Monday, December 31, 2012

Selamat datang 2013



Tiap-tiap tahun aku mesti kena soalan yang sama.

Apa azam baru kau tahun depan?
Kau bile nak kahwin? Belum aku jawab, dia sambung cakap lagi. Kau jangan memilih sangat dan bla bla bla. Akhirnya aku pilih untuk senyum kambing daripada menjawab.

Korang nak tahu apa aku nak?

Aku nak melancong sakan tahun depan.
Aku nak kumpul duit.
Aku nak pergi Mekah. Dapat buat umrah pun jadilah.
Aku nak beli rumah.
Last sekali. Aku nak kurus.

Anyway, selamat tahun baru 2013. Sama-samalah kita menjadi manusia yang dirahmati Allah selamanya. 

p/s: Teruje waiting for new product from Ecah & Ayie.


Dari AKU,

Saturday, December 29, 2012

Stress

Kejadian berlaku bulan lepas. Aku bukak almari, aku tarik seluar jeans levis aku. Size 27. Aku tau aku dah berisi. Tapi memang konfiden aku bleh pakai lagi.

Aku sarungkan. Aku menjerit. Aku sedih. Aku down. Aku stress. Stress sangat- sangat. Aku tak boleh nak kacipkan seluar.

Nak jogging aku malas.
Nak berhenti makan, aku memang kuat makan.

Tapi, nak tak nak aku kene lakukan sesuatu. Adeh.....

Dari AKU,

Monday, December 24, 2012

Port Dickson Dec 2012

Port Dickson (PD).

Seriusly, lama bebenor tak pergi sini. Last pergi pun 10 tahun sudah. Sebenarnya pergi PD ni tak dirancang pun. Saja nak habiskan masa cuti. Duduk umah pun bosan jugak. So, alang-alang dah pergi tu singgah dan jenguk sekali kat mana Seremban 2. Ok done, dah tau, terus drive ke PD.

Destinasi ke Telok Kemang. Sampai je sini, hujan still turun even tak lebat. Renyai-renyai. So belikan cap untuk Rayyan and Dadat. Lagipun Rayyan tengah dedau dek deman. Rayyan manusia paling excited bile turun je dari kereta.

First thing yang die nampak, kuda. Terjerit-jerit duk panggil horse!!! Horse!!! Dah penat layan horse, we all jalan jauh sikit menuju ke pantai. Hah, amik kau. Lagi menjerit-jerit si Rayyan. Abang nak mandi! Abang nak mandi. Nasib baik bawak baju spare. So, layan la die main ombak. Manjang menjerit run...runnnnnnnnnnnn bila ombak datang dekat dia. Lawak tengok!




Dah penat layan ombak, shopping ala kadar, we all gerak balik dengan puas hati. Tak sabar nak pergi bercuti ke Langkawi.



Anyway guys, moga ketemu lagi di lain entry.

Dari AKU,

Wednesday, December 19, 2012

Dinner - Ala ala Retis gitu

Jujurnya aku tak suka nak join dinner. Lagi- lagi dinner yang nak bertema bagai. Nak cari baju lagi. Nak cari aksesori lagi. Ish lecehlah nok. Last aku pergi dinner 10 tahun lepas. Tu pun malam pra graduate masa kat uitm dulu. Hahaha.

A night at award show. Yeah. Itulah die tema makan malam SKMM bagi tahun ni. Ala-ala dressing macam artis gitu. Ikotkan aku malas nak join. Tp taknak ler dikatekan anti sosial, so aku gigihkan jugak pergi. Target malam tu nak dapat note. Ade 40 bijik tu. Takkan sebijik pon tak kenekan.

Ok. Malam itu aku pakai simple je. Nak kate dress bukan dress. Nak kate jubah bukan jubah. Ah belasah je. Janji pakai baju. Tujuan utama nak makan je pon. Dah makan, dah kenyang baru balik. Haaa. Untuk pengetahuan korang, malam tu takde rezekilah nak dapat note. Aku dapat ice cream maker je, dari Kendwood gitu. Jadilah dari takde kan. Kau ade?

Ok kengkawan. Dah abis. Aku nak sambung meeting yang mana aku terpaksa datang tapi tak paham apa lagi setakat nih.

Babai.




Dari AKU,

Monday, December 10, 2012

Explore Race Cyberjaya

Badan still lenguh-lenguh lagi. Tidur pun macam nak menendang je dah. Hari ni masuk hari ketiga. Bekas-bekas sakit tu ade lagi. Sakit tak tahan punye pasal jugaklah aku telan panadol extend. Ha kurang sikit rasa sakit. Rasa mau deman wo. Mau taknya, dah dekat setahun tak masuk aktiviti lasak. Sekali masuk yang heavy punya. Explore race tu. Mau tak pengsan.

Macam tak caya jer aku masuk explore race. Suka-suka je asalnya. Dari suke-suke terpikir pulak nak menang. Dahlah group semuanya vouge belaka. Jejans pun dua orang jer. Tak menanglah jawabnya.

Sembang dalam email kemain lagi. Pukul 7.30 daftar, jam 8 mula racing. Macam biasa, janji paria, pukul 9.30 baru nak mula. Ada 6 check point yang nak kena completekan. Paling tak boleh blah bila kene asingkan rempah ratus yang bercampur-campur. Ade kacang hijau, jintan manis, lada hitam dan macam-macam rempah ratus lagilah.

Ape-apa pun memang enjoylah. Tepat pukul 12.38 tengahari kiteorang setel main. Yahoo. Puas hati sangat-sangat. Dapat godies lagi. Terima kasih SKMM untuk pengalaman ini. Malam tu pulak we al ade annual dinner dekat Hotel Royal Chulan. Nanti aku update.

So layan gambar je lah ye.



Sunday, November 25, 2012

Anak anak sekarang

Aku baru lepas selak-selak facebook. Selain dari cerita tentang isu-isu Palasten, aku disogokkan jugak dengan cerita-cerita klise. Kisah anak pandai main ipad, pandai main tab padahal baru je 2 tahun. Kisah anak pandai membaca seawal 3 tahun. Macam- macam kisahlah lagi. Mungkin dieorang nak share keseronokkan. Yelah, aku takde anak. Aku tak dapat nak feel macam mana kawan-kawan aku feel. Tapi yang aku kesahkan bila cara kau tulis tu macam anak ko sorang je macam tu.

Come on. Atau sleng mak aku. Kemonn la. Zaman sekarang ni pada aku takde pelik mana kalau kanak-kanak setahun 8 bulan dah mengenal a to z dengan cemerlang. Boleh membaca dan mengira. Seronokkan dapat anak bijak macam tu. Dan pasti keterujaan itu meleret ke fesbuk. Sikit- sikit takpe. Tapi kalau dah selang 10 minit nak cerita kehebatan yang semua budak zaman sekarang tau, itu agak memalukan.

Aku ada 3 orang anak buah. Yang sulung dah mahir mengunkan smart phone, ipad maupun tab. Pandai nak nak dail and call. Pandai nak pasang video sendiri. Pandai layan you tube. Pada pemerhatian aku, die agak cepat mengenal ikon. Die call orang pun based on gambar yang dia nampak. Dan die baru berumur 2 tahun masa tu.Tapi takde yang pelik sebab aku pernah nampak anak bos aku yang umur setahun lebih layan angy bird. Searhing her ownself.

Aku wish hope aku akan dapat anak-anak yang bijak satu hari nanti. Maafkan andai terover memberi pendapat. Lagipun fesbok dieorang kot. Sebuk je aku. Hehehe. Lagipun aku sekdar menghbiskan waktu bosan aku dipetang hari Ahad.



Sekadar berkongsi : Andai peranan dijunjung bagai lapik, berlicin daun dengan bertaut keyakinan diri, pasti yang sukar menjadi mudah. InsyaAllah

Dari AKU,

Friday, November 23, 2012

Erti kemaafan

Dah lama tak gunakan laman ni sebagai medan untuk meluahkan apa yang aku rasa. Tengah boring-boring duk menunggu masa rehat berlalu telah mengingatkan aku pertanyaan seseorang yang rapat dengan aku.

" ko dah maapkan si polan dan si polan"

Mendengar soalan minah nih aku terus ke silent mode. Aku pandang muke dia. Aku tarik nafas panjang. Berkata dalam hati. Bermonolog dalam hati lagi. Adalah 5 ke 7 minit lamanya. Jujurnya aku memang tak dapat nak maafkan dia. Tapi aku redha. Redha menerima apa yang Allah dah tentukan. Perlu ke untuk aku maafkan seseorang itu untuk mencari keredhaan. Tak kot. Dan aku rasa aku adalah manusia yang sangat bersyukur sekarang.

" Tak" itu jawapan spontan aku.

Aku tak sesempurna mana. Jangan samakan aku dengan nabi. Cuma doakan saja hati aku terbukak untuk semua itu. Aku sedaya upaya berdoa supaya Allah jauhkan aku dari sifat dengki, dendam maupun apa-apa jugak sifat yang boleh menghitamkan hati aku.

Aku nak ke depan. Aku dah sukses melupakan segalanya. Sumpah aku DAH tak nak tahu pasal orang yang menjahanamkan hidup aku sikit masa dulu. Kau nak bahagia ke or kau nak derita ke, itu Allah punya kuasa. Kalaupun kau baca goblog aku nih, aku  nak kau tahu kau lah manusia paling jijik pernah aku kenal.  

Alhamdulillah. Sungguh Allah menyayangi aku. Selamatkan aku dari segala-galanya. 

At last, kalau ada yang tak setuju dengan pendapat aku takpe. Sebab tak kena kat batang hidong dan segala-gala batang lagi. Apa pun, terima kasih kerana membaca. Ngeh ngeh. Now, aku nak pergi sembahyang. Sesi meroyan dah habis.


Dari AKU,

Tuesday, November 20, 2012

Keperitan Palestin

Lately ni aku sayu sangat nak bukak fesbuk. Hati aku hancur berkecai nak belek surat khabar. Aku rasa macam nak tutup telinga bila dengar berita kat tv. Peritnya derita yang mereka tanggung. Kaki putus. Hilang mak. Hilang bapak. Hilang tempat tinggal.

Ya Allah. Hanya kau yang maha mengetahui segalanya. Ya Allah, bantulah sedara ku yang sedang menanggung penderitaan di tanah Palestin. Aku tak mampu nak tolong melainkan memanjatkan doa padamu Ya Allah.

Jahanamlah kau Israel. Pasti ada pembalasan kelak. Dunia hanya sementara. Kau ingat tu.

Mati itu pasti. Malam ini aku insaf meratapi keperitan ini. Moga ada jalan. Moga ade kemenangan. Kebangkitan Islam pasti tiba juga. InsyaAllah. Dan buat sekian kalinya aku bersyukur berada di bumi yang aman. Moga Allah lindungi aku dan keluarga. Amin.

Wahai sedaraku, doa ku sentiasa mengiringi kalian. Tabahlah. Syurga pasti menanti. InsyaAllah



Dari AKU,

Saturday, November 17, 2012

Kisah 4 hari

Tinggal esok je lagi. Hari Isnin aku dah kene masuk opis balik. Aduh sengalnyer rase. Malasnyalah hai nak mengingatkan kerja-kerja yang tertangguh. Apparaisal lagi nak kene hadap. Peel bos yang kekadang sesungut lagi nak kene hadap. Aduhailah, bebel banyak pun tak guna, nak tak nak kene hadapkan jugak.

Ermm.. 4 hari aku cuti. Paling sedih cuti kali ni aku tak kemana-mana pun. Plan punyalah baik. Plan asal nak pergi Cameron Highland. Tak jadi plak atas alasan cuaca. Lagipun nak bawak budak kecik. Then we all rancang nak pergi Hot Spring Sg.Klah, tapi batal jugak sebab hotel fully booked. Frust giler lah. So jadilah kiteorang penunggu rumah dalam 4 hari nih. Tapi takpe lah, adelah hikmahnye tu . Ayat sedap hati ni uols.

Nasib baik tahun depan nak cuti-cuti Malaysia. Yeah. Tak sabar sangat. Bukan senang nak kumpol satu family. Tunggu.....!!! Yang penting enjoy giler layan anak tuti fruti kat umah.



Dari AKU,

Wednesday, November 14, 2012

Buger Bakar Buatku TERBAKAR

Hari sabtu lepas ikut alang pergi umah baru dia. Pergh. Cantek rumah tu. Untunglah, dah ada rumah. Balik dari sana singgah lak Tesco, Bukit Puchong. Dah setel beli-beli barang, (eh kejap, baru teringat, wa tak bayar lagi duit alang. Hahaha. Nanti wa bayar okey!), we all plan nak pergi makan.

Aku lak dengan bangga ajak Alang and Cipong makan dekat Lokas. Konon nak makan burger bakar. Aku dah dua kali pergi sini dan tapi makan burger bakar sekali je dengan budak-budak opis. Mase tu ok je rasanya. Aku amik daging lombu masa tu.

Second time pergi ni, aku pilih ayam pulak. Mak ai. Bila sampai je, ini bukan beger BAKAR. Tapi beger yang ayamnya digoreng. Bongok! Tak sedap. Memang tak boleh nak telan. Pelik bebenor rasanya. Alang dah menyumpah-nyumpah. Memang dah tak sedap. Patutlah masa masuk tu aku nampak dah takde orang beratur macam dulu. Eeeeee....Mampuih aku tak datang dah!

Ok. Sessi menyumpah dah setel. Sila jangan datang sini untuk dapatkan burger bakar yang sedap.

Dari AKU,

Monday, November 5, 2012

Splash Tour In The RAIN

Salam,

Yeah. We all selamat berjimba-jimba hari Sabtu hari tu. Macam biasa tak pernah plan apa-apa pun. Mandi, siap-siap mekap ala kadar then terus chaw. Destinasi we all kali ni ke Mines je pun. Dah 10 tahun duduk Seri Kembangan, tapi tak pernah sekali terpikiq pun nak naik boat pusing-pusing tasik kat situ.

Ahli majlis macam biasalah. Aku, alang, Dadat ngan Rayyan. Cuaca pulak macam nak hujan. November rain la katekan. Tapi gigih gak naik. Usha-usha pakej mana yang best. Yang ada pun pakej 15 minit,rm22 and rm28 for 45 minit. Pandai dieorang saiko. Dah sah-sahlah aku amik pakej 45 minit tu. Tapi takde rezeki pulak nak naik. Ade problem tekanan air pulak. So, dieorg suggest naik splash tour. Aku ngan alang hanggukkan ajer. Ape bendanya pun aku tak tahu. Yang pasti leh naik for 30 minit.

Hah. Benda alah aku nak naik nih, rupe die macam bas. So, kite akan naik dari atas darat then baru terjun dalam tasik. Bes jugak. Baru 5 minit dalam benda ni, hari hujan la pulak. Adeh. Rayyan baru nak menikmati alam, siap beli makanan untuk ikan lagi. Erm, cuaca makin teruk. Hujan dah tempias masuk dalam. Abang dah mintak dukung. Takut katenyer.


Dah selamat naik atas darat, tak sangka we all dapat balik duit. Alhamdulillah. Dah la siap merase naik dalam 10 minit. Free lak tu. Hehehe. Lenkali nak repeat lagi tapi naik boat yang biasa. Tak nak la naik splash tu. Ngeri sikit. Hahaha. Pada aku kene pergi bukan musim hujan baru best.

Malam tu abang asyik mimpi fish je. Alahai.

Gambar di bawah boleh menceritakan apa yang aku tak reti nak cerita. Mungkinlah! So, layan.





Dari AKU

Thursday, November 1, 2012

Jerjak orang Rawa

Lama tak menulis kat sini. Bizilah kengkawan. Banyak sangat benda nak setel. Kat umah lagi. Kat opis lagi. Anyway aku enjoy dengan apa yang ade sekarang. Alhamdulillah.

Actually aku nak bercerita kisah anak buah aku Emillyn. Kisahnya, ayah si Emillyn ni keturunan Rawa. Dari Gopeng, Perak. Mereka-mereka yang berketurunan rawa ni taulah pasal ni kot. Pada yang tak tahu, meh aku cerita serba sikit pasal ni. Orang Rawa ada adat yang mana kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas mesti buat jerjak. Dah buat jerjak baru leh pijak tanah. Haa. Gitu!!

Masa Rayyan buat aku tak tengok. Tapi kali ni saja je mengedik ikut dieorang balik Gopeng nak tengok macam mana, bagaimana, dan yang paling utama saja nak berjalan sebab dah berhari-hari duduk umah.

Seperti yang dijanjikan, we all pergi hari Ahad. Kuar punya awal. Lepas subuh jer dah gerak. Lama tak jalan awal-awal pagi macam tu. Pukul 8.30.dah sampai Gopeng. Layan nasi lemak dulu then baru gerak pergi umah moyang Rayyan. Sedap weih nasi lemaknya. Lama tak makan nasi lemak sedap macam tu. Sampai je umah, semua persiapan dah ada. Aku nampak ada macam-macam jenis bunge then letak atas kain kuning. Ade limau. Mase ni Emillyn dah siap dipakaikan baju serba kuning. Wajib pakai baju kuning yang kununnya mereka berasal dari kalangan Raja Rawa. Kelas nok!

Pendekkan cerita sepanjang proses jerjak, Emillyn nangis non stop. Dah agak dah pun. Pong pang pong pang, pukul 1 kiteorang cabut balik. Serprise., masuk je tol omak kau, jem tak ingat. Dan kalau korang nak tahu aku sampai umah pukul 9.30 malam. 8-9 jam. Ha tu lah, balik lagi masa orang sebuk nak balik dari kampong lepas cuti hari raya haji.

Ok. Sekian. Teruskan melayan gambar-gambar dibawah.

Friday, October 19, 2012

Bosan

Salam Jumaat.

Tadi belek-belek kaizenHR, banyaknya cuti aku lagi. Ada lagi dalam 8.5 hari. Ikutkan aku boleh carry semua. Ok gak kalau nak angkut ke tahun depan sebab tahun depan nak pergi cuti-cuti Malaysia. Dah confirm dua tempat. Tak jauh mana pun tapi bolehlah untuk geli-gelikan jiwa, rehatkan minda. Dalam Malaysia lagi. Tapi, aku macam nak amik cuti dalam 2 hari lah.

Ada lagi 2 bulan nak masuk tahun baru. Cepatnyelah masa berlalu. Tapi abaikan cerita azam baru, yang lebih teruja aku dan rakan-rakan nan senja ada plan nak jenjalan. Harap-harap menjadi lah. Rasanya dah lama tak jumpe budak-budak nih. Even dekat tapi dek kerana komitmen kononnya dan masalah-masalah kecik yang tak dapat nak elak, datingnya selalu terbatal. 

Aku menulis sementara menunggu jam 10 sebenarnya. Ada meeting. Hah. Malasnya lah. Dan doakan jugak aku tak kene pergi training nextweek. Gila lama training tu. 3 minggu beb. Pengsan...!!!



Dari AKU,

Monday, October 15, 2012

Trauma malam Jumaat

TRAUMA.

Kejadian berlaku malam Jumaat, masa tu aku dah lepak depan tv tengok semi final bola antara Selangor dengan Kelantan. Rasanya adalah 15 minit baru start. Kat meja makan Alin, Cipong, Alang, Eca dengan Adik tengah dinner.

Qaiser tengah tidur dalam bilik. Tiba-tiba je die nangis. Macam biasa alang terus ke bilik. Tak sampai 5 minit aku nampak suasana kelam kabut. Aku belari masuk bilik. Qaiser dah lemah. Die menangis tapi suara macam keluar tak keluar. Aku tengok alang dah menangis. Aku amik Qaiser. Aku tanya kenapa? Takde jawapan.

Masa Qaiser kat aku, Ya Allah, anak ni dah lembik. Die dah berhenti menangis. Tapi, mata die tak berkelip. Takde respon. Masa ni semua orang dah berhenti makan. Suasana memang panik tak ingatlah. Aku dah jerit, suruh dieorg bawak pergi klinik cepat-cepat. 

Dari klinik,doktar refer ke hospital. Dekat hospital, die muntah. 

Dipendekkan cerita, pukul 2 pagi baru dieorang balik. Dan alhamdulillah dia ok. Yang pasti doktor saspek ade binatang yang gigit die. Sebab ada kesan gigit dekat belakang badan. Kesian Qaiser, sakit sangat sampai lembik, takde respon.

Apepun syukur alhamdulillah, Qaiser dah sehat. Risau tak ingat masa tu. Nak menangis pun ada. Kekalahan Selangor malam tu takda kesan banding dengan kerisauan dan kelegeaan bila tahu Qaiser tak apa-apa. Tak pernah we all gelabah macam nih. 

Sayang Qaiser!!!


Thursday, October 11, 2012

Bosan dan aku meroyan

Kisah kali ni  lebih pada kisah aku tengah keboringan. Aku tengah training. Traning Technology Transfer katanya. Tah apa yang aku belajar pun aku tak tahu. Aku benci programming. Aku benci scripting. Maapkan aku kerana dah membazirkan duit management untuk benda yang aku tak paham.

So, bile aku tak paham, aku akan merayau ke fesbok dan seterusnya aku meloncat ke blog. Aku tengok je new feed kat fesbok aku. Aku perati satu persatu sebab kalau time kerja, aku jarang ade peluang nak korek-korek apa yang bes, apa yang tak bes. 

