Friday, July 22, 2011

Jadilah Wanita YANG Paling BAHAGIA

Tajuk macam gempak je. Hahaha. Tapi betol. Jadilah wanita paling bahagia. Pada aku jangan sia-siakan umur dengan sebok nak balas dendam dan bergaduh dengan benda tah apa-apa yang satu sen pun tak mendatangkan hasil.

Jadilah seperi lebah yang selalu hinggap di bunga-bunga yang wangi dan ranting-ranting yang segar. Jangan bagi ruang pun pada diri sendiri untuk selidiki kelemahan orang lain dan mencari kesalahan mereka.

Aku baru baca satu buku yang banyak menginsafkan aku, betapa aku perlu bersyukur menjadi seorang wanita. Biar orang buat jahat dengan kita. Kite tak perlu nak buat balas balik, sebab kita takde hak pun. Hanya Allah yang berhak.

Mulai hari ni, aku nak cube jadi wanita paling bahagia. Tah ape tah aku merepek pagi nih. Aku cume nak cakap aku sedang menuju ke arah kebahagiaan. InsyaAllah. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku sekarang. Ape yang aku tahu, aku bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Aku bahagia walaupun tak kaya dan tak punya harta, biar pun aku dah takde sape-sape. Cukuplah Allah dan keluarga bersama aku.

Kita yang perlu cari kebahagian itu. Good luck PIJA dan buat semua wanita di seluruh dunia. Hehehe..


Dari AKU,

KAWAN

Ade orang tanya aku. Apa makne kawan pada aku? Aku jawab ringkas je lah. Kawan pada aku bukan seorang yang putar alam, bukan seorang penipu, jujur dan ikhlas, tak baik sangat pun takpe pada aku tapi jangan depan aku pijak semut pun tak mampus. Tapi, belakang aku, kaulah orangnyer.

Aku sebenarnye banyak dah kenal org penipu nih. Tapi, aku jenis malas nak tanye. Kadang-kadang naik mual tengok muke dia yang takde rase bersalah tu. Biarlah dia. Satu hari sok, bile kau sedar, betapa kau bersyukur dapat kawan macam aku. Cewah..

Sebenarnya aku punya hati yang agak lembut. Orang tipu aku banyak mana pun aku bleh terima lagi. Paling-paling pun aku menangis. Tak pun aku maki ko dalam diam. Yang sudahnya aku tersedar sendiri. Aku pun mungkin bukan kawan yang bagus pada dia.

Satu yang aku tak boleh terima bila ade manusia yang menggunakan alasan kebaikan untuk MENIPU. Hentikan lah..


Dari AKU,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..