Friday, August 17, 2012

Perjalanan Menuju Syawal 1433

Salam Jumaat.

Pandang kiri, kanan, depan dan belakang - ramai yang dah amik cuti hari nih. Aku je masih setia duduk opis. Aku pun tak paham kenapa aku ada lagi hari ni. Hehehe. Takpe lah. Simpan cuti bebanyak. Sok nak cuti-cuti Malaysia. Jalan pun lenggang gila pagi tadi. Terasa mau racing je tadi.  

Ok. Syawal kali ini. 

Tak banyak yang berbeza. Cuma tahun ni aku beraya sebagai seorang yang bekerja. Bekerja dengan erti kata lain pasti sepupu sepapat yang kecik-kecik tu menadah tangan mintak duit raya. Jangan risau uols. InsyaAllah ada. Dah siap tukar duit awal-awal puase hari tu lagi.

Cuma tahun ni, feel nak raya tu swing sikit. Tak tahu mana silapnya. Takde persiapan raya pun sebelum tahun-tahun sebelumnya. Dulu awal-awal dah beli kain untuk ditempah. Tahun ni - haram takde. Pasti ada kaler tema. Tak pernah pun pakai berbelang-belang. Mesti sedondon. Erm..Mungkin sebab masing-masing - adik-adik semua dah kawen. Semua ada kaler tema sendiri. Kalau nak bertema pun yang tinggal aku, ayah dan mak. Uh, miss that moment.

Totally, tahun ni persiapan raya memang out lah. Sampai saat ni, satu apa pun aku tak beli lagi. Tudung raya takde. Baju raya aku pakai baju yang aku tempah bulan lepas - baju terlonggok yang aku amik untuk dijadikan baju raya. Sandel dah ade - tu pun tak sengaja beli 2 bulan lepas sebab nak setelkan voucher yang Vincci bagi. Lagipun tak pernah pakai lagi. Buat pakai raya sudah.Satu-satu benda yang aku prepare awal ialah Kuih Raya. Awal-awal dah order. Itu pun sebab tak sengaja order.

Yang pasti bonus raya dah dapat. Tadi pagi ada plan nak pergi uptown kat Mines. Mungkin malam ni baru dapat feel raya tu. Harap-harap macam tulah. Bunga api untuk anak buah pun dah beli ni.

Buat semua kenalan samaada di alam nyata mahupun di alam maya, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Jemputlah datang umah.


Gambar di atas : Shooting kat opis. 

Ringkasan : Welcome DADAT. Tahun ni pestime beraya. Tak sabar nak tengok karenah die. Tak lupe Yeyen dan Sholin. 


Dari AKU,

Thursday, August 16, 2012

Kisah Tiramitsu dan Almond London

Salam penghujung Ramadan.


Dah lama tak asah bakat buat kek dan seangkatan dengannya. Dengan semangat nak raya dan semangat tengah kenyang sebab lepas melantak makan sebab tak puasa, aku, eca dan alang selamat mengentel adunan supaya adunan tersebut boleh terbentuk seperti tiramitsu. Supaya sekurang-kurangnya rasa adunan tersebut dapat diterima akal.

Ok. Alhamdulillah. Masa berbuka masing-masing tak sabar nak rasa. Huh. Sedap wo. Tak sia-sia aku keluarkan modal beli bahan-bahan. Hahahaa. Nanti nak buat lagi tapi nak try gune kek pulak.

Malam tadi selamat buat biskut Almond London. Alhamdulillah, menjadi jugak. Takot gak tak jadi sebab dah bertahun-tahun tak buat biskut raya. Dulu pernah buat biskut ni tapi tak jadi - coklat die tak keras-keras sampai ke sudah, even sampai ke raya. Seteres aku mengingatkan balik. So, aku mintak resepi dekat Chekwe. Nasib baik sedap ko. Hahahaa.


Rasa hati : Sayu hati mengenangkan puasa dah sampai ke penghujungnya.


Dari AKU,

Monday, August 13, 2012

Bengkel penyediaan nota jemaah menteri dan Iftar di Marriot

Pergh. Dah lama tak tulis tajuk goblog panjang-panjang. Dah lama ke tak pernah langsung. Aku pun tak ingat. Balik kepada cerita asal. Berpeluang pergi bengkel macam ni time bulan puasa - agak menyalitkan jiwa sanubari. Sedikit seronok bile hujung-hujung email ade bagitau juadah berbuka puase disediakan. Auwww. Sedikit teruja sebab dim sum lat Marriot ni sedap. Haha.

Bertempat dekat Mariot. Dari jam 9.30 pagi sampai 6.30 petang. Waduh. Seriusly, sesak nafas. Mula-mula mamat dari jabatan kabinet ni membebel, aku teruja gak. Banyaknye benda yang aku tak tahu. Apa itu jemaah menteri, apa itu nota, memo. Tapi bile masuk je jam 2, aku dah mula berperang dengan mata. Tangan dah mula nak wasap-wasap. Dah tinjau fesbuk.Tapi part paling bes - makan. Iftar pertama diluar kawasan rumah Pak Ali.


-sekitar Marriot-


Nota : rindu budak2 sek4


Dari AKU,

Wednesday, August 8, 2012

Rezeki Bulan Ramadan - Kurma


Alhamdulillah.

Apa-apa pun kene panjatkan syukur dulu. Baru berkat dek non. Takda apa nak update, just nak sharing satu benda. Untuk pengetahuan mereka yang berminat nak tahu, aku sebenarnya tak makan kurma. Banyak kali aku cuba. Tapi tak masuk dengan tekak aku. Adakah kerana kurma tersebut kurma free sebab aku tak penah ade niat nak beli.

So, tahun ni dapat kurma free lagi. Hari pertama puasa dapat kurma dari big bos. Haji bagi. So, tah apa mimpi aku cuba makan. Not bad. Tak la manis sangat. Macam lemak-lemak berkrim. Then, aku nampak lagi kurma LM bagi. Try lagi. Sedap jugak. So, SKMM pun ada bagi sekotak kurma untuk tiap staff - yang ni aku tak try sebab nampak tak menarik packaging dia. Gila memilih. Hahaha.

Last week dapat lagi. Geng-geng MapInfo bagi. Sedap jugak. Dapat kad raya jugak. The only card for this year. Hehehe

So, dengan bangganya nak bagitau, aku sekarang sudah makan KURMA. Alhamdulillah.


Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..