Saturday, May 11, 2013

Cinta itu bukan beromen semata-mata

Salam Rejab semua. Moga Allah lebih memberkati perjalanan hidup kita.

Ok macam ni. Adalah seorang hamba Allah ni tanya aku. Apa maksud cinta pada pandangan awak?
Tak pikir panjang aku terus jawab. Punyelah skima jawapan aku. Aku dahlah tengah high dek ubat batok. Aku bagitau Cinta itu anugerah Allah. Anugerah yang tak ternilai yang manusia dapat kat dunia ni. Dan bla bla sampai aku lupe aku bebelkan apa. Dah abis aku bebel tu. Dia diam. Aku agak die puas hati dah dengan jawapan aku.

Sebenarnya, masa aku tengah membuang tadi, aku terpikir balik pasal ni.
So, jujurnya cinta pada aku macam ni.

Cinta itu benda yang boleh buat aku senyum tiap2 hari
Cinta tu boleh bagi aku tidur, makan dan mandi dengan aman
Cinta itu bukan airmata
Cinta itu kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan dan bukannya kesopanan dan kesusilaan
Cinta itu bukan nafsu yang kau nak kena beromen
Cinta itu maruah
Cinta itu give and take
Cinta itu tolak ansur
Cinta itu adalah kasih dan sayang
Senang cerita cinta itu adalah kegembiraan...

Buat cinta hatiku. Tak kisahlah mana kau berada. Sesungguhnya aku tak kisah sapa kamu. Tak kisah apa rupamu. Yang aku kisahkan hatimu. Agamamu. Imanmu.

Pengajaran aku dari pengalaman orang lain. Kebanyakkan sekarang ni, perempuan memberi seks untuk mendapatkan cinta manakala lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Aku tak menzahirkan semua lelaki maupun perempuan macam tu sebab aku percaya ramai lagi pasangan bercinta yang baik kat bumi ni. Aku cuma nak ingatkan diri aku sendiri dan mereka yang mahu sering diingatkan.

Awas. Cinta juga boleh membunuh dan membuat kau tersungkur macam nangka busuk.



Dari AKU,

Tuesday, April 16, 2013

Hai Goblog

Aku datang kejap. Datang hanya untuk beritahu yang aku rindu nak menulis. Rindu sangat-sangat. Banyak kejadian yang aku tak dapat nak titipkan kat dalam ni untuk kenang-kenangan. Buat sahabat yang rajin menjenguk - jenguklah selalu. Mana tau ade nasib dapat baca benda baru yang aku bebelkan.

Aku masih sama seperti dulu. Masih single. Masih cantek. Masih sehat. Masih bergetah. Nak muntah? Sila cepat-cepat lari ke toilet dan kemudian datang semula baca blog aku. Paham?

Aku nak menaip balik.
Aku nak aktif balik.
Aku nak memberi pendapat balik.
Aku nak.
Aku nak.
Aku nak.

Tapi masa mencemburui aku. Maafkan aku goblog. Pasti aku akan datang balik. Puan Ila tunggu aku okey.


Dari AKU,

Wednesday, February 27, 2013

Pulau Langkawi - Part 2

Salam..

Dah sekian lama, baru nak update yang part 2 plak. Macam korang baca. Tak baca pun takpa hokey. Sekadar menulis untuk kenangan hari tua. Sok boleh tunjuk kat anak cucu. Ginilah nenek masa muda-muda dulu. Cantekkan. Huh!

Kesinambungan part 2. Tak banyak pon nak update. Hari kedua yang seharian berjalan. Dari pagi ke petang sampai lak ke malam. Walaupun frust tak dapat naik cable car tapi we all repeat naik keesokkan harinya. So, buat mereka yang nak mai sini, jangan datang hari Rabu ye. Dieorang buat maintenace servis. Tengahari baru bukak. Silap haribulan langsung tak bukak.

So, kiteorang mai balik hari ketiga. Pengalaman naik cable car. Ermm, macam mane nak cakap eh. Ini kali kedua aku naik. Sejujurnya aku memang jenis gayat. So, memang kejung la dalam tu. Mak tak payah ceritalah. Dah takde darah kat muka. Menjerit tak ingat dah dia. Bila sampai atas masing-masing enjoy. Bes gile.


Ok. Kalau pergi Langkawi tak sah kalau tak pergi beli cokelat. Korang kena pergi gak Makan Mahsuri, beli minyak gamat, Padang Matsirat dan Underworld Water. We all tak masuk Tengok ikan sebab ramai yang update dah takde apa kat dalam tu. Ikan dah banyak mati.

So, apa yang aku boleh cakap. We all happy sangat. Tak sabar plak pergi untuk next trip.

Rumusan terakhir,

Sewa innova auto RM250 untuk 3 hari 2 malam
Motel dekat AB Motel mengadap laut. Family room boleh muat empat orang RM120 satu malam.
Minyak selama 3 hari RM70- Terlebih isi.
Tiket flight return RM79

Pesanan terakhir, marilah bercuti ke Langkawi.



Dari AKU,

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My Photo
Miss PIJAOSIX
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..
View my complete profile

  © Blogger template 'Fly Away' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP