Monday, October 31, 2011

Menara Tinjau

Aku dah pergi tempat ni. Makan kat sini. Nanti aku update. Pesal bile aku buat new entry tak update dekat korang punye list. Konfius. Meh tolong aku.

Dari AKU,

Tuesday, October 25, 2011

Sepi yang mengundang kecelaruan

Sepi.

Hari ni masuk opis rasa sunyi. Tak ramai lagi orang. Aku agak ramai yang dah mula bakar lemang kot malam tadi. Esokkan raya. Tadi jalan pun lenggang. Tak jem langsung.

Tapi kadang-kadang sepi itu lebih indah kalau kite betol-betol pandai nak hargai keadaan tu. Tapi yang tak besnya, kalau dah terlalu sepi, mulalah aku nak pikir benda-benda yang tak patut aku pikir dah.

Satu kesilapan. Mungkin ya. Allah nak uji di atas kelalaian aku. Aku amik sebagai pengalaman dan pengajaran. Pasti ada hikmah atas segala yang berlaku. Pasti ade kegembiraan yang lebih baik disebalik kedukaan. Pasti ada balasan pada yang membuat salah. Pasti akan ade airmata untuk kegembiraan dan bukan semata-mata untuk kesedihan.

Aku redha. Aku pasrah. Tertipu dengan ungkapan manis amat memeritkan. Terpedaya dengan tingkah laku yang mengasyikkan juga menyeksakan. Terima kasih pada family yang menyokong dan mendoakan aku.

Bersyukur. Itu sudah pasti. Sebab Allah bagi aku petunjuk. Petunjuk dari setiap istiharah yang aku lakukan. Kembali kepada yang dulu tidak mungkin. Aku tak nak dan aku tak mahu. Bantu aku ya Allah.

Apa aku merepek ni. Tengok kalendar. Masanya sudah tiba. Patutlah hormon tu berbelah bagi. Feel mixed. Persetankan. Zikir lebih baik dari terus melayan benda yang tah apa-apa.

Aku perlukan rahmatmu Ya Allah.





Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..