Monday, January 31, 2011

Merawat HATI dengan DIA

Dalam pada aku merawat hati yang kian tertipu dik perasaan yang serba macam persoalan, aku gagahkan diri untuk membelek salah satu benda kegemaran aku. Yang dah lama aku lupakan. Yang dah lama aku tak belai. Yang dah lama aku tak mandikan.

Maafkan aku pokok kaktus. Aku lupa. Hati berbunga bile aku dapat gantikan rumah lamamu dengan yang baru. Selesa tak duduk dalam pasu besar? Hehehe..


Madah Berhikmah : Keluarlah ke tempat yang lapang, lihatlah kebun-kebun yang indah, dan perhatikanlah ciptaan Maha Pencipta.


Dari AKU,

Friday, January 28, 2011

Pelarian mencari sebuah PENYELESAIAN

Hari tu aku menangis bagai nak gila. Aku takot aku buat benda tak betol. Aku risau aku tak dapat nak selesaikan semuanya. Semua benda aku nak kena pikir. Aku mencarut tak tentu pasal gak. Dalam aku mencarut tak sudah tu, aku pujuk hati dengan berzikir.

Kini, dengan semangat kepahlawanan Melayu cucu Pak Talib ensem, aku harus bangun, harus bangkit. Benda dah nak jadi. Selagi aku duduk dalam masalah tu, selagi itu aku akan dihimpit masalah. Mak aku kate, semua masalah ade jalan penyelesaian. Betol tu mak.

Masalahnya, betul kuat ke aku nih nak setelkan semua...?

Pelarian baru nak bermula....DOAKAN AKU TEMAN....!!!



Nota Hati : Aku puas dengan segala pengakuan. Aku redha. DIA lebih mengetahui mana yang baik untuk aku.


Dari AKU,

Thursday, January 27, 2011

Mencari Kedamaian HATI

Tumpul dah otak nak menulis kat sini. Setumpul mana pun otak aku sekarang, aku kena jugak lawan. Aku berterima kasih pada kawan-kawan yang datang melawat blog nih. Ade yang aku jenguk kembali tanpa memberikan jejak. Membaca entry yang sudahnya aku tekan butang pangkah.

Aku mintak maaf. Berat mana dugaan aku. Aku kira berat lagi dugaan penulis blog ini.

Dari AKU,

Friday, January 21, 2011

Sukarnya Membuat KEPUTUSAN

Nafas rase nak terhenti. Bagaikan hampir semua jiwaku pergi. Airmata tak payah cakap. Mencurah-curah bagai air terjun. Betol ke keputusan yang aku buat ni. Aku tak nak terus terluka. Aku hanya memberi masa pada hati.

Sorry...tak larat nak teruskan. Pada kengkawan yang bisa menyapa ku di YM. Tolong jangan utarakan soalan tentang entry ini. Aku tidak mampu untuk bercerita.

Doakan aku baik-baik sahaja.

Dari AKU,

Wednesday, January 19, 2011

Isu Panas la kununnya

Kecoh pasal blogger menipu. Gune auto BW. Yang rasa tertipu marah betol. Tapi pada aku, pung pang sana sini pun takde gune. Mereka ada cara mereka untuk buat apa sahaja demi kepentingan masing-masing.

Kite ada pilihan. Susah-susah buang je shoutmix. Tak pun delete je mereka-mereka yang korang rasa tak suke tu. Itu sebab aku lebih menghargai kawan-kawan yang melontarkan komentar dan kemudiannya bertegur sapa, ade feeback setiap hari dan sebagainya.

Aku jarang nak layan mereka-mereka yang tinggalkan jejak dan bile kembali pada mereka untuk berkenalan tapi tiada balasan.

Kesimpulannya, lantak la korang nak buat apa. Yang rasa tertipu mereka ada hak untuk marah. Yang menipu, korang agak-agak korang patut ke buat macam tu? So, mari ramai-ramai berblog dengan aman.

Jangan layan kalau tak suke. Abis cerita. Hakikatnya, aku bencikan penipuan.

Dari AKU,

Horoscope Hang-Up: Earth Rotation Changes Zodiac Signs


Pagi-pagi kawan aku dah bagi link pasal pertukaran zodiak dan pertambahan zodiak. Aku yang Gemini ni terus ke Taurus. Korang bace lah sendiri link kat bawah ni.


Dari AKU,

Tuesday, January 18, 2011

Rindu LAGI

Soal rindu sukar nak dimergertikan. Kadang-kadang hidup rasa statik jer. Statik dek perjalanan hidup yang rasanya tak pernah berubah. Menjalani hari-hari yang sama. Rindu untuk kembali kepada zaman yang tidak memerlukan aku berpikir ke masa hadapan. Memikirkan segalanya.

Rindu pada zaman yang mana aku hanya menadah tangan pada mak dengan ayah. Mak nak beli buku. Ayah, duit yuran kelas komputer along nak kena bayar dah minggu depan. Meminta tanpa rasa risau dan bersalah.

Rindu pada saat bergembira dek gelodak remaja bersama rakan-rakan sekolah. Gelak, ponteng kelas, membuat bising. Semua dilakukan tanpa rasa jemu dan bosan.

Rindu dan terus merindui. Macam mana sukarnya pun, hidup harus diteruskan.

Dari AKU,

Weeding Alang - Edisi Final Majlis Bertandang 15 Jan 2011


Edisi Final. Akhirnya, semua kenduri melibatkan adik aku selesai sudah. Alhamdulillah. Majlis bertandang pun dah selamat diadakan di Bagan Nahkhoda Omar, Sabak Bernam Sabtu lepas dengan dua pasangan sekali naik pelamin.

Rombongan dari Seri Kembangan berkonvoi dengan sebijik bas dan satu bijik kereta Myvi kesayangan aku. Hehehe...

Terima kasih pada sedara mara, jiran tetangga, kawan-kawan yang datang kerana menjayakan majlis-majlis yang telah dijalan.

Syukur, alhamdulillah.



Dari AKU,

Monday, January 17, 2011

Weeding Alang - Majlis Bersanding 9 January 2011

Lupe pulak edisi majlis bersanding tak gobogkan lagi. Terime kasih pada yang datang. Pada En. Mamat dan isteri, terima kasih banyak-banyak sebab datang. Rasanya En. Mamat sempat disapa oleh Olick Sya Sya pada hari tu kan. Sempat korang berkenalan ye..

Majlis tu berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah.

Sorry, En.Mamat, macam mana lah aku boleh lupe nak snap gambar ko ngan isteri. Hehehe..Jom layan gambar sekitar majlis tersebut.



Dari AKU,

Kemalasan

Malas satu hal. Period pain pun satu hal. Hal kat opis pun satu hal. So, dah jadi macam-mcam hal. Penat tak hilang lagi. Tapi, alhamdulillah semuanya selesai sudah.

Terima kasih pada yang menjenguk. Betol-betol sedang menyibukkan diri dengan hal-hal yang remeh-temeh tika ini. Dah kembali tenang, aku joging laju-laju kat blog korang.

Dari AKU,

Friday, January 14, 2011

Weeding ALANG - Edisi Nikah 8 January 2011






Alhamdulillah. Adik aku selamat di nikah oleh ayahanda aku sendiri pada malam Sabtu. Aku tengok ayah aku terlebih gugup dari bakal menantu dia. Hahaha..

Kesian adik aku. Deman masa tu. Mata pun merah masa tu. Tak ada mood nak cerita banyak. Korang layan je lah gambar-gambar yang aku amik sekitar kenduri dan gambar dari photographer bertauliah.



