Tuesday, December 27, 2011

Run for Energy 2011






Berkesempatan menyibukkan diri dan membuang sedikit lemak adalah sesuatu yang menyegarkan. Dapat pulak berpeluh, rasa sangat dah kurus. Tak pernah pun ikut mana-mana larian tapi bila dah kerja SKMM ni, ada peluang dapat berlari secara percuma – dekat pulak, apa salahnya join.

Ok. Aku ajak Eca. Die pun minat nak ikot. So aku jadi peserta wanita yang akan lari sejauh 7km. Jauh dan menjadi antara peserta yang lambat sampai sebab aku lari pecut masa mula-mula tapi pancit nak masuk 10 minit berlari. Hampeh!

Tapi, aku enjoy!!!!


Dari AKU,

Friday, December 9, 2011

Bukan seperti yang aku KENAL

Pelik. Tapi itulah hakikat. Ku bilang aku sudah mengenali seseorang itu. Aku kenal hati budinya. Aku kenal baik dan buruknya. Kununnya aku tahu tang mana die lemah, tang mana dia kuat. Tang mana dia hebat. Rupanya 2 tahun tidak cukup untuk aku kenal seseorang. Sekali pun 4 atau 5 tahun.

Persoalannya sekarang, adakah tahun perkenalan mempengaruhi semua keadaan ini?

Kalau tanya kat aku, kalau perangai kau buruk, dah tu pandai lak nak sembunyi perkara yang buruk tu, memang kau akan dapat kaburkan mata orang. Lagi-lagi mata orang yang dah percayakan kau sehabis nyawa. Jawabnya, kau kenal die sepanjang hayat pun, tak tentu kau dapat hidu perangai dia.

So, kenal lama ke, kenal kejap ke, tak menjaminkan apa-apa pun. Kalau nak kata kenal lama then kawen baru menjamin kau bahgia, aku sangkal. Kalau kau kata, kenal kejap dan terus kawen tak bagus, nanti boleh cerai - pun aku sangkal.

Semua ini adalah ketentuan dan perangai yang ada kat setiap individu. Nasib orang berbeza. Yang perlu adalah berdoa dan terus berdoa. Kalau kau ikhlas dan nak berubah, segalanya pasti boleh.

Aku dah tak tahu aku taip apa. So, aku nak habiskan dengan kata-kata, jom solat Zohor dulu!


Dari AKU,

Monday, December 5, 2011

Pocot Pocot

Salam Monday Blues,

Agak keletihan hari ini. Salah satu sebab aku dah berjaya menamatkan larian sejauh 7km pada hari Sabtu lepas. Hebatkan? Jauh tu beb. Ingat dekat. Pada aku jauhlah. Hehehe. Dah lah hari Sabtu berlari manja, hari Ahad pulak leh layan senamrobik dengan poco-poco. Tapi, memang terbaiklah. Memang best. Nanti aku cerita lagi.




sharing :
Percaya atau tidak, instructor yang ajar tu berumur 61 tahun. Hebat!!


Dari AKU,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..