Ok fine. Aku jumpe macam-macam. Dari orang berniaga ke orang yang meroyan. Sikit-sikit meroyan okey lah. Tapi kalau dah meroyan sampai masuk ke dalam spenda, dalam bilik tidor, puih aku menyampah. Kesian fesbok tu wei. Jadi tempat korang luah masalah. Pastu aku perati lagi - kawan-kawan dalam fren list tu suke nak komen untuk status-status meroyan nih. Bukan apa. Saja seronok-seronok nak menyebuk. Pleaselah!!!Tak kesian ke kat laki korang. Kat family korang. Perang kat rumah dah lah. Jangan bagi satu dunia tahu.

Ok fine - untuk kali kedua. Kang mesti ada yang kate, fesbok aku. Aku punye sukelah nak tulis apa. Memang lah fesbok kau. Tapi orang lain gelakkan kau ade ko tau. Orang lain jadikan kau bahan gosip ada kau tau. Orang tu mungkin jugak aku. Hahahahhaha. Nasib lah. 

Lagi satu- nak bercinta pun nak buat status selang 10 minit. Please lah gunekan ruangan message. Nak geli-geli tak payah nak tunjukkan satu dunia.

Ok. Kite dah besar. Tahu bezakan mana yang patut share, mane yang tak patut. Kalau budak-budak baru nak baligh tu buat macam tu aku boleh terima lagi. Tapi bukan mak budak, bukan bapak budak. Sekadar memberi nasihat pada keluarga, kawan-kawan juga peringatan untuk aku jugak. So, sorry kalau aku cakap tak betol dan sebagainya. Jangan sentap okey.

Ok. Training nak sambung balik. 

p/s: Aku pun tengah meroyan dekat goblog sekarang nih. Hahaha

Dari AKU,

Tuesday, October 9, 2012

AKtiviti buang lemak : Pindah rumah

Aktiviti minggu ni agak beronok-ronok sedikit. Suke sangat sebab boleh buang lemak tepu yang ada kat badan aku nih. Adik aku pindah rumah. Rumah yang dia sewa sekarang dah ada buyer. Tak pindah jauh pun. Lagi dekat adalah. Dekat Equine tu jer. 

Dah penat-penat buang lemak, perot rasa lapar. Hah, amik kau. We all belasah nasi beriayani gam. Memang sedap sehingga menjilat jari. Aku tanye Firul beli kat ner. Nanti boleh repeat lagi. Rupenye, tak jauh mane pun. At the corner dekat area umah jugak. Huh. Dah makan. Tersadai kepenatan.

Rumah baru alin nih, overal pada aku sangat besar. Rumah dulu-dulu design memang besar lah. Macam standet rumah teres dah even tu umah apartment. Ye ke apartment? Aku pun tak sure. Tapi besar. Ada 3 bilik. Ada 2 bilik air. Ada bilik stor. Dapur luas. So, aku dah berangan nak beli rumah. Dapat rumah macam ni pun jadilah. 

Hah. Apa lagi? Dah abis dah....


Friday, October 5, 2012

Dunia dan cabaran

Dunia dan cabaran memang tak dapat nak dipisahkan. Macam isi dengan kuku. Nak tak nak kena hadapkan jugak. Jom kita berpikir sikit - bepikir diluar dari kotak. Agak-agak macam mana cabaran di alam yang kekal? Percayalah tak kalau aku cakap perjalanan kita kat dunia kekal ni tidak sesukar perjalanan kat dunia sementara. Sebab Allah janjikan sesuatu yang indah untuk umatnya.

Yang menjadi kecut perotnya adalah perjalanan menuju ke alam kekal ni. Kesalahan kite akan dihitung biarpun sebesar zarah. Kite akan dihukum dengan secukup-cukupnya. Dah bersedia ke? Jujurnya aku belom bersedia. Ya Allah, ampunkan aku. Bantulah aku - sekurang-kurangnya aku tak buat dosa-dosa besar yang kau benci.



Adeh. Inilah bahana kalau tulis blog hari Jemaat. Keinsafan menusuk ke sanubari. 

Dari AKU,

Wednesday, October 3, 2012

Sholin dah Setahun, Firul dah 32 tahun

Peringatan : aku tulis entry ni hari Isnin hari tu. Tapi tak sempat aku nak abiskan celoteh, kene buat bende lain la pulak . So, tak payah nak terkejut sangat kalau baca para yang seterusnya. Ada paham?

Salam Monday bulus-bulus,

Bulus kan hari nih? Tak ke? Tak yah nak kelentonglah. Aku plak memang wajib bulus tiap hari Isnin. Memang kene wajib. Tak bulus pun, aku buluskan.

Ok. Merujuk kepada tajuk diatas (feel baru lepas buat surat rasmi untuk orang gomen ni..), sholin aka Emillyn Ar Ramadhani anak dara kedua adik aku dah pun setahun. Dan papa kepada sholin pulak dah pun selamat berumur 32 tahun. Happy besday uols berdua. Buat adik sholin, cepat-cepat jalan. Praktis make perfect. Lambat sikit pun takpe.

So, malam Sabtu haritu adalah buat makan-makan sikit untuk internal family. Tak jemput sapa-sapa pun sebab tak larat nak arrange. So, we all decide buat bbq je. Ada kambing, ada ayam, ada kerang, ada ikan keli. Serius meriah. Serius memasing kuat melantak. Janji habis. Kek lak terdauble beli. Konon nak serpise kan sholin and firul. Sekali firul surprise untuk anak dia. Terpaksa habiskan 2 kek malam tu. Sedekah sikit kat jiran sebelah Janji tak membazir.

Lagi satu, aku sebenarnye termalu sendiri plak bila dapat tahu member lama si Anip baca blog aku. Wei Anip, aku malu sebenarnya. Tah ape aku meroyan kat sini. Gelihati ko baca ye anip. Ko jangan nak sedapkan hati kata aku karang sedap nip. Sebenarnya kau tengah bosan kat obersea tu. Hahaha. Apa pun aku hargai dengan sepenuh hati sebab sudi baca.

Ok dah siap. Lain kali free aku merapu lagi. Layan gambar ye jika sudi.







Dari AKU,


Friday, September 21, 2012

Gemuk mengejar aku

Raya dah abis. So, aktiviti makan-makan pun dah ter reduce lah sikitkan. Yes, mula balik nak berdiet. Percaya atau tidak. Dalam setahun nih aku naik 5kg. Now, aku dah 55kg. Itu bahaya beb. Seriusly, aku dah tak boleh nak pakai jeans levis aku yang bersaiz 27. Aku dah tak boleh melaram dengan kebaya moden aku yang cantek-cantek. Frust.

Ini tanda bahaya. Selama bertahun-tahun berat average aku hanya 47-50 kg je. Huh. Aku tahu sebabnya. Aku dah duduk dengan family. So, pagi - petang - siang - malam, makan cukup. Selama setahun aku tak jogging. Tak bersenam. Inilah kesannya. Aku jadi sembab. Cepat letih. Aduhai, kene cepat-cepat beli kasut. Aku nak jogging balik. Aku nak kurus macam model balik (puih perasan). Yang pasti aku nak rase selesa dan konfiden dengan diri sendiri.

Langkah pertama - kurangkan makan. 
Langkah kedua - jogging, senaman

Doakan aku ye. Hehee

Dari AKU,

Thursday, September 13, 2012

Qaiser @ Dadat now 6 months already

Salam kamis buat teman-teman yang kenal mahupun tidak. Curik masa sekejap bila kale aku bukak pc sendiri tapi jem kepale hotak tak tahu nak buat apa. So, aku bukak kecik-kecik browser nih. Niat nak buat sedikit nukilan untuk my 2nd little hero mesti dilaksanakan secepat mungkin.

Dadat @ Qaiser. Now, dah 6 bulan semalam. Tapi sayang, dua hari nak masuk 6 bulan ni, dia deman. Panas. Until now, still tak kebah-kebah lagi. Cepat-cepat sehat sayang. Pernah orang bertanya kenapa DADAT? Nama punyalah sedap. Dadat tu abang Rayyan yang bagi nama. Tak sangka terus melekat. Gara-gara tahi lalat die yang besar kat kepala. Tahi lalat jadi ke dadat - pelat la katakan. So, terus melekat ke dadat. Kiteorang dah sebati dengan nama tu tapi abang die pulak dok panggil die Hafiy. Aish.

Dadat. Tak banyak karenah. Montel. Mate bulat. Hensem. Tapi peel pagi-pagi die selalu buat wan die seteres. Asik nak berdodoi jer. Cepat besar macam abg yen n kakak sholin. Cepat sembuh. Love you son. Muah...

Informasi : Dadat anak buah ketiga saya yer. 







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..