Saturday, August 31, 2013

Trip Ke Sabah - Hari Kedua Part 2 - Edisi Throw Back

Ha amik kau. Panjang pulak kite rase tajuk entry kite. Ade kite kesah? Ok. Sambung semula menulis.

Hari Kedua - Kundasang & Kota Kinabalu.
Ok. Mengambil masa yang terlalu lame untuk update part 2. Bukan apa. Sebuk beraya. Sebuk berpuasa. Sebuk mengeramkan diri sebab baju raya tak siap. Ok dah. Itu aku cerita lain kali hokey.

Hari kedua di Sabah. Pagi tu masih di Kundasang. Berade di tempat yang tinggi, dingin menjadikan aku kemalasan nak bangun dan pulang. Rasa nak duduk situ lama-lama. Yang pasti aku akan repeat balik tempat nih. Berbulan madu mungkin. Hehe.

Brekfes dekat resort ni je. Not bad. Tapi yang kesiannya tengok Qaiser. Muntah-muntah. Tak pasti ape sebab. Tapi syukur die tak banyak ragam. Tak menangis. Cume tak mahu makan. Cian die. Lepas brekfes, kiterog terus gerak ke Dairy Farm yang ala-ala New Zealand Malaysia tu. Sampai je aku rase teruja. Subhanaullah. Canteknya ciptaan tuhan. Nampak luaran panas terik. Sekali dah menapak kaki kat tempat tu, MasyaAllah, sejuk sangat. Lagi-lagi angin sepoi-sepoi bahse dok lalu-lalang kat hidung aku. Memang superb lah.

Rayyan paling excited. Terjeirt-jerit. Kejap cow. Kejap Lambu. Kejap cow. Kejap lambu. Sorry uols. Aku lupe bayaran masuk sini. Tapi tak cecah RM5 sorang kalau tak silap. Lepas puas bergambar tengok lembu-lembu, kiteorg terus ke Memorial War. Kat sini kene menapak naik atas. Lebih pada tempat sejarah. We all tak lame kat situ.



On the way nak balik KK, we all singgah kaki gunung Kinabalu . Walaupun tak dapat nak panjat gunung Kinabalu, dapat bergambar pun jadilah kan. So sakanlah bergambar. Dah penat lepak dan bergambar, we all layankan perjalanan dalam 2 hingga 3 jam ke KK.



Sampai KK, we all amik kunci apartment. Duduk di Marina Apartment. Cantek bilik nih. Bersih. Pun dah booked lama. Tak silap satu malam RM300. So aktiviti hari tu lebih pada jalan-jalan ke Pasar Philipine.

Bakal Bersambung....tapi tak tahu la bila...

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..