Monday, August 30, 2010

Sepetang di Kuala Lumpor..

Masa yang ada jangan disia-siakan. Kebetulan gaji dah masuk. Hari Sabtu lepas, aku sempat pergi membeli-belah kat Jalan TAR. Niat kat dalam kepala memang nak cari tudung je. So, bile gerak lewat sampai sane pun dah lewat. Naseb baik tak jem.

Ikot plan Eca pun nak ikot tapi die ade emegency lain. So, aktiviti kali ni aku ngan alang je.

( aktiviti melepak tunggu nak berbuka - tepi jalan je)

Takde shoping sakan pun. Just beli dua helai tudung. Yang sebenar-benarnya aku teringin nak makan nasi beriani kat Restoran Insaf tuh. Tapi time puasa ni kalau tak booking - jangan hadap la nak dapat.


( aksi alang dan orang ramai kat Jalan TAR )


( macam masyuk je abang ni)

Tapi, kegigihan mengatasi segalanya.

Tapau kebab. Lepak depan jalan TAR. Tapi suasana memang meriah. Sepanjang kaki lima ade je org berkelah. Tumpang sekejap untuk berbuka puasa. Aku dengan alang dapat jugak masuk Insaf dalam kul 8.30.

Tak sedap sangat macam dulu. MAHAL!! Dua orang makan pun die belasah RM30. Giler...

p/s : Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. 1 Malaysia menjana transformasi?

Dari AKU,

Wednesday, August 25, 2010

Terima Kasih BOS

Alhamdulillah. Even tak banyak tapi cukuplah menambah apa-apa yang patut. Tak dapat beli levis pun takpe asalkan kereta aku dapat bergerak. Aku ada lagi tiga hari nak renew roadtax yang mampus on 28hb ni.

Hari ni aku agak berkhemah. Banyak juga kerja yang aku dapat siapkan. Mungkin mood aku baik. Lagi pulak, aku dah dengar lagu raya yang pertama untuk tahun ni. Atok Ahmad Jais memang mantap.

Untuk bos yang jauh kat Ipoh. Terima kasih untuk increment di kala raya menjelang. Dan terima kasih juga untuk allowance a.k.a duit raya. Macam tahu-tahu jer aku tengah pening sampai terpikir nak rompak bank mana. Even tiap-tiap tahun dapat cuma amauntnye ade lebih skit ye bos. Macam tu la bos, ada untung sharing-sharing lah. Baru berkat. Heheee..

Hari ini dah masuk 15 Ramadhan. Masih diduga untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Ya Allah, tetapkan imanku dan kuatkan hatiku. Amin.

Jumpe lagi.

Dari AKU,

Monday, August 23, 2010

Monday BULUS-BULUS

Rasa bengang je. Rasa macam nak menampar orang jer. Tak dapat tampar banyak kali - sekali pun dah cukup. Baru lega agaknya boring yang melanda kepala otak aku time ni.

Aku tengah pikir mana perginye mood aku sebagai pekerja yang berkhemah? Ni mesti gara-gara nak raya. Pastu bajet pulak tak buat-buat lagi. Ngerilah nak buat. Takut bajet yang aku idam-idamkan tidak menjadi kenyataan.

Aku nak seluar levis baru.
Aku nak sandel tumit tinggi. Dah 2 tahun pakai sandel yang sama. Sedih!
Aku nak kasi duit raya lebih dari biasa kat mak ngan ayah aku..
Aku nak baju baru yang agak bling-bling.
Aku nak macam-macam lah senang cerita.

Tapi itu kata hati aku bkn kata akal fikiran aku. Time bengong memang aku akan jadi seseorang yang dikawal oleh nafsu sepenuhnya. Time tak bengong, pasti anda semua salute dengan cara aku berpikir. Cewah.

Kesimpulannya, boleh tak jangan tanya aku macam-macam bila aku macam nak makan orang. Jangan tanya itu ini bile aku jawab macam nak tak nak. Yang penting, jangan mintak pendapat aku kalau aku tengah mengong.

Sebabnya, aku akan tetap berikan pendapat aku cume takut korang tak boleh nak terima. Yang paling aku takot aku menyesal kalau pendapat itu diterima pakai. Oh tidak..!!

Nota Lutut : Aku perlukan pembantu untuk siapkan kerja aku. Please advise.

Dari AKU,

Thursday, August 19, 2010

Mual

Baru balik dari meeting kat Wisma Dregging Selangor dengan team Offshore. Tak ketinggalan our client Mr Bong and Calvin from Shell. Masa kat dalam meeting tadi, aku ok lagi. Tapi lepas je kuar, baru aku rase macam-macam. Rase nak muntah. Pening.

Banyaknya kerja. Tapi aku takde kudrat nak mulakan hari ini. Otak dah tepu rasanya. Masa melangkah keluar dari situ, aku toleh gak KLCC. Terbayang Aisyah. Dia dah hampir sebulan duduk sana. Dia handle untuk projek Petronas. Kalaulah tak puasa ni, kompem aku dah lunch sama.

Pastu toleh pulak NZ. Aduhai, aku lapar. Aku tak boleh puasa tapi macam orang puasa. Dugaan sungguh.


Dari AKU,

Monday, August 16, 2010

Cerita Tertunggak : Konvo AYIE

(gaya seorang graduan)

Konvokesyen paling jauh pernah aku pergi. Untuk adik aku yang bongsu ni, aku dah dua kali masuk dalam dewan disebabkan dia. First time, masa dia konvo untuk pengambilan sijil dekat PICC, Putrajaya. Masa tu, aku pergi dengan mak jer.

Kali ini, aku pergi satu family. Mak, ayah, alang dan tak ketinggalan Eca. Angah ngan Firul tak pergi sebab Rayyan kecik lagi.

Overall konvo ni sedikit carca merba. Macam tak sistematik. Bayangkan kiteorang semua boleh masuk. So, seronok lah. Patutnya, hanya dua tetamu dibenarkan. Dah depa kasi masuk. Kiteorg belasah je lah.

Untuk Ayie. TAHNIAH...

(warna warni di POLIMAS, JITRA)

Butir-butir lokasi : Polimas JITRA, KEDAH
Tarikh : 07/08/2010

Dari AKU,

Friday, August 13, 2010

Kek LAPIS

Kek Lapis.. Sedap dimakan. Lagi sedap kalau orang lain yang bagi. Hahahaaa..

"ada ganja untuk ko pija"

Small Box. Benda alah apa pulaklah nih. Tapi aku sambut jugak kotak yang Rais hulur tu. Sapa pulak yang bagi aku ganja nih. Sekali tengok pengirim. Alahai ila sayang, terima kasih banyak-banyak. Tak sangka dalam aku meroyan merapu kat FB teringin nak makan Kek Lapis tertunai sudah.


Sayang ko sangat-sangat.


ada dua jenis kek lapis, keychain penyu tanpa telur

So petang semalam aktiviti berbuka puasa dengan Rizal. Hari kedua aku mencari sesuatu untuk dimakan kat Bazar Ramadhan - destinasi kat Seksyen 13. Aku beli cempedak goreng dengan mehun+keuh teow goreng. Tapau dua benda tu je padahal tawaf lebih 3 kali. Aku macam biasa lah. Lebih tengok kelibat orang dari juadah yang dijual.

Jam dah masuk waktu berbuka. Terus pergi dunkin donut beli air cofee yang diidamkan. Terus berbuka kat sana.

mee + kueh teow goreng RM2

makan donut pun comot ke pakcik

Nampaknya, aku hanya sempat berpuasa untuk dua hari kerana pagi tadi aku telah didatangi bulan yang tidak mengizinkan aku untuk berpuasa.


Jemput makan roti dengan susu Dutch Lady. Jahatnya aku.


p/s : chekwe dah selamat dibedah. Sekarang kat Puteri Specialist kat Ampang. Esok baru discharges.

Dari AKU,

Thursday, August 12, 2010

Hari Pertama Puasa

"Awal sampai?"

Antara soalan-soalan cepu emas yang aku dapat dari kawan-kawan semalam. Semangat puasalah katakan. Yang sebetolnya aku nak balik awal. Ye seawal pukul 4.30 petang. Tak kan nak datang opis macam biasa pulak pukul 10 pagi. Tak senonoh gitu. Negatif nanti pahala puasa aku.

Semalam lepas je solat Asar aku gerak balik dah. Dalam hati berdoa mintak-mintak tak jemlah. Tapi tak logik akal pulak kalau tak jem. Harus jem jugak. Nasib baik tak tahap tenuk. Sudahnya, aku sampai Shah Alam pukul 6.30 petang.


Kat Sungai Buluh. Keadaan jem yang biasanya memang tak jem.

Nak beli makanan apa untuk berbuka pun, aku tak tahu lagi. Lalu jugak stadium tapi takde nafsu nak masuk. Kene pusing jauh. Alih-alih aku singgah kat sek 3. Alahai, takde satu yang menarik minat aku. Sudahnya, aku beli kuih 2 biji. Pastu balik.

Menu aku berbuka puasa semalam. Air soya campur kuih campur mee goreng makcik sebelah umah. Pastu siap-siap pergi terawih. Time-time macam ni baru terpikir bestnyalah kalau duduk dengan mak. Mesti dapat makan macam-macam. Alahai, tiba-tiba rasa sendu di hati.

Ramadan tahun ini tiada beza dengan tahun yang sudah. Masih lagi berpuasa dan bersahur dirumah sewa bersama dengan kawan-kawan. Ade masa aku masak tapi boleh dikira sangat. Yang selebihnya aku suka berjalan-jalan di bazar Ramadan yang kadang-kadang aku keluar tanpa membeli apa-apa. Pelik kan?

Yang membezakan puasa tahun ini - aku tidak lagi menaiki perkhidmatan awam.

Makanan feveret aku masa bulan puasa - nasi kerabu, roti jala, sembosa ayam or daging, serunding, nasi lemak burung puyuh dan semestinya air cendol.

p/s: tengah mengarang tadi, dapat sms dari kawan - dia kena apendiks dan nak kena operate pukul 2.30 petang ni. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Aku tahu ko kuat orangnya chekwe.

Dari AKU,

Wednesday, August 11, 2010

BF ku sayang

Sebelum aku membebel dengan lebih panjang dan sepanjang-panjang yang mungkin, aku nak stori sket tentang my lovely baby boy Rayyan. Dah selamat dah berumur 6 bulan semalam. Dah setengah tahun melihat pembesaran dia. Moga dia sentiase sehat dan membesar bagai johan.

On 28 Aug ni roadtax kereta kesayangan aku tamat tempoh dah ni. So, as usual kenalah aku renew. Pejam celik pejam celik dah hampir 4 tahun aku menunggang bf kesayangan aku nih. Dan semakin aku mengenali dia, semakin macam-macam karenah dia yang aku nak kena layan.

Baru-baru ni masa aku hantar serbis - sebab nak jalan jauh ke Jitra, cina kedai tu kate absorber aku dah licking. Tayar belakang dah botak. Aku saja suruh cina tu calculate. Dia bagitahu harga sebatang absorber RM165 sebatang. Kire punye kira kalau aku nak ganti ngan tayar sekali jumlah semuanya cecah RM590. Mak ko, pokailah aku. Dahlah awal-awal aritu, hampir RM300 gak melayang, gara-gara tayar kereta jugak.

Aku bagi tahu kat cina tu. Tak pe, aku buat next time. Sebab aku rasa tersangatlah gile babeng mahal herganya.

Cakap-cakap orang yang mungkin nak kasi aku semangat, standet la, kereta kalau dah masuk tahun ke lima macam-macam la nak kene tukar. Ye, saya paham. Oh kereta selaku BF ku, sesungguhnya aku sayang bangat sama kamu. Ada paham?

So, aku mintak tolong Rizal tanyakan kat perodua. Alhamdulillah, kat perodua absorber original baru RM90 sebatang. Pastu, atas nasehat perodua aku tukar tayar kat tempat yang sama. Total baru RM350. Syukur, aku tak buat kat tempat cina tu.

Nasehat aku, aper-aper menatang jadah ko nak tukar baik pikir dua tiga kali. Survey harga dulu. Aku kalau pergi kedai biase, memang depa biasa kate ini nak kene tukar, itu nak kena tukar. Lagi-lagi kalau perempuan yang pergi. Biasanya aku tak layan. Dan aku tak akan tukar time tu. Aku akan holdkan dulu then mintak pendapat org yang lebih arif. Dari aku rugi.

Atau sebaiknya aku pergi perodua untuk mintak nasihat. Sape kate harga Perodua lebih mahal. Baru cerita pasal kereta. Aku banyak cerita tertunggak nih. Nanti lah aku ceritakan.

Bukti kerakusan kereta aku. Dah 70ribu tu millagenya.

Dari AKU,

Tuesday, August 10, 2010

Happy Fasting

Lama tak mengarang. Banyak stori mori yang aku tak sempat nak ceritakan kat sini. Busy sangat kekdahnye. So, untuk tidak kelihatan begitu bersawang, dikesempatan menyambut Ramadan aku coretkan lah sepatah dua kata untuk kawan-kawan yang sudi membaca.

Selamat Menyambut Ramadan yang mulia. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat daripadaNya. InsyaAllah.

Niat puasa :


Doa Buka Puasa :


Dari AKU,

Monday, August 2, 2010

Oh DURIAN

Kepala tengah momett. Badan rasa sakit-sakit. Ni semua gara-gara aku makan durian campur pulut banyak sangat semalam. Sedap tak ingatnye. Puas sangat makan. Ni pun terasa-rasa macam nak makan lagi.

Hari ini, banyak sangat kerja yang nak kene buat. Kalau dah hari Isnin tu, memang wajib Monday Bulus. Kalau merajinkan diri macam takde feel jer. So, wahai managerku yang agak gagah perkasa, apa kata aku mulakan kerja esok aje. Huhuuuu

Sedikit cerita hari Sabtu dan Ahad lepas. Hari Sabtu macam biasa menyiapkan 20 box kuih tiram. Hari Ahad aku ikot mak ngan ayah pergi kenduri kawin anak pakcik Firul. Tak sangka Rayyan memilih orang. Satu dewan dengar suara dia menjerit menangis sampai kuar airmata masa mummy Zira dia amik. Kesian.

p/s : momett (jawa version) dalam bahasa Melayunya pening-pening lalat kot.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..