Dari AKU,

Weeding ALANG - Edisi Mesyuarat REWANG

Nak kongsi gambar-gambar masa mesyuarat rewang hari tu. Seminggu sebelom kenduri, mesyuarat rewang diadakan kat umah family aku. Time tu akan tentukan sapa basuh pinggan, sapa yang masak, sapa kutip pinggan dan macam-macam kerja lagi lah.



Dari AKU,

Singgah Sebentar

Lama tak menjenguk kat sini. Ape khabar kawan-kawan? Ape khabar orang kampung, orang bandar, orang luar bandar dan orang-orang yang selalu mengambil berat pasal aku dan mereka-meraka yang turut menyebok nak tahu pasal aku. Sehat ke?

Aku? Sehat. Cuma batok dan menghampiri selsema. Tua semakin mengejar. Apa boleh buat. Layan je lah.

Dalam aku kepenatan selepas selesai kenduri kahwin adik aku, dengan perkhabaran yang sangat tidak enak untuk didengar, aku rehda atas ketentuannya. Pengalaman mengajar setiap apa yang terjadi pasal akan disusuli dengan nikmat yang tidak terhingga. InsyaAllah.

Aku manusia lemah. Punya hati dan akal untuk menentukan segala-galanya. Terima kasih pada yang mengiringi aku, menemani aku.

Kembali rock n roll selepas ini. Dangdut babeh.

Dari AKU,

Tuesday, January 11, 2011

11 January

Cantek tarikh hari ni. 11.1.11....

Secantik lagu yang aku minat sangat iaitu lagu dari kumpulan Gigi - 11 January. Tapi kala ini, hati aku tak secantek tarikh hari ini. Masuk je kerja aku dah mula sebok. Gelisah dengan perkhabaran yang kurang enak. Perkhabaran yang menentukan hala tuju masa depan aku.

Pada-Nya aku memohon moga aku tidak ditimpa sebarang perkara yang tidak diigini. Amin...


Dari AKU,

Friday, January 7, 2011

Cuti Cuti Cuti

Memanjang bercuti aku ni. Tapi kali ni bercuti sebab adik aku nak kawen ahad nih. So jumpe korang balik on Selasa.

Jangan nakal-nakal babeh.

Dari AKU,

Thursday, January 6, 2011

Cameron Highlands : Edisi Final

Hari kedua yang best. Badan pun dah sehat sikit. Tidur pun dah cukup. Pagi-pagi lagi dah keluar. Lepas breakfast aku dengan segar bugarnye pergi melawat kebun strawberry, kaktus valley dan macam-macam lagi.

Dah penat nak cerita. Layan gambar je la yer.


Dari AKU,

Cameron Hinglands Part 3 : Edisi Layan Gambar

Pagi Isnin sampai tu badan dah penat. Memang tak plan nak pergi mana-mana. Tapi tak leh check in lagi. Mengantok tak ingat. So aku layan ladang teh. Dah layan ladang teh, jam baru pukul 10 pagi. Laju-laju layan taman rekreasi kat sana lak.

Pukul 11, aku call tempat tu, ha boleh masuk. Waa best. Dapat mandi..!!

Dah tidur, kul 2 bangun. Lapar la pulak. Lepas makan, naik hotel balik. Sambung tido. Pukul 3 macam tu aku terbangun balik. Aduhai, perot rase sakit macam hari tu. Amik ko, tak sampai 10 minit, aku muntahkan semua benda yang aku dah telan.

Huh, yang pasti TUA makin mengejar. Salah makan dah mule sakit perot. Kesian sungguh aku. So, malas cakap banyak, jom layan gambar yang aku sempat snap hari-hari pertama kat sini. Malam tu aku jenjalan kat pasar malam tapi tak snap pic sebab sejuk sangat nak kuarkan kamera pun malas.

Layan...



Dari AKU,

Cameron Hinglands Part 2 : Edisi Panas Badan

Cameron Highland. Tempat ni bes pada aku. Dengan kawasan hijau yang menyegarkan bijik mata nak tengok. Dengan suasana sejuk yang memakse aku membeli glove ala-ala pekebun berjaya, tapi seronok sekali sekala dapat lepaskan lelah kat sini.

