Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

Salam Takziah

"wak atok da meninggal"

Innaniillah wainnailaihirojiiun. Sebetolnye aku betol-betol terperanjat. Tengah main-main msg dengan die jugak sebenarnyer. Sat lagi die reply macam tu. Arwah atok Rizal meninggal lebih kurang pukul 10.30 malam tadi.

Erm..maut menjemput bukan mengira waktu, bila dan dimana. Bila ajal sudah tibe pasti kite akan dijemput oleh pencipta kita. Aku pernah bertemu dengan arwah. Umur dalam 80 tahun lebih. Masih sehat dan sememangnye tak ade sakit apa-apa.

Sampai sekarang, aku tak tahu lagi punca-punca kematiannya. Aperpun, moga rohnya akan dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan mereka yang mulia disisi Allah s.w.t.

Pada yang membaca entry dan terbaca sampai abis, sama-samalah kite sedekahkan al-fatihah buat arwah. Al-Fatihah.


Sedikit Renungan..

Menurut Imam Anas bin Malik bumi ini menyeru manusia setiap hari dengan 10 panggilan:

1. wahai anak cucu adam, kamu berjalan di atasku, ingatlah tempat kembalimu
di dalam perutku.
2. kamu melakukan maksiat dan dosa-dosa di atasku, ingatlah kamu akan
diseksa dalam perutku.
3. kamu bergurau senda di atasku, ingatlah kamu akan menangis dalam
perutku.
4. kamu memakan barang haram di atasku, ingatlah cacing akan memakan kamu
di dalam perutku.
5. kamu bergembira di atasku, ingatlah kamu akan merasa susah dalam perutku.
6. kamu menggunakan barang-barang haram di atasku, ingatlah kamu akan
hancur dalam perutku.
7. kamu bersikap sombong di atasku, ingatlah kamu akan menjadi hina dina
dalam perutku.
8. kamu berjalan dengan bersukaria di atasku, ingatlah kamu akan merasa
kesedihan dalam perutku.
9. kamu berjalan diterangi cahaya di atasku, ingatlah kamu akan kegelapan di
dalam perutku.
10. kamu berada dalam keramaian di atasku, ingatlah kamu akan duduk
bersendirian dalam perutku.

Ketahuilah, setiap hari kubur akan memanggil manusia sebanyak 5 kali:

1. aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran.
2. aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam.
3. aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh.
4. aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim” hingga mencucurkan air mata.
5. aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya.

Rasulullah bersabda:
‘Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat’
-riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Al Hakim.

‘Apabila seseorang itu sudah mati, maka diperlihatkan kepadanya tempat dimana ia akan duduk, pada setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia (melihat) syurga, dan apabila ia termasuk ahli neraka, maka ia pun (melihat) neraka’

Sabda nabi lagi: ‘Kemudian dikatakan: ‘inilah tempatmu yang dibangkitkan di Hari Kiamat’. -Riwayat Muslim.

‘Sesungguhnya mati yang kamu ingin lari daripadanya itu ia akan menemui kamu’ - Al Jumuah ayat 8.

Wallahualam.


Firman Allah Taala yang bermaksud :
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )


Dari AKU,

Friday, April 2, 2010

Segalanya sudah TERTULIS..

Pagi ni lemau sangat nak buat ape2. Aku kene flu lagi. Batuk plak tu. Tak pe, dah tua2 mcm ni standet la kan. Penyakit tu macam mengejar jer. Jangan la kejar. Main jauh2 tak boleh ke? hehehe..

"din beramboi meninggal wak.."

Innanillah......Mengucap panjang aku. Akhirnye, pergi jugak pelawak terkenal ni mengadap penciptanya. Arwah ni memang disukai ramai even ada masa lawak dia tu mengarut tahap menyawan. Tapi pemergian dia, sket sebanyak merupakan kehilangan besar pada industri. Kita yang hidup nih, doakan la moga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t. Al-Fatihah.

Minggu ni, macam biasa keje, keje dan keje. Lately, ade je keje yang sampai kat meja aku. Report yang tah bila2 punya zaman la. Dengan project yang lepas2 nak kene refer balik. Ah, pening...!! sempat gak lah aku mc hari Selase hari tu.

" pernah scan?". Aku geleng

"meh sini dik, saya scan"

"tak nak lah doktor" . Sebenarnye aku takut. Ngeh ngeh. Mula lah kepala aku ni ligat dok pikir bukan2..

"mana leh tak nak2.."

Tapi, aku baring jugak la kan. Baik check, atleast puat hati. Kot2 lah ade emas kat dlm perot nih..

"tgk, dinding rahim kamu, darah tebal kat sini, that why u sakit perot yang amat. Tapi, itu normal. Banyakkan minum air suam.."

Ok doktor. Air suam tu feveret aku.

Dan, pesan aku, segera lah ke klinik yang berhampiran even korang rase MCM nak deman. Ingat, kerana NYAMUK, nyawa pun boleh melayang. Walahu'alam..

Thursday, June 25, 2009

Takziah..AL-FATIHAH...

salam..

petang selasa tu, tgh2 membebel sebab lame sangat dah menunggu tren, dapat cal dari alang..

" adik cipong meninggal..."

aku terus mengucap panjang..terkejut ade..seriau ade.." alang ikut cipong balik kampung..takut lak nak bagi die drive sorang2..." ok2..aku kate..tapi dlm hati tertanye2 gak meninggal kenape?..adik yg mane..?


terus dail no fon mak..aku inform kat sape2 yg kenal cipong..tibe2 aku letakkan diri aku lak..cam mane laa kalau aku di tempat cipong..kehilangan org tersayang...nauzubillah...aper2 pun..yg HIDUP pasti akan MATI...

tak lame tu mak cal..ajak g ziarah sok pagi..so, aku pun msg bos bagitau ade emergency..so pagi tu kiteorg gerak g Sabak Bernam..sampai sane je, arwah nih baru je selamat dikebumikan..singgah jap jumpe family dieorg..walaupun nampak ketabahan dlm riak muke dieorg tapi dpt rasekan yg dieorg sekeluarga merasakan kehilangan arwah nih...

arwah ni meninggal sebab kemalangan jalanraya ngan lori..die meninggal kat situ jugak...aper2 pun..moge roh adik iwan dirahmati Allah.. AL- FATIHAH...dalam paper SINAR pun ada berita pasal arwah nih..

baru jap ni alang bagi tau..cipong still tak leh terima pemergian adik die....aper2 pun aku harap die sabar dan tabah menempuh dugaan nih..doa yang terbaik je untuk arwah nih..

teringat kata2 pakcik ( bapaknye cipong..) ..arwah seorg anak yg baik ..pendiam katenyer..tp tak pe laaa, yang hidup mesti akan mati..tersentuh jugak..sedikit keinsafan bersarang kat kepale otak aku..bersyukur aku masih lagi diberi peluang untuk hidup..ampunkan semua kesalahanku YA-ALLAH...amin....





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..