yang bertanya..Jika ada..

AKU Sedang sakit..
Doakan aku sehat..


Kata Hati : Rindu dengan kengkawan.


Dari AKU,

Sunday, October 24, 2010

INDENTITI aku yang DICARI


"Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you If I tag you, its because i want to know more about you."


1. Aku anak sulung dari empat orang adik beradik. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Adik aku (angah) dah kawen. Yang nombor tiga (alang) akan menyusul bulan 1. Aku sayang family aku.

2. Aku belum lagi bersuami maupun beranak. Hehehe..Tapi aku ada seorang anak buah yang cute. 'YEYEN' a.k.a Firqan Ar Rayyan.

3. Dah lama menjadi bloggers since 2006. Lame ke tu? Tapi aku mule menulis dekat Friendster. Pastu aku transfer semua masuk sini bila ada yang tak senang dengan penulisan aku.

4. Aku sayang kawan-kawan aku. Aku pun sayangkan ini budak. Huhuu..

5. Boleh jadi sensitip dengan sesetengah orang.

6. Agak moody bile period. Sebab aku memang akan kene sakit kepala, sakit perot dan sewaktu dengan nya. Orang lelaki memang tak akan paham.

7. Tak boleh kene marah. Boleh jadi aku marah orang itu balik atau aku menangis sebab kene marah.

8. Agak sukar nak mulakan bicara pada orang yang aku tak kenal.

9. Suke bergurau dan mengusik.

10. Aku gile shopping sebenarnyer. Bergantung pada bajet jugak lah.

11. Aku suke melancong.

12. Sukakan aktiviti lasak tapi badan tak tahan. Balik bercuti jer mesti aku deman.

13. Aku boleh dikatakan 'collector'. Suka mengumpul macam-macam barang. Mug, key chain, patung dan macam-macam la. Kad prepaid pun dulu aku kumpul. Tiket wayang pun sama. Hehehe..

14. Suke sangat tengok skrin besar a.k.a wayang. Tapi dah agak lama tak tengok.

15. Sukekan laut tapi tak suke mandi. Sebab kulit tak tahan. Suke laut sebab luv to see sunset n sunrise.

16. Aku suke makan.

17. Aduh, baru 17 ke. Ape lagi eh. Ramai kawan aku kate aku ni cerewet. Tah la. Sebab aku tak rase aku macam tu.

18. Aku ade impian. Aku nak bukak business. Nak buat keje dari rumah. So, aku banyak masa dengan keluarga. Dah kawen, boleh jaga anak sendiri. Bibik? Oh tidak!! Kalau boleh tak nak.

19. Orang kate muke aku cepat berubah bile aku marah, tak puas hati, merajuk dan sewaktu dengannya. Senang citer, aku tak pandai nak sorok ape yang aku rasa.

20. Aku rindukan UiTM, suasana aku belajar dulu. Kawan-kawan. Semuanya lah tentang yang ada sangkut paut dengan UiTM.

21. Mengharapkan sebuah kebahagiaan yang hakiki dengan insan yang disayangi di samping maha pencipta aku.

22. Berdoa agar aku dipertemukan jodoh dengan orang yang aku sayangi dan mencintai aku sepenuh hati. Pergh..ayat..!!

23. Ingin mendalami ilmu Allah. Sesungguhnya, ilmu Allah itu luas. InsyaAllah.

24. Tak minum MILO.

25. Last sekali, Ingin melihat BE dalam akaun Nuffang aku. Hahahaa..


Sape yang baca indentiti aku yang kununnya hilang ni sampai abis - Consider, orang itu adalah mereka yang aku tag. So, jujurlah pada diri sendiri. Sapa yang baca, jangan lupe buat bende yang sama jugak tau.! Heheee..

Buat En. Mamat dan Miza yang tag aku untuk post nih. Thanks ok.



Dari AKU,


Bila RINDU LAGI

Rindu bertandang lagi. Baru 24 jam dia pergi meninggalkan rumah tapi dah rase macam setahun. Rase macam seribu tahun. Cepatlah balik sayang. Rindu bangat sama kamu.

Buat kelantan dan negeri sembilan. Tahniah sokmo sebab mara ke final.

Kata Hati : Kenapa bukan Selangor?

