Tuesday, November 30, 2010

Bz la Sangat

Tekak rasa nak makan macam-macam. Tapi sumpah takde selera. Cube berimaginasi (kunun nak bagi naik nafsu terhadap makanan), tapi tak jugak mau. Perot dah berdangdut riang. Tak kan nak makan goreng pisang lagi. Hari-hari pisang. Tapi betol dah muak nih.

Aku tengah perah otak nak siapkan design template untuk opis. Selamba badak je aku kate kat manager aku semalam. Ini bukan kerja aku nih. Dengan manje dia jawab. Aku nak mintak tolong la ni. Jumaat ni management nak tengok. Ee....geram!!Tapi dalam pada tengah mengeram tu aku buatkan jugak.

Nasib baik aku ade sifat mencube yang agak tebal. Dari aku mengangkang kat opis takde apa nak buat, baik aku asah bakat.



-mampukah setanding seperti di atas-

p/s : Gua tengah BZ

Dari AKU,

Monday, November 29, 2010

Kenduri Kawen di Keramat


Ini kes terpencil yang aku buat hari Sabtu hari itu. Aku pergi Keramat untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan orang yang aku tak kenal. Aku jadi tukang teman adik aku jerk. Katenya takde geng nak pergi. Aku memang takde hal. Lagi-lagi bab makan free.

Gerak dari Shah Alam je dah lewat. Perot dah lapar. Sampai dewan, aku tengok keadaan lengang jer. Makanan pun ade 2 jenis jerk. Ade lauk ayam dengan ape tah name benda alah nih. Tapi die masam2 lah. Aku bedal jer. Janji kenyang. Tapi hakikatnya tak berapa nak kenyang jugak.

Anyway, selamat pengantin baru buat pengantin tersebut.


Dari AKU,

Saturday, November 27, 2010

Plan Hujung Minggu

Tet. Auto publish punye entry nih. Sekarang ni aku mesti tengah mencari barang-barang susulan untuk kenduri kawen adik aku. (bukan aku). Dah banyak kali kawan-kawan i kat sini yang salah paham. Aku punye time tak kunjung tibe lagi. InsyaAllah, jika diizikan aku lak menyusul. Amin.

Ok kawan-kawan. Selamat berhujung minggu. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Jangan nakal-nakal. Ape aku merepek nih. Ok lah, chaw.

Dari AKU,

Friday, November 26, 2010

Award dari adik HATI GETAH



OK. Award ni dah dapat lama. Minggu lepas. Sorry cik liyana aka Hati Getah. Soalan-soalan yang kene jawab untuk dapat award ni yang buat den lembab nak setelkan hutang nih. Anyway, tq very much yer adik hati getah. Mari kite jawab soalan-soalan di bawah.


Q1 : http://hatikuhatigetah.blogspot.com/ di mata kamu?
Budak kecik ni rasenya jenis banyak cakap. Sekali lastik tak tentu die diam lagi. Kena lastik sebanyak 100 kali kot baru die leh dok diam. Gurau-gurau jerk. Die ni aku rase garang jugak. :-p

Q2 : name blog anda & kenape anda letak name itu.
Tah la. Kenapa aku letak pun aku tak tahu. Aku main belasah je.

Q3 : name URL blog anda & dari mane datangnya idea tu
Jawapan same dengan soalan nombor 2

Q4 : apekah kaedah dalam penulisan blog anda
Takde kaedah kusus. Suka hati jari aku je nak tulis apa. Itu pun ada yang sentap tak tentu pasal. Mencik.

Q5 : apa perasaan anda bila tengok blog org chantek & menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kdang blog sendiri menarik tapi merendah diri )
Takde berperasaan sangat pun. Nak blog cantek, usaha la. Abis cerita.

Q6 : bilakah blog anda diwujudkan
Since 2008. Tapi tahun 2009 baru aktif kat blogger. Dulu den menyetan kat blog tajaan friendster.

Q7 : siapakah org pertama yg tahu dan menjadi follower blog anda
Adik aku dan mereka-meraka yang rapat sahaja.

Q8 : sila tag 5 org lain untk menerima anugerah & pass kan syarat syarat ini...

Kata Hati : Cuba menjawab sebaik mungkin.






Dari AKU,

ZIKIR HARIAN

Sekadar berkongsi dengan semua :

JUMAAT
-YA ALLAH-
Allah akan memberi ketenangan hati kepada orang yang membacanya


SABTU
-LAILAHAILLALLAH-
Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan Allah akan memberi segala
kebaikan kepada kita


AHAD
-YA HAYYUYA QAYYUM-
Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia


ISNIN
-LAHAULAWALA QUWWATILLABILL AHILALIYULAZIM-
Setiap kali bacaan, Allah akan memberi pahala sebesar bukit uhud dan Allah akan menghilangkan sifat2 mazmumah dalam diri kita


SELASA
-ALLAHHUMMA SOLLIALA WARASULIKA WANBIYYIKAL ALAMIN
WAALAALIHIWASOBBIHIWASSALAM-

Setiap kali bacaan, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun


RABU
-ASTAGFIRULLAHHALAZIM-
Setiap satu kali bacaan, Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hati


KHAMIS
-SUBHANALLAHHILAZIMI SUBHANALLAHHIWABIHAMDIH-
Setiap kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih dilautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga




p/s : Sedang sengugut.



Dari AKU,

Thursday, November 25, 2010

Bunga Penanggah

Tau tak ape penanggah?

Musim cuti sekolah ni, memang musim mengawan kat merata tempat. Adik aku pun tak lama lagi nak mengawan gak. Tapi lambat lagi bulan satu tahun depan. So, sekarang ni memang bz untuk aktiviti menyiapkan segala keperluan.

Penanggah ni penting bagi sesebuah perkahwinan. Macam kenduri kat area umah aku, memang semangat tolong menolong tu tinggi. Macam duduk kat area kampung. Dari mula sampai abis memang penanggah yang setelkan.

Seronok bile aktiviti macam ini masih dikekalkan...

Biasanya setiap penanggah ni ade lencana sendiri yang tuan umah sediakan. So, aku , mak ngan adik beradik termasuk Eca dah pun siapkan lencana special untuk dieorang. Lencana ini akan dipanggil sebagai Bunge Penanggah.


- Eca yang datang membantu dan menyebuk. Hehee -


- Tada. Siap dah -


p/s : Penanggah dengan Penangal lain tau..

Dari AKU,

Sakit Tekak

Tadi pagi boleh pulak aku membute dengan jayanye lepas Subuh. Tersasar sampai pukul 8.30 pagi. Aku dah tiga minggu batok. Tapi dah beransur. Sekarang ni pulak, die kasi sakit tekak kaw-kaw punye. Faktor cuaca agaknya.

Nak telan air asam jawa dah tak lalu. Termasuk air-air yang sewaktu dengannya.

Malam tadi pergi farmasi. Adik kat farmasi tu kasi ubat gila kuat. Satu papan pun dah harga RM11.20. Die kata dah teruk sakit tu. Suara pun dah lain. Bengkak ni katanye. Aku angguk je. Malas nak tanya banyak-banyak. Tekak sakit la katakan.

Dah setel, aku terus singgah kedai mamak. Teringin lak nak makan meehun goreng. Dah makan, aku sental la ubat tu. Sedap je aku menyoyot sampai ke titisan akhir. Ambik ko, memang power. Dari lidah sampai ke tekak aku rase kebas. Rase kebas macam kene injet ubat pelali sebelum nak cabut gigi tu.

Lama-lama aku rase tekak aku panas. Aku telan air. Tak rasa air. Aku makin rasa tak selesa. Member sebelah dah nampak aku tak selesa. Nape tangan sejuk ni - die tanya. Takot? Aku diam jerk. Sampai ke sudah nak tido pun tak hilang kebas.

