Friday, October 16, 2015

9 January 2015

Salam 1 Malaysia,

Selepas 10 bulan.
Masih berdua. Masih belum ada rezeki lagi nak ada anak walaupun teringin sangat. Tapi takpe. Rezeki Allah tu luas. Yang penting teruskan berdoa. Berusaha.

Jan 2015
Alhamdulillah, aku selamat dinikahkan dengan seorang lelaki. Dah tu tak kan dengan perempuan plak. Tak syok la panggil lelaki. Lelaki itu  adalah suami aku kot. Suami yang biasa-biasa yang selalu buat jiwa aku dup dap dup dap. Tak sangka? Memang tak sangka. Sebab aku penah nekad untuk tolak dia satu masa dulu. Tapi siapa aku nak tolak takdir dan ketentuan Allah. Syukur sangat-sangat. Paling tak kurang aku dah tak perlu nak jawab pertanyaan orang bila nak kawin?.

Pada aku, nothing to share pon. Bukannya aku berkenalan ala-ala cerita drama Melayu. Aku tengah jalan tiba-tiba kau langgar lopak air, kena aku - pun tidak!. Apetah lagi berkenalan dalam lift. 

Cukuplah aku dengan dia je tahu. Yang pasti bertemu kali pertama di Hospital Putrajaya. Lepas-lepas tu die mengorat aku dengan bagi kuih loyang. Adoi la. Orang lain bagi bunga. Huhu..

Harapan aku.
Moga dia dapat sempurnakan aku.
Terima aku seadanya.

Moga kasih sayang kita hingga ke hujung nyawa. Chewah. InsyaAllah.



Dari AKU,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..