Dari AKU,

Friday, October 22, 2010

Detox Foot Patch (Pelekat Pembuang Toksin)

Hari ni aku nak share pasal Detox Foot Patch yang boleh buang toksin dalam badan tu. Aku dah cube. Alhamdulillah, aku rase perbezaannya. Yang pasti aku dah tak pening. Aku dah membuang hari-hari. Pastu badan rase segar.

Senang citer memang banyak kelebihan lah.

Aku biase beli dekat awek cun ni. Korang pun boleh order dari dia. Ini link Miss
OLICK SYA SYA. Kat link ni macam-macam info korang boleh dapat.

Gambar kat bawah tu hasil detox aku malam tadi. Selalu penuh jer berkaler benda tu. Malam tadi boleh tak penuh plak. Lagi satu - Jangan tanya kaki sape kat bawah tu. Korang dah tahu kan jawapannya...
Hehehe..



Kata Hati : Nak order lagi minggu depan. Tunggu gaji masuk dulu..

Dari AKU,

Thursday, October 21, 2010

Kisah 20.10.2010

Semalam alkisahnya aku dah ajak kawan pergi menonton wayang. Nak tengok citer 'The Other Guy' yang dikatakan dapat mengeletek buah pinggang sape-sape yang menonton. Lagipun, rindu nak tengok srin besar.

Dah aim nak tengok showing pukul 8.30 malam. So, lepas magrib mekap ala kadar, terus pergi sana. Tapi kecewa. Memang tak ramai orang. Tapi seat plak tak bes. Kene duduk 4 dari depan. Tak pernah-pernah aku buat tu. Lenguh tengorak aku nanti. So, batalkan niat.


Sudahnya, pergi isi lemak kat dalam badan. Ish, gemuklah aku nanti nih.



Kata hati: Ada perkara yang melegekan aku hari ini. Thanks Allah. Thanks kawan.


Dari AKU,

Wednesday, October 20, 2010

Ada apa dengan tarikh 20.10.2010

Cantek bukan tarikh tersebut. Dah, sambung balik buat kerja. Aku nak cakap itu je.

Kata Hati : Macam nak pergi tengok wayang jer. Hehehe

Dari AKU,

Tuesday, October 19, 2010

Tawau berdepan gempa bumi kuat


ehsan dari KOSMO ONLINE

Sangat menakutkan. Harap-harap takde apa yang buruk bakal terjadi.
Menurut paper tu lagi,
gempa paling kuat pernah dicatatkan di Sabah ialah di Lahad Datu pada tahun 1976 iaitu berukuran 5.8 pada skala Richter.


Kata aku : sangat takot!!!

Dari AKU,

Rasa Ingin BERCUTI

Manager aku dah kompemkan last month - Balen cuti ada lagi 3 hari. Nak carry foward memang tak dapat lah. Kena habiskan jugak. Mulalah kepala hotak aku memikirkan ape benda yang aku nak buat 3 hari ni.

Aku teringin nak tengok laut. Nak tengok matahari terbenam dan jugak menaik. Hehehee...Nak pergi bercuti jauh-jauh tapi bajet takde. Pergi PD ok ke pergi MELAKA ok?

Dari AKU,



Monday, October 18, 2010

Gedik Santai Hari Ahad

Dah beli langsir mesti lah nak kene jahit. Sebelum jahit dah tentu kene gunting dulu. So, saja nak tunjuk aktiviti memotong langsir yang agak ekslusif untuk semua.


dah siap ukur baik punye


last check up


so, sessi mengunting


Model Langsir

Yang sebetolnya, aku takde cerita yang aku nak masukkan dalam blog. Tapi agak gatal nak update. Ini jelah bahan yang aku ade. Korang pasrah je lah ye.. Hahahaa

Dari AKU,

Saturday, October 16, 2010

Hah..BON...BON..BONTOT

Agak penat. Baru je sampai umah dalam 2 jam yg lepas. Satu hari merayau mencari barang-barang persiapan kawen adik aku - alang. Dari jakel,Shah Alam ke Jalan Kebun. Dari Jalan Kebun ke Shah Alam balik. Beli bunga paha, bunga untuk penanggah dan macam-macam lagi la.

Hari ni pun makan dengan banyaknya. Macam-macam masuk kat dalam perot. Dari nasi campur ke nasi goreng Thai. Dah tu malam pekena lontong Klang plak. Banyak lemak aku dah import masuk perot nih.


