Friday, April 30, 2010

Selamat Hari BURUH

Buruhkah aku? hehehe...Itu tak penting. Ape yang penting, aku jugak seorang pekerja (agak boleh diharapkan walaupun datang opis asik lambat). Oleh itu, aku jugak perlu diberikan kenikmatan untuk meraikan hari Buruh yang disambut setiap 1hb Mei pada setiap tahun.

Tapi mengapa dan kenapa tahun ni hari yang patut aku nikmati ini jatuh pada hari Sabtu. Mane nak rase nikmat. Montot betol la. Tibe-tibe rasa keciwa yang amat. Tak aci kate kawan aku. Yang kemudiannya aku balas 'aci kat estet'. Huhuuuu..

Dah termaktub kalau cuti umum jatuh hari Sabtu, takde replacement. So, bertabah je lah jawabnye. Ish, bosan sungguh..!

Kalau bercakap pasal bidang kerja dan berkhidmat pada mereka yang dipanggil BOS, rasanya dah masuk 8 tahun aku bekerja. Bermula dari tahun 2002. Mula-mula kerja sebagai GIS Analyst kat PJ Oldtown. Ok la kat sini. Yang tak besnya, kerja secara kontrak.

Elok-elok Peter (bos kat PJ) offer nak amik aku tetap, aku sebok lak nak tukar angin. Dapat kerja kat Shah Alam lak tu, dekat lak ngan rumah. Wajib la aku bergegas kerja kat sana. Tapi alangkah malang aku kat sini.

Bos macam cibai, macam cilaka, miang nak mampus, gaji aku bayar separuh-separuh, cakap tak serupa bikin, KWSP aku tak bayar dan macam-macam lagi lah. Malas nak cakap semua keburukan die walaupun dah hampir 70% aku senaraikan. Hahaha..

Oh PANDI PANDIR..sampai sekarang, tiada satu sen pun duit aku yang ko amik aku halalkan.


Dan sekarang, aku bahagia yang amat di Oragis. Even jauh kat Segambut tapi hati aku HAPPY. Itu yang penting. Buat kawan-kawan, selamat menyambut hari Pekerja. Dan kerjalah sunguh-sunguh. Untung-untung dapat bonus lebih hangat dari biasa..

Nota tuk ila : Aku doakan botak kasi ko bonus eh tahun nih..heheheeeee

Dari Aku,
http://pijaosix.blogspot.com

Wednesday, April 28, 2010

Siapa IPIN dihatiku..:(

Korang percaya tak akan kemistikan IKAN PUYU..?

Untuk pengetahuan korang, aku dan kawan2 telah disarankan untuk membela ikan puyu di rumah sejak kejadian pecah rumah dulu. Kalau dilihat dari sudut logik akal manusia, mmg tak logik macam mana kiteorg satu umah tak sedar akan kewujudan 'malaun-maluan' nih.

Selamba badak je penyamun tu amik henpon yang duk kat tepi telinga. Sedar2, duit dalam dompet hilang. Cilakenye penyamun, syok korang tengok kiteorg tidoq eh..!!

"korang kene pukau nih..?" kata sarjan yang buat siasatan kat umah kiteorg dulu.

Bukan sekali tapi berkali2. So, atas saranan orang2 tua bahawa ikan puyu boleh mengelakkan ilmu2 pukau dan mistik ni, kami pun telah diberikan dua ekor ikan puyu oleh Firul. Mase mula2 beli, sekor dah mati sebab bergaduh sesame sendiri. Sama jantina kot. So, tak serasi.

So, bermula laa kehidupan Ipin (nama ikan yang diberikan oleh ALIN). Tiap-tiap pagi Ina selaku mak angkatnye yang rajin memberi makan. Aku dan lain2 bagi sekali sekale jer. Ade masa aku cuci akuriumnyer.
Rase aku dah lebih setahun Ipin bersama kami. Tapi, baru-baru nih Ipin telah pergi meninggalkan kami. Aduhai, sedih sangat..!!!

