Friday, February 25, 2011

DULU dan SEKARANG

Secara rawaknya, aku dah lama dalam dunia ni. Aku menulis kat mana-mana. Friendster blog, wordpress dan merata-rata. Tapi secara jujurnya aku bagitau, DULU aku menulis memang untuk kepentingan diri sendiri. Aku tak pikir akan ada orang baca. Aku tak pikir pun ada orang kisah. Aku tulis untuk kenangan masa hadapan bila aku merasakan diari bukan lagi relavan tika itu.

Mungkin aku belum bersedia menjadi blogger, bila mana aku menjadi sangat marah bile penulisan aku di Friendster disalah tafsir macam aku hingin sangat nak bercerita pasal ko orang yang sudahnya ikatan silaturahim yang dibina terputus macam tu jer.

Ah, itu cerita lama.

Mungkin aku belom bersedia menjadi blogger bila aku tak suka ada orang baca apa aku buat, apa aku tulis, gambar apa yang aku letak. Orang lain sebuk cerita mereka ade blog, aku hanya diam. Diam dalam erti kate lain, perlu ke aku tulis bagi semua orang tahu. Aku private kan blog aku untuk orang-orang tertentu sahaja. Aku menulis memang untuk diri sendiri dan memangnya lebih berbentuk peribadi.

Ya, itu DULU.

Dan SEKARANG,

Aku gembira mengenali mereka-mereka yang hebat kat dunia blog ni. Lama atau baru seseorang blogger pada aku bukannye ukuran. Aku tabik pada blogger baru yang bijak melontarkan pendapat. Jangan macam aku, ayat berterabur. Aku memang tak reti nak olah ayat yang berbentuk PENDAPAT.

Aku happy dapat kenal ramai bloggers. Aku rasa nilai persahabatan dalam dunia maya ni lebih bermakna. Dan aku baru tahu, dunia blog bukannye mudah bagi mereka yang betol-betol menghayatinya. Mungkin aku belom lagi ke tahap itu.

Ape lah yang aku merepek untuk entry kali ni. Tak paham tak per, yang pasti aku dah paham. Hehehe.

Pesan Aku:
Buat adik-adik yang menulis blog, boleh tak jangan tulis bahasa singkatan, aku jeles sebenarnya sebab AKU TAK PAHAM...!!!



Dari AKU,

Tuesday, February 22, 2011

Sayang, awak dah SETAHUN!! - vol 2

From volume 1.

Haritu aku ada cakap, aku dan family ada plan satu small party untuk Yeyen. Just nak bagi die happy. Sebab die suka sangat bile rumah penuh dengan orang. So, layan gambar je lah. Thanks pada yang datang. Tak buat besar pun.

Korang layan gambar je lah yer. Pening tak hilang lagi nih.







p/s: aku tahu dia tak paham maksud besday dan berharap dia mengerti satu hari nanti


Dari AKU,

Sakit Kepala Otak !!!!

"hi hafiza. How are you?"

Aku punye lah berangan nak balik awal. Datang kerja pun aku belasah je pakai jeans. Boleh pulak bos bosar dari Ipoh buat sport check. Nasib baik tengah gigih tekan keyboard. Tengah gigih siapkan report. Aku pun kasi senyuman yang paling manis sekali. Die pun senyum manis sama macam aku gak. Signal baik tu. Aku rase selamat disitu.

Saat ini, aku tengah sakit kepala otak. Dari tadi bau minyak angin dah menemani perkarangan opis aku. Maafkan aku Aisyah, maafkan aku Shidi andai korang dapat menghidu baunyer. Korang jangan tak tahu, minyak tersebut baik untuk kesihatan hidung dan dalaman kamu orang tau.

Febuary dah sampai ke penghujungnya. Tibe-tiba aku rasa jantung aku pantas belari. Otak ligat berpikir. Apa yang bakal terjadi? Baik atau buruk ke? Aduh, sakit otak. Sapu minyak lagi. Minyak bukan lagi jalan penyelesaiannya. Aku harus tidur. Tidur di bilik yang disediakan bagi urusan yang lebih penting. Ya bilik solat.