Pagi ni, alhamdulillah tekak rasa lega.


p/s : Kalau sakit tekak teruk kata je nak ubat yang kuat. Hehehe


Dari AKU,

Wednesday, November 24, 2010

Rimas


Mood aku pagi ni memang tak berapa nak bagus. Aku tengah sakit kepala. Lepas tu, pagi-pagi lagi dah sakit perot. Simpton biasa kalau aku nak period. Benda ni ikot gak. Tak la tiap kali aku nak period, aku kena nak lalui benda-benda ni semua. Kadang-kadang tak rase ape-ape pun. Kadang-kadang rasa macam nak tercabut usus perot.

So, bergantung pada keadaan jugak.

Seriusly, aku tengah rimas dengan keadaan sekarang. Rimas nak mengadap benda yang patutnya tak mendatangkan apa-apa masalah pun. Benda kecik nak diperbesarkan. Apetah lagi kalau benda tu besar. Mulelah nak melalak, memekak nak menyalahkan orang lain. Salah sendiri tak nampak. Berbincang kunun tapi nampak macam memaksa.

Rimas........!!!

Bilalah semua ni nak berakhir. Berharap agar segalanya berjalan dengan lancar tanpa rasa tertekan dan sakit hati pada sesiapa. Aku memang tak banyak soal. Tapi jangan bagi aku menyoal takot aku memaki tanpa aku sedar sape engkau. Mintak jauhkan.


p/s : Takde kena mengena dengan dia, dia dan dia.


Dari AKU,

Tuesday, November 23, 2010

MYVI Special OFFER

SPECIAL INTEREST RATE
FROM 20 NOVEMBER TO 30 NOVEMBER
5 YEARS = 3.3%
6 & 7 YEARS = 3.4%
8 & 9 YEARS 3.5%
FOR MYVI ONLY

ADD: Special Edition & MYVI Manual worth RM500

-Only for this month-


Contact Person:

Perodua Sales Sdn Bhd
Lot GF-U1,Ground (Corner Unit),
Jalan P9E/1, Presint 9,
62250 Putrajaya


ZAFIRUL FITRI BIN ZAINAL ABIDIN
H/P : 017-2003265

-Nak yang ini pun boleh. Just contact nombor tersebut-


p/s : Sapa-sapa yang berminat boleh contact mamat di atas. Jangan takot. Itu adik ipar aku tu. Hehehe..


Dari AKU,

Resepi Kerutup Ayam @ Daging

Hari tu lupe nak bubuh sekali resepi Kerutup Ayam yang aku dok gigih masakkan tu. Ade gak kawan-kawan yang msg aku tanye resepinya. Resepi ni orang lain yang bagi. Aku follow jerk. So, aku copy n paste jer kat sini. Selamat Mencuba.

Bahan2:
serbuk kerutup secukup rasa
Bawang merah (dimayang sedikit... diblend, secukup rasa la)
Bawang putih - dlm seulas 2 je (dimayang)
halia (dimayang)
lengkuas (diketuk2)
cili kering (diblend)
serai (diketuk2) - serai ni kalau kerutup ayam.. kerutup daging tak yah serai .. aku lg suka kerutup daging, lebih ummpphhh - kalau aku, daging pun aku bubuh gak serai.
santan (jgn perah smpai cair tau)
daging atau ayam
kulit kayu manis n bunga lawang (ye ke nama ni bnda alah tu dipanggil??) .. secukup rasa la...
garam gula secukup rasa

Cara-caranya:-
tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih, n halia yg dimayang, lengkuas yg diketuk sehingga garing
kemudian, bawang merah + cili kering + serbuk kerutup digaul bersama.. masukkan ke dalam periuk tadi... kacau seketika
masukkan ayam/daging ... make sure daging ni blh masak empuk tau (masukkan serai)
masukkan asam keping
masukkan santan
didihkan
masukkan garam, gula (atau gula melaka) kerisik secukup rasa...
didihkan sehingga naik minyak n kuah nya pekat....