Tadi mase aku masuk Jakel, macam-macam istilah yang aku tahu. Lepas mak beli langsir (ha, dapat tau cotton ala english..heee), depa dok kata. " Jom makcik, kami bagi BON"


BON!!!! ape ke bendenya tu? Tapi dalam tak paham tu aku ikot jugak akak tu. Die tunjuk kain ela. Kebetolan memang kiteorang nak beli kain pun.


Ceh. BON tu bonus rupenyer. Bon la sangat. Bontot lah orang-orang Jakel ni. Pandai betol tarik orang nak beli. Kalau tak sebab aku memang nak beli, takdenye aku layan. So, jangan tertipu dengan bontot-bontot dari Jakel tu.


Memang kadang-kadang tu memang murah tapi janganlah percaya sangat....!!!!


Dari AKU,

Friday, October 15, 2010

Apa nak cerita nih?

Tak tahu nak bebel apa. Tapi rasa macam nak menulis. Aku suka hari Jumaat. Aku suka sebab eok Sabtu, lusa Ahad. Dua hari untuk aku bersenang lenang. Mak ajak pergi beli langsir weekend ni kat Jakel.

Aku dah bagi idea kat mak - kali ini beli ala-ala english style. Mak aku tenang je muka dia. Tanda setuju kot. Hehee..Lupakan kejap pasal langsir.

Tahun baru bakal menjelang. Tahun 2011. Kejap je masa berlalu. Yang pasti tahun depan aku akan menerima orang baru lagi dalam family. Selamat datang CIPONG. Dua bulan je lagi nih.

Alamak perot dah lapar. Jom makan..jom...jomm..


Dari AKU,

Thursday, October 14, 2010

Lagi2 aksi RAYYAN


Lagi dan lagi aksi 'like father like son'
Tibe-tibe rasa wendu sangat-sangat kat yeyen..
Rindu nak dengar die menjerit kate 'arghhhhh...'
Rindu nak gomol die...

Rindu nak tengok die mencebik bile acah-acah nak cium molot die...

Rindu segala-galanya tentang dia..




p/s : rayyan dah 8 bulan 4 hari.


Dari AKU,

Kisah Teka2 dengan Katak PINK

Semalam masa aku tengah bosan tahap gaban. Yang sebetolnya, hari-hari pun mengabankan diri, sedang aku jadi gaban tu kan - Aku nampak entry baru kat list kawan-kawan bloggers. Menarik jugak tajuknye. Aku memang suke bab teka meneka nih. Memang gigih nak cari jawapan.

So aku kelik la blog tu. Ni la post yang aku duk usha semalam. Page adik manis
KATAK PINK.

Tak sangka pulak aku teka dengan betol. Terel bukan. Pagi tadi mase bukak blog, adik katak pink manis ni dah umumkan sape yang teka dengan betol. Sekali lagi aku gigih bukak page
KATAK PINK. I antara yang terawal meneka dengan betol uols.

So, buat adik
KATAK PINK. Selamat ber'vacation' yer. Jangan buat-buat lupa plak serbenior akak. Hahaha..Anyway. thanks..

-korang boleh teka ke mane dia-


Dari AKU,

Wednesday, October 13, 2010

Selangor vs Kelantan

Dah semestinya aku ni fan club Selangor. Tapi sedih bagai tak dapat makan nasi rasenya bile Selangor hanya seri dengan Kelantan. Parahnya nak cari mata Sabtu ni kat tempat orang.

Paling tak boleh blah bile dua-dua penyokong bergasak malam tadi kat Stadium.
Satu Malaysia kekdahnya. Bengong..!!

Tadi masa makan kat kedai makcik belakang tu, aku sempatlah tengok berita - ada seorang penyokong dari Kelantan meninggal. Mati mengejut polis kata. Terkejut tengok bola mungkin. Atau terkejut melihat keganasan yang menakutkan. Aku bajet die ade masalah sakit jantung jer. Al-Fatihah dan takziah pada keluarga beliau.


Korang tengok gambar kat bawah. Macam samseng dusun je semuanya. Rosak harta benda. Memang no manner la dieorang ni. Seram gila nak masuk stadium kalau masing-masing perangai macam kambing..!!



