Thursday, September 30, 2010

HUJAN itu RAHMAT

Pagi ini memang indah. Indah sangat sebab hujan turun tak berhenti-henti. Aku suka hujan tapi kadang-kadang hujan juga boleh mendatangkan pelbagai bahaya. Sebelum aku bebel panjang lebar, aku nak kasi tahu yang aku bukan nak mengutuk pasal hujan. Sebab hujan ini rahmat..!!

Tapi..Kerana HUJAN...
  • Jalan-jalan kat KL kompem akan jem tahap cipan tenuk.
  • Air akan penuhkan jalan-jalan sampaikan ade kereta tersangkut.
  • Baju tak kering. Ini tak boleh buat apa. Hantar dobi jer.
  • Banjir. Dah 2 kali umah aku kat Shah Alam dibanjirkan dek hujan.
  • Macam-macam lagi.
Hujan tak salah. Yang salah manusia jugak. Buat pembangunan tanpa menitik beratkan soal-soal keselamatan. Buat longkang besar-besar untuk salurkan air. Tapi kita semua ni penuhkan longkang dengan sampah sarap. Macam hanjeng. Tong sampah ade tapi tak nak guna.

Hujan tak salah. Yang salah kita lagi. Buat bangunan tingi-tinggi cecah langit. Gila begaya tapi tebang pokok-pokok yang mampu menyimpan air dengan banyak. Buat longkang takat nak bagi kucing ngan hanjing berak dengan kencing je. Kecik gile. Itu sebab tak heran kalau KL ni banjir.


So, jangan kata karut kalau dalam berita semalam kata tahun 2012 mampu menengelamkan bandar Jakarta. Jangan kata kat Indon je. Kat mana-mana pun boleh jadi kalau macam ini lah perangai manusia. Peringatan ini pun untuk aku jugak. Heheeee

Pagi tadi, macam-macam pengalaman aku. Mula-mula happy sebab sejuk jer. Layan blues sambil tengok hujan. Tapi sampai separuh jalan, aku dah nampak lampu break. Mak ai, jammed giler.

Jam dah pukul 10 pagi. Kompem aku lambat lagi. Dah sampai Sungai Buluh, air penuh dek air pulak. Dugaan. Ape-apa pun aku selamat sampai opis pukul 10.30. Nasib baik bilik manager aku gelap lagi. Selamat...!!!

Akhir kata, HUJAN ITU RAHMAT okey.....


Kat Kg Melayu Subang. Masa on the way nak pergi keja. Tak paham kenapa sistem pengangkutan di Malaysia akan jadi teruk bila hujan.


Benda yang aku paling takot time hujan. Jalan raya akan penuh dek air a.k.a BANJIR. Nasib baik bukan route aku. Sian abg sastria merah tu. Stuck sudah. Lokasi: Sungai Buluh.


Iklan untuk hari ini :- Tahniah kat adik aku sebab dapat keje Gomen. Tapi yang sedihnya, dia posting kat Kapit, Sawarak. Jangan sedih-sedih, kat sana banyak menatang buas yang fresh-fresh. Ko pasti suke. Heee

p/s : Salam takziah buat ILA di atas pemergian mak mertua tercinta malam tadi. Moga rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Dari AKU,

Tuesday, September 28, 2010

Ada apa dengan NOMBOR

apek tak sensem : jangan amik nombor ampat laa amoi. Manyak sial la itu nombor
aku: dah tu apek, wa nak amik nombor aper pulak?
apek tak ensem : nombor lapan. Bahgia punya maa..

Hahahaa. Aku tahu semua orang tahu macam mana kaum ini begitu percayakan tuah disebalik nombor. Nak kawin, nak beli kereta, nak beli rumah nak beranak nak macam-macam lagi lah - semua nak kene tengok nombor.

Semalam, ade yang cadangkan aku kawin pada 091011. Cantek gak tarikh tu? Ade nilai komersial jer. Kebetulan jatuh time cuti.

Macam tahun ini lah. Ramai sangat yang berebut-rebut nak kawen pada 10.10.10. Si hensem angkasawan tu pun pilih tarikh tu. Dalam paper pun ada bagitau betapa peningkan kepala KADI nak setelkan pasangan-pasangan yang merintih,merayu nak kawin tarikh tu gak.

Jangan layan je kadi. Macam takde tarikh lain la pulak. Heheee

Alah. Sepanjang hidup, aku tak pernah terpikir nak tunang, nak nikah nak kawen untuk tarikh-tarikh atau nombor-nombor tertentu. Janji selamat kawen. Selamat beranak. Selamat segala-galanya.

Yang aku inginkan - kalau lah boleh. Aku nak nikah pada malam Jumaat. Di satukan pada tarikh yang sama aku dilahirkan di dunia. Mana tahu, ianya menjadi kenyataan. AMIN..