PEMBAGI RESEPI : CHEKWE ( kasi ko glemer skit )


-Kerutup Daging-
(Gambar curik dari Google)


p/s : Masa aku masak hari tu aku tak bubuh gula sebab aku tak suke rasa manis. Hehee

Dari AKU,

Monday, November 22, 2010

Hidup Tidak Adil Pada AKU

"Hidup tidak pernah adil pada aku. Aku solat. Seingat aku tak pernah pun tinggal. Aku ikot semua suruhannya. Tapi hidup ini tetap tidak adil pada aku"

Aku terdiam. Aku tak tahu nak cakap macam mana dekat dia. Memang dia baik. Tapi apa yang aku nampak dugaan dalam hidup dia tak pernah lekang. Satu persatu datang. Setabah mana pun dia sebelum ini, akhirnya dia seolah-olah tewas. Tewas pada aku apabila die mula mempersoalkan kenapa hidup ini tidak adil pada dirinya.

Aku sedih mendengarnya. Tak pasti sama ada dia menyalahkan takdir yang sudah ditentukan untuk dirinya, atau cube mencari apa silapnya sehingga hidup menghukum die sedemikan rupe.

Kenapa kite diuji? Cuba cari jawapannya disini.


p/s: Keadilan sebenarnya adalah di akhirat kelak.

Dari AKU,

Award Dari Olick aka Eca


Eca dah banyak kali menjerit kat shoutmix chat tu suruh amik award dari dia. Sebelum die nangis, aku pun amiklah laju-laju benda alah nih.

Nice Blog katanya. Mentang-mentang lah blog aku baru tukar layout. Terima kasih jugak pada pembuat award iaitu si budakbotak11.

Nak kasi jugak dekat kawan-kawan, adik-adik, abang-abang. pakcik makcik yang bertuah dan melintas dalam kepala otak aku sekarang ini. Tak lain tak bukan mereka adalah :


p/s : Ade lagi award dari adik Hati Getah. Coming soon


Dari AKU,

Jogging


Lama tak jogging. Lama tak buang lemak tepu yang ada kat dalam badan ni. Bukan sebab nak maintain je, tapi kalau bersenam ni orang kate badan akan jadi segar dan sehat selalu. Kekdahnya, jantung tu akan sentiase dup dap dup dap. Senang cerita memang bagus lah untuk kesihatan. Lagi-lagi sejak umur dah pun menginjak ke alam senja nih.

Dulu boleh kate tiap-taip mingu jogging. Sambil cuci mata, cuci minda dan kemudiannya aku pergi lak melantak nasi lemak kat Restoran Gembira kat sek 3, Shah Alam tu. (Dah buang lemak pastu masuk balik, ish ish) Tapi, Sedap beb. Hahahaa..Teh tarik die pergh meletop. Glemer kedai nih. Siap masuk paper bagai..

So, petang semalam aku pergi lah jogging kat Tasik Shah Alam tu dengan member. Aku suke pergi tempat ni sebab ramai orang. Suke tengok gelagat family. Ade gak gelagat memintal jari jemari. Siap tarik-tarik hidung. Belum lagi yang tumbuk manja-manja tu. Lantak korang lah nak buat aper pun. Hehehe..

Semalam aku tak lari sangat pun. Just berjalan keliling tasik jer. Balik tu kaki rase tak sedap skit. Ni lah penangan kalau tak buat senaman ringan dulu.

Kata Hati : Nak jogging lagi next week. Sape nak ikot?

Dari AKU,

Saturday, November 20, 2010

Award dari Lydia Miza


Aku dapat award dari Pn Miza. Klik link kat sini. Terima kasih ye Miza sebab bermurah hati nak sedekah dengan aku.

