Showing posts with label Special Day. Show all posts
Showing posts with label Special Day. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Oh Ayah




Salam hari Jumaat.

Tarikh 14 Julai 2012 hari tu genap ayah berumur 58 tahun. Tak celebrate pun. Sekadar makan kek jer. Anyway, semoga diberkati dunia dan akhirat. InsyaAllah.


Nota Hati : "Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."


Saturday, June 23, 2012

Tatkala Umur Bertambah

Rasa tak terlambat untuk mengatakan Selamat hari Lahir buat emak dan kembarnya - Makteh guwe. Dan teristimewa sekali buat aku, buat aku dan aku. 14 June 2012, dunia menyaksikan detik-detik aku menyambut kelahiran yang ke tettttt dirahsiakan atas sebab-sebab kemaluan yang melampau.

However, aku heppy sangat-sangat dengan apa yang aku dah dapat sekarang. Terlalu bersyukur hingga kadang-kadang tak lepas mulut menyatakannya. Kesakitan dulu mengajar aku betapa aku perlu berhati-hati memilih kawan, berhati-hati dalam menyatakan sayang dan sebagainya.

Tahap ini, aku sedar betapa aku bersyukur Allah berikan aku jalan ini kerana dia begitu menyayangi aku. Tidak akan sesekali membiarkan aku terus hanyut dengan dunia yang aku cipta sendiri. Buat yang menganiya aku, belum terlambat untuk kau berubah, walaupun tiada perasaan insaf yang keluar dari mulut kau.

Ermm, lantak kaulah.

Hari Khamis lalu - masa besday aku nilah - aku MC. Hehehe. Bangun pagi kepala rasa sakit tak ingat punya. So dengan rasa tak bersalah dan tak ingat hari itu harijadi aku, aku dengan selambanya amik cuti sakit. Anyway, thanks Nadia yang call untuk wish dan menyedarkan aku that day is my day. Hehe

Esoknya punya cerita, Nadia and Jason belanja makan kek. Thanks guys. Sayang korang ketat-ketat. Pada yang wish through FB, thanks sebab doakan aku.




Nota Hati : Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah


Dari AKU,

Monday, February 20, 2012

Happy Besday Kawan

Salam,

Aku betol takde banyak masa hari nih. Hanya sedikit kata-kata ucapan buat kawan teristimewa. Aku tak sure ko still baca ke tidak blog aku ni. Lagi-lagi sejak aku dah jarang sangat nak update. Anyway, selamat hari lahir yang ke 33. Takde apa yang aku boleh doakan moga kau bahagia sentiasa dan moga apa yang kau hajatkan dimakbulkan olehNya. InsyaAllah.

Aku sayang ko ILA.



p/s : Nape besday kau tengah-tengah bulan? Hehee

Dari AKU,

Monday, February 21, 2011

Khas buat DALILATI

Salam..

Buat blogger Dalilati, aku nak ucapkan salam hari lahir yang ke 32 tahun. Die bukan takat blogger pada aku. Tapi seriusly, die adalah sahabat yang baik tika ini buat aku. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat aku.

Buat ila, moga apa yang ko hajati selamat ni terus dinikmati dan dimakbulkan Allah. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat ko. Amin...


Kata-kata Abu Hatim :
“Orang yang bijaksana,akan bersahabat dengan orang yang panjang akalnya,kuat agamanya,luas ilmunya,tinggi akhlaknya dan diwaktu mudanya hidup dengan bergaul dengan orang-orang yang soleh. Barangsiapa yang tidak menjaga persahabatannya, dia tidak akan dapat merasai nikmat persahabatan. Barangsiapa yang memutuskan persahabatannya disebabkan ‘takut kena’,maka dia akan hidup tanpa bersaudara.Tidaklah ada kesenangan hati yang yang menyamai kesenangan bersahabat, dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi kedukaan keputusan persahabatan itu.”



Dari AKU,

Wednesday, December 15, 2010

Happy BELATED Anniversary to My Parent

Bukan sengaja melewatkan tapi mengambil masa yang agak lama untuk membuat entry special untuk kedua orang tua yang aku panggil mak dan ayah. Pada 10 Dec 2010, usia perkahwinan mak dengan ayah dah mencecah 34 tahun. Alhamdulillah.

