Monday, May 31, 2010

Macam-macam ADA ..

Macam rase nak pecah kepala laa pulak layan kerja yang tah apa-apa nih. Tak tahu mana salahnya. Data macam cilake ker atau aku yang memang malas nak buat. Argh, pecah benak kepale aku ni kang. Silap hari bulan boleh kuar urat sarap aku ni nanti.

Dah lah aku tak berapa nak sehat. Tekak sakit lagi. Jumaat malam hari tu, aku deman. Esoknya, kul 3 petang baru aku larat nak bangun. Siap makan nasi. Tu pun tak sampai bape suap. Rase mcm nak rembat je nestum Rayyan.


Sesekali dengar suara Rayyan berbual ngan atoknya. Aduhai, tak dapat nak gentel dagu dia minggu nih.





Dari AKU,

Tuesday, May 25, 2010

Edisi 1 : Bukit Merah Laketown

Sebelum aku membebel lagi banyak, aku nak ingatkan ini bukan entry romantis. Saje je kasi panas kat orang2 yang suke mencari yang tersirat dari yang tersurat. Takpun, mencari keburukan dari kebaikan. Lantak ko lah manusia itu.

So, sambung balik apa yang aku nak cerita. Masa aku tgh surf something kat internet sebab bosan yang amat lagi-lagi bila kawan2 yang sekutu takde, istilah GERSANG pasti bersarang. Tah macam mane aku boleh jumpa website Bukit Merah. Menarik gak. Belek punye belek ada promotion baik punya. Sudahnya, aku book..!

Menariknya kat sini, ada Waterpark, Taman Haiwan(Ecopark) dan Kepulauan Orang Utan. Tapi, masa aku pergi ni pulau ni ditutup sementara. Air tasik kering katenye. Ah, mengong tol la. Frust tak dapat pergi.

" Jom laa berenang nak. Bukan jauh sangat pun.." sekadar memberi pendapat
yang sudahnye tak dilayan. Eleh, belagak..

Pada aku, tempat ni quite ok. Memang seronok kat sini. Sampai naik berbelang lah tangan. So, sapa nak pergi, silakan. Tapi, tolonglah jangan bandingkan dengan Sunway Lagoon. Jauh bebenar. Overal, aku HAPPY pergi sini.

Sape-sape nak feel seperti org hutan yang berbulu lebat lagi seksi, meh lah datang sini. Nyaman dan segar lah.



Rujukan web leh klik kat sini --> Website Bukit Merah


Dari web tu, korang boleh tahu semua maklumat yang korang nak dari pelbagai segi. Hotel ke? Harga ke? dan segala2 nya lah.



p/s : aku pergi on weekday, tak ramai org. NOTED : 06/05/2010 aku berade kat sane..~



Dari AKU,

Aku BZ tapi..


Aku sangat bz, tapi aku sempat lagi makan, kira bagus lah kan..
Aku bz, tapi sempat gak dengar celoteh kawan2 yang menegur..
Aku bz tapi aku sempat mkn BIG Apple..Tapi datang dar FUJI..
Aku bz nak gile, tapi aku rase macam nak deman..
Tapi aku tetap datang opis..

Aku penat, malam aku tido kul 12 lebih gak..
Bertenet sakan jugak, layan tv jugak..

Aku bz tapi sempat lagi upload picture kat FB..
Senang citer, macam mane bz nye pun, aku sempat buat banyak perkara..
Bukan nak kate aku ni terel walaupun agak terel jugak..
Sekadar memberi kekuatan pada diri sendiri..
Memberi semangat pada diri sendiri..

Oh blog, rindu pada kamu...! sangat2..kerana ko lah pendengar setiaku...!!


Dari AKU,

Wednesday, May 19, 2010

Kerana CINTA

Semalam aku dapat mms dari Rizal. Ada anjing nak bunuh diri katanya. Dalam hati masa tu dok terpikir, lantak lah. Anjing je pun. Ape nak heran. Kalau manusia pun dah sah-sahlah beliau adalah manusia yang ade otak tapi otak bubuh kat lutut.

Nak mati sangat. Hah, terjun lah. Inilah ghuper manusia takde iman. Dah abis aku mengutuk kaw-kaw dalam hati, baru dapat tahu, manusia tak sunat rupenyer. Dah tentulah takde iman, takde pegangan. Problem sket je nak bunuh diri, nak terjun bangunan, nak makan racun.

Dey tambi. Jangan bikin panas lah.

"putus cinta" bagitahu Rizal.

