Friday, March 25, 2011

Tayar sengaja DIPANCITkan

Kesian budak rumah aku. Pagi-pagi lagi dia dah menyumpah. Tayar kereta dia sengaja dipancitkan oleh manusia yang tak berperikemanusiaan. Kalau ikot buruk sangka aku, aku tuding jari kat jiran mongok sebelah umah ni jerk. Tapi kalau menuduh takde bukti tak guna gak. Dari dapat pahala terus aku dapat dosa.

Kau letak kereta depan rumah orang, kiteorang tak kisah pun even meluat nak mampus. Kau letak tong sampah depan rumah kiteorang, takde orang jugak bising suruh kau letak balik kat depan umah kau sendiri. Even, kadang-kadang muka dah macam orang takde maruah je sebab selamba badak je buang sampah waktu kiteorang ada melepak kat depan.

Cuma malam tadi budak Ina ni parking kereta depan umah. Bonet die masuk sikit je kawasan rumah kau. Dah tu kau bubuh kereta kau berhari-hari depan umah takde lak kiteorg nak buat apa-apa.

Tah mana pergi otak dieorang tah. Kau tak boleh nampak ke kiteorang ni semua pakai kereta. Akal takde.


p/s : serius jelek berjiran dengan 'orang tua' takde otak.!!


Dari AKU,

Wednesday, March 23, 2011

Friday, March 18, 2011

Sebelom TIDUR

Datok Fadzilah Kamsah kata :

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang di sebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya


Peel aku sebelom tidur pulak, goyang kaki, baca ape terlintas dalam hati dan yang paling teruk aku kata dalam hati "malasnya nak pergi kerja esok, kan bagus kalau esok cuti....leh aku tido bagai nak mahuuuuu...."

Aish...patutlah masuk kerja mood asik ke laut jer...


- gambar curik dari uncle google-


Nota Hati : Malam nanti aku cuba buat.


Dari AKU,

Thursday, March 17, 2011

Oh Guard!!

"u look beautiful today madam"
"have a nice day"
"nice dress today madam
"
"morning madam"
"u so sweet madam"
"sudah makan" ( satu-satu ayat melayu yang aku pernah dengar dari mulut dia )


Ha ok. Ceritanya.....

Itu sebahagian karenah peramah terlampau sorang guard security kat tempat aku kerja sekarang. Tengok muke dia, aku tak berani nak kompemkan mamat ni dari mana. Nak kata dari Bangla pun bukan. Nak kata dari Nepal pun bukan. Tapi agak gelap dan rasanya kalau nak bandingkan dia dengan Shah Rukh Khan sama je. Takde beza. Aku agak geli GELI bila orang kata Shah Rukh Khan tu hensem. Tang mana tah hensemnya. Sorry yeh pada yang minat. Hahahaha....

Mule-mula dia tegur aku, aku buat biasanya. Aku anggap dia peramah. Jenis suka nak tegur-tegur. Tapi aku serius tak minat nak senyum lebih-lebih. Rasa macam miang je muka guard nih. Aduhai, buruk je perangai bila ada rasa tak elok pada orang lain. Tak baik wo sangka buruk kat orang.

Sorry ha macha. Wa betol-betol rasa macam tak selesa. Hehehe..

Start dari aku rasa macam tak bes je nak mesra-mesra alam dengan mamat ni, aku cuba sedaya upaya mengelak untuk tidak bertembung. Sampai la satu masa tu aku dah lama tak nampak batang hidung dia yang agak mancung tu. Berhenti dah kot. (yang ni aku agak je, sebab dah hampir 2 bulan aku tak nampak). Fuh lege.

Tapi 2 hari lepas, aku nampak dia balik. Dari jauh dia dah sengih.-sengih Dengan kemeja ala-ala Amitha Bachannya. Dengan rambut panjangnya. Aku mintak sangat-sangat die tak nampak aku dan janganlah dia tegur aku. Aisyah - budak opis aku pun ada sekali masa nih.

Sampai je kat tempat die berdiri tu, dia dah tegur aku. Uwaa.....Aku buat biasa je. Sengih buat-buat macam biasa. Dah jalan jauh sikit dari dia, aku tanya Aisyah. Kenal kan mamat tu. Guard kat sini dulu. Die peramahkan. Kaverlah kunun.

Aisyah buat muka pelik. Pernah nampak dulu tapi tak penah pulak dia tegur. Ish, takkan lah die peramah dengan aku je. Oh tidak.......Dan tadi, aku nampak dia lagi. Sedaya upaya aku mengelak untuk tidak bertembung.

Dan buat pertama kalinya, aku tak senyum pada dia. Dan buat-buat tak nampak. Takut!!!!


(bukan orang sebenar)


p/s: Aku bukan apa, kadang tu dari jauh dia dah tertinjau-tinjau. Ngeri lah!!


Dari AKU,

Wednesday, March 16, 2011

Menyeksakan bila perlu MENANTI

-gambar curik dari google-


Penat menungu situasi 1

Aku dah nampak kau tadi bos. Tapi kau masuk kejap bagi EA form pastu kau keluar balik. Penat aku tunggu kau tau dok. Dari semalam. Status aku kat sini hanya kau je yang boleh update. Ada ke jodoh lagi antara kita. Dan sememangnya aku mengharapkan masih ada. Hehehe. Memang kau tak tahu nak menepati janji lah bos. Kau tau ape makne munafik? Kau mane nak tahu sebab kau bukan Islam pun. Eee...aku geram.

Penat menunggu lagi tapi situasi 2

Aku dah msg, aku dah inbox tapi takde respon. Aku tak tahu berapa lama lagi aku kat Segambut nih. Entah-entah esok aku last. Entah-entah minggu depan kau dah tak nampak kereta aku parking kat sini lagi. Itu sebab aku usaha cari kau di mana-mana. Hello kawan yang budiman, aku paham kalau kau dilanda masalah yang tak dapat dielakkan tapi aku pun ada hati dan perasaan. Letih beb nak tunggu kemunculan kau.

Barang kau ni bile nak amik. Aku dah marah nih. Rase nak sepak-sepak je kalau kau ada kat depan mata. Hehehe...itu aku tipu. Kalau kau baca, cepat-cepat cari aku sebelom aku betol-betol sepak kau.!!

Penat menunggu lagi dan lagi situasi 3

Aku lapar. Macam nak makan chiken chop nih. Sape nak blanje?



p/s: Mood ke laut Afrika Selatan. Nak makan......!


Dari AKU,

Tuesday, March 15, 2011

Jom JOIN

Salam Selasa Uols,

Patutnya aku ada meeting pagi nih. Tapi batang hidung bos aku yang tak berapa nak mancung tu tak nampak pulak pagi nih. Sebab nak meeting lah aku takde keje pagi nih. Mana taknya, semua kerja aku dah setelkan awal-awal semalam. Niat hanya nak kasi die senyum bak pahlawan Jepun bukan menyinga macam Harimau Belang. Gerun kau!!

So, takde la meeting. Suka tau!! Haa, semalam aku tak dapat tidur. Hehehe. Aku layan citer Gemilang.

Tak sangka aku, banyak petua untuk hilangkan sakit tekak. Madu campur air limau nipis adalah salah satu benda baru yang aku baru tahu. Terima kasih bebanyak pada yang kasi petua tu. Akan diusahakan sebab kat umah takde madu. Sebab aku tak suka. Padahal madu lah paling elok nak makan.

Nak cari MADU lah. Takde kene mengena dengan BERMADU. Masih tak sanggup lagi! Harap maklum. Sekarang ni musim orang sakit sana sini. Korang semua jaga kesihatan tau. Banyakkan minum air masak dan sewaktu dengannya.

Sebelom aku terlupa, pada sesiapa kengkawan aku yang suka nak cari duit lebih sambil layan-layan facebook dan twitter tu boleh try benda alah nih http://says.my/pijaosix/invite. Benda ni ala-ala churp-churp gak. Tapi hari-hari update. Dari korang meroyan je kat facebook tu, baik layan benda nih.

Cube jangan tak cuba.


Dari AKU,

Monday, March 14, 2011

Balik Kang, Nak TIDO


Nak TIDO.

Balik kang saper-saper kacau aku memang aku kasi pelempang. Tak caya meh try. Hehehe...Aku tak sabar nak balik umah nih. Nak TIDO puas-puas. Dah la malam tadi tak dapat nak tido sangat. Mana lah datang batok yang tiba-tiba mengacau pukul 4 pagi. Aku pun pelik. Kau pelik tak?

Kawan aku suruh minum air asam. Adoi, air coke tak boleh ke? Tak pun air neskepe ais?


Nota Hati : Kesan terlebih tidur lebih membimbangkan.



Dari AKU,

Bebelan Yang Tah Apa - apa

Salam Monday BULUS untuk semua,

Baru lepas makan lauk yang mak aku bekalkan. Ada sambal, ada telur goreng. Terima kasih kat omak den yang memang suka mengtapau untuk aku kalau aku pergi kerja dari sana. Lama tak menceceh yang tah apa-apa kat dalam goblog serbaguna aku ini.

Tapi aku memang takde cerita terlampau pun nak dikongsikan. Hari ni rasa malas menebal. Monday blues satu hal. Tengah takde kerja nak buat pun satu hal. Argh, rasa seteres lak tiba-tiba. Mata mengantuk. Boleh pulak pukul 4 pagi terbangun hanya untuk batok. Siang ni dia ok pulak. Pelik-pelik je penyakit sekarang nih.

Ok, Hari Sabtu aku balik umah mak aku macam biasa. Aku rindu sebenarnya dengan anak buah aku - Yeyen. Masa sampai tu dia dah tercegat kat depan pagar. Alahai sweetnye lah. Terkedek-kedek je mintak amik.

Hari Ahad aku dapat sms dari En.Mamat. Ajak pergi tengok wayang dengan wife dia. Ida dengan husband pun ada. Alahai korang, jahat tau. Aku dah kat umah mak aku mase tu. Kalau dari sana memang malas sokmo nak kuar.

Tak dapat nak jumpa Ida. Lain kali kite jumpe yer. Kesian ko En.Mamat, nak tengok cerita Merong tapi tak dapat. Hehehe..


p/s : Rase nak balik umah je.



Dari AKU,

Friday, March 11, 2011

PROMOTION..!!!

PROMOTION..!!!

ALZA = RM 696 = 9 TAHUN
MYVI = RM 550 = 9TAHUN
VIVA = RM 315 = 9TAHUN

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN..

HUBUNGI :
FIRUL 017 200 32 65
( Location : PUTRAJAYA )


p/s : Ade pertanyaan boleh tanya aku jugak. Firul ni adik ipar aku. Aku leh jadi tukang tanya. Jom jom jom....



Dari AKU,

Thursday, March 10, 2011

Khasiat JINTAN MANIS

Kalau siapa yang baca blog aku semalam mesti tahu apa aku cube nak buat malam tadi. Aku nak buat air ubat dari Jintan Manis. Jangan korang tak tahu. Menjadi gitu, dah ala-ala tabib dah aku malam tadi. Siapa-siapa ada masalah angin yang kronik macam aku boleh cuba.

Sebelum tu, meh aku share sikit khasiat benda alah Jintan Manis.

"Antara khasiat Jintan Manis adalah melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata."

sumber : dari mengedik kat pakcik google

Jintan Manis. Manis bukan?

So sambung balik. Korang tahu kan mana mane rupe Jintan Manis. Biskut @ Ghost Writer kata boleh beli benda ni kat kedai apek. Hehehe. Tak tahu takpe, boleh tanya pakcik google. Sebelum tu, korang jangan risau sebab aku dapat petua ni dari orang yang betol. Dan aku pun dah cuba. Perot memang akan rasa sangat-sangat lega.

Tapi perlu diingatkan yang anda akan terKENTUT macam nak gila. Kalau nak sopan cubelah ekjas ikot SENDAWA. Pilihan di tangan anda. Hahahaha..


Cara nak buat :

  1. Amik satu sudu jintan manis. Gorengkan dalam kuali tanpa minyak. Dah kuning korang padamkan api. Agak-agak lah. Jangan kasi hangus sudah.
  2. Pastu jerang air. Nak senang korang sukat air tu sama dengan 2 botol besar air mineral 1.5 liter.
  3. Bila air tu da berasap. Berasap bukan mendidih!!! Lepas tu baru masukkan jintan yang dah siap kene goreng tadi.
  4. Masukkan secubit garam buat rasa.
  5. Biar sampai air tu masak mendidih baru mati kan api.
  6. Minum secawan sahaja. Dua kali seminggu. Agak-agak tak lalu nak telan, bolehlah tambah air sikit.
  7. Sebelom minum, baca selawat syifa seelok-eloknya. Walahualam...



Sekian, sudah.


p/s : Jom ramai-ramai buang gas dalam perot dengan KENTUT kuat-kuat. Ujang mesti suka. Hehehe...



Dari AKU,

Wednesday, March 9, 2011

Mengelamun




Yes, keje dah setel sepenuhnya.

Semalam petang, masa mula-mula dapat, aku melopong sikit. Dah petang - kompem lah jem urat saraf aku. Mana otak aku nak pikir balik lagi, mana otak aku nak pikir perot dah lapar mintak isi apa-apa yang patut lagi. Goreng pisang mungkin.

Sudahnya, aku siapkan jugak. Dan sekarang aku mengelamun. Ops sebelom tu, entry aku sebelom ni yang cakap pindah umah tu bukan family aku tapi adik aku yang baru kahwin tu.

Aku mengelamun dan terus mengelamun. Sudahnya aku berhenti mengelamun bila aku rasa hasil lamunan aku macam sampah je. Malam ni aku nak buat air dari Jintan Manis yang katanya boleh menyembuhkan sakit dalaman manusia antaranya boleh buang angin dalam badan.

Kalau aku jadi buat, aku bagi cara-cara nak buat benda alah tu. Kompem korang kentut-kentut je lepas nih. Kawan aku selalu pesan. Nak kentut ikot atas tak pe, jangan ikot bawah. Oi bang, itu lumrah alam. Kalau benda tu boleh ekjas takpe gak.

Mari mengelamun semula.


Dari AKU,

Tuesday, March 8, 2011

Pindah Rumah

Bukit Subang.

Itu lah tempat aku dan family pergi Ahad baru-baru ni. Boleh imagine tak - nak angkat barang macam katil, almari dan segala mak nenek ke tingkat empat. Dah lah takde lif. Terkangkang-kangkang nak mengangkat semuanya. Dengan budak kecik yang baru dapat kaki tu pun sebuk gak nak menolong. Nasib baik setel sebelom masuk waktu nak mencekik waktu tengah hari.

Aku pun tolong angkat gak tapi tak sampai berapa trip pun. Adalah dua kali jerk. Aku pilih angkat kotak je. Yang segala batang, kayu dan yang berat-berat tu tugas lelaki-lelaki perkasa yang ada masa tu. Tabik pada mak aku yang memang macam badang angkat kayu sebelah tangan. Sebelah tangan lagi angkat kayu apa tah.

Kagum. Mak aku tak minum susu pun. Ishh..


Video selingan. Masa ni Yeyen 1st step kat Jusco. 1st time belajar pakai sandel.




Yang ni belajar nak hisap susu botol tapi kang dia mintak gak nenen maknya





Dari AKU,

Monday, March 7, 2011

Jangan PERGI !

Salam hari Isnin.

Hari yang pada aku betol-betol tak bes langsung. Rasa boring yang amat sangat. Kang lebih-lebih cakap, orang kata aku tak besyukur pulak. So, layan sikit-sikit je sudah. Tadi baca blog kawan lama. Nak berhenti bergoblog katanya? Perkataan MUNGKIN pada tajuknya itu menandakan dia perlukan masa untuk membuat keputusan yang sebetolnya. Berhenti terus atau sebagainya.

Itu lah dunia blog. Macam-macam karenah nak kena hadap. Hanya dengan jari dan minda akal yang kadang kala waras, kadang-kadang tu 10% je menulis guna otak selebihnya nafsu. Ada masa kau amik tahu perkara yang kau tulis untuk tidak menyebabkan orang lain terasa hati misalnya. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan keluarga sendiri. Macam aku - selalu pikir, tak semua orang suka apa kita tulis, apa kita cakap, apa pendapat kita dan apa macam sampah lagi kita nak goblogkan.

Tapi pada aku. Itu kau punya hak untuk menilai. Buruk dan baik aku terima ikot kepala hotak aku jugak lah kan.

Pada aku, berhenti dari dunia ini adalah perlu kalau itu memberikan yang terbaik buat diri sendiri dan juga keluarga. Tapi berhenti untuk orang yang tak sudah-sudah nak menyebuk untuk kepuasan diri sendiri, minta maaf banyak-banyak, aku tidak akan tunduk. Melalaklah kau macam mana pun, ada aku kisah.

Wahai kawan-kawan, jadikan lah blog sebagai satu medan yang sehat dan bukannya medan kau nak laga-lagakan orang. Sedangkan melagakan ayam pun berdosa, apatah lagi manusia. Tak baik tau! Aku pun dah pencen main laga ayam sebab aku dah jadi taukeh jual ayam laga. Itu citer masa aku darjah 4 ye.


-ehsan atok google-




Dari AKU,

Friday, March 4, 2011

Mana Korang?

Hari Jumaat yang agak indah bagi aku. Aku takde cerita nak diceritakan. Takde jugak pendapat untuk dikongsikan.

Cuma,

Aku dah lama tak nampak kawan-kawan aku yang dulunya aktif membebel kat blog tapi sekarang ni senyap jerk. Korang pergi mana? Mana ILA? Mana Afzan? Mana Zila? Mana Michi? Mana Corey? Mana Ida? Mana adik-adik aku Angah dan Alang?

Aku tak sebut nama Zai, sebab dia ade membebel dua tiga hari lepas. Pregnant? Mungkin menghalang kau untuk terus mengoblog. Takpe, aku paham. Aku tak sebut nama Chekwe sebab dia dah tak nak menulis. Tak reti katanya atau kau takot kau akan terus meroyan. Hahaha. Jangan marah aku. Kau jugak yang cakap macam tu.

Erm, jomlah bergoblog balik.

Semalam, aku ada dapat bungkusan - kiriman dari seorang blogger. Macam tahu-tahu jer awak yang orang memang tengah mengumpul Freeze Mangnet (FM). Paling best dari London. Bulan sudah, aku dapat benda yang sama jugak. Phuket mari - adik aku bagi. Aku dah banyak mengumpul. Key-chain dah penuh. Dah tak tahu nak bubuh mana. Dan sekarang, FM. Yeah, saper-saper yang pergi melancong dan bercadang nak bagi kat aku, aku alu-alukan tau..!!

Sebelum terlupa, Terima kasih IDA.


(sebahagian tiket wayang yang ada atas meja ofis aku, kat umah banyak lagi)


Nota Hati : Aku memang seorang collector. Antara aku kumpul mug, key chain, freeze mangnet dan yang orang lain payah nak terima bile aku simpan tiket wayang. Hahaha..


Dari AKU,

Thursday, March 3, 2011

Rindu PADANYA

Bile membaca entry terbaru Eca @ Olick Syasya jap tadi, baru aku sedar, betapa aku juga merinduinya.

Tadi pagi, dia ada msg aku - meminta mengarangkan surat petukaran. Akan aku usahakan. Aku tahu kau sukar untuk menjalani kehidupan di sana. Dengan perangai orang atasan yang tidak memberikan kerja yang sepatutnye mengikut jawatan yang kau pegang. Bak kata kau - aku bukan kerani long!!!

Ko sabar je lah dik. Kami yang jauh ni sentiasa doakan yang terbaik untuk ko.

Teringat peel mak aku minggu lepas. Macam mana dia beriyer-iyer mengingatkan hari tersebut harijadi kau dik. Paksa kami wish. Sian adik. Jauh katanya. Takde sapa nak celebrate. Walaupun along dah wish, tapi hari ini along nak wish lagi sekali Heppy Belated Besday yang ke 24. Bangka dah kau tu dik.


Nota Hati : Seriusly rindu sama DSLR kamu



Dari AKU,

Wednesday, March 2, 2011

Kau pun RASA

Assalamualaikum..

Pelajaran hari ini, dia kata bukan aku kata :

" kita tak tahu apa isi hati seseorang dan tak boleh harapkan orang lain punya rasa yang sama dengan kita.."


Aku amat bersetuju dengan pendapat kau. Sebab aku dah rase pedihnya bila perkara yang sama jadi pada aku. Aku selalu anggap yang kite ada rasa yang sama, ade perasaan yang sama tapi sebaliknya yang berlaku. Bila kena pada diri sendiri, diri kau? Kecewa bukan. Bukan niat nak mengejek. Tidak sama sekali.

Mungkin silapnya datang dari aku. Aku hanya manusia biasa yang tidak dapat nak memberikan segala kepuasan. Mungkin aku susah nak menerima pendapat orang tapi aku bukan tuli untuk tidak peka pada apa yang kau cuba nak bagitahu.

Kini, aku sedar dan kau sendiri sedar. Aku dah bagi sehabis mungkin. Aku dah bagitahu segala-galanya. Kau juga tahu apa yang aku inginkan. Cuma, aku je yang tak tahu apa yang kau mahukan. Aku benarkan kau pergi dalam mencari segala keinginan.

Pergi lah kalau itu kemahuan kau. Aku pasti menunggu jika masih ada baki kasih dan sayang. Cume jangan meminta bila rasa itu sudah hilang.


p/s : 'aku' - bukan penulis


Dari AKU,

Tuesday, March 1, 2011

Penat dengan DIRI SENDIRI

Penat. Mungkin itu perkataan yang paling sesuai untuk aku luahkan apa yang terbuku kat dalam hati ini. Fizikal aku memang nampak aku ok. Masih lagi nampak gagah bak gaban. Tapi otak aku? Totally lost. Penat nak uruskan itu ini. Bila nak selesai pun aku sendiri tak pasti.

Rumusan yang aku dapat, semuanya tak akan mudah untuk diselesaikan. Putuskan. Ye, aku putuskan untuk menyerahkan bulat2 padaNYA. AKu dah berusaha tapi aku tak berdaya. Bantulah aku Ya Allah.

Amin.

p/s: Terima kasih untuk teman yang blanje aku makan tadi.

Dari AKU,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..