Dari AKU,

Monday, September 27, 2010

Bukan MONDAY BLUES

Tak pernah lak aku rase hari Isnin hari yang best. First time dalam hidup aku boleh tak perasan aku tengah kerja untuk hari yang korang dok panggil Monday Blues tu. Nape agaknya. Malas aku nak cari punca ataupun sebabnya. Yang penting aku tengah Happy.

Lagi happy bila aku layan gambar cute kat bawah ni. Betol-betol anak BAPAK.


Dari AKU,

Friday, September 24, 2010

HIJRAH

Baru lepas makan nasi. Hari ni tak puasa. Ermm, baru 3 hari aku puasa, hari ni dah pancit. Yang sebetolnya, aku tak sehat sangat. Pagi, masa nak bangun - aku dah rase kepala aku berat. Dah tergerak nak MC. Tapi teringatkan kerja yang aku kene submit hari ini - argh, kansellah. Selagi ade kudrat, ada nyawa di kandung badan, aku gagahkan jugak.

Masuk office pagi ini, aku offline sume YM, FB. Mood tengah macam cibai chilake haram jadah. So, memang malas sangat nak bermesra-mesra dengan alam maya.


Dah seminggu hidung tersumbat.


Sebenarnya, aku teringat perbualan aku dengan seorang kawan. Katanya nak berhijrah. Dah bosan dengan segala environment yang sediada. Katanya lagi bukan tak bersyukur, tapi keadaan yang tak pernah berubah membuatkan hati memberontak hendak memperbaiki hidup ke arah yang lebih baik.


Nabi dulu pun berhijrah. Kalau korang tekun belajar agama mase sekolah dulu, mesti tahu maksud hijrah. Dia ada dua makne. Aku malas nak citer banyak. Korang cari sendiri makna-makna tu.


Aku pandang hidup aku plak. Perlukah aku berhijrah? Aku dah duduk tempat tu dah lama. Lebih 10 tahun. Manisnya kian pudar. Bertahan hanya satu sebab. Dulu kawan-kawan ramai, sekarang? Masing-masing ada kehidupan sendiri yang bes dari aku.


Dan kali ini aku bersetuju dengan kawan aku. Bukannya aku tidak bersyukur. Sesekali kita perlu bangun untuk memperbaiki diri dan kehidupan.


Hati geram : Bos pulak tak masuk opis. Semalam beriya-iya nak hari ini.


Dari AKU,

Tuesday, September 21, 2010

Lama tak MENAIP

Agak lama meninggalkan blog. Mood menaip tu takde lagi. Masuk je opis keja dah bertimbun. Terus lupa nak berblog. Lagi satu aku macam ketandusan nak tulis apa. Adakah ini petanda aku harus berhenti seketika dari terus bergoblog. Mesti ade yang suke macam sakai kalau aku tak menulis lagi.

Kalau lah aku ade mood kemudian hari, aku nak becerita pasal riang ria kemeriahan aku menyambut Syawal 2010. Harap-harap mood itu akan tiba. Yang pasti, raya kali ini amat berbeda dari tahun-tahun sebelumnya.

Ingatkan aku tak nak menulis panjang-panjang. Tapi terpanjang jugak. Hari ini aku berpuasa. Ikotkan aku tak sehat lagi. Masih lagi selsema. Pasrah.!!

Dari AKU,

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Tak tau nak ghomong apa kali ini. Hanya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua yang mengenali aku. Maafkan segala salah dan silap aku selama aku kenal korang. InsyaAllah, salah dan silap korang yang gedik santai tu aku dah maapkan.

Hari-hari terakhir di rumah sewa, sempat jugak berbuka puasa dengan budak umah - double INA. Dua-dua nama INA. Dan hari ni, aku tak dapat berpuasa dah. Jenuh lah nak ganti.


(double ina)

Dari AKU,

Tuesday, September 7, 2010

Libresse

Ila, aku dapat jugak barang free dari libresse. Lama dah tak masuk opis, perasaan macam nak hempuk kusi meja. Pastu, koyakkan map-map yang banyak kat atas meja. Aku nak raya. Tak sabar sangat dah nih.



Tempahan untuk kuih raya dah siap. Lege sangat-sangat.

Lately nih, aku buntu nak menaip ape. Buntu nak membebel. Buntu nak mengarang. Kenapa eh?

Dari AKU,

Thursday, September 2, 2010

Sekadar Berehat

Hari terakhir bekerja untuk minggu ini...
Hari terakhir sebelum menyambut hari raya..
Aduhai tak sabar.
Persiapan kali ini - takde yang gempak pun.

Yang pasti akan ada DUET RAYA untuk budak kecik yang baru nak kenal erti hari raya.
Tak sabar nak balik malam ni.
Esok misi menyiapkan segala tempahan.
Banyak jugak nih.
Harap2 tiga hari ini mencukupi..
Doakan den yo...!!

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..