Friday, September 21, 2012

Gemuk mengejar aku

Raya dah abis. So, aktiviti makan-makan pun dah ter reduce lah sikitkan. Yes, mula balik nak berdiet. Percaya atau tidak. Dalam setahun nih aku naik 5kg. Now, aku dah 55kg. Itu bahaya beb. Seriusly, aku dah tak boleh nak pakai jeans levis aku yang bersaiz 27. Aku dah tak boleh melaram dengan kebaya moden aku yang cantek-cantek. Frust.

Ini tanda bahaya. Selama bertahun-tahun berat average aku hanya 47-50 kg je. Huh. Aku tahu sebabnya. Aku dah duduk dengan family. So, pagi - petang - siang - malam, makan cukup. Selama setahun aku tak jogging. Tak bersenam. Inilah kesannya. Aku jadi sembab. Cepat letih. Aduhai, kene cepat-cepat beli kasut. Aku nak jogging balik. Aku nak kurus macam model balik (puih perasan). Yang pasti aku nak rase selesa dan konfiden dengan diri sendiri.

Langkah pertama - kurangkan makan. 
Langkah kedua - jogging, senaman

Doakan aku ye. Hehee

Dari AKU,

Thursday, September 13, 2012

Qaiser @ Dadat now 6 months already

Salam kamis buat teman-teman yang kenal mahupun tidak. Curik masa sekejap bila kale aku bukak pc sendiri tapi jem kepale hotak tak tahu nak buat apa. So, aku bukak kecik-kecik browser nih. Niat nak buat sedikit nukilan untuk my 2nd little hero mesti dilaksanakan secepat mungkin.

Dadat @ Qaiser. Now, dah 6 bulan semalam. Tapi sayang, dua hari nak masuk 6 bulan ni, dia deman. Panas. Until now, still tak kebah-kebah lagi. Cepat-cepat sehat sayang. Pernah orang bertanya kenapa DADAT? Nama punyalah sedap. Dadat tu abang Rayyan yang bagi nama. Tak sangka terus melekat. Gara-gara tahi lalat die yang besar kat kepala. Tahi lalat jadi ke dadat - pelat la katakan. So, terus melekat ke dadat. Kiteorang dah sebati dengan nama tu tapi abang die pulak dok panggil die Hafiy. Aish.

Dadat. Tak banyak karenah. Montel. Mate bulat. Hensem. Tapi peel pagi-pagi die selalu buat wan die seteres. Asik nak berdodoi jer. Cepat besar macam abg yen n kakak sholin. Cepat sembuh. Love you son. Muah...

Informasi : Dadat anak buah ketiga saya yer. 


Saturday, September 8, 2012

Tahniah. Coming soon family members

Tahniah. Rezeki Allah sapekan boleh menduga. Alhamdullilah. Adik ipar aku dikhabarkan sedang pregnant 4 minggu. Tahniah dek non. Tahniah Ayie. Tak sabar lak rasanya. Ikut conggak bengong aku, bulan 6 nanti dia keluar. Nanti keluar on 14 June yeh. Leh celebrate togeder-geder.

Merupakan anak buah aku yang keempat. Insyaallah. Buat Eca, jaga kesihatan. Jangan ganas-ganas. All the best. Alangkah besnya kalau dalam perot tu kembar. Hahahaha..

Dari AKU,

Thursday, September 6, 2012

Syawal 2012 - Penuh Kenikmatan

Salam Syawal.

Aduhai kengkawan, seriously mood ke laut, ke darat dan ke langit. Dah la 2 hari aku tak masuk keje. Dapat tido sambil pelok-pelok bantal, tarik selimut- damm gile bes. Amacam raya korang? Last entry aku iyer-iyer je bagitau mood aku swing tahun ni. Tu die, Allah lagi berkuasa dalam segala hal. Raye kali nih sangat beronok-ronok. Hari-hari ade je aktiviti. Dapat berkumpol adil beradik satu hal la jugak. Tapi memang beslah.

Abg, Sholin n Dadat - Kemain seronok lagi dapat jenjalan, tapi aku peratikan anak dapat duit raya tapi mak die yang senyum sampai ke telinga. Jangan bagi aku konpius woi.

Aktiviti raya tahun ni. Secara ringkasnya boleh disimpolkan seperti berikut :

  • Raya pertama - as usual balik ulu yam jenguk nenek.
  • Raya kedua - beronok- ronok ke Simpang Pulai dan Gopeng
  • Raya ketiga - menyambut ketibaan mak jemah2 kepoci datang jauh dari kampong. Hahaha
  • Raya keempat - jenjalan ke Sabak Bernam. Dapat berkenalan dengan Noni dan Omey. Spesis cow hokey.
  • Raya kelima - duk umah dendiam. Penat
  • Raya keenam- rehat sebab tak sehat. Batok dengan selsema. Opismate datang beraya. Layan mee kari je.
  • Raya ke 7 - kat umah
  • Raya ke 8 - pergi umah makteh kat Gombak
  • Raya ke 10 - dah kene masuk opis. Arghh. Seteres.
Walaupun bes beronok-ronok tapi aku tak puas lagi makan nasi impit plus kuah kacang. Tak puas makan kuih Almond London. Tak puas makan dan makan. Camne nak lost weight. Aishhh



Monday, September 3, 2012

Check gigi dan sewaktu dengannya

Plan nak check gigi ni dah lama sebenarnya. Lagi-lagi medical checkup ofis aku include sekali untuk gigi. So, rugilah kan kalau tak utilize dengan sepenuhnya. Lagi-lagi bile Rayyan dah 2 malam mengadu sakit gigi. Bile minum je benda sejuk-sejuk mula la dia kate gigi dia sakit.

Alang-alang nak check gigi Rayyan, aku ajak sekali alang,eca dengan mak. Aku dengan alang tampal gigi. Eca just nak check je. Mak plak cabut gigi. Part paling bes bila tengok Rayyan cool gile masa doktor check gigi dia. Serius tak bajet die leh tolerate sebab nak gunting rambut punye la taknak sampai meraung-raung. Inikan pulak nak cungkil gigi dan tampal.

Anyway aku salute kat dokter tu. Lembut je. Die suggest aku baring sekali. Dokter suruh bukak mulot, dia ngangga luas-luas. Doktor korek gigi pun dia diam je. Sampai lah setel tampal gigi dia. Dokter cakap ade lubang kecik-kecik je kat gigi dia. Sebab Rayyan ni memang kuat menyusu. Next time tampal lagi coz kalau buat sekali gus takut die boring.

Kagum dengan Rayyan. Baru je berumur 2 tahun 7 bulan. Pernah baca kat mana tah. Kene biasakan kanak-kanak seawal 2 tahun dengan dentist. Nanti dia akan biasa dan tak takot dah. Secara personal, aku puas hati buat treatment kat sini. Aku buat treatment kat Klinik gigi Qistina. Dekat je denga area rumah aku. Pada aku murah. Tampal gigi baru RM70. Scalling baru RM100. Nanti nak tampal lagi. Hehehe..

Ok guys. Mata aku dah mengantok tahap apatah ni. Sok nak bangun sahur. InsyaAllah.


Pesanan penaja : Sayangilah gigi anda.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..