Saturday, May 11, 2013

Cinta itu bukan beromen semata-mata

Salam Rejab semua. Moga Allah lebih memberkati perjalanan hidup kita.

Ok macam ni. Adalah seorang hamba Allah ni tanya aku. Apa maksud cinta pada pandangan awak?
Tak pikir panjang aku terus jawab. Punyelah skima jawapan aku. Aku dahlah tengah high dek ubat batok. Aku bagitau Cinta itu anugerah Allah. Anugerah yang tak ternilai yang manusia dapat kat dunia ni. Dan bla bla sampai aku lupe aku bebelkan apa. Dah abis aku bebel tu. Dia diam. Aku agak die puas hati dah dengan jawapan aku.

Sebenarnya, masa aku tengah membuang tadi, aku terpikir balik pasal ni.
So, jujurnya cinta pada aku macam ni.

Cinta itu benda yang boleh buat aku senyum tiap2 hari
Cinta tu boleh bagi aku tidur, makan dan mandi dengan aman
Cinta itu bukan airmata
Cinta itu kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan dan bukannya kesopanan dan kesusilaan
Cinta itu bukan nafsu yang kau nak kena beromen
Cinta itu maruah
Cinta itu give and take
Cinta itu tolak ansur
Cinta itu adalah kasih dan sayang
Senang cerita cinta itu adalah kegembiraan...

Buat cinta hatiku. Tak kisahlah mana kau berada. Sesungguhnya aku tak kisah sapa kamu. Tak kisah apa rupamu. Yang aku kisahkan hatimu. Agamamu. Imanmu.

Pengajaran aku dari pengalaman orang lain. Kebanyakkan sekarang ni, perempuan memberi seks untuk mendapatkan cinta manakala lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Aku tak menzahirkan semua lelaki maupun perempuan macam tu sebab aku percaya ramai lagi pasangan bercinta yang baik kat bumi ni. Aku cuma nak ingatkan diri aku sendiri dan mereka yang mahu sering diingatkan.

Awas. Cinta juga boleh membunuh dan membuat kau tersungkur macam nangka busuk.




Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..