Aku cerita kat Rizal.
Dia cakap "orang tua kata, kalau kita bela ikan puyu , segala ilmu pukau tak menjadi."

Aku diam je lagi. Tapi cakap2 die yang seterusnye buat aku sentap skit..

" biasa dieorg yang nak pukau2 ni akan tuju kat ikan puyu dulu, bagi ikan tu mati ..so, next time boleh la dieorg repeat balik.. mungkin jugak ade org yang berniat tak baik..walahualam"

Adakah Ipin mati sebab dah ajal atau sebab dibunuh..!! Kene siasat nih..Ishhhh... Aku dah cuak nih. Adalagi ke cubaan dari penyamun tarbus ni nak membuat cubaan pukau atau khianat kat umah tu lagi. Udah2 laa tu. Cukup-cukup lah duit aku, henpon kawan2 aku korang rembat.

Kalau korang nak tau, sejak Ipin bersama kami, memang takde dah org cuba nak pecah masuk. Kalau tak tu, ade je siling yang pecah. Erm..susah nak percaya apa agaknye keistimewaan ikan nih.
Kang pecaya sangat, dianggap tahyul dan syirik plak.

Mungkinkah amalan pukau ni dah termaktub ikan puyu adalah musuh utama dieorg..?????


( wajah sebenar ikan puyu )

Fakta mengenai ikan puyu.(aku dapat dari sumber internet) :
  • Tidak pernah tidur atau tertidur walaupun hanya untuk beberapa saat dan inilah yang membezakan ikan puyu dengan ikan yang lain.
  • Suka bersendirian dan tidak mahu berkongsi tempat dengan ikan yang lain walaupun sama spesis dengannya. Betul-betul rasis ikan ini.
  • Jika kita campur juga ikan puyu ini didalam akuarium yang sama dengan ikan yang lain, pasti salah satu diantara keduanya akan mati... memang tidak harmoni langsung ! Patutlah, mati sekor mase mule2 beli dulu..!!

Tambahan sedikit. Berikut adalah beberapa bacaan dari al-Quran yang boleh dijadikan amalan (bacaan harian) bagi mencegah dan merawat sihir sebagaimana yang pernah di syarahkan oleh bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh.

1. Surah al-Baqarah : 255 / Ayat Kursi

: {اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ} [البقرة 255].

2. Surah al-’Araf : 117 hingga 122


{وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ، فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ، فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ، وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ، قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ، رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ} [الأعراف 117-122].

3. Surah Yunus : 79 hingga 82


{وَقَالَ فِرْعَوْنُ ائْتُونِي بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ، فَلَمَّا جَاء السَّحَرَةُ قَالَ لَهُم مُّوسَى أَلْقُواْ مَا أَنتُم مُّلْقُونَ، فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ، وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ} [يونس 79-82].

4. Surah Tha Ha : 65 hingga 70]


{قَالُوا يَا مُوسَى إِمَّا أَن تُلْقِيَ وَإِمَّا أَن نَّكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَلْقَى، قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى، فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مُّوسَى، قُلْنَا لا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الأَعْلَى، وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى، فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى} [طه 65-70].

5. Surah al-Kafirun

{قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ، لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، وَلا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ}.

6. Surah al-Ikhlas

{قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، اللَّهُ الصَّمَدُ، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ}.

7. Surah al-Falaq


{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِن شَرِّ مَا خَلَقَ، وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ}.

8. Surah al-Nas


{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ}.

Petikan : Majmu’ Fataawa Samaahah alSyeikh Abdul Aziz bib Abdullah bin Baaz : Fatwa Aqidah - 2. susunan Dr Abdullah bin Ahmad al-Thayyaar. Riyad : Daar al-Watan, 1995. ms 649.

Nota lutut : Penyapu pun boleh mengelakkan pukau. Letakkan secara terbalik kat depan pintu depan dan belakang umah.

