Friday, July 30, 2010

Kerja oh Kerja

Aku sebenarnya banyak keja nak kena buat. Aku kene mentelaah scope kerja untuk site baru. Maknanya, aku kene duduk opis offshore lagilah lepas nih. Nak kene mengadap officer dari Shell lagi. Bukannya aku merungut tapi aku tengah takde mood nak mentelaah. Mungkin minggu depan semangat gaban tu akan datang pada aku. Amin.

Aisyah dah 2 hari duduk KLCC untuk project Petronas. Sok lusa aku pun kena duduk sana jugak. Paling-paling 3 bulan aku kene melepak kat sana. Masuk dah la pukul 8 pagi. Boleh stress aku ni bile nak kene panctual macam nih. Dah 5 tahun datang kerja ikot suke hati aku.

Kerja diwaktu bulan puasa? Itu lagi merunsingkan kepala hotak aku. Erm, mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.

Dari AKU,

Monday, July 26, 2010

Kisah Lalu

Lupekan posting terdahulu aku. Much better than yesterday. Alhamdulillah. Walaupun cuaca hari ini sikit sebanyak boleh mengundang mood yang tah apa-apa, tapi aku malas nak layan. Besnya kalau dapat tidor. Dapat shopping. Dapat melakukan apa je lah aktiviti yang menyeronokkan time-time macam nih.

Minggu sudah aku ade kat SK. Aku rase hujung minggu aku memang akan dihabiskan kat sana. Macam biasa, minggu sudah aku ngan alang menyiapkan tempahan kuih tiram. Syukur, banyak jugak tempahan yang kami dapat. Ok lah, dari aku tak buat apa-apa. Kalau tak dulu, kalau tak aku mengukur jalan, aku mengangkang depan tv sambil layan citer yang tah apa-apa jugak. Giler dibuatnya.

Petang Ahad, rumah meriah dengan manusia. Cipong ada. Rizal pun ada. Sempat jugak meneman Rizal ke Jusco Equine. Malam plak aku merempit ke Putrajaya. Aduh, agak penat tapi puas hati.


sekadar hiasan....
Aryan ngan mummy..


Dari AKU,

Friday, July 23, 2010

Just a little unwell



Ade perkara boleh diluahkan dengan kata-kata..
Ade perkara perlu dibiarkan tanpa bertanya..
Aku dah penat BERFIKIR..
Aku dah penat juga untuk merasakan SEDIH...
Dan, aku terpaksa untuk MENANGIS kali ini..
Aku tak terdaya..Aku mintak maaf..
Umpama BERNAFAS dalam LUMPUR sudahnya aku..
Ish...
~~~~~~


Dari AKU,

Thursday, July 22, 2010

BOSAN

Rasanya dah lama aku tak cerita pasal personal life aku kat blog. Apa aku buat di waktu hujung minggu. Ape yang aku buat sepanjang hari dari hari isnin sampailah ke hari jumaat. Aku sedih ke, jiwa kacau ke, terlebih happy ke mahupun sedang bosan tahap cipan ke - pun dah lama aku tak cerita.

Sekarang ni aku tengah menanti waktu petang untuk pulang. Aku sedang mengalami sindrom malas + bengong. Kawan-kawan nak sembang pun takde. Semua dah pakat cabut balik umah. Nak tak nak kena la aku menunggu dan terus menunggu.

Bukan aku takde kerja. Tapi aku dah siapkan.

Berbalik pada cerita tentang life aku. Sekarang, aku sedang mencube bakat terpendam menjual kuih tradisional secare commercial. Aku nak cuba dulu. Dan alhamdulillah, setelah 2 minggu aku dan alang berhempas pulas membuat promosi kecil-kecilan, banyak jugak tempahan semasa yang kami terima. Syukur sangat-sangat.

Ni dia link blog -- kuihkami.blogspot.com. Intai-intai lah. Dah intai tu, cuba-cuba la order. Nak cuba rasa dulu pun boleh. Takde masalah.


Dari AKU,

Doa Pendekat JODOH



Marilah sama-sama mendoakan untuk aku...Hehehe..
Dan doakan la juga untuk insan lain yang masih belum bertemu jodoh.
Terima KASIH.

Dari AKU,

Tuesday, July 20, 2010

Bila mak dara dan anak dara bersatu

Plan nak jumpa dah lama. Dah plan nak buat gathering. Tapi paham-paham je lah. Bukan senang nak kumpulkan manusia nih. Biasalah, benda yang plan kaw-kaw ni memang payah nak menjadi. Tapi kalau plan main-main, mesti menjadi.

Aku ni dah lama mengidam big apple yang di sponsor. Hehe.. So, atas sebab-sebab tertentu kami pun ketemu yang sudahnya dihabiskan bershoping kat Jalan TAR.

Mulut menceceh je masing-masing. Banyak sangat benda yang nak dibahankan.
Sesekali dapat jumpa kawan-kawan ni memang bes. Happening. Walaupun, isu train tergantung menampakkan muke Zai cuak tak ingat. Siap tersentil gula tu.

Tapi, sungguh terkilan tak dapat nak shoping sakan. Gara-gara duit aku abiskan ke tayar kereta la nih.
Yang penting, seronok dapat jumpe kawan-kawan.




Dari AKU,

Monday, July 19, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

Aku kenal NOR AFZAN dah lama. Sejak dari Tingkatan 1. Sama-sama belajar dalam satu kelas. Habis sekolah siap dah lost contact bagai. Tapi kecanggihan teknologi komputer yang sedia ada ni, kiteorg pun ketemu balik.

Hari Sabtu hari tu, aku dijemput oleh Nor untuk ke majlis perkahwinan dia kat Putrajaya. Disebabkan takde geng nak pergi, nak ajak Rizal - die keja. So, aku ajak lah budak terencat dua orang si Alang ngan Eca temankan aku ke sana.



Sampai pun memang dah lambat. Dah janji ngan Zai nak jumpa kat sana. Overall, suka sangat dengan makanan hari tu. Sangat sedap. Aku ingat sebab aku lapar. Tapi budak-budak ni pun kate sedap. Betol lah tu kan.

Anyway, Selamat Pengantin Baru Nor. Wish u all the best.


Dari AKU,

Friday, July 16, 2010

Perangai Bangsat BIBIK & JEM

Suke makan JEM? Secara jujurnya, aku memang tak suka makan jem. Tak suka makan tat nenas. Tapi aku ada cerita menarik yang boleh dijadikan teladan untuk semua ibu-ibu atau bapak-bapak yang ada anak-anak kecil yang comel lagi ensem.

Ada apa dengan JEM? Sumber cerita ini, aku dapat dari mak aku. Ceritanya lebih kurang macam ni lah.

Ada sorang kawan mak aku ni cerita tentang jiran dia. Dieorang ni duduk kat Klang. Aku namakan jiran dia nih Zaiton la ye. So, Zaiton ni ada anak bujang yang masih kecil berumur 2 ke 3 tahun gitu. Dia ambik pengasuh dari Indon atau nama manjanya Susial (name ni aku yang bagi) atau dengan nama komersial dia adalah bibik.

Susial ni suka sangat kirim jem kat bos dia. Aku tak pasti lah jem perisa apa. Mungkin jugak strawberi, mungkin jugak perisa cokelat atau perisa vanila. So, si Eton atau pun Zaiton mulalah curiga. Bukan apa, bibik Susial ni asik kirim jem selang 3 hari. Masuk hari ke empat kirim jem lagi. Pastu, kirim yang besar punya plak tu.

Zaiton pun tanyalah kat Susial. Sapa yang makan jem tu. Cepat sangat habis. Dengan bangga, dia menjawab dia yang melantak jem tu. Dalam hati Eton, kesian bibik aku ni, tak biasa makan agaknya.

So, satu hari Zaiton ni balik awal. Bagi salam tapi takde orang jawab. Menonong la dia ke dapur. Betol-betol surprise. Korang rasa apa yang terjadi. Si bangsat malaun Susial ni boleh bubuh jem tu kat puki dia dan paksa anak si Eton yang umur 3 tahun ni jilat. Mata hitam dia memang dah hilang sambil menekan-nekan kepala budak tu. Patut la tak dengar orang masuk umah.

Kalau aku jadi Eton. Mampus bibik tu aku kerjakan. So, merengkok la si Susila kat balai. Ko buat la jem puki kat polis-polis kat balai tu yer. Pergh...Aku betol sentap dengar cerita ini. Simpati aku dekat budak tu. Harap-harap die tak ketagih jem la lepas nih.

So, jaga-jaga lah kalau lepaskan anak pada orang yang kita tak kenal. Selalu la tanya aktiviti anak. Ambil port sikit kalau anak-anak yang kecik ni bercerita. Kadang cerita depa ni memang nampak mengarut tapi ade gak betolnya.


Aku agak mual tengok jem dikala ini.


Kalau sapu kat APAM?


Dari AKU,

Thursday, July 15, 2010

Trend BAPAK lak saman ANAK

Betol-betol dah penghujung zaman agaknya. Semalam aku tengok berita TV3, ada seorang bapak yang berumur dalam lingkungan 60 tahun terpaksa menfailkan saman kepada anak kandungnya sendiri untuk menuntut nafkah cucu-cucu yang merupakan anak pada yang disamannya.

Apa dah jadi? Dan hari ini, aku terkejut lagi dengan berita kat ruangan berita terkini Utusan Malaysia yang berbunyi :

SHAH ALAM 15 Julai - Seorang bapa berusia 85 tahun hari ini menyaman tiga anak lelakinya bagi menuntut gantirugi lebih RM2 juta kerana didakwa dikurung dan dipaksa menyerahkan dua lot tanah kepada mereka, dua tahun lalu.

Baharom Long memfailkan saman itu melalui firma guaman Azmi Taib & Associates di Kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10.30 pagi ini. - Utusan


Dua juta tu. Bukan kecik-kecik punye jumlah. Lepas ni ramai laa gadis-gadis kejar bapak kalau menang samannya. Huhuuhuuuu.

Haruan makan anak?

Sumbang Mahram?

Apa lagi?

Semua tu perilaku yang melibatkan hubungan kekeluargaan. Ah, menjengkelkan. Mintah jauhkan. Nauzubilah.....


Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com

Wednesday, July 14, 2010

Perempuan dan Kereta


Selalu sangat aku kene kondem dengan manusia yang bernama lelaki bila bersembang pasal kereta ni. Selalu sangat sinis dengan kebolehan perempuan. Bila berdikari dikatanya kita ni belagak sombong. Bila tanya macam-macam dia pandang tersengih-sengih pulak.

"Tu lah orang perempuan, bawak kereta je lah reti. Lain tak tahu.."


Tibe-tiba aku rase macam nak senaraikan apa yang aku tahu pasal kereta:
  • Aku dah expert bab-bab isi angin kereta setelah 3 tahun lebih aku bawak kereta. Amat membanggakan.
  • Kena hantar serbis tiap-tiap 5000km.
  • Tukar minyak gear sekurang-kurang 20,000km.
  • Tahu la jugak nak tengok minyak hitam.
  • Tahu nak tengok paras air kereta dan kasi kereta tu minum. Tengok air batery tak reti lagi. Harap maap.
  • Aku dah tau rupe paras brake pad.
  • Tahu basuh kereta atau hantar cuci bila kereta aku da kotor..hehehe --> paling aku expert..!!
Dari AKU,

Sapa AKU Tanpa DIA

Terngiang-ngiang cerita ayah mase kiteorang tengah breakfast pagi sabtu hari tu. Menjaga anak mase dia deman ni kene ade kesabaran. Kalau dia menangis tu memang perkara biasa. Dan macam-macam lagi nasihat dia. Aku dengar je cerita dia sambil kyusuk dok melantak mehun goreng yang aku masak. Itu pun ayah yang request nak aku gorengkan jugak.

Erm..dulu Alang kalau deman mesti nak duduk atas perot ayah. Katanya lagi, bila anak-anak ayah deman mesti tak nak dengan mak. Mesti nak ayah jugak. Nak tak nak kena la cuti katanya. Angah pula mase kecik-kecik kuat menangis. Mase dia baby dekat 3 bulan die menangis.

Aku? Mak kata aku lahir 'bersarung' satu badan. Mak simpan sarung tu. Tapi masa pindah dari Klang, sarung tu hilang entah ke mana. Rugi sangat. Tak berpeluang aku nak menghayati.

Hari ini, genap ayah aku yang bernama Ali Hanafiah Talib berumur 56 tahun. Selamat Hari Lahir AYAH. Semoga dia sentiasa sehat dan kacak seperti selalu. AMIN..

Dari AKU,

Monday, July 12, 2010

Oh Sepanyol...!!!

Mase mula-mula world cup nak mula main, ramai yang dok tanya. Ko nak sokong mana nanti? Aku memang takde team feveret. Tapi, aku minat kat salah sorang player Spain. So, aku gagahkan dengan keyakinan yang menebal untuk pilih Sepanyol.

Ingatkan aku sorang jerk. Adik and Firul pun amik Sepanyol. Dan ramalanku benar-benar menjadi kenyataan. HuhuuuuuHuu...

Teringat lak aku kat si Paul tu. Walaupun kite punye ramalan sama tapi aku geli sangat tengok ko. Uish...

Yang sebetolnya aku tak tengok pun game tu dari mula. Mase aku bangun sahur pagi tadi, ngam-ngam pulak dieorg gol. Pergh, gile riuh rendah umah. Mase aku celik tu, adik, ayah and Firul je yang layan.

Horey..horey..4 tahun lagi nak tunggu...!!!!

Dari AKU,

Friday, July 9, 2010

Why GOBLOG PIJA..why? why?

Kenapa ko suke tulis blog pija?

Ermm..aku pun tak tahu napa aku suke menulis. Dulu ade jugak aku tulis cerpen-cerpen pendek. Gaya macam nak jadi novelis je dah. Tapi, macam biasa tulisan aku hanya jadi sejarah lampau nan silam.

Aku pun jenis suke membaca. Kalau baca novel atau majalah, satu hari aku boleh setelkan. Kalau baju buku ilmiah memang take time seket la. Bukan apa, dalam mencari ilmu jangan terburu-buru dan kene paham betol-betol. So, konsepnya tak sama. Hehehe..


Patut ke menulis untuk tujuan negatif. Kalau tanya aku memang lah tak patut. Tapi menulis tu hak individu. Dan penerimaan orang terhadap tulisan kite pun kira hak individu la jugak. Kadang-kadang bile tengah tension or jiwe kacau mule lah nak cari tempat luah perasaan. Rase nak memaki tu da selalu. Sekarang zaman dah maju dah makin canggih.

Facebook ade. Twitter ade. Goblog pun ada. Nak press conference pun boleh. Nak masuk melodi nak luahkan perasaan pun boleh.

Kalau aku, aku mulalah nak bergoblog bagai. Dan banyak jugak posting aku yang beremosi aku masukkan dalam draf. Dah tulis kaw-kaw, dah merintih tahap gaban, dah mencarut segala, timbul pulak rase malas. Tapi puas hati jugak dapat keluarkan ape terbuku. So, aku simpan untuk diri sendiri je lah.

So, lepas ni kalau sape-sape tanye nape aku suke berblog. Salah satu sebab hanya untuk suka-suke. Dan aku suke nak baca balik apa yang aku dah lalui, susah senang selain dari sharing apa-apa info mengarut dengan kawan-kawan. Yang pasti aku memang suke membebel. Sebab tak semua nak dengar aku membebel, so baik aku memcarut kat dalam goblog terindah aku ni.

Marilah kita bergoblog - saja nak promote. Ape segala jadah ko nak tulis aku tak kisah. So, jangan kisahkan sangat apa aku tulis. Tapi masalahnya ada ke yang amik kisah. Hahaha.

Dan, kadang-kadang orang yang cari pasal ngan aku, mungkin orang itu akan menjadi watak dalam blog aku tu, mintak maap la yerk. Itu jam aku tengah emosi. Nama pun manusia. Tak lari dari buat silap.
Sekarang ini aku nak ajak korang semua mengamalkan motto orang yang sentap selalu rugi. Mana tak rugi, silap hari bulan boleh ilang kawan, ilang sedara. Cukup-cukuplah apa dah terjadi.

So, selamat beramal.
Zikir untuk hari Jumaat. "Ya, Allah"

Dari AKU,

Thursday, July 8, 2010

Salam Takziah

"wak atok da meninggal"

Innaniillah wainnailaihirojiiun. Sebetolnye aku betol-betol terperanjat. Tengah main-main msg dengan die jugak sebenarnyer. Sat lagi die reply macam tu. Arwah atok Rizal meninggal lebih kurang pukul 10.30 malam tadi.

Erm..maut menjemput bukan mengira waktu, bila dan dimana. Bila ajal sudah tibe pasti kite akan dijemput oleh pencipta kita. Aku pernah bertemu dengan arwah. Umur dalam 80 tahun lebih. Masih sehat dan sememangnye tak ade sakit apa-apa.

Sampai sekarang, aku tak tahu lagi punca-punca kematiannya. Aperpun, moga rohnya akan dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan mereka yang mulia disisi Allah s.w.t.

Pada yang membaca entry dan terbaca sampai abis, sama-samalah kite sedekahkan al-fatihah buat arwah. Al-Fatihah.


Sedikit Renungan..

Menurut Imam Anas bin Malik bumi ini menyeru manusia setiap hari dengan 10 panggilan:

1. wahai anak cucu adam, kamu berjalan di atasku, ingatlah tempat kembalimu
di dalam perutku.
2. kamu melakukan maksiat dan dosa-dosa di atasku, ingatlah kamu akan
diseksa dalam perutku.
3. kamu bergurau senda di atasku, ingatlah kamu akan menangis dalam
perutku.
4. kamu memakan barang haram di atasku, ingatlah cacing akan memakan kamu
di dalam perutku.
5. kamu bergembira di atasku, ingatlah kamu akan merasa susah dalam perutku.
6. kamu menggunakan barang-barang haram di atasku, ingatlah kamu akan
hancur dalam perutku.
7. kamu bersikap sombong di atasku, ingatlah kamu akan menjadi hina dina
dalam perutku.
8. kamu berjalan dengan bersukaria di atasku, ingatlah kamu akan merasa
kesedihan dalam perutku.
9. kamu berjalan diterangi cahaya di atasku, ingatlah kamu akan kegelapan di
dalam perutku.
10. kamu berada dalam keramaian di atasku, ingatlah kamu akan duduk
bersendirian dalam perutku.

Ketahuilah, setiap hari kubur akan memanggil manusia sebanyak 5 kali:

1. aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran.
2. aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam.
3. aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh.
4. aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim” hingga mencucurkan air mata.
5. aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya.

Rasulullah bersabda:
‘Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat’
-riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Al Hakim.

‘Apabila seseorang itu sudah mati, maka diperlihatkan kepadanya tempat dimana ia akan duduk, pada setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia (melihat) syurga, dan apabila ia termasuk ahli neraka, maka ia pun (melihat) neraka’

Sabda nabi lagi: ‘Kemudian dikatakan: ‘inilah tempatmu yang dibangkitkan di Hari Kiamat’. -Riwayat Muslim.

‘Sesungguhnya mati yang kamu ingin lari daripadanya itu ia akan menemui kamu’ - Al Jumuah ayat 8.

Wallahualam.


Firman Allah Taala yang bermaksud :
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )


Dari AKU,

Wednesday, July 7, 2010

Akhirnya..RM300, kau pergi jua

Dulu aku pernah merintih mintak hadiah berupe 'tayar kereta'. Tapi, rintihan aku tidak dilayan. Walaupun hampa, sedih dan amat keciwa tapi aku tak kisah. Aku hanya merintih dan aku memang dah agak rintihan aku akan dipandang enteng saje. Huhuhu...

Dan, akhirnya aku tukar tayar kereta aku sebanyak dua biji sahaja. Itu pun setelah keadaan betol-betol memaksa.

Pagi senin masa aku isi angin kereta, aku nampak corak-corak menarik dah kuar dari tayar tersebut. Walaupun ianya menarik tapi itu menandakan aku di dalam bahaya. Oh, tidak...!!!!! Sekali driff maupun sekali aku langgar batu, kompem pecah meletop. Corak yang aku maksudkan itu adalah tayar tu siap dah nampak benang.

Kerana sayangkan nyawa, aku call mak mintak tanyakan harga tayar kat sana. So, pergilah aku berangkat ke sana untuk tukar tayar. RM300 jugaklah melayang.

Dan, peneman aku masa tukar tayar kereta adalah bonda, alin dan juga budak kenet si Rayyan. Excited sungguh dia dengan bunyik-bunyik kat tempat tu. Pastu, siap mintak nenen kat mak dia. Haru betol..!


( saat kereta dicabul )

( excited sangat, sampai tak duduk diam )

( tayar oh tayar )

( mummy tak mau kasi nenen eh, isap jari je lah )


p/s : syoknya BELANDA masuk Final. Ramalan ku benar belaka. Tak yah pakai octopus pun.


Dari AKU,

Monday, July 5, 2010

Kempunan Nak Tengok ANU Maradona?

Ada sapa-sapa yang kempuanan nak tengok Anu Maradona?. Kesian. 4-0 Argentina kena belasah dengan German. Perfect lah German main. Hehehe. Dan pasti ramai yang tertunggu-tunggu nak tengok Maradona berlari bogel keliling stadium kalau piala dunia berjaya di bawak pulang ke Argentina.

Yulkss....Nak muntah aku membayangkan. Kalau lah Beckham ke, Messi ke, larat lagi lah nak layan tengok. Hihiiiiii...

So, mase suku akhir aku tengok game Brazil ngan Belanda. Mase ni, aku memang sokong Belanda menang. Sama jugaklah game antara Argentina dan German. Aku suka German menang. Dah menang da pun.

So, final nanti aku teringin sangat nak tengok Belanda dan Sepanyol beraksi.



Nah, tengoklah aksi Maradona yang separuh bogel udah la yer...


Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com

Friday, July 2, 2010

Edisi 2 : From Taiping with LOVE

Ini antara cerita basi yang aku nak cerita bile aku takde modal atau bahan nak cerita apa kat blog nih. Cuti 3 hari lepas telah meninggalkan seribu macam cerita. Tapi tak larat nak cerita satu persatu. Yang pasti akan ada pembalasan pada yang membuat salah. Dan pasti akan ada hikmah di atas segala yang terjadi.

Yang membuat salah, mereka ini macam lupa neraka dan syurga itu wujud. Lantak kau lah manusia-manusia itu. Aku doakan ko dapat pembalasan kat dunia ni jugak. AMIN..!

Berbalik pada cerita yang ade kene mengena ngan tajuk posting aku kali ni. Masa aku pergi Bukit Merah last month, aku sempat merewang ke Taiping. Konon nak cari Mee Udang sedap kat Kuala Sepetang.

First time sampai, aku terkejut sangat. Bandar ni mati. Pukul 9 lebih dah banyak kedai yang tutup. Sampai je Kuala Sepetang, sekali lagi aku kecewa gerai mee udang Mak Jah tutup la pulak. Nampaknya takde rezeki aku dan juga Mak Jah.

Melencong ke Zoo Night Safari. Hujan dah mula turun la plak. Tak kan nak lenjan jugak. Kansel lagi. So, aku pergi next day. Ok la tempat nih. Dan pada siapa yang tak tahu, Taiping merupakan bandar yang menerima taburan hujan paling banyak berbanding bandar-bandar lain di Malaysia.

Bukit Larut - antara tempat yang aku nak singgah tapi tak sempat. Tak dapat nak tengok bunga Tulip. Maybe next time.


(Antara gambar - gambar yang sempat aku ambil sekitar bandar Taiping)


Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..