Pada mereka yang baru nak kenal-kenal, baru-baru nak beramas mesra dengan aku, aku adalah anak sulung dari 4 orang adik beradik. Leh tengok gambar dekat bawah.



Dan mereka yang baru di dalam keluarga ku adalah FAMILY ANGAH. Die kahwin on April 2008 dan dikurniakan seorang baby boy name Firqan Ar-Rayyan. Now, ade bukak bisnes kecil-kecilan. Boleh tengok kat sini. Pergh, siap promote lagi.



p/s: Love this family so much.


Dari AKU,


Monday, November 8, 2010

Orang Jauh BALIK

Tak sampai sebulan dia kat sana, dah sebok nak balik. Boring katanya. Dah lah takde job lagi sampai sekarang. Sebelum balik die pesan, jangan bagitahu awek die -> Olick Sya Sya. Kunun nak suprise la tu.

Aku pun dok la diam-diam tak cakap ape-apa. Hari Jumaat malam dalam pukul 11 rasenya, dia selamat sampai kat LCCT. Aku follow alang pergi amik dia. Padahal tengah deman. Malas nak duduk umah sorang-sorang. Baik layan bulus dalam kereta.

Rupenya 6/11/2010 besday budak Olick nih. Happy Besday dear. Wish u all the best. Baru along tahu hang baru 21 tahun. Budak-budak lagi rupenya. Amacam suprise tak bile berwebcam malam tu nampak yeyen? Hehehe..

Kalau dah nampak yeyen tak kan ayie ada kat Sarawak pulak kan..!!


-lokasi : rumah Rizal-


p/s : Beliau bercuti sampai hari kamis.
Beliau adalah adik saya yang bongsu. Baru je bertugas di Kapit, Sarawak.


Dari AKU,

Wednesday, July 14, 2010

Sapa AKU Tanpa DIA

Terngiang-ngiang cerita ayah mase kiteorang tengah breakfast pagi sabtu hari tu. Menjaga anak mase dia deman ni kene ade kesabaran. Kalau dia menangis tu memang perkara biasa. Dan macam-macam lagi nasihat dia. Aku dengar je cerita dia sambil kyusuk dok melantak mehun goreng yang aku masak. Itu pun ayah yang request nak aku gorengkan jugak.

Erm..dulu Alang kalau deman mesti nak duduk atas perot ayah. Katanya lagi, bila anak-anak ayah deman mesti tak nak dengan mak. Mesti nak ayah jugak. Nak tak nak kena la cuti katanya. Angah pula mase kecik-kecik kuat menangis. Mase dia baby dekat 3 bulan die menangis.

Aku? Mak kata aku lahir 'bersarung' satu badan. Mak simpan sarung tu. Tapi masa pindah dari Klang, sarung tu hilang entah ke mana. Rugi sangat. Tak berpeluang aku nak menghayati.

Hari ini, genap ayah aku yang bernama Ali Hanafiah Talib berumur 56 tahun. Selamat Hari Lahir AYAH. Semoga dia sentiasa sehat dan kacak seperti selalu. AMIN..

Dari AKU,

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari BAPAK-BAPAK

Selamat Hari Bapak kepada bapak-bapak yang menyambutkannya. Buat ayahanda tercinta, En. Ali Hanafiah dan juga daddy kepada Rayyan, Zafirul Fitri, korang memang bapak yang bes dan macho gitu.

Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com

Tuesday, June 15, 2010

Kenangan MALAM tadi..

Semalam aku break fasting dengan makan nasi goreng USA. Niat hati nak makan Chiken Chop. Sekali tutup la pulak stall tu. Aku nye peel malas dah nak pergi tempat lain. So, aku order ape yang rase boleh menyenyangkan perot aku saja. Terima kasih yer pada yang bermurah hati nak belanja aku itu.

Terima kasih jugak sebab bagi aku kek. Dan terima kasih untuk segalanya.

Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Monday, June 14, 2010

Hari ini : Apa yang ISTIMEWAnya..?