Dari Aku,
http://pijaosix.blogspot.com

Tuesday, April 27, 2010

Mari belajar NENEN

(usaha tangga kejayaan)


Sekarang ni, budak kecik intan payung ayah aku ni dah hampir nak masuk 3 bulan. Mummy die plak dah mula cari kerja. Masalahnye sekarang ni, Rayyan tak nak menyusu botol. Abis diluah2kan puting tu. Mati akal. Padahal susu yang dalam botol tu pun mmg susu mummy dia. Jenuh laa mummy die memerah susu masuk dalam botol.

Susu formula memang die tak mau langsung la. Siap muntahkan lagi. Dan mmg takde niat nak kasi dia susu formula pun. Saja je nak testing2.

Tak pe ye sayang. Pelan-pelan kayuh. Nanti lama2 pandai la mengentel punting tu..hehehe..Dan untuk sekelian kalinya, akhirnya dia mau jugak setelah memakai punting yang seakan2 mcm mummy die punya. Itu pun, skit sangat yang die minum.

Sapa kata ibu yang dah bekerja tak boleh kasi susu tetek kat anak. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..


Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com

Monday, April 26, 2010

Kemenangan BN



Aku tak balik mengundi pun untuk pilihanraya kecil bagi parlimen Hulu Selangor. Malaslah, lagipun badan rase tak sedap jer. Tapi, aku dah wakilkan mak dan ayah aku kire ok la kan. heheee..

Tahniah pada pemimpin yang dah menang. Tunaikanlah janji manismu. Jangan hanya menanam tebu ditepi bibir..!


(Sekitar hari mengundi. Gambar nih aku amik kat FB member aku (Rozairie))


Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com

Friday, April 23, 2010

Klinik Desa KITO dan TONSIL..!

Dah lama sangat aku tak pergi klinik desa kalau aku sakit. Dulu, ade gak aku amik MC kat klinik-klinik kerajaan nih. Itu pun masa kat kampung dulu. So, di hari Jumaat yang indah ni, aku amik EL.

Kebetulan alang pun deman. Dah seminggu deman tak elok2. Dalam seminggu tu dah 3 kali pergi klinik. Aku mmg dah bising suruh pergi hospital. Alih-alih dia kata klinik desa jer sebabnya spital pun akan tolak kalau suhu tak cecah 40 darjah. Tapi kalau dah 39 darjah, dah tinggi sangat dah tu bagi aku.

Ermm....Rungutan biasa yang aku selalu dok dengar pasal klinik desa or hospital kerajaan nih...

" servis lembab la.."

" orang ramai laa..leceh..nak menunggu punye la lame..!"

" macam tak kompiden je aku tengok dokter tu..!"
" staff sombong..belagak..macam bagus"

Macam-macam lagi la..

Untuk jawapan di atas, kalau ko banyak duit dan dah tak tau nak buat ape ngan duit tu, aku pun galakkan ko pergi klinik swasta ataupun hospital swasta. Duit banyak la katekan. Dan kalau inginkan kepuasan tahap dewa, ape salahnya dapatkan yang terbaik untuk diri sendiri.


Jangan terlalu merungut. Jangan terlalu mengondem. Jangan terlalu 'high taste'. Pada aku ukur baju pada badan sendiri. Pengalaman aku dengan klinik-klinik yang modalnye hanye
RM1 nih, sedikit pun tak mendatangkan masalah. Nak kata puas hati sangat tu takde lah. Tapi cukup lah aku kate ianya memuaskan hati.

Berbalik pada citer alang tadi. Rasanya aku sampai kul 10.15 pagi. Sampai sana, buat pendaftaran, amik darah, jumpe doktor dan kemudian amik ubat. Pukul 11.30 pagi dah setel.

"Tonsil...Very Bad..!" itu kata doktor.

Aku dah agak jugak budak ni kena tonsil mase die tunjuk tekak dia. Aku tengok tekak dia dah bernanah pun. Seriusly geli geleman.

Mari layan rententan rawatan bersama klinik gomen..!!

( only RM1 for registration )

( tengah ready nak amik darah)

( kat sini darah korang akan diuji )

( nampak kat mana alang? tengah tunggu nak masuk bilik doktor )

*******************************************************************

Apa dia tonsil?


Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit.
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan

3. Demam yang kadang2 sangat tinggi

4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.

