Wednesday, October 13, 2010

Selangor vs Kelantan

Dah semestinya aku ni fan club Selangor. Tapi sedih bagai tak dapat makan nasi rasenya bile Selangor hanya seri dengan Kelantan. Parahnya nak cari mata Sabtu ni kat tempat orang.

Paling tak boleh blah bile dua-dua penyokong bergasak malam tadi kat Stadium.
Satu Malaysia kekdahnya. Bengong..!!

Tadi masa makan kat kedai makcik belakang tu, aku sempatlah tengok berita - ada seorang penyokong dari Kelantan meninggal. Mati mengejut polis kata. Terkejut tengok bola mungkin. Atau terkejut melihat keganasan yang menakutkan. Aku bajet die ade masalah sakit jantung jer. Al-Fatihah dan takziah pada keluarga beliau.


Korang tengok gambar kat bawah. Macam samseng dusun je semuanya. Rosak harta benda. Memang no manner la dieorang ni. Seram gila nak masuk stadium kalau masing-masing perangai macam kambing..!!



Kdt : Utusan Malaysia online


Dari AKU,

5 comments:

Encik MamaT said...

kambing mana ada perangai macam tu.. kambing lagi baik daripada manusia yang berperangai mcm kambing... haha

~ PIJA ~ said...

aku nak kate macam sakai sebenarnya..tapi tak sampai hati lak...:)

HaNTwO said...

gua adalah penyokong kuat selagor...last skali g tengok selangor masa final piala FA tahun 2005...pastu dah malas nak g stadium pasal baik penyokong selangor atau penyokong lawan sume perangai cam beruk...xde disiplin dan elok diajat perangai diorg yang kurang ajar ni...mentaliti cam sampah!!!

~ PIJA ~ said...

ko pergi yang kat bukit jalil tu ke? mase selangor lawan perlis rasenye..aku pun selalu turun tgk bola tp dah 3 tahun tak masuk...

seram tgk mentaliti org skrg..lagi moden lagi takde otak..hahahaa

The Sharkox said...

Melayu sama melayu...
Baik2 y di KB..sana lagi kuat provoke..

-dari penyokong tegar hijaukuning-

haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..