Hari ini genap aku berusia 31 tahun. Begitu jugak dengan mak kesayangan aku dan kembarnya-makteh yang dah 53 tahun. Terel mak aku kan. Hahaha.. Erm..sesungguhnya aku takde apa-apa nak cakap. Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan kebahgiaan aku. Ade masa terluang aku goblogkan nukilan korang.

Dan sesungguhnya aku amat bertuah kerana hari ini juga merupakan tarikh 1 Rejab untuk tahun islam. Bertuahnya aku. Dan aku mengambil kesempatan untuk berpuasa ganti dan sambil-sambil meneguk sedikit pahla puasa sunat awal Rejab.

Alhamdulillah. Aku gembira dengan apa yang Allah dah bagi. Banyak yang aku inginkan sekarang ini. Tapi semua tu amat tersurat yang aku sendiri tak tahu bila. Tapi, aku akan terus berdoa dan berusaha.

Yang pasti, kawan-kawan yang nak kasi hadiah. Aku hanya inginkan TAYAR kereta tau..


Sabda Nabi s.a.w :
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..”


Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com



Tuesday, June 1, 2010

Selamat HARI LAHIR

Hari ni genap hari lahir yang ke 29 buat alin dan yang ke 25 buat alang. Kebetulan atau mak aku yang terel merancang itu dah kire ketentuan dariNya. Dah dua-dua nak kuar pada tarikh yang sama iaitu 1 JUN cume tahun yang berbeza. Sorang tahun 1981 dan sorang lagi 1985.

Ramai yang kate mereka ni muke nya sama. Tapi kalau tanya aku selaku kakak sulung nih, memang jauh bezanya muke depa nih. Tang mane same pun tak pasti. Tang kerenekan je kot. Hehehe

Anyway, seperti biase yang orang lain biase buat. Aku memang amat mendoakan mereka sentiase bahagia dan dirahmati Allah sentiasa. Harap-harap hubungan kami yang akrab ni akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..

Luv both of u..Muah...!!



Dari AKU,

Tuesday, February 23, 2010

Happy Besday Mr. Shahrizal


Salam..
Hari ni besday someone yang mmg rapat ngan aku..
Hari ni dengan jayanyer dia dah berjaya menjangkau umur yang ke 31..
Tuanye dier..

Takde ape yang nak aku cakap..
Cume mengharapkan dia mendapat kebahgiaan, kemuliaan dan kerahmatan sepanjang hayatnyer..
Pendek kata dan jangan panjang2 cerita..
Wish u all the best..

Malam tadi..
Tgh lepak2 depan umah..PANAS..!!
Cuaca mmg tgh panas sekarang nih..
Belum lagi pukul 12 tgh malam..Aku rase lagi 5 minit nak masuk kul 12 kot..
Tibe2, dia menyenggol aku...
Wak...tolong nyanyikan org xxxxxxxxx...!!!

ADUHHH...
Dia pulak yang paksa aku menyanyi lagu happy besday kat die..
Ni yang malas nih..
Bersungguh2 lak suruh tu..
Die plak yang ingatkan aku..tp aku mmg da ingat pun..

Aku cakap kat dia..nanti jap..
Aku masuk dalam, amik kek SECRET RECIPE yang aku da beli awal2 kat kedai petang tadi..
heee..

Dari jauh die nampak aku mengendong something..
Die sengih jerk..
Aku kata kat die..nak aku nyanyi kena la ada kek..ade lilin..
Aku da nyanyi, tiup lilin..
Cepat2..make a wish..hi bang!! Lame bertafakul..
Wish ape tu..?

MANE LEH CAKAP..RAHSIA katenyer...ceh..

p/s : harap2 die happy ngan kesimple lan aku menyambut besdaynye mlm tadi..di depan rumah..di depan pagar..dihiasi ngan lampu yang malap2...romentik gak la..heee...dan harap2 tahun ni takde sape2 spoilkan nukilan aku..hahahaha

msg dia : wak, da sampai..terima kasih ye wa, susah2 je belikan kek, tapi yang paling susah kena pakse nyanyikan...

Tuesday, December 22, 2009

IRC ( Island Red Cafe )


Rase marah sangat aritu...
Rase mencik pun da mule bertengek kat jantung..limpa..hati...
Nape buat aku mcm tu..??
Besar sangat ke salah aku..?
Nape nak letakkan aku dlm keadaan bahaye...!!
Sumpah..aku takut..ngeri..rase nak mati..waaaaa

Tapi..
Kalau dilayan nanti...
Maknenye aku tewas pada hasutan setan2 bangsat tu..
Maafkan die...itu laa sebaik2nyer..
Selagi ade sayang dihati...
Aku terima kemaafan yang kau hulurkan...
Tapi aku sedih sangat tau.....!!!!

Da tutup citer...~~~~~~


IRC ( Island Red Cafe )..



Agenda utama nak buat surprise kat CIPONG...!!
Bertempat kat IRC ( Island Red Cafe )..
Ahli majlis : muke2 yang same je...
-pija-
-rizal-
-alang-
-cipong - besday Boy-
-alin-
-perol-
-adik-
-ecah-


even hati sakit dek makanan yang lambat sampai...
paling sakit ati chiken chop tu haa..
2 jam baru sampai...
service out..
jgn g sane laa....!!!



aper yg best...kiteorg dapat berkumpul ramai..
mmg happening..siap satu kedai nyanyi tuk si cipong...
sporting2...!!

Monday, December 14, 2009

Di Sebalik 12.12.2009


Ade ape eh ngan tarikh tu..?


Tarikh tu jugak menemukan due hati...tahun 1977..tarikh yg same..ROHANA binti TALIB ditemukan ngan jejake pilihan hati...ALI HANAFIAH bin TALIB...jgn konpius yer..name atok aku mmg same..heeee

Anyway..Happy Anniversary yang ke-32 mak ngan ayah...
wish both of u all the best..
Love both of u..sangat2..!!

(raya 2009)

( mase dating kat old town..)

( kat Bagan Lalang, 2007 )




**************************************************************

p/s : buat PN Esah ( mak Bujal )...selamat menyambut hari ulang tahun yang ke 52..satu kebetulan pulak..tarikh lahir same ngan tarikh anniversary parent aku...ngeh ngeh...


Wednesday, September 9, 2009

09-09-09 --> what happen??


Nampak special kan tarikh nih..??

Macam mane specialnye tarikh ni pun..takde ape yg menarik yang jadi kat aku hari ini..
tuk aku ceritakan kat korang...!!

Tapi..
Katekan tarikh ni jatuh on saturday or on sunday..
for sure ramai yang pilih hari nih kan..
tunang? kawen? dan seangkatan dengan nyer..
silap ari bulan aku pun leh 'ter' kawen pade tarikh nih..
ngeh..ngeh..!!
ape ade kisah pade tarikh..??

As usual..
aku keje mcm biase..aku berpuase mcm biase..
kot ade pun, si Aisyah tak masuk opis ari nih..
MC 2 hari katenyer..deman panas..erk..!!
moge cepat sembuh..

Jap..
maybe ari ni antare special day for Bujal..
ari ni die ade interbiu..
still untuk job di MPK..
hopefully die dpt buat yng terbaik..
moge tak sia2 kite kuar masukkan sijil dlm folder mlm tadi..
heheheee...
anyway..GOOD LUCK..!!

Atau..
specialnyer..buat pertame kalinyer..
aku..alang..both of ina bersahur sekali pagi tadi..?
kalau tak..sorang sure takde..
period laa..tak terbangun laa..
mcm2 laa..!!

- 09-09-2009 -

Tuesday, July 14, 2009

Hepi Besday to En. Ali Hanafiah

Salam...
Mase aku merepek nih, aku tgh rehat, baru pas mkn tghari...jap lagi pas lunch, kene sambung meeting balik nih...aku dah rase pas ni aku mesti byk keje nak kene setelkan...waaaaaaaaaaaaaa.....tak dpt nak ronggeng seperti biase..!!

Anyway, aku nak share ngan korang...

14 JULY 2009
Hari ni besday ayahanda ku yg tercinte..da 55 tahun da umur die tahun nih...wish aku..moge die panjang umur, di permudahkan segala perjalanan hidup, diberikan kesihatan berpanjangan dan murahkan rezekinya...

AMIN....

mak ngan ayah kat OLDTOWN white coffee..!

Tuesday, June 16, 2009

14 JUNE 2009 - Being 30!!! huh...

salam...

Being 30?? huh..gerun sebenarnye ngan angka tu..anyway, aku bersyukur sebab tuhan masih panjangkan umur aku..diberikan kesihatan yang baik..diberikan kehidupan yang sempurna dan dikelilingi keluarge dan rakan yg sentiase support aku...ALLHAMDULLILAH...

To my lovely mum...Pn ROHANA BIN TALIB!!!! hepi besday mak...ermm...da 52 tahun umur mak aku..besday mak aku ngan aku mmg same..bes kan...heeeee

Pada kawan2 yang wish kat aku..yg ingat besday aku..yg aku kene ingatkan..heeee...thanks for all the wishes...sayang koranggggggggggggggg......!!!

Sekilas pandang....

Rizal F To F --> selamat hari lahir.... semoga bertemu jodoh dgn cepat.... rugi lama2, nanti lemau....

Shaz Lanz --> epi besday!

Wan Noor Shahida --> selamat menempuhi alam 30 pija.... semoga lebih amalan mu, panjang usia mu, berkat hidupmu dan ceria serta bahagia mengiringi setiap langkah mu... amin.. HAPPY BIRTHDAY my friend!!


Zai Kodek --> aku doakan ko jadilah muslimah yg beriman..jangan suke dengki kat org..jgn suke buat org marah..susah nak mintak ampun..kdg2 org ikhlas tp kite salah tafsir..begitu juga sebaliknye..moral value..jgn cepat sangka buruk..keyy...moga ape yg ko inginkan..jadi kenyataan..

Zarina Kamin --> Semoga cpt bertemu jodoh. Amin..

Mohd Haniff Ismail --> Pija...aku doakan cpt la ko bertemu jodoh...dah lain jer bunyi nyer tu! haha

Redzuan Nasir --> hepi belated besday

albab --> Assalamualikum..wbrt..Hepi Besday to U le...Mugo Pje Umo n Muroh Rejki n Cpat Kwen..

ila --> salam, makcik oit..tak abis lagi ke ko selebret ari tua..tak kan dok berasmaradana lagi kot..papehal pon moga terus menikamti usia 30 an n moga dapat jemaah bunting tahun depan...

afzan --> hepi besaday to u, hepi besday to u, hepi besday to fiza..Hepi besday to u..moga ceria selalu..

firul --> hepi birthday pija

farid --> salam! hi apa kabar? saja nak ucap happy birthday! selamat panjang umur dan murah rezeki..amin...

sailormoonR and Kuceng Hitam a.k.a yanti n adi --> hepi birthday ke 30. semoga hidup dalam rahmat Allah taala..

ayahanda --> selamat ulangtahun yang ke 30..semoga dimurahkan rezeki..

bonda --> selamat hari jadi ke 30...

bujal --> org doakan awak sehat sentiasa,,hepi selalu dan dapat cita2 awak..dan org bersyukur ditemukan dgn awak..semoga awak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang berpanjangan..berjaya dengan apa jua yang awak lakukan..amin ya rabbal alamin...hepi birthday wak..

alin --> selamat ulang tahun yang ke 30..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...

Amy (14/06/2009 22:34:28): happy besday...14 june..

pada yang wish by comolot tu pun..
thanks a lot..
pada alang, thanks for the cokelat
bear..len kali
kasi yg besar sket..





to bujal..thanks for the cokelat n dinner...



harapan aku untuk tahun ni :


aku ingin mencari cinta sejati yang dapat menjage aku dunia dan akhirat..yang ikhlas menyayangi aku..yang ikhlas nak menjage aku..moga Allah tunjukkan sape die cinta hati aku..hawa nafsu aku...AMIN...

- ALL THE BEST TO ME -



Tuesday, June 2, 2009

PEDAS / LINGGI = LUBOK CINE

salam semue..

baru je masuk keje ari nih..semalam tak keje..ari ni baru masuk keje balik..
so..kesempatan ni aku nak wish very heppi besday to alang ngan alin...
on 1 JUNE 2009, alin da 28 tahun and alang da 24 tahun laa kot..aku pun lupe laa..

ape aku buat minggu nih..

Sabtu..
bangun pagi gak..lepas kemas2 umah..aku sorang je kat umah mase tu...pas mandi aku siap2 nak kuar..sorang2 jugak..!! kire aktiviti sorang2 laa..g pejabat pos..setel kan bil..singgah tesco..g kedai2 tepi tu, nampak ade patung sutung yg comel..aku rembat laa dua, nak kasi kat besday gurl due org tu laa sebenarnyer..adiah aa kunun2..

balik tu aku singgah nak cuci kete, sok nak g melake..kene aa kete bersih2 skit..baru bes..balik tu aku tertido laa plak..sampaikan bunyik msg pun aku tak dgr..sakit je ati..aku da laa pesen kalau terkejut bgn tido, kompem mamai..tah aper2 tah yg aku reply...alih2 takjadi kuar..lantak laa..malas nak pikir..bikin seteres jer..

Ahad..
pagi2 da kuar umah da..g melake umah linda..adik die yg kawen..tp disebabkan die budak umah kiteorg, kiteorg pun ziarah laa..seronok tgk kampung kat sane..halaman umah besar2..tak sempat nak tunggu pengantin dtg, kiteorg da gerak balik..



petang tu, kul 4 baru sampai umah..penat laa jugak...terase gak laa penat..sempat laa solat zohor, baring2..tp takut laa nak tido..kang tak sedar lak bunyik msg..sebab da janji nak g joging petang tu..

mlm tu, aduhai..penatnye tuhan je laa yg tau...

Wednesday, May 27, 2009

Selamat Pengantin Baru (ALIN & FIRUL)

salam…

Fuh..lame seh tak mengarang….da seminggu lebih da pun budak due org ni dengan rasminyer menjadi suami isteri..uh, due2 da tak suci tuuuuuu…hahahaah.. sekali lafaz…firul and alin selamat menjadi suami isteri..alhamdulillah..

Hilang gigil firul aku tgk, baru nampak ade darah kat muke tu..anyway, thanks for the ring..langkah lagi bendul aku..hheiheieheiheihie ( gelak manje )..

Secara ringkasnyer :

04042009 - pas isyak depa nikah..dinikahkan oleh kadi..bapak aku kansel nak nikahkan..die lak yg lebih2 gugup…heheheh

05042009 - majlis bersanding..

Aper2 pun aku bersyukur sgt2 sebab semuanye berjalan ngan lancar..tapi lepas tu, sendri mau ingat la…kaki, pinggang, lutut..dan segalenyer sakit lepas kenduri tu…tapi seronok la..mmg puas hati sgt2..ape yg penting KERJASAMAaaaaa…

Pada yang datang tuh time kasih byk2…

specially kat :

zai n co - makin kurus minah ni tapi menten cun..mcm bwak adik2 je..3 org adik die..hehee

bujal ngan family - tq for coming..muahhh

chekwe- uh, lame tak jumpe..dapat serbenier gelang tu dr India..suke banget..cantek..tq

yantie n hubby (ady )- main kurus jugak..sume da kurus ni..ape ke halnyer? hihiiii

nor n little cute boy - geram ngan anak buah si nor nih..comey tp die nangis mase aku nak pegang..gheram je laa..!!

emy yg membuyung & zaid n adam - emy berseri2 muke ngandung..menten comey tu..hehhehe..becok macam tu gak..suara ngalah mak lampir..hheheh tp anak die, gile ganas..like mother like son gak la..

ana ngan 2 baby gurl yg comey- dtg ngan apai..comey anak2 dara die..ana pesal ko kurus na skrg nh..??????

ain n kebab - aku sempat dukung si naufal..anak depa nih..aduh, semangat..gheram..bak kate ain mcm pegang beras katenyer..hihihi

iwan n partner- awek mane lak die bawak tah..hehhehe

linda - org penting pegang baju pengantin..hahahah

aisyah n family - dak opis den yang turun padang..trimass..

