Monday, July 30, 2012

Sumbat Ikan Cencaru


Dah berapa hari ek kita berpuase?

Serius tak ingat. Tahun ini tak berkesempatan nak buat solat terawih kat surau. Sedikit ralat tapi takperlah. Bukan tak nak pergi tapi adalah sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Tak pergi tak bermakna kat umah tak bolah buat. Tak begitu dek non?

Pagi ni masuk kerja rasa nak nangis. Malas. Mengantuk macam setahun tak tido. Seteres giler. What to do. Nak tak nak harus pergi kerja. Kata nak raya sakan. Mesti la kerja kuat-kuat. Tiba-tiba teringat masa aku try baju kurung memalam buta. Yeyen tegur. 'Ibu nak work?'. Dah malam work apenyer. Hehehe. Pantang nampak aku pakai baju kurung. Work aje.

Pagi-pagi aku dah membebel kat sini. Tujuan aku satu je tadi. Nak abadikan gambar ikan cencaru sumbat aku tu jer. Semalam aku masak. Hahaha. Ingat senang aku nak masak? Tapi walaupun boleh dikira dengan jari aku masak, tapi rasanya not bad ok. Tu pasal kena masak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. Baru menjadi. Huhuhu..

Ok. Menulis sekadar mengambil mood sebelum bekerja. Menulis sekadar menghilangkan rasa ngantok. Semoga berjumpa di entry lain. Selamat beramal.

Nota : Gambar diatas adalah gambar sebenar. Aku yang amik. Itulah die ikan cencaru sumbat aku.

Friday, July 27, 2012

Iklan sebentar - 5 minit


Salam kemalasan dari aku.

Terase nak mule menulis goblog secara gigih macam dulu sebenarnya. Tapi apa boleh buat. Dahlah duduk tempat yang tak berapa nak clean and clear, lagi la payah. Time aku tak berapa nak mengoblog nilah, aku nampak iklan menari- nari kat page aku ni.

Jiwa semakin dekat hanya dengan luahan keypad pc ataupun sewaktu dengannya. Ade masa kita perlu membiarkan penulisan becerita segala- galanya. Cewah, ayat dramatik.

Dah sambung buat kerja.


Sharing : foto di atas gambaran aku mengadap jem hari-hari.

Thursday, July 26, 2012

Ramadan 2012


Salam Ramadan.

Puasa aku tahun ni? Sama jer macam tahun lepas. Berpeluang menjalani ibadah puase bersama keluarga, dengan masakan mak-memang mengasyikkan. Mak masak pun sedap even masak sambal telor pun sedap giler. Camno nak lose weight ni. Takper, pastikan aku boleh. Hehe. Tahun ni tahun pertama aku berpuase kat tempat baru. Masuk 7.30 pagi, kul 4.30 petang dah boleh cabut balik. Memang terbaiklah.

Aku panjatkan kesyukuran. Aku panjatkan doa. Moga Allah ampunkan dose- dose aku. Aku banyak dah buat salah. Terlalu banyak rasanya. Aku bersyukur sangat dengan rahmat yang aku dapat setahun lebih ni. Tak terhingga sebenarnya. Allah maha mengetahui.

Lalainye aku dulu. Damm!! Anyway, selamat berpuase semua. Hari ni baru nak wish sebab aku baru start berpuase. Huhu.

Dari AKU

Friday, July 20, 2012

Oh Ayah




Salam hari Jumaat.

Tarikh 14 Julai 2012 hari tu genap ayah berumur 58 tahun. Tak celebrate pun. Sekadar makan kek jer. Anyway, semoga diberkati dunia dan akhirat. InsyaAllah.


Nota Hati : "Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."


Wednesday, July 18, 2012

Party Buih

Salam pagi Rabu kurangkan berkata-kata.

Last week berpeluang menghadiri jamuan harijadi kakak ipar eca kat Hulu Langat. Memang meriah. Ade badut. Makanan pulak sedap-sedap. Paling aku ingat sampai sekarang ialah masak rendang die- pergh sedap.

Anyway thanks nopi and family sebab jemput kiteorang. Puas makan. Puas jugak tengok Yen duduk diam sebab takutkan badut. Hehe. Anyway, Happy birthday kat tiga anak dara Nopi yang comel-comel. Semoga menjadi anak yang solehah dunia nak akhirat.

Ok. Masa untuk layan gambar.








Pesanan Penaja : "Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang."


Dari AKU,

Monday, July 16, 2012

Kota Kinabalu, Sabah

Rentetan cerita aku kali ini adalah masa aku baru sampai dari Terengganu dulu.

Tak sampai 24 jam aku sampai opis, aku mesti ke Sabah pulak atas urusan kerja. Sebenarnyer penat tapi disebabkan aku tak penah jejakkan kaki ke Sabah lagi, aku gagahkan jugak untuk mempersiapkan diri ke sane. Macamlah kalau aku kate tak nak pergi - bos aku mau layan.

Kali ni aku pergi sebab nak demo `magic map` untuk perasmian bangunan baru KPKK at Kota Kinabalu. Kali ni aku pegi berdua jer dengan Azreen. Bestnyer kalau Jason boleh join sekali.

Aku gerak dari opis petang, sampai sane malam. Dah rezeki kiteorang dapat duduk resort memang tebaiklah. Dah la mengadap laut. Huh, bersyukur sesangat.


Esoknyer seharian aku di KK. Memang hapenning. Lagi-lagi booth sebelah MCMC adolah Finas. Lagi menyakan bile Azli Senario yang handle booth tu. Chairman pun turun. Malamnyer aku sempat ke Pasar Filipine shopping amplang, broch dengan gelang ole-ole buat family aku jer.




Ikutkan nak la merayau sampai ke Kundasang bagai. Panjat Gunung Kinabalu ala-ala Akasyah dengan Tiz. Tapi apakan daya hari Ahad tu jam 10 pagi dah kene gerak balik. Aku dah tanamkan dalam jiwa sanubari ni - one sweet day nak sampai lagi untuk cuti-cuti satu Malaysia.

Sebenarya, aku bawak kamera DSLR ke sana. Punyalah ghairah amik gambar. Sekali masa nak transfer, memory card aku corrupted. Aduh, macam sial rasanyer. Nasib baik ade cebisan gambar yang aku amik gune Tab.

Aku rasa itu jer kot untuk cerita jenjalan aku sambil kerja. Best wo.


p/s : hidup akan jadi sangat indah bila kita tahu menikmatinya. InsyaAllah


Dari AKU,

Saturday, July 14, 2012

Plan hari ini

Salam pagi Sabtu. Jam 7.53 pagi.

Plan awal nak jogging. Tapi terbantut sebab takde geng. Macam boring jer nak lari sorang-sorang. Ah, alasan la sangat. Saat ni masih duduk atas katil. Sambil memikirkan apa yang aku nak buat hari ni. Basuh kain? Jalan-jalan menghabiskan duit or pergi scalling gigi yang dah lama tertangguh?

Doktor gigi.

Fine. Aku sebenarnyer takot jumpe dokter gigi. Gigi dah berlubang besar dan sakit tak ingat baru aku tehegeh-hegeh nak pergi. Tapi memandangkan aku ade lagi 2k plus medical claim yang perlu dihabiskan, baik aku pergi. Fully utilize orang kate. Rugi woo kalau tak gune.

So, aku dah tau dah nak buat ape. Pergi jumpe dokter gigi. Jom Ecah.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..