Aku tidur dulu teman. Sekali lagi aku tewas bermain dengan emosi.


Dari AKU,

Monday, February 21, 2011

Khas buat DALILATI

Salam..

Buat blogger Dalilati, aku nak ucapkan salam hari lahir yang ke 32 tahun. Die bukan takat blogger pada aku. Tapi seriusly, die adalah sahabat yang baik tika ini buat aku. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku.

Buat ila, moga apa yang ko hajati selamat ni terus dinikmati dan dimakbulkan Allah. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat ko. Amin...


Kata-kata Abu Hatim :
“Orang yang bijaksana,akan bersahabat dengan orang yang panjang akalnya,kuat agamanya,luas ilmunya,tinggi akhlaknya dan diwaktu mudanya hidup dengan bergaul dengan orang-orang yang soleh. Barangsiapa yang tidak menjaga persahabatannya, dia tidak akan dapat merasai nikmat persahabatan. Barangsiapa yang memutuskan persahabatannya disebabkan ‘takut kena’,maka dia akan hidup tanpa bersaudara.Tidaklah ada kesenangan hati yang yang menyamai kesenangan bersahabat, dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi kedukaan keputusan persahabatan itu.”



Dari AKU,

Friday, February 18, 2011

Bila aku sudah tua


Kemarin, tepat jam 2.30 pagi aku terbangun. Perot rasa sangat-sangat sakit. Memulas. Rasa macam masuk angin. Rase pinggang dipiat-piat. Aku bangun. Nak minum air. Kot lah sakit tu boleh hilang.Tak jugak hilang. Nasib baik aku kat rumah mak. Setengah jam aku bertahan. Aku sapu balm. Tak jalan. Kaki dah sejuk. Kipas aku dah offkan.

Atlast aku muntah. Semua air yang keluar. Aku dah tak boleh tahan. Aku cal mak. Mintak mak bawak pergi klinik. Pukul 4 pagi aku sampai klinik. Dugaan lagi. Doktor tu boleh pulak membuta. Dekat 20 minit la nurse tu ketok tak bangun-bangun.

" Makcik, doktor tak mau bangun la. Makcik pergi kelinik lain la yer"

Aduh bengong. Kalau macam tu baik tak payah bukak kelinik 24 jam. Aku dah la sakit rasa macam nak mati. Nasib baik ada satu lagi klinik dekat Equine. Awal-awal die dah cakap. Aku akan di charge double. Tak kisah lah. Aku betol tak tahan. Rm80 yang berbaloi. Aku terlena lepas makan ubat.

Pesan doktor, jangan makan benda-benda berangin, pedas, kari. Amalkan minum susu. SUSU!!!! kenapa susu? aku memang susah nak telan susu. Tapi tak pe, pelan-pelan kayuh.

Kata-kata semangat:
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari AKU,

Sayang, awak dah SETAHUN!! - vol 1

Salam.

Selamat hari lahir sayang. Ibu tak lupa. Ibu ingat. Ibu kan ada kat rumah masa tu. Tapi kesian tengok Yeyen. Dah masuk setahun baru nak merasa selsema. Die meragam. Merengek. Mintak dukung. Kesian dia. Agaknya dia rasa tak selesa. Orang tua pun tak tentu tahan, apatah lagi budak sekecil itu.

Ini adalah kisah Firqan Ar- Rayyan aka Yeyen yang genap setahun pada 10/02/2011. Kalau lah satu hari nanti Yeyen dah pandai baca, ibu nak yeyen baca blog ibu ni. Sebab banyak yang ibu nak tulis pasal dia.

  • Yeyen anak buah sulung, cucu sulung dan cicit sulung pada kami semua. So, memang happy sangat dengan kelahiran dia.
  • Yeyen nak tahu tak? yeyen tak suka hisap botol. Sudahnya, mummy dia tak boleh nak kerja sebab tak sampai hati nak tengok die meraung, menangis.
  • Yeyen tak boleh makan benda-benda gatal. Nanti abis muke yang putih tu bengkak2.
  • Atok kata yeyen buah hati atok. Atok tak leh tengok yeyen nangis.
  • Yeyen tak boleh tengok motor. Mesti jerit2 nak naik. Sudahnya atok bawak die merempit. Aduhai, risau tengok. Laju sangat tu tok...!!
  • Saat ni, yeyen selalu lupa yang dia dah pandai berjalan.
  • Mama selalu ngelat nak basuh berak dia. Mummy dia mmg tak leh nak pegang dia sorang2 sebab dia lasak sangat. Ibu la jadi mangsa. Waaaaaaaaaa..
  • Yeyen suke gigit muka ibu. Geram je. Dengan mama tak nak pulak. Leh lak dia cium-cium.
  • Yeyen kalau nak tidor suke mengamuk dulu. Sudahnya wan dia la jadi mangsa. Bawak die pusing-pusing naik kereta sampai la dia tidur.
  • Yeyen tahu tak? Tak lama lagi awak nak jadi abang?
  • Dari kecik yeyen suke dengar azan. Nak tengok die duduk diam pasang je astro oasis 106. Dia suka dengar orang mengaji. Dengar selawat. Mulut dia pun bising dok ikut sekali. Dah besar sok masuk iman muda eh. Amin
  • Banyak benda lagi yeyen buat. Tapi ibu tak larat nak cerita lah.
Doa ibu, moga dia sehat sentiasa dan jadi anak yang bijak dunia dan akhirat. Hari tu ade buat small party untuk dia. Nak buat iyer2 pun tak guna sebab dia still tak paham lagi. Cukup lah sekadar nak tengok die happy bila ramai orang. Dia mmg suka kalau tengok rumah penuh dek orang.

Dan sekadar kenangan bila dia besar nanti. Selain mummy dengan daddy, uncle chu, mama, ibu, atok dengan wan memang sayang bangat sama dia tau.



Soalan : Kenapa bukan maklong? Sebab aku tak suka. Hehee..


Dari AKU,

Hai SAYANG

Salam Sayang..

Apa kabar cinta hati ku. Lama aku tak menjenguk kat sini. Hati makin rase tak keruan. Aku rindu kamu. Aku sayang kamu. Hari ini aku nak gomol kamu sehabis mungkin. Rindu juga pada kawan-kawan kamu.

Dari AKU,

Monday, February 7, 2011

I-City, Shah Alam








Seperti yang aku uar-uarkan di entry sebelomnya. Aku ada cakap, aku nak pergi I-City. Tempat ni memang cantek. Kali ini aku pergi dengan family. Kali ke-3. Dulu masuk free lagi. Sekarang dah kena bayar, charge per car. RM10, agak berbaloi untuk aktiviti menguji mata.

p/s: nak murah korang naik bas mini. Sekali masuk, baru RM10 tapi ramai leh masuk. Hehee


Dari AKU,

Saturday, February 5, 2011

Batasan Hari INI

Ketika waktu pagi tiba, jangan menunggu sampai petang..
Hiduplah dalam batasan hari ini..
Kerahkan seluruh semangat yang ada untuk menjadi lebih baik pada hari ini..

Masih lagi kat rumah menghabiskan waktu cuti bersama keluarga. Sambil melayan karenah anak buah yang semakin lasak. Yang masih belajar menggunakan kaki. Bangun dan jatuh. Takpe sayang, pelan-pelan kayuh.

Bercakap soal ketenangan. Ye, aku makin tenang. Terima Kasih ALLAH.

Malam ini nak pergi I-City. Sapa yang mahu ikot?

Dari AKU,

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Datang Febuary

Kalau ikotkan ade cerita terindah yang boleh aku ceritakan. Tapi ape boleh buat, takde apa yang berlaku beberapa hari nih. Dalam cube menerima takdir yang ditentukan dan redha menerimanya, kadang-kadang aku tewas kerana bisikan syaitan.

Bulan ini bulan penuh cabaran. Banyak benda nak kene setelkan. Tak boleh nak duduk diam jerk. Moga ade rezeki untuk aku.

Hari ni pergi kerja dengan penuh rase malas. Tapi tersenyum macam orang tak betol bile tengok jalan lengang. Sapa mau racing sama wa. Balik nanti ok.

Selamat Tinggal January

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..