Sunday, October 24, 2010

INDENTITI aku yang DICARI


"Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you If I tag you, its because i want to know more about you."


1. Aku anak sulung dari empat orang adik beradik. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Adik aku (angah) dah kawen. Yang nombor tiga (alang) akan menyusul bulan 1. Aku sayang family aku.

2. Aku belum lagi bersuami maupun beranak. Hehehe..Tapi aku ada seorang anak buah yang cute. 'YEYEN' a.k.a Firqan Ar Rayyan.

3. Dah lama menjadi bloggers since 2006. Lame ke tu? Tapi aku mule menulis dekat Friendster. Pastu aku transfer semua masuk sini bila ada yang tak senang dengan penulisan aku.

4. Aku sayang kawan-kawan aku. Aku pun sayangkan ini budak. Huhuu..

5. Boleh jadi sensitip dengan sesetengah orang.

6. Agak moody bile period. Sebab aku memang akan kene sakit kepala, sakit perot dan sewaktu dengan nya. Orang lelaki memang tak akan paham.

7. Tak boleh kene marah. Boleh jadi aku marah orang itu balik atau aku menangis sebab kene marah.

8. Agak sukar nak mulakan bicara pada orang yang aku tak kenal.

9. Suke bergurau dan mengusik.

10. Aku gile shopping sebenarnyer. Bergantung pada bajet jugak lah.

11. Aku suke melancong.

12. Sukakan aktiviti lasak tapi badan tak tahan. Balik bercuti jer mesti aku deman.

13. Aku boleh dikatakan 'collector'. Suka mengumpul macam-macam barang. Mug, key chain, patung dan macam-macam la. Kad prepaid pun dulu aku kumpul. Tiket wayang pun sama. Hehehe..

14. Suke sangat tengok skrin besar a.k.a wayang. Tapi dah agak lama tak tengok.

15. Sukekan laut tapi tak suke mandi. Sebab kulit tak tahan. Suke laut sebab luv to see sunset n sunrise.

16. Aku suke makan.

17. Aduh, baru 17 ke. Ape lagi eh. Ramai kawan aku kate aku ni cerewet. Tah la. Sebab aku tak rase aku macam tu.

18. Aku ade impian. Aku nak bukak business. Nak buat keje dari rumah. So, aku banyak masa dengan keluarga. Dah kawen, boleh jaga anak sendiri. Bibik? Oh tidak!! Kalau boleh tak nak.

19. Orang kate muke aku cepat berubah bile aku marah, tak puas hati, merajuk dan sewaktu dengannya. Senang citer, aku tak pandai nak sorok ape yang aku rasa.

20. Aku rindukan UiTM, suasana aku belajar dulu. Kawan-kawan. Semuanya lah tentang yang ada sangkut paut dengan UiTM.

21. Mengharapkan sebuah kebahagiaan yang hakiki dengan insan yang disayangi di samping maha pencipta aku.

22. Berdoa agar aku dipertemukan jodoh dengan orang yang aku sayangi dan mencintai aku sepenuh hati. Pergh..ayat..!!

23. Ingin mendalami ilmu Allah. Sesungguhnya, ilmu Allah itu luas. InsyaAllah.

24. Tak minum MILO.

25. Last sekali, Ingin melihat BE dalam akaun Nuffang aku. Hahahaa..


Sape yang baca indentiti aku yang kununnya hilang ni sampai abis - Consider, orang itu adalah mereka yang aku tag. So, jujurlah pada diri sendiri. Sapa yang baca, jangan lupe buat bende yang sama jugak tau.! Heheee..

Buat En. Mamat dan Miza yang tag aku untuk post nih. Thanks ok.



Dari AKU,


7 comments:

nur said...

suka laut jugak.. tapi suka mandi kat waterfall
ALL IN ONE

Tomato Gurl's Life said...

sama la dl stdt uitm gak..windu time study :)

Rahimah Ramlan said...

alamak...anda telah ditag rupanya..
kerana saya juge baru lepas mentag anda..
mb sebab blog anda femes, maka anda telah ditag byk kali..

sile jenguk blog sy ye..

tc

xoxo

Suara Kalbu said...

Alamak...

Saya sudah terbaca ini entry..

oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Encik MamaT said...

jadikan aku sebahagian daripada koleksi ko... haha

Ila Zakaria said...

aduihhhhhhhhh... kalo aku tau..aku baca smpai no 24 jer td.. nak x nak kena jwb tag la ni ek...

HaNTwO said...

pokcik suka laut tapi xsuka pantai hahaha...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..