7. Mulut berbau busuk

8. Berdengkur waktu tidur


( kenali daerah tonsil korang )

kata hati : sayangi diri anda, sayangi tekak anda dan amalkan gaya hidup sehat..Moge cepat sembuh!!

Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Thursday, April 22, 2010

Malam Yang INDAH

Salam petang kebosanan dari aku..

Malam tadi dua kali terbangun. Sekali pukul 3 pagi..Nak terkucil punye pasal. Aduhai, patut laa sejuk semacam je aku rase. Rupenya hujan lebat giler kat luar tuh. Alangkah bagus kalau aku bangun amik air semayang, then solat tahajud ke, solat hajat ke..:)

Sekali lagi aku terbangun kul 5.15. Kat luar tu hujan lagi. Ish, asik terjaga-jage je lah pulak. Tu pasal aku tak suke tido awal. Awal ke pukul 11.30 tu. Sempat lagi aku tengok henpon. Ade msg. Msg yang tak sempat nak baca sebab aku dah lena diulit bantal busuk.

Patut la. Main pingpong rupenyer. Ish bangun la. Pukul 5.20 tu aku bangun, panaskan air. Buat air OldTown yang aku amik dari opis. Hehee...Jangan bagitau bos aku. Pastu aku berniat dan bersahur. Puasa ganti sudahnye.

Seronoknye hujan. Aku memang ade peel suke tengok ujan. Doa laa byk2 time ujan nih. InsyaAllah dimakbulkan ALLAH. Dah masuk azan SUBUH, aku solat dan sempat mengaji.

Hujan lagi. Pukul 6.30 aku melompat atas katil dan tido sampai kul 8.30. Ya ampun, kelam kabut. Sudahnya, aku sampai opis kul 10.10 pagi. Dah biasa kan bos..hahhhaa

p/s : teringin sangat nak makan TOMYAM


TERIMA KASIH YA ALLAH

Ya Allah..
terima kasih atas kehidupan ini..
Kau hidupkan aku dalam iman padaMu
Kau beri aku nikmat kasih sayang yang amat banyak
Kau limpahkan aku rezeki yang sangat Kau pelihara

Ya Allah..
terima kasih kerana memberi aku kefahaman
memahami makna nikmat dan ujian
memberi sedar bahawa tiada beza pada keduanya
hanya untuk menarik aku padaMu semata

Ya Allah..
aku menerima segalanya dariMu
kadang di sebalik wajah manusia
kadang terlindung dalam sebuah rasa
kerap juga hadir meneman hati
namun ku pasti Kau maha memberi..

Ya Allah..
moga terima ku untuk kasihMu
moga kasih ku jadi terimaMu
aku bukan pemberi
hanya mahu terus berterima kasih..

Ya Allah..
Kau yang maha Tahu..
Kau punya Mahu...
moga terima kasihku Kau terima
moga kasihMu tetap ku rasa..

Ya Allah..
Engkaulah selayaknya tempat aku berterima kasih..
walau tanpa alasan..
walau tanpa balasan...
namun nyata segalanya tak sia-sia..

Wednesday, April 21, 2010

Jadual DIET saya.


Jika anda mempunyai masalah berlebihan berat badan atau obesiti, panduan ini boleh membantu anda menurunkan berat badan.

Pemakanan sihat untuk menurunkan berat badan:

  1. Hadkan pengambilan makanan tinggi kalori seperti makanan bergoreng dan makanan segera.
  2. Kurangkan pengambilan semua jenis minyak dan lemak (tepu, monotaktepu, politaktepu). Contoh: Minyak kelapa sawit, soya, jagung, bijan, zaitun, minyak kacang.
  3. Kurangkan pengambilan makanan mengandungi gula ringkas. Contoh: Gula-gula, sirap, minuman ringan, biskut manis, kuih-muih, kek, coklat, agar-agar, aiskrim, susu pekat manis, kaya dan jem.
  4. Hadkan pengambilan kabohidrat kompleks sesuai dengan keperluan tenaga. Contoh: Nasi, mee, meehon, kuey-teow, roti, ubi-ubi dan semua hasil tepung.
  5. Kurangkan minuman berakohol.
  6. Elakkan makanan tinggi kolesterol. Contoh: Otak, usus, hati, hempedal, buah pinggang, kuning telur (2/3 kali seminggu), telur ikan, ikan bilis dengan kepala dan perut.
  7. Hadkan makanan laut (ketam, udang, sotong, kerang, siput dll)
  8. Kurangkan pengambilan hasil tenusu tinggi lemak (keju, susu penuh krim, susu segar). Elakkan makanan tinggi lemak tepu. Contoh: Minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging, lemak dan kulit ayam, lemak susu.
HIDANGANDIELAKKAN
DIGALAKKAN
NASI

Nasi Beriyani/Nasi Lemak/Nasi Goreng/Nasi Ayam

Nasi Putih/Bubur Nasi
MEE/MEEHON

Mee Kari/Mee/Meehon/KueyTeow Goreng

Asam Laksa/Mee/Meehon/KueyTeow Sup/Hailam/Rebus/Tomyam

ROTI
Roti Canai/Telur/Murtabak
Capati/Tosai/Roti Nan
LAUK

Rendang/Goreng/Lemak/Kari Bersantan/Ikan Masin

Masakan Tomyam/Ikan/Ayam Bakar/Masak Kukus/Asam Pedas/Tomato

KUIH
Kuih Bergoreng/Bersantan

Sandwich/Apam Tanpa Kelapa/Popia Basah (Tanpa Udang/Telur)/Kuih Kukus Tanpa Santan/Buah-buahan

MENU CADANGAN

1200kcal 1500kcal
Sarapan Pagi

2 keping roti + 1 sudu teh majerin

1 biji telur/1 sudu makan -sama-

kacang panggang

kopi/teh + 2 sudu teh susu skim

tambahan 1 sudu teh gula dalam minuman

Minum Pagi
1 hidangan buah/2 sudu teh susu skim

-sama-

tambahan 1 susu teh gula dalam minuman

Makan Tengahari

1 cawan nasi

1½ saiz kotak daging/

1 peha ayam (kecil)/

½ cawan kekacang (stew/sup/rebus/kukus/bak ar)

sayur (rebus/kukus) 1 hidangan buah

1½ cawan nasi

2 saiz kotak mancis daging

1 peha ayam (sederhana)

2/3 cawan kekacang

(stew/sup/rebus/kukus/bak ar)

sayur (rebus/kukus)

1 hidangan buah

Minum Petang

1 hidangan buahteh/kopi + 2 sudu teh susu skim

-sama-

tambah 1 sudu teh gula dalam minuman

Makan Malam

1 cawan nasi

1½ saiz kotak mancis daging/

1 peha ayam (kecil)/

1 ekor ikan selar

½ cawan kekacang (stew/sup//rebus/kukus/ba kar)

sayur (rebus/kukus)

1½ cawan nasi

2 saiz kotak mancis daging/

1 peha ayam (sederhana)

1 ekor ikan selar (sederhana)/

2/3 cawan kekacang (stew/sup//rebus/kukus/ba kar)

sayur (rebus/kukus)

Minum Malam
2 sudu makan susu skim -sama-

Tuesday, April 20, 2010

BA ke BN?


Salam..

Ikutkan kan mental aku nih, aku tak gemar bercerita pasal POLITIK.. Sebab politik sekarang tak macam politik dulu. Yang marah dengan UMNO masuk PKR, yang marah dengan PKR masuk UMNO. Ape kebendanye nih. Alih2 rakyat yang jadi mangsa. Gile! Sungguh menyesakkan otak.

Menariknye kali nih, pilihanraya kecil yang sedang hangat dikecohkan sekarang ni dan umpama goreng pisang panas ni berlaku kat tempat kelahiran aku. Daerah kelahiran aku. HULU SELANGOR.

Semalam, ade teman lama yang menghantar sms " ko balik ke mengundi nanti? "
Ikutkan jawapan yang ikhlas dari aku, mmg aku malas nak jejakkan kaki kat ulu yam tu. Gile belagak..hahaha..

