Wednesday, November 19, 2014

Derita dan Bahagia

Salam,

Hai diari onlineku..!!

Ermm.. Kalau rumah, aku biarkan 6 bulan tak bersapu, kompem jadi penunggu jembalang tanah dah. Nasib baik kau ni blog. Tak buat apa-apa pun suci je aku tengok. OK. Satu sebab aku gigihkan jugak nak menulis sesuatu adalah sebab aku membaca balik apa yang aku tulis sebelum-sebelum nih. Banyaknya benda yang merepek yang aku buat dulu. Haiyaa...

Aku? dah banyak berubah. Dulu aku kurus gile. Sekarang aku dah gemok gebu. Kisah plak kau? tak kan. Dari seorang yang tidak ada siapa-siapa satu ketika dulu, sekarang aku bergelar tunang pada seorang lelaki bernama Syafazlee Ismail. Dan InsyaAllah, kalau dengan izinnya, aku bakal bergelar isteri dalam masa tak sampai 2 bulan. Alhamdulillah.

Derita - Bahagia. Semua itu milik Allah. Doa, sabar dan redha adalah senjata yang aku kena tanam dalam otak sampai bila-bila. Selagi kau salahkan orang untuk sesuatu yang salahnya jugak terletak atas kebodohan diri sendiri, selagi itu dunia kau akan terhenti tanpa bergerak-gerak. Paham? Aku jer paham kot, Hahaha..

Diari onlineku. Biarpun ada yang mengejek. Ek eleh ape barang tulis blog?
Ada aku gune pen dengan buku kau?
Ada aku gune line internet atau curi wifi kau?
Ada aku guna laptop kau?

Jawapannya, memang takda. So, tak payah nak mengeji sangat.



Dari AKU,

Sunday, April 27, 2014

Misi Jun 2014

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah masih lagi hidup atas izinNya. 

Ermm.. Penghujung bulan 4 ditahun 2014. Sesuatu yang tak diduga dan tak disangka-sangka bakal mengubah hidup aku. InsyaAllah. Hanya memanjatkan doa agar kebaikan dan kebahgiaan mengiringi hidup di kemudian hari. Amin.

Janji Allah itu kan pasti. Dah tertulis maut, rezeki dan jodoh semuanya rahsia Allah swt. 

Aduhai. Sebenarnya jiwa meronta rindu nak menulis sesuatu tapi tiap kali nak bercerita, seakan-akan plot atau jalan cerita macam tersangkut kat jari jemari manis aku nih. Hahaha......... Aduhai, ayat macam haram je. Takpe lah tunggu harinya tiba aku buat post campak balik ok. Sekarang ni takde mood nak bercerita. 

Bye.

Dari AKU,

Monday, February 17, 2014

Rayyan Turn 4

Hai uols dan assalamualaikum.

Lama tak menulis. Rasa rindulah plak. Jujurnya memang aku takde masa. Baru nak bukak laptop, budak-budak dua orang ni dah sebuk nak join sekaki. Geram jer. Anyway, ini penulisan pertama untuk tahun ni. Nak tulis apa pun dah tak tahu.

10 Februari 2014.
Rayyan genap 4 tahun. Sehari sebelom besday dia, aku bawak dia pergi celebrate dekat One City, Puchong. Not bad tempat nih. Kedai pun tak banyak lagi yang bukak. Sempat layan wayang citer 'Lego' dengan Rayyan. Ok gak sesekali layan kartun. Pestime kau! Tapi kalau dah bukan kaki kartun, setengah jam je aku dah rase azab duduk dalam tu. Nasib baik citer tu kejap jer.

Anyway Rayyan. 
Melihat awak membesar merupakan satu nikmat yang tak terhingga.
Hadir tatkala ibu jatuh terduduk dek kerana cinta duniawi yang dusta (hamboi ayat..cam haram!! hahaha).
Doa ibu: Moga awak sihat sentiasa dan menjadi anak yang baik.
InsyaAllah.



p.s : Rayyan ni anak buah pertama aku. Memang dari kecik die panggil aku 'ibu'.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..