botak & geng - yang ni paling teruje..dtg ngan tepit tu..hehehe..montal eh sekarang..ye laa da 4 taun gak laa tak jumpe..

sape lagi aku tak sebut nih..rasenyer aku da sebut semue..tp kawan2 aku je laa…hehehe..sory kawan2, tak dpt nak borak panjang..aku agak bz..ecewah..tak sempat nak bergambar ngan korang… anyway..selamat pengantin baru…cpt kasi mak aku cucu..hehehhe



~ by pssst-akuler on April 15, 2009.

HEPI BESDAY

23 FEBUARY 2009

Salam……!!!!! Hari ni masuk keje je da takde mood… org period pain..aduhh!! sakitnyer laa…tapi kene gak keje..jumaat aritu da monteng..Anyway, happy besday lingling bujal…moge panjang umur..murah rezeki..bahgie sentiase..Wish u all the best..tua da die 30..

Bosan aa masuk keje ari nih..takde job nak buat!! semue da setel..fawer kan aku..heheee..nak usha facebook pun takde mood..aduhhhh!! mood period ni sepesen laa kan..nasib baik sepesen, kalau 2 pesen?? tak ke haru..mule aa rase sensitip..sayu!!

Sabtu mlm aritu g tgk wayang..da tak tau nak g mane..!! sume tempat da pusing..baru balik giant sebenarnye..cari barang member tu nak g kusus..!!Ade org tanye aku..

” nape manusia berubah ”


Aku jwb..” sebab die ade kehendak dan hati kot..lagipun, bile2 mase je Allah leh terbalikkan hati kite”

Erm… aritu, kawan aku ade kate.. bile kite kat atas..pandang2 laa org kat bwh kite..jgn bongkak ngan ape yg kite ade..memadai laa kalau kite bersyukur padaNya.. sebab ari2 yg dtg kite tak tau nasib kite..berdoa laa sebaik2nyer moge ape yg kite nikmati sekrg tidak ditariknyer..ingat sume yg jadi pasti ade hikmahNyer…”

Terus aku teringat kat zai kite tak tau ape akan jadi pada hari2 yang mendatang…..” …mule2 dgr n bace..gili je ati..tp itu la realitinye..Erm…. ade org penah tegur aku lagi..” awak rase, ape yg cakap ni tak menyakitkan ati org lain ke? ade pikir perasaan org lain? bla bla bla… ”

Aku diam..mungkin aku tak perasan..mungkin aku tak sedar..tapi kadang2 kite kene sedar tak sume ape kite ckp org akan suke..org akan gembire..beringat laa sebelum nak kate aper2..aku pun ingatkan diri aku jugak..sebab aku ade kekurangan itu…suke sgt main ckp..kadang2 kite tak perasan yang kata2 kite ni da menyebabkan org lain kecik hati..terase hati..

bak kate pepatah:

” seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya di sanjung sehingga ia mula bercakap kosong.. “

” lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginye enam kaki..”

Aku selalu ingatkan diri sendiri…dosa sesame manusia ni, susah sgt, kalau die tak maapkan, sampai ke sudah laa menanggungnyer!!..tak same dosa kite dgn Allah..

Die ckp lagi ” jgn puaskan hati sendiri dengan menyakiti hati org lain..senangkan hati sendri dengan menyenangkan hati org lain jugak..itu lebih baik…”

Yang penting..jgn ingat diri kite betol je..pandang semuanye dari byk sudut..jgn pandang satu sudut jer..jgn jadi katak..dok duduk dlm tempurung jer..pandai panggil ujan je..katak sekarang pun da pandai duk dlm reban!!!..heheeee

Ape yang penting..kejesameeee…wondet per!! wonder pet!! now..i realize..silent is better…mungkin ade hikmahnye…insyaAllah..Pandang..nilai…dan kemudiannye……..fikirkan gune AKAL…!! Aper2pun….HAPPY BESDAY TO SHAHRIZAL BIN SHARUDIN….

~ by pssst-akuler on February 22, 2009.







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..