Thursday, April 28, 2011

Akhirnya aku BERHIJRAH

Salam buat kawan-kawan yang setia mendoakan aku. Terharu gile la ade kawan macam korang nih. Memang rindu macam dihiris-hiris belati tajam kat blog nih. Bile aku mule nak sign in tadi, boleh pulak terlupe password dengan id. Betol dah bebal agaknye otak aku nih ha. Nasib baik bebal kejap je. Huhuhu..

Now, Totally sembuh dari batuk dan selseme. Alhamdulillah.

Masih mencari dan terus mencari. Susah nak cari kerja sekarang nih. Kadang-kadang tu dah rase malas nak pikir. Erm, baru-baru ni ada pergi interbiu kat Bukit Jalil. Kalau ade rezeki pasti tak ke mana. Bak kate kawan aku, semuanya dah tertulis di tangan takdir. Soalnyer, harus kah terus menyerah pada takdir? Ceh, terlebih emosi lak. PMS mood la kate kan. Hahaha..

Now, dah sebulan aku pindah dari Shah Alam. Kalau nak kira dengan jari dah lebih dari 10 tahun aku menjadi penghuni kat Shah Alam. Dah macam-macam kenangan pahit, manis, kelat, kusut, masai dah macam-macam lah. Memang sedih. Kalau nak ditanya apa sebab aku pergi padahal Shah Alam tu kira tempat paling aku nak tinggal. Sebabnya hanya satu. Bukan sebab aku dah jadi penganggur, bukan hanya kerana masalah kewangan tapi hanya kerana aku maukan satu penghidupan yang baru. Aku nak berhijrah.

HIJRAH yang memang aku mengharapkan seribu kenikmatan, hikmah yang berpanjangan, rahmat yang berlimpahan. InsyaAllah. Bantu aku YA ALLAH. Amin


Dari AKU,

Monday, April 18, 2011

Hi semua

Salam..

Tak tahu nak mulekan bercerita celah mana. Rindu sokmo nak menulis kat blog. Tapi banyak sangat perkara yang menghalang aku nak membebel kat sini. Nak cerita satu persatu pun malas. Aku tak sehat sangat. Batok dan selsema.

Rindu serindu rindunya. Itu yang mampu ku katakan.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..