Sempena Hari Sabtu ni, aku nak bagi dekat :

Kata Hati : Jangan malu-malu nak amik


Dari AKU,

Friday, November 19, 2010

Body Lotion JOHNSON'S

Assalamualaikum dan salam jumaat buat semua.

Dah jadi tabiat lak sekarang - pantang ade web yang nak kasi sample, mesti nak isi. Sape tak nak, benda free. Bukan kena bayar apa-apa. Takat nak isi borang sikit-sikit tu kire small matter la. Aku tak pasti lah benda ni ada ke tak lagi. Tapi kalau nak sample ni, try la kelik kat sini.

So, ade lah lepas sebulan aku isi, aku dapat dah sample tu. Kecik cinonet jer. Dah apply pun kat badan, tangan. Kat muke je tak try. Ok lah. Wangi dan tak melekit.

-comelkan sample dia, kejap je dah abis aku lumur kat badan-



Dari AKU,

Thursday, November 18, 2010

LAYOUT BARU

Bosan punye pasal. Tak pasal-pasal aku cari layout baru. Dah lah layout ni takde kene mengene ngan aku pun. Nak kata ada anak pun idak. Ah, lantak lah situ. Janji senang nak loading. Yang lama tu gile susah lembab nak mampus kalau nak loading. Harap-harap yang ni pun ok lah.


p/s : Kat luar tu guruh kuat sangat tapi hari panas. Takot aku.


Dari AKU,

Kerutuk Ayam

Akhirnya, aku berjaya memasak kerutuk ayam pada hari raya Haji tahun ni. Alhamdulillah, ianya menjadi dan memang sedap. Aduh, perasan sungguh. Tapi memang sedap gak wei. Tak caya boleh rase. Tapi, lain tahun lah.

Terima kasih pada tukang bagi resepi iaitu chekwe.


-benda wajib yang ada supaya kerutuk ayam korang menjadi-


-Ni pun benda wajib gak. Jangan kata korang tak tahu ape benda alah nih -


-Setel dah bahan-bahan yang diperlukan -


-80% dah nak siap -


-Nilah rupa kerutuk ayam yang dah siap. Kaler die memang hitam -

Rizal kata macam masak kicap jerk. Ish, lain lah. Setahu aku kerutuk ayam or daging ni masakan orang Pantai Timur. Orang Kelantan dengan Terengganu pasti tahu pasal masakan ini.


Kata Hati : Kerutup atau Kerutuk?



Dari AKU,

Wednesday, November 17, 2010

Hadiah Dari 'Kisah Katak Pink'

Korang tengah mencekik lemang ngan rendang ke? Ke tengah makan ketupat? Aku dah selamat tambah lemak kat badan ni ha. Ketupat dah masuk. Rendang dah masuk. Uish, Gemuklah aku nanti.

Ok, aku nak citer benda lain sebenarnye. Hari tu aku ade main teka-teki kat satu blog nih. Kisahnya semua ade kat sini.

Kalau dah baca mesti paham apa aku cube nak sampaikan. Kalau malas baca pun tak per. Hehehe. So, hasil kebijaksanaan otak aku ni, aku berjaya teka dengan tepat dan melekat. Hari Khamis lepas aku dah dapat dah hadiahnya.

Terima kasih adik pink sayang. Sayang kamu. Actually, aku pun memang peminat benda semulajadi.

-ini adalah antara isi kandung dalam pos ekpress tu-


Dari AKU,

Tuesday, November 16, 2010

Salam Hari Raya Qurban



- pic dari abang google-

Raya kali ni aku ade misi. Takde lah nak berkorban ke apa. Cume aku nak cuba masak ayam kerutup. Aku suka makan masak kerutup ni tapi tak pernah nak cuba masak sendiri. So, alang-alang dah dapat rempahnyer dari chekwe, so dengan rase gigih dan berahinya aku nak cube masak esok. Hehehee

So, kesempatan dengan mood raya yang menjadi-jadi ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua family, kawan-kawan, adik abang dan sume yang mengenali aku.

