Friday, July 26, 2013

Kundasang & Hari Pertama Part 1 - Edisi Throw Back

Pergi dah lama. Tapi nak update kat sini macam malas. Aku pun dah lupe kisah-kisah menarik mahupun tentatif percutian kali nih. Tapi takper. Aku cube menulis sebaik yang mungkin. Semudah yang mungkin dan sesenang mereka yang singgah untuk membaca.

Percutian kali ni kami pilih untuk Ke Sabah selama 4 hari 3 malam. Kali ni pergi sekali dengan mak teh sekeluarga. Tinggal ayie je tak pergi sebab Eca tengah sarat mengandung.

Hari pertama tu kami pilih untuk pergi Kundasang dulu. Sampai je dekat Kota Kinabalu (KK), we all cari van dulu untuk disewa. Disebabkan ahli rombongan masa tu 12 orang so ngam-ngam la naik van. Dah dapat van gerak la ke Kundasang. Perjalanan nak ke Kundasang dari KK ni ambik masa agak lama iaitu 3 jam uols. Dah la masa tu hujan lebat. Jalan kecik simpang siuk. Memang agak suspen dan ngeri lah. Tapi Alhamdulillah kiteorang selamat sampai sana sebelom matahari terbenam. Faham-faham je lah. Kat sana kul 6 dah gelap gelita.

Menginap di Cellyn Resort. Tempat tinggi mengadap gunung Kinabalu bah. Memang bes dan mengujakan. Tempatnya memang cantek. Hari pertama tak pergi mana-mana pun. Sebuk bergambar sekitar resort jer. Esok tu baru plan nak singgah Dairy Farm, War Memorial dan Kinabalu Park. Memang beslah.








Bakal bersambung.......  
Nantikan episod yang lebih berahi dari aku...huawahuahwahuhuawaaaaaaa...

Dari AKU,

Step Away

Salam Ramadhan yang masuk hari ke 17 kalau aku tak silap. Tekak masih sakit. Hopefully boleh recover menjelang hari raya.

Tak ada apa yang nak dikongsikan pun sebenarnya. Saje je tengah bosan mengadap dinding bilik yang dah bertahun tengok. Masih color yang sama. Design yang sama. Dan segala-galanya masih sama. Tunggu aku kawen dulu then baru bilik tu jadi macam bilik yang bila sesiapa je masuk dah tak nak keluar-keluar. Believe me!

Lately ni perasaan menebal sangat nak beli rumah. InsyaAllah rezeki tu ada. Tapi halangan utama nak cari rumah yang sesuai. Target aku tahun depan aku nak jugak rembat sebijik. Tak kisah lah rumah macam mana. Janji bila aku tengok aku puas hati. Aku jatuh cinta.

Ok. Bakal Bersambung. Buat Hanip. Selamat menulis. Akan ada masanya nanti kau bosan nak menulis. Ada masanya nanti kau rasa meluap-luap nak menulis. Ape-ape pun selamat berbelog.

Happy- happy sokmo guys.


Dari AKU,

Monday, July 15, 2013

Penawar sakit BUASIR cara kampung

Salam Ramadhan..

Bertemu lagi. Hehe. Iye iye je aku. Kali ni aku nak share penawar penyakit buasir cara kampung. Nak ikut boleh taknak ikut pun takpe. Sekadar berkongsi pada mereka yang takutkan jarum, pisau dan segala benda yang melibatkan alatan bedah. Iols seram uols.

Penawar ni aku dapat dari seseorang. Aku senaraikan kat bawah. So pilihan adalah di tangan anda.
  1. Kulit kijang. Buh kat montot tu selama 3 hari insyaAllah boleh surut. Jika uols tak tahu ape die kijang. Sila gugel ok. 
  2. Air asahan tanduk rusa. Air tu campurkan dengan air suam buh dalam gelas (suku je) dan minum waktu pagi dan petang untuk 3 hari jugak.
  3. Telur itik yang berkaler hijau. Bukan yang putih. Yang ini mule-mula aku macam tak pecaya jugak ade itik yang boleh menetas telur kaler hijau selain putih. So, dengan bukti bergambar yang aku bubuh ni, aku harap uols pun percaya la jugak. Ok. Telur ni uols kene makan waktu pagi dan malam.
  4. Air tapai ubi. Minum sekali dengan air tapai tu. Tapai pulut aku tak sure boleh ke idak.
  5. Putik kelapa. Caranya, amik putik kelapa tu kemudian kopekkan kelopaknya. Bakar or salai bagi panas dan bubuh dalam kain sapu tangan. Tukukan pada montot. Amalkan sampailah buasir tu hilang dari pandangan.
  6. Putik ciku. Tumbuk atau blender dan jemur sampai kering. Campurkan dengan air suam dan minum.
Telur yang berkaler hijau tu yang tang ibu jari tu
Tanduk Rusa
Kulit Kijang

Semua petua kat atas hendaklah dimulakan degan bacaan Bismillah dan selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali dan berniat nak baik. InsyaAllah.

Selamat mencuba. Walahualam.

Dari AKU,

Saturday, July 13, 2013

Ramadan 2013

Salam Ramadan buat semua.

Masuk hari ke 4. Masih berpuasa penuh. Alhamdulillah. Merupakan tahun ketiga menyambut puasa di rumah orang tua. Dan tahun kedua sebagai pekerja di SKMM. Tak banyak beza pun dari tahun-tahun sebelumnya.  

Masih menikmati rasa syukur yang Allah dah berikan kepada aku. Siapa sangka orang seperti aku ni akhirnya dapat menikmati apa yang aku inginkan selepas satu kejatuhan yang menyeksakan. Bertemu kerjaya baru? Siapa sangkakan. Bertemu cinta baru? InsyaAllah. Moga Allah merahmati segala perjalanan hidup aku.

Persiapan raya? Masih awal lagi oi. Nak shoping ape pun aku takde mood. Dah kawin lain citer. Baju dah tentu nak sedondon. Tudung nak yang bling-bling. Sekarang banyak baju siap. Dah terdesak beli je. Asalkan baju baru. 

Azam puasa kali ni nak makan sesikit yang boleh.
Berat badan dah naik mencanak-canak sejak duduk dengan mak ayah nih.



Dari AKU,

Thursday, July 4, 2013

Menulis itu adakah satu keperluan

Menulis?
Terpulang pada diri sendiri.
Kalau rasa perlu kau tulislah banyak-banyak.
Tulislah kat mana je kau suka. Ada aku kisah?
Kalau rasa tak perlu, cukuplah kalau kau luahkan kat dalam status facebook je.

Hari ni aku aku rasa nak menulis.
Nak tulis banyak-banyak.
Sedih tengok blog aku.
Sedih bila aku kene perah otak nak recall apa aku dah buat.
Dah tua la katakan.

Tapi aku stuck lagi. Macam selalunya.
Tak tahu nak mulakan dari mana.
Ni la jadinya kalau lama tak menulis.

Ok. Takpe Pija.
Kau cuba lain kali.
Aku tahu kau boleh.
Huh!

Selamat Tinggal Blog.
Aku pasti datang untuk menulis lagi.
Aku sayang kamu..

Dari AKU,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..