Kdt : Utusan Malaysia online


Dari AKU,

Keje oh keje..

"ko takde keje ek?" tegur seorang kawan.

Memang aku tengah takde keje. Keja aku sekarang ni mengadap fesbok - tu pun dah naik jemu nak melayan. Lepas tu aku jenguk blog kengkawan. Melawat kengkawan yang singgah dan baca blog aku. Aku akan baca kalau entry tu menarik. Aku jugak akan komen kalau aku ade pendapat yang mantap lagi bernas.


Tapi kalau aku ade keja?


Jangan mimpi lah aku nak hadap benda-benda nih. Nak post blog pun tak tentu aku sempat. Nak berfesbuk pun takat jeling-jeling pandang-pandang jer. Ape lagi nak menjenguk blog kengkawan. Bile ade masa free je, aku akan merempit baca posting kawan-kawan. Tapi seronok sebab macam-macam adaaaa...

Sekarang ni
baru pukul 11 pagi, tapi aku rase macam dah beratus jam duduk kat opis nih. Ape aku nak buat nih..!!!!!


Nota kepala : Masih ber'YM'..Jom layan aku..Pleaseeeee....



Dari AKU,

Tuesday, October 12, 2010

Kerana MULUT badan BINASA

Dah pergi klinik tapi doktor kate kite sehat. Dah siap buat scan tapi doktor tak jumpa apa-apa pun. Dah pergi lebih 10 hospital pakar, jawapan tetap sama. Siap kate 'awak sehat'. So, ape pulak sakitnya kita ni.

Percaya atau tidak, kita ni tak lari dari terkena buatan orang. Orang nak dengki bukannya kira. Bila akal dah letak kat lutut, hati dah dikuasai dek setan- ape lagi, mulalah buat kerja-kerja yang bertentangan dengan ajaran islam.

Aku tahu ramai tak percaya. Ramai yang kata kolot atau karut. Tapi tak kena batang hidung sendiri, bolehlah cakap. Aku takde pengalaman diri sendiri tapi pengalaman orang sekeliling cukup menakutkan. Ramainya lah manusia-manusia yang tak takot dosa. Senang citer hidup mati orang tu boleh ditentukan olehnye. Gilo...!!

Percayalah, kuasa ALLAH mengatasi segalanya..

Nota kepala : Kerana mulut badan binasa...!! Berhati-hati bile berkata..

Dari AKU,

Rindu

Ape aku nak bebelkan pun aku tak tahu. Tapi, hakikatnya aku rindukan seseorang. Rindu sangat-sangat. Hidupkan perlukan pergorbanan. Lagi-lagi nak raya korban ni..Hehehe..

Aku harap ape yang aku korbankan akan di balas dengan kenikmatan yang tak terhingga. Yang penting sabar. Sabar tu kan harta paling menguntungkan.


Mudah-mudahan...Amin

Nota kepala : Sebenarnya aku dah tak sabar-sabar nih...

Dari AKU,

Monday, October 11, 2010

Kisah 10.10.10

Takde kisah menarik pada aku untuk tarikh yang dikatakan keramat untuk sesetengah orang. Malam tadi sempat tengok majlis persandingan angkasawan kita, Dr Muszafar dengan isterinya Dr.Harlina.

Tak tahu lah pesal aku nampak macam biasa jer. Takde lah gempak sangat. Simple dan nampak sederhana saja. Tak rasa macam kat angkawasan pun..Hahaha..!!

Yang penting tarikh ini melengkapkan Rayyan berumur 8 bulan.

Pada yang menyambut apa-apa juga kenangan manis pada tarikh ini, aku ucapkan tahniah dan semoga berbahagia hendaknya.

p/s : takziah kepada keluarga mangsa kemalangan ngeri yang melibatkan 7 buah kereta. Al-Fatihah pada yang beragama islam.

Dari AKU,

Friday, October 8, 2010

Jamban DULU...

Salam Jumaat.

Hari ini nak share salah satu kemudahan awam yang masih lagi digunakan sehingga kini. Aku cilok dari FB En. Shahrizal. Tak silap jamban ini masih elok dan terletak di area Sabak Bernam gitu.

Jom Melabur


Masih mahu menggunakan nyer. Kenapa tidak?