Berkorbanlah demi agama, bangsa dan negara. Dan bukannya kerana CINTA body melarat dan kemudiannya anak dibubuh dalam semak.

Dari AKU,

Monday, November 15, 2010

Kisah Hari Minggu

Kenduri dah dekat. Kalau ikut tahun macam jauh ke depan lagi. Tapi kalau bilang dengan jari, dah dekat dah pun. Tak sampai pun dua bulan. Mak dah merengek-rengek mintak bawakkan dia pergi beli barang.

Mak nak pergi Mydin katanya. Dah plan baik dengan Alang, Eca (Olick Sya Sya) nak pergi pagi-pagi nih. Tapi standetlah. Kite ni merancang jerk, yang tentukan dia. Jadi plak benda yang tak patut nak jadi. Apa dia? Leh kelik sini.

Dari pukul 11.30 pagi nak gerak dah jadi pukul 3 petang. Perot dah lapar. Gila lama nak tunggu orang tu siapkan kereta. Lepas siap, berangkatlah rombongan mak aku ke Subang. Sampai sana, sembahyang siap-siap terus masuk membeli apa-apa yang patut.

Penat beb. Tapi puas sebab rengekan mak telah dipenuhi. Lagi sepuluh minit pukul 8 baru sampai umah.

-sempat lagi singgah kiosk Easy nak check KWSP-

-2 troli sekali shopping-


p/s : Ade lagi tak beli. Nest trip ye mak



Dari AKU,

Jaga-jaga dengan abang NINJA TURTLE

Kalau korang dengar ade orang tengah mesin rumput kat luar umah, jangan lupe nak jenguk. Lagi-lagi kalau korang dok park kereta kat kawasan yang hampir dengan aktiviti extreme mereka. Bukan apa, aku tak nak apa yang jadi kat kereta adik aku jadi jugak kat kereta korang.

Pang.....!!!! Bunyi memang macam bom tengah MELETOP. Ke bunyi bom lagi kuat? Hehehee..Sekali jenguk cermin kereta pecah dek batu yang terpelanting masa dieorang tengah mesin rumput. Bahaya bukan!!!

-cermin kereta yang retak. Nampak tak? Henpon 1.3mp je tu yang malap je gambar-


-saat cermin ditukar ganti-

Tapi, adik aku beruntung sebab masing-masing kat umah. Lagipun, yang punye kerja pun jiran depan umah. So, takde la nak risau apa. Kompem dia ganti.

Cuma takot kalau abang-abang ninja turtle yang buat clean up tiap-tiap mingu kat depan umah. Kalau takde orang, chance dieorang nak lari memang tinggi. Patutnya, ko tak payah nak lari. Sebab benda ni leh kaver insuran. Ini mesti kes takot nak repot kat bos..!!! Manyak cilake kalau lepas tangan macam tu jerk.



-aktiviti minum sementara tunggu kereta siap-
model sambilan : eca dan penulis



p/s : Selamat pakcik tu ada timbang rasa. Membayar ganti rugi. Tapi kesian sebab yang buat ni jiran depan umah. Die pun tak sengaja. Akhirnya atas rase timbang rasa, RM90 tersebut dibahagi pada 2. Adil bukan?

p/s/s : Aku memang panggil orang yang mesin rumput tu abg ninja turtle


Dari AKU,

Friday, November 12, 2010

Aduh - Macam mana boleh lupe

Ish, macam mane aku boleh lupe nak goblogkan pasal anak buah aku yang makin kacak dan agresif tu. On 10/11/10 dia dah pun berumur 9 bulan. Dia makin lasak. Makan pun banyak tapi badan sinonet mcm tu gak. Tak merangkak tapi terus duduk.

Yang penting dia sehat...!!!


-saya nak jadi drifter la ibu-


p/s : Harap-harap die jadi ostat.


Dari AKU,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..