Friday, October 29, 2010

Macam mana POSMEN buat keje..

Tadi pagi kawan aku tibe-tibe je wish 'terima kasih'. Ucapan ITU untuk kad raya aku yang baru sampai dekat dia hari ini.

Mak datok.....!! Aku pos punyalah dah lama. Sebelum tarikh tutup aku dah antar kad beliau. Boleh dia baru dapat hari ini. Ikot logik pun, paling lewat mesti sampai lepas raya. Alahai POS MALAYSIA. Kenapa dan mengapa bende macam ini boleh jadi. Dah nak masuk raya haji baru korang nak hantar. Terselit kat mana-mana ape kad aku tu.


Walaupun lambat - Kawan aku kate dia terharu sangat dapat kad tu. Tahun ni, itu kad pertama katanya. Hehehe. Sejuk hati den dengar.
Apa agaknye nasib kad-kad aku yang lain?


-ini lah kad yang aku gigih pos tu-


p/s : Baru ingat nak mengembalikan nostalgia lama mengepos, dah jadi macam nih. Nak guna sms baru selamat gamaknya. Pasrah..!

Dari AKU,

11 comments:

Suara Kalbu said...

Muahahahah..

Posmen alaf baru. Anto surat pakai khidmat siput sedut.

~ PIJA ~ said...

itu laa..geram je dengan posmen nih...

Encik MamaT said...

aku pos barang aritu... masa pindah... barang kena selongkar.. memang prosedure kot...tapi aku baru perasan yang barang aku kurang... ada barang yang takdak... hmm... musykil gak..

aibaks said...

tak cukup wang pos ka? la ni kan da 80sen.. hehe

nadzirah aqilah said...

mak aihh...

patutla org skarang lg suka guna sms ngan email..

hampeh..

nadzirah aqilah said...

mak aihh...

patutla org skarang lg suka guna sms ngan email..

hampeh..

HaNTwO said...

huhuhu masalah teknikal kot...pasal pokcik ni posmen...tapi posemn punya kawanla hehehe...

Tomato Gurl's Life said...

posmen cuti raya lama sgt..hihi

Ila Zakaria said...

patutla raya ni aku tunggu sms ko x kuncung tiba...pantun2 pon x de..nak dpt kad rupanya...mekasih yayanggggggggg.. lambat2 pon i suka...

AngahSayang2314 said...

tue la sekarang nie payahhh kan??

~ PIJA ~ said...

ila _ i tau u mesti suke..hihi..pecah kacae pecah tong..jgn lupe gantung..!!

angah - mmg susah sgt nak trust cara dieorg keje..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..