Dari AKU,

Thursday, October 7, 2010

Tag dari En.Mamat


Petang ini aku agak boring. Teringat lak aku belum jawab soalan-soalan EN.MAMAT semalam.

Tadaaaaaaaa....!!

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?

Family termasuk benda tak? Kalau ye, dah tentu benda yang paling penting dalam hidup aku adalah family aku.

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan
duit korang sendiri?

Baju raya kot.

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan
perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?

Aku suke konsep arabian. Lokasi dah tentulah kat umah mak ngan ayah aku.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Sedang hangat dan masih hangat.

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Hingga diizinkan oleh ALLAH.

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?

Kat mana-mana saja.

7. Novel/ buku/ majalah yang terakhir korang beli?

Dah lama tak beli buku cerita. Last majalah wanita.

8. Apakah nama penuh korang?

Biarlah rahsia dan terus menjadi rahsia.

9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

Jujurnye adalah dengan mak aku. Tapi aku sayang kedua-duanya.

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak
jumpa dalam hidup korang

My future Husband.

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

Ye la.

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?

Mekah. InsyaAllah.

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

Tak suke buat pilihan. Tapi aku pilih pelok.

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang

Agak pemalu tapi kadang-kadang gile-gila jugak
Kenal dah lama kat VF
Sudah berpunya okey

15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang
dalam hidup korang?

Nyawa aku.
Family aku.
Kehidupan aku.
Kerja aku.
Orang-orang sekeliling aku.

16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?

Malas lah nak taip. Aku ada masalah tak tahu tajuk lagu.

17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang
sambut tahun lepas?

14 Jun. Aku sambut dalam mimpi je..


18. 5 orang blogger yang korang nk tag

Rizal
Alang
Eca
Ila
Zai

19. Cerita sikit blogger yang pertama korang tag

Seseorang yang rapat dengan saya.



Dari AKU,

Dah Tahu

Aku baru tahu yang aku tengah malas nak buat apa-apa. Manager aku dah cabut pergi mana tah. Eloklah. Rasa malas je nak berlakon buat keja padahal takde keja pun.

Aku baru tahu sekarang ada sukan komenwel. Tu pun bila dieorg kecoh-kecoh dok kata kite menang pingat emas yang pertama dua hari lepas. Pada yang tak tahu, sukan kali ni berlangsung dekat New Dehli, India.

Aku baru tahu yang bola Piala Malaysia dah tahap nak ke suku akhir. Macam mana aku boleh tak tahu ni. Dulu punyalah gila dengan bola ni. Tido bola tapi still makan nasi la. Aper-aper pun, selangor menang beb malam tadi. Yahooo...

Aku baru tahu yang aku rindu sangat dekat anak buah aku dan adik aku yang jauh nun di Sarawak. Tu pun bile nampak gambar dieorang melintas dekat home Facebook aku. Buat Yeyen - malam ini ibu gomol die yer.

Aku pun baru tahu yang ade perempuan saiko sedang cube nak mengenali aku. Memburu aku. Auchh, tak kuasa nak melayan..!! Tapi tak per, aku sedang cuba untuk bersangka baik terhadap dia. Heheee..

Walau banyak mana pun perkara yang aku baru tahu, sekurang-kurangnya aku amik tahu dari tak tahu langsung.

Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Wednesday, October 6, 2010

Sunset n Sunrise atlast SUBHANALLAH..

Antara benda alah yang aku paling suka ialah menengok matahari naik dan terbenam. Aku sukakan laut. Tak tau nape. Tengok laut je aku jadi tenang. Tengok laut je aku jadi nyaman.

Dalam hati aku memuji kebesaran Allah. Betapa kerdilnya aku ni ha.
SubhanAllah..Indahnya ciptaan tuhan.

Baru-baru ini one of my fren pergi Sabah. Tujuan keje je pun. Tapi boleh lepak kawasan peranginan yang best. Dah rezeki dia. Yang best die boleh mms aku gambar sunset. Pergh menang cantek!!



katanya amik dari bilik hotel je


Sabah dari atas bukit


Sedikit Info :
Lokasi tempat ni - Kasih Sayang Health Resort @ Kokol Hill

p/s : tengah simpan angan-angan. Nak pergi sini satu hari nanti..


Dari AKU,






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..