Tapi pikirkan tangungjawab, hati dah berbelah bagi.
Sape aku nak pangkah nanti nih. Huh..

(kredit to Rozairie. Gambar2 tu aku cilok dari FB die.)

Bile berkempem. Semuanya terbongkar. Ape la..!! Aku kutuk ko, ko kutuk aku..
Ah..BUSUK!!

Thursday, April 15, 2010

Alahai..


bile rinduku sebut namemu..
bile rindu ku lihat dirimu..
sessi webcam bersame mama zie n RAYYAN

Sunday, April 11, 2010

On 10 April 2010


Salam dan selamat sejahtera...

Saje nak mulakan bicara dengan sesuatu yang berkhemah. Lebih afdal orang kata, sapa yang nak menyebok pun akan pikir 10 kali. Tak gitu?

Kenape aku bercerita pasal tarikh nih..?
Jawapannya senang jer. Aku sedang bosan menunggu masa untuk hari ini. Rasa malas sangat nak buat apa-apa untuk hari nih. Nasib baik masa aku sampai tadi bilik bos aku gelap gelite.. Arghh..hari isnin yang bisa memblueskan aku. PARSAH..!! So, jawabnya aku akan mula menekan2 keyboard aku ni dengan cerita yang aku rasa nak cerita.

Cerita pertama..
Alahai Rayyan. Nyenyaknye die tidor. Hari ni genap die berumur 2 bulan. Kejap je kan. Muke tenang je die tido, jap lagi nak kene cucuk montot lah.

"Bleh masuk sekali ke?"
Pura-pura tanya la pulak. Padahal aku, alang, angah dan firul dah meluru masuk bilik doktor tu dah.

"Bleh!" jawab nurse tu sambil senyum..!!

Mase budak kecik ni kene enject, die dah merengek nak menyusu. Sekali kene cucuk, die punye menjerit sebab terkejut kot. Tapi, sekejap je. Pastu, dia diam dah. Good boy..!!



Cerita kedua..

Lepas aktiviti menyaksikan Rayyan dicabuli buat kali kedua, kami terus merempit ke The Garden ngan Midvalley. Dalam kereta kemain baik nyer la dia. Kereta berhenti die merengek. Kete berjalan die senyum. Agak bahaya kalau jem ni kang..!!





Cerita ketiga..
Sebenarnye malam ni aku saja-saja nak sokong KEDAH..! Mintak maap ye ILA. hahahha..Tapi sekali Negeri Sembilan menang la pulak. Tahniah lah kuucapkan. Buat pasukan Selangor, korang benar2 mengecewakan aku.


p/s: aku kalah bet gak nih..aduhhhh

Thursday, April 8, 2010

GIS oh GIS

Semalam masa meeting, aku lebih pada mengelamun entah ke mana-mana. Nak kata aku sampai ke Paris, tak jugak. Tapi, tempat itu indah sangat..ermmm

"Hafiza, how many years u have been here?".

Suara lantang Mr.David yang tibe2 tu berjaya mengegarkan lamunan aku yang kononnya dah jauh ke Paris.

" since 2005.."

Sambil tersengih-sengih manja aku menjawab. Dengan harapan, gaji aku akan dilipatgandakan seperti tahun2 sebelumnya. Saat tu terbayang bonus yang berbulan-bulan.

" Almost 5 years" .

15 July 2010 kira cukup lah 5 tahun. Sangat membanggakan. hahaha...Macam tak percaya. Lama sungguh aku kat company nan satu nih. Teringat mula-mula aku dipanggil untuk interbiu.


"Segambut?.." gile jauh. Dalam hati, dah berkira-kira sangat nak pergi. Aku ingat lagi jasa Amie yang menghantar aku. Terima kasih ye. Dan, alhamdullilah aku diterima kerja kat sini. Yang bestnya, flexible hour tu. As long u work 8 hour per day.