Aku sampai lagi kat sini buat kali kedua. 1st time pergi masa tahun 2008. Tak sempat nak jalan-jalan sangat masa tu sebab just singgah gedik.

Atas pengalaman jem nak mampus masa 1st time pergi, aku plan nak gerak malam-malam. Boleh bayangkan tak kalau nak ke Tanah Rata yang hanya tinggal lagi 8km nak sampai tapi ambik masa 2 jam? Memang boleh seteres wei. Sakit otak. Dengan otai-otai yang bawak lori main celah jerk. Gerun..

So, aku decide nak gerak malam dan berimaginasi yang aku akan sampai sana waktu pagi-pagi. Kalau tak silap aku gerak dalam pukul 1 pagi. On the way pergi tu aku tidur sebab penat mengemas umah petang tu. Bukak-bukak mata dah sampai Tapah.

Melantak tak ingat kat Tapah dan teruskan perjalanan. Kuar simpang Pulai, amik jalan ke sana. Mase tu jam dah pukul 5 pagi. Seram gak masa tu. Jalan memang takde kereta pun mase tu. Lagi seram masa lalu tempat accident bas yang berpuluh-puluh orang mati tu.

Sepanjang jalan aku ngan member bercerita. Non-stop. Sesekali lalu gak lori kecik yang bergerak laju. Dah otai gitu lah.

Alhamdulillah. Pukul 6.45 pagi sampai dan sempat menunaikan solat subuh kat Masjid Brinchang. Cuace mase tu sejuk sangat-sangat. Sampai aku tak mampu nak bergerak.

Ade lagi beberapa jam sebelom aku boleh masuk hotel yang aku dah book awal2. Hotel mane? terjah sini.

Bersambung......



Dari AKU,

Wednesday, January 5, 2011

Cameron Hinglands Part 1 : Edisi Tempat Tidur

Pesal rasa macam ketaq je jari nak menaip. Tak tahu nak susun ayat dah nih. Lama sangat cuti. Lama sangat kuman dok menyerang kepala otak aku.

Ok. Balik pada tajuk asal. Aku nak citer pasal bagaimana aku menghabiskan sisa-sisa balen cuti aku yang 2 hari tu. Plan iyer-iyer je nak pergi ke ke pantai la. Nak dengar bunyi ombak lah. Nak dengar desiran pantai lah. Tapi sudahnya aku pergi ke satu tempat yang aku memang rindu nak pergi.

Mase dah singkat nak buat keje booking membooking nih. Nak cari tempat yang serba bes lagi murah memang tak dapat lah jawabnya. So, main taram la aku dok mengoogle. Yang penting murah, selesa dan selamat.

Dah dapat pun. Nampak kat web ni macam ok jer. Murah pun murah. Ni dia webnya. Cerita selanjutnya, aktiviti merentas desa kat Cameron Highlands yang mencapai tahap sejuk melampau akal fikiran aku.

Overall, guest house ni ok sangat-sangat. Bilik pun murah. Baru Rm45 satu malam. Leh sumbat 2 orang lagi. Takat nak tidor, blik air kat dalam - inilah tempatnyer.


-sekitar KRS Pines Guest House-


-resit booking nih-


Dari AKU,

Rindu

Rindunya dengan benda alah goblog nih. Hari ini hari pertama masuk opis untuk tahun baru nih. Rindu dengan semuanya. Rindu nak membebel kat dalam blog. Rindu nak baca cerita kawan-kawan.

Harap-harap ade la kudrat aku hari ni dan bersemangat macam selalu. Banyak benda nak cerita nih. Terlalu banyak. Kalau aku tak cerita kat sini, aku takot nanti aku tak boleh nak flash back ape yang aku dah buat.

Oh ye. Hari ni aku datang opis pukul 10 pagi. Bile la azam nak tercapai nih. Aduhai.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..