Tu je sebabnya. Kot-kot lah kene kejar dek along ke. Hutang keliling pinggang ke. Inilah penangan cinta. Nak kata dia bodoh pun tak boleh jugak. Tak kene batang hidung sendiri. Tapi banyak cara lain lagi untuk menghadapi kekecewaan. Nauzubillah. Takut nak kata lebih-lebih. Setianya dia pada cinta.

Bersyukur aku dilahirkan dalam islam. Yang memerlukan kita berpegang pada iman dan redha dengan apa yang dah berlaku. Dan berlajar tiap apa yang jadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Terbayang aku pada mak ngan ayah aku. Tak sanggup nak malukan dieorang. Ya Allah, peliharalah aku seadanya. AMIN



Tapi bila aku tengok balik gambar ni. Memang betol macam anjing. Aduhai, aku ditipu atau sebaliknya. Sekali die saja nak main-mainkan aku. Hanya Rizal yang tahu. Nanti aku kompemkan balik.

Anyway, jangan cube-cube BUNUH DIRI!!!

Dari AKU,

Tuesday, May 18, 2010

Selamat, Bersih dan SUCI

Dah banyak kali aku dengar iklan produk SAFI yang menggunakan motto selamat, bersih dan suci nih kat radio SURIA fm. Tiap kali dengar iklan ni, mesti aku teringat mcm mana aku leh terjebak menggunakan produk nih.

Tahun 2001, Ainatul Aziah yang mengsuggestkan aku ngan produk nih. Tu pun sebab muka aku naik jerawat pasir yang agak kronik. Try lah katanya. Gila berkarat dan kelat muke time nih.

So, bermula lah perjalanan hidup aku ngan produk nih. Mula-mula tu was-was gak sebab inilah produk paling murah pernah aku gunakan. Ceh, ayat tak boleh blah. So, aku gunalah set produk safi balqis dan krim malam yang penutup hijau tu.

(safi balqis)

So, result die mmg berkesan dan best. Serius. Jerawat takde dan muke pun cerah sikit dari dulu. Ye lah, aku ni dah laa amik kursus yang menyebabkan aku mudah gelap gelita dan kusam.

Kalau tak silap tahun 2004, aku ade masuk contest untuk produk nih. Banyak gak aku hantar, tak silap lebih 10 borang. Gigih sebab hadiah utama dia, wang tunai dan melancong. Hahhahaa..aku kan gile berjalan.

So, tak lama pastu dapat call. Nak kata aku menang pun idak. Nak kata aku kalah pun idak. Tapi dia cakap, dia call dari Syarikat UNZA yang menguruskan produk nih.

" u antara yang banyak menghantar borang. Boleh datang office kami untuk jadi salah sorang model kami."

" hah..! MODEL" terkejut badak seketika. Hahaha

Banyak lagi perbualan kiteorg. Tapi saje je nak highlite tang model tu. Memandangkan syarat-syaratnya agak susah nak aku ikut dan terlalu banyak songehnya pun, so aku tolak. Lagipun tarikh dia suruh datang tu sama ngan tarikh aku nak kene pergi amik ujian untuk KPLI. So, pasrah lah.

Lagipun, layakkah aku menjadi MODEL kekdahnya. Lawak laaa...

So, dah lebih 10 tahun aku pakai produk safi. Pernah nak try pakai produk lain tapi teruk muke aku jadinya. So, berbekalkan semangat selamat, suci dan bersih aku setia lah ngan produk nih.

Produk terbaru Safi Rania GOLD. Dah cube? Aku pakai pencuci nye saja.

(safi rania gold)

So, keberkesanan tiap2 produk bergantung penerimaan muke kite jugak. Agak-agak tak sesuai, tak payah lah nak teruskan. Buang masa dan tenaga saja.

Dari AKU,

Monday, May 17, 2010

GHERAM..


Betapa aku geram dengan perangai manusia yang suke melawak tak kena tempat nih. Agak-agak lah kalau nak bercakap tu. Soal mati hidup seseorang pun nak dimainkan. Choi sangat.!!

Esok, lusa sapa kan tahu naseb masing-masing..!!

Dari AKU,

Friday, May 14, 2010

Kekejaman CUACA pada AKU!

Pada yang menjenguk blog nih, korang nampak tak bagaimana keadaan cuaca yang panas telah membuatkan tangan aku yang tak berapa gebu ni berbelang-belang, berbelak dan sewaktu dengannya.


( berbelang-belang kan ? )

"leh normal balik ke?"


