Showing posts with label Alkisahnyer. Show all posts
Showing posts with label Alkisahnyer. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Terpelecok atau tersungkur?

Salam..

Kecelakaan itu datang tanpa diduga.
Seperti tak sakit.
Tapi satu hari jugaklah tak boleh berjalan..
Penyedap hati..Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil..
InsyaAllah..
Selepas diurut dengan lahapnyer..
Alhamdulillah..
Aku dah berjalan semula..






Mood : Kelaut sebab esok kena masuk opis balik


Dari AKU,

Wednesday, January 2, 2013

Permulaan hari 2013

Tadi aku beratur panjang kat Pejabat Pos. Pejabat Pos kat Cyberjaya ni takde Sistem Nombor. Nak tak nak kenalah beratur. Ade seorang lagi perempuan yang duduk belakang aku. Aku tak tengok sangat. Aku pandang sekilas jer. 

Sampai turn aku baru aku perasan ladies ni pregnant. Kesian. Takpelah, kalau banyak bergerak senang nak beranak nanti. 

Tujuan aku ke sini nak hidupkan lesen. Aku baru terperasan dah 2 bulan lesen aku mati. Memang kena sangatlah bile kerajaan Malaysia buat lesen ni mati time besday. Supaya manusia-manusia macam aku ni tak lupa nak renew.






Saje je cerita. Sebab aku boring tak tahu nak buat apa.

Dari AKU,

Wednesday, December 19, 2012

Dinner - Ala ala Retis gitu

Jujurnya aku tak suka nak join dinner. Lagi- lagi dinner yang nak bertema bagai. Nak cari baju lagi. Nak cari aksesori lagi. Ish lecehlah nok. Last aku pergi dinner 10 tahun lepas. Tu pun malam pra graduate masa kat uitm dulu. Hahaha.

A night at award show. Yeah. Itulah die tema makan malam SKMM bagi tahun ni. Ala-ala dressing macam artis gitu. Ikotkan aku malas nak join. Tp taknak ler dikatekan anti sosial, so aku gigihkan jugak pergi. Target malam tu nak dapat note. Ade 40 bijik tu. Takkan sebijik pon tak kenekan.

Ok. Malam itu aku pakai simple je. Nak kate dress bukan dress. Nak kate jubah bukan jubah. Ah belasah je. Janji pakai baju. Tujuan utama nak makan je pon. Dah makan, dah kenyang baru balik. Haaa. Untuk pengetahuan korang, malam tu takde rezekilah nak dapat note. Aku dapat ice cream maker je, dari Kendwood gitu. Jadilah dari takde kan. Kau ade?

Ok kengkawan. Dah abis. Aku nak sambung meeting yang mana aku terpaksa datang tapi tak paham apa lagi setakat nih.

Babai.




Dari AKU,

Monday, December 10, 2012

Explore Race Cyberjaya

Badan still lenguh-lenguh lagi. Tidur pun macam nak menendang je dah. Hari ni masuk hari ketiga. Bekas-bekas sakit tu ade lagi. Sakit tak tahan punye pasal jugaklah aku telan panadol extend. Ha kurang sikit rasa sakit. Rasa mau deman wo. Mau taknya, dah dekat setahun tak masuk aktiviti lasak. Sekali masuk yang heavy punya. Explore race tu. Mau tak pengsan.

Macam tak caya jer aku masuk explore race. Suka-suka je asalnya. Dari suke-suke terpikir pulak nak menang. Dahlah group semuanya vouge belaka. Jejans pun dua orang jer. Tak menanglah jawabnya.

Sembang dalam email kemain lagi. Pukul 7.30 daftar, jam 8 mula racing. Macam biasa, janji paria, pukul 9.30 baru nak mula. Ada 6 check point yang nak kena completekan. Paling tak boleh blah bila kene asingkan rempah ratus yang bercampur-campur. Ade kacang hijau, jintan manis, lada hitam dan macam-macam rempah ratus lagilah.

Ape-apa pun memang enjoylah. Tepat pukul 12.38 tengahari kiteorang setel main. Yahoo. Puas hati sangat-sangat. Dapat godies lagi. Terima kasih SKMM untuk pengalaman ini. Malam tu pulak we