Monday, April 30, 2012

Bersih Kan.

Salam satu Malaysia.

Aku tak nak bercerita pasal Bersih pun. Sebab takde yang bersih aku tengok. Bersih dari segi apa tah. Jujurnya di mata aku hanya kotor. Semak dan paling sedih, aku tak dapat nak turun KL hari tu. Nak beli baju raya tau. Tak pasal-pasal aku tala ke Kajang. Sangat mendukacitakan. Kecewa. Aduh la. Seteres bila mengingatkan.

Macam aku cakaplah. Tak nak cakap pasal Bersih. Just to update serba sedikit pasal adik aku.

Rezeki. Kata orang kalau dah rezeki tak ke mana. Rezeki orang nak kahwin. Sebulan lagi nak kawin, dapat tukar ke Semenanjung. Lagi 3 minggu nak kahwin, ada peluang lak tukar ke negeri tempat dia berak dan kencing. Kan rezeki namanya tu. Aku pun tumpang happy dan syukur alhamdulillah. Paling best kiteorang adik beradik duduk dekat-dekat je. Senang sikit nak bergosip.

So, aku hentikan cerita aku takat nih sahaja. Jumpe di lain waktu.


Dari AKU,

Tuesday, April 17, 2012

Kota Bharu, Kelantan

Salam korang.

Susahnya lah nak menulis sekarang nih. Kalau dulu satu hari aku boleh membebel sampai 2 - 3 post. Biarpun takde isi, aku peduli ape. Suke hati akulah kan. Ok kawan-kawan, aku nak cerita benda lain sebenarnya. 

KOTA BHARU. Aku pergi sini last week. Aku naik flight hari Sabtu pukul 2.30 petang and then selamat sampai kul 4 petang lebih kurang. Honestly, last aku sampai sini masa aku form 4. Itu pun aku tak boleh nak recall balik apa aktiviti aku, mana aku pergi.

Huh, aku pergi atas urusan kerja.Short notice lak tu. Ada meeting malam sabtu tu. Memandangkan meeting tu malam dan kiteorang sampai awal, maka dengan terujanya kami pergi meronggeng dulu dekat Pasar Kak Tijah. 

Part paling bes adalah makan durian dan makan nasi kerabu. Nasi Kerabu paling sedap pernah aku makan. Apa eh nama tempat tuh. Restoran Yati kot. Chekwe tahulah kat mana. Hehe. So, lepas makan terus rushing balik hotel untuk attend meeting tu. Suprisely, aku jumpa MatBay kat sini. Huh, Lama tak jumpa kau nok.!!



Aku lepak Hotel Renaissance. Terbaik lor. 5 bintanglah katakan. Kau mampu. Aku pun tak mampu. Hahaha. Opis yang bayar. So, layan je lah.



Apa-apa pun aku enjoy gak pergi sini. Bila lagi nak berjalan free. Meeting pun tak sampai 2 jam. Aku rindu nak makan nasi kerabu kak yati. Huaaaaaaaaa


p/s: nanti kau tapaukan untuk aku ye chekwe. :)


Dari AKU,

Thursday, April 12, 2012

1 month - Qaiser


Salam satu Selangor.


Today my 2nd baby boy become 1 month. Hari ni muntut mulus die akan dicucuk. 5 perkara yang Qaiser perlu tahu:


· Diberi name as Yushua then ditukar kepada Qaiser.
· Starting dulu, selalu kembung perot sebab mummy die suke minum MILO.
· Suke naikkan kepala even awak baru je berumur 20 hari
· Suke kene pelok
· Suke tidor



Cepat-cepat besar ok. Boleh pergi jenjalan nanti.

Dari AKU,

Monday, April 9, 2012

Selamat Pegantin Baru

 Salam.

Selamat pengantin baru. Kenal tak lama. 6 bulan pun tak sampai. Tapi sebab dah kerja satu tempat, satu jabatan so anggap sahaja aku harus pergi. Lagipun aku memang dah lama tak pergi mana-mana kenduri.

Kenduri ni tak jauh mana. Dekat Shah Alam je pun. Tempat yang dah lama aku pinggirkan. Tempat yang pernah aku takluki kira-kira 10 tahun lamanya. Huh.

Aku pergi dengan Eca. Secara tak sengaja aku bawak Rayyan sekali. Kesian tengok die menangis-nangis nak ikot. Rayyan, you have to know what you did yesterday. Malu ibu sekejap. Tapi dalam masa yang sama ibu kesian kat awak. Terus tak nak makan dah. Bile ingatkan balik, it’s not your false. Meja tu yang bengongkan.

Anyway Faishal. Selamat Pengantin Baru. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.






Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..