Tergelak ina bila aku tanya macam tu kat dia. Boleh la katenya. Huh, lege skit aku.
Gigih aku dok bubuh losyen yang berwhitening bagai ni ha. Harap-harap kembali lah normal tangan aku. Amin

Prinsip yang aku tengah belajar sekarang adalah Kejelitaan adalah milik setiap insan. Hahahaa

Tadi pagi aku masak sambal ikan bawal berserta kacang buncis. Ikan bawal mak aku bagi masa aku balik last week. Nyum2..Jom makan..!!

( nampak menyelerakan tak )

Dari AKU,

Thursday, May 13, 2010

Hafiz penyelamat maruah Malaysia

Dah aku agak dah, kalau menang berbakul-bakul la dapat pujian. Tajuk entry aku kali ni aku cilok dari paper kosmo je pun. Hehehe...Punya lah aku suspen semalam bila beregu kedua Malaysia kalah. Gabra sebab yang akan main pas ni ialah Hafiz dan penentu segala-galanya. Semlam punya lah aku kutuk dia kaw-kaw. Anyway, bukan aku sorang cakap macam tu.

Tapi, as u all semua tahu, dia jugak lah yang menjadi penyelamat Malaysia. Membawa Malaysia mara ke separuh akhir. Tahniah. Pada aku, Hafiz ni dari dulu aku nengok sampai sekarang, permainan die mmg tak konsisten. Jap ok jap kang K.O..!!

So, doakan Malaysia dapat mara ke Final. Tu pun, kalau die berjaya kalahkan si gagah perkasa dari CHINA.

p/s : Sakit tekak. Kurang menjerit kot malam tadi. Hahaha

Dari AKU,

Wednesday, May 12, 2010

Salah Siapa?

Semalam, sempat lah jugak tengok game last oleh Hafiz Hashim. Aku ni tak pandai sangat nak komen pasal permainan badminton nih. Tapi, dari sudut sanubari aku yang suci nan tulus nih, aku nyampah tengok dia main. Macam bagus. Belagak tak bertempat. Macam kontrol macho pun ade gak..!!!

Yang sadis sekali, sikap penyokong Malaysia. Macam harem. Takat nak boo baik tak yah datang stadium. Duk umah diam-diam macam aku. Nak maki hamun pun tak jejaskan imej negara. Buat malu jerk..!!

Orang pergi stadium bagi support bukan bagi boooo haram jadah..Cit podah!

Petang ni, Malaysia akan bertentang mata dengan Denmark. Jangan pandang enteng seh. Mandrem tak kuat lagi jangan kata lu orang boleh kalahkan depa. Aper2 pun buang yang keruh amik yang jernih.

Good Luck babeh..!!

Tengok gambar kat bawah nih. Aksi jurulatih menenangkan pemain. Apo lah. Player pun leh mengamuk sebab kene ejek. Lawak sungguh. Nampak sangat tak profesional.


Nota Lutut: Sempat tengok rosmah cabut undi. Alahai, tangan tak bedung betol la die nih..hihii...

Dari AKU,

Tuesday, May 11, 2010

MC jer lah..

Semalam punye cerita. Badan rase penat jer. Malasnye nak bangun gi kerja. Ah, MC je. Kerja teruk2 pun bukan aku yang kaya. Bukannya aku dapat bonus berbulan-bulan. Paling2 pun setengah bulan or satu bulan. Nekad. Aku tak mau gi kerja.

Ayat-ayat kat atas tu lebih pada ayat sedapkan hati jerk. Hihiiii

Hari ni aku masuk opis setelah hampir satu minggu tak datang kerja. Minggu lepas aku amik AL 3 hari. So, pagi2 lagi aku dah selawat banyak2. Mintak2 lah aku ade mood untuk berkerja. Pastu, aku nak menyembang ngan kawan-kawan. Aku tahu ILA, anjer COREY, chekwe, Ita dan yang lain-lain rindukan aku. Betol tak?

Dan buat Chekwe, takziah atas pemergian ayahanda tercinta. Moga ko sabar dan roh arwahnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin dan Al-Fatihah. Thanks kat Yanti yang bagi info ni petang semalam.

Ok, aku sebenarnya banyak benda nak stori mori. Tapi tunggu mood power rangers aku mai dulu. Tunggu...!!

Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Sunday, May 9, 2010

Oh IBU..

Masa aku mule menaip untuk entry kali nih jam kat laptop ni menunjukkan pukul 12:17 pagi. Dan semestinye hari ni adalah hari 'mother's day' untuk mereka yang telah bergelar ibu. So, lebih kepada feeling2 airmata mengenangkan pergorbanan mereka bergelar ibu.

Lama tak menaip. Lama tak menulis. Ade la dalam 4 hari rasenya. Rase takde idea la pulak. Erm..apa aku nak describe pasal mak aku ni yer.


Sesimple yang boleh aku cakap :- sangat2 sporting, kelakar, agak menghiburkan dan sangat laa peramah. Kat sini aku tak tau nak cerita banyak2 pasal mak aku, yang aku tahu pergobanan die membesarkan aku dan adik2 sangat-sangat tak terbalas.

Sayangilah ibu anda. Pada adik aku ( Alin ), selamat menempuh pahit maung menjadi ibu. Pada kawan2 yang dah pun bergelar ibu, selamat hari ibu. Aku pun nak jadi ibu. InsyaAllah, satu hari nanti.

Emak, Pn.ROHANA TALIB, ko lah ratu hatiku.....

p/s : Ucapan terima kasih pada adik yang blanje Sate Hj Samuri, special tok mak katenyer..hihiiii

Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Tuesday, May 4, 2010

Mase kat PUTRAJAYA Tadi

Tadi pagi-pagi dalam kul 6.45 pg aku dapat sms dari manager aku. Arahan die ringkas je.

"Pija, bawak keta hari ni, nak g putrajaya amik surat".

Hehe..Die tak tau pun selama ni aku memang bawak kete pergi keja. Yang dia tahu aku naik train. Baik bos. Leh mengular dengan jayanya.

Kul 11 aku dah sampai sana. Tempat yang aku kena pergi nih namanya Bangunan Perdana Putra. Kat sini pulak aku kena pergi tingkat 2 di bahagian keselamatan dan maritim.

( Bangunan Perdana Putra )

Kalau korang nak tahu, kat sini aku telah diperiksa tah keberapa kali. Patutlah, bangunan ni memang dilengkapi sistem keselamatan yang canggih. Pak ngan mak POLIS saja yang ada kat kaunter, depan dan belakang bangunan.

Mula-mula beg kena scan, tinggalkan ic (ini dah biasa), tiap kali nak entry kene punch. Ah, pening aku. Tapi ini laa 1st time aku masuk bangunan kerajaan yang penuh ngan sistem security. Lagipun, pada sape-sape yang takde hal berkaitan dengan dieorang ni,jgn hadap lah nak masuk sini.

Dah setel amik dokumen yang patutnya bos aku yang pemalas tu amik, aku pun beredar dari bangunan yang amat la besau ni. Aper2 pun aku mmg agak kejakunan masuk sini. Hahahaa..Lagipun, aku gerun nengok muke-muke bengis polis yang bersepah kat sini. Nak-nak sejak mereka ni rakus dalam penggunaan senjata api.

Harus berjaga-jaga beb..Silap hari bulan nyawa melayang.

Nota lutut : Aku akan takde mulai esok sampai ujung minggu nih. Minggu depan aku ade balik. Don't worry..

Dari AKU,

Monday, May 3, 2010

Aku PENAT..!

Monday blues tahap 101%. Tension sangat..! Dan, hujung minggu yang memenatkan. Sampai ke pagi ni, aku rase kaki aku lenguh-lenguh. Penat mengemas, penat berjalan dan penat bawak kete..

Huh..
Mana taknya, jumaat malam aku pusing-pusing kat Bukit Raja. Ade jualan gudang. Baju memang murah gile-gile. Tapi, sket pun aku tak berkenan. Langsung tak beli apa-apa.

Hari Sabtu, aku sambung lagi jalan-jalan kat Bukit Tinggi, Klang dengan alang. Pusing punya pusing susahnya laa nak jumpe yang berkenan dihati. Ah, fedap..! Balik tu singgah PKNS plak. Niat nak cari tudung. Gigihkan aku.


Malamnya pulak aku jalan2 cari makan kat seksyen 7. Habis makan aku singgah lak kat i-city. Ape ke bendanya i-city nih? Tah la, setahu aku tempat ni dikendalikan penuh oleh MSC. Atau lebih dikenali sebagai tempat komunikasi yang tercanggih.


Tapi pendapat aku:
  • Tempat ni sangat2 cantek
  • Sesuai sangat bawak budak2 dan untuk aktiviti2 family
  • Mudah nak bershoping sebab ada gerai/stall untuk beli makanan dan minuman yang simple.

Erm..tapi aku just drive thru jerk. Tak berhenti parking pun. Lagipun gila jammed. Next time la plak. Oh, lupe. I-City ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..