Yup, pejam celik pejam celik dah hampir 5 tahun aku kat sini as GIS ANALYST. Dari aku sorang-sorang dan sekarang dah ade 5 staff. Sikitkan? Mmg sikit sebab main office kat Ipoh sane.

GIS is stand for Geographic Information System. Dan ramai tak tahu apa itu GIS. Kalau aku nak explain, mmg tak terexplain ape kejadahnye bende alah nih. Tapi , secara mudah aku bagitau pada sapa-sapa yang berminat.

"Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat berkomputer yang berfungsi untuk tujuan pengurusan maklumat, pengolahan, penganalisaan dan pengeluaran maklumat yang sering dikaitkan dengan data berbentuk peta/pelan. GIS memerlukan perisian, perkakasan, pangkalan data, prosidur dan kemahiran kakitangan yang mengguna dan mengurus maklumat."


So, sape2 ada adik or abg or anak yang nak amik course ni, aku memang galakkan sangat2. Sebab, GIS dah semakin berkembang sangat sekarang ni. Even, polis pun nak gunakan GIS untuk tangkap penyenayah. Fuh, kelas uols...! Kalau nak best lagi, amik la course ni kat Uitm. Gerenti korang suke. Oh, rindunye kat Uitm..Uitm, dihatiku...lalallalala

Majulah GIS untuk negara.

Tuesday, April 6, 2010

BOSAN!


Pernah rase tahap
BOSAN yang tah apa2. Time studi dulu aku selalu cakap 'bosan macam cibai'. Emy,ex housmate aku dulu selalu kata' bosan macam tonyok'. Macam-macam jenis bosan lah yang dieorg dok kata. Tapi, nape BOSAN sangat nih. Bosan tahap yang dah takde tahap dah!!

Bile BOSAN..
Nak main game pun malas.
Nak siapkan kerja pun malas.
Nak bersembang-sembang pun malas.
Nasib baik, makan aku tak malas.

Pengubat BOSAN aku dikala ini.
TIDO dan SHOPPING je..!!!

Saturday, April 3, 2010

Tak salah untuk BERFIKIR..

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.



5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir agen dajal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah, 168)

Friday, April 2, 2010

Segalanya sudah TERTULIS..

Pagi ni lemau sangat nak buat ape2. Aku kene flu lagi. Batuk plak tu. Tak pe, dah tua2 mcm ni standet la kan. Penyakit tu macam mengejar jer. Jangan la kejar. Main jauh2 tak boleh ke? hehehe..

"din beramboi meninggal wak.."

Innanillah......Mengucap panjang aku. Akhirnye, pergi jugak pelawak terkenal ni mengadap penciptanya. Arwah ni memang disukai ramai even ada masa lawak dia tu mengarut tahap menyawan. Tapi pemergian dia, sket sebanyak merupakan kehilangan besar pada industri. Kita yang hidup nih, doakan la moga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t. Al-Fatihah.

Minggu ni, macam biasa keje, keje dan keje. Lately, ade je keje yang sampai kat meja aku. Report yang tah bila2 punya zaman la. Dengan project yang lepas2 nak kene refer balik. Ah, pening...!! sempat gak lah aku mc hari Selase hari tu.

" pernah scan?". Aku geleng

"meh sini dik, saya scan"

"tak nak lah doktor" . Sebenarnye aku takut. Ngeh ngeh. Mula lah kepala aku ni ligat dok pikir bukan2..

"mana leh tak nak2.."

Tapi, aku baring jugak la kan. Baik check, atleast puat hati. Kot2 lah ade emas kat dlm perot nih..

"tgk, dinding rahim kamu, darah tebal kat sini, that why u sakit perot yang amat. Tapi, itu normal. Banyakkan minum air suam.."

Ok doktor. Air suam tu feveret aku.

Dan, pesan aku, segera lah ke klinik yang berhampiran even korang rase MCM nak deman. Ingat, kerana NYAMUK, nyawa pun boleh melayang. Walahu'alam..

Thursday, April 1, 2010

Jom Balik..


Macam nak menulis..
Tapi aku kehilangan kata-kata la pulak...



Tapi, aku yang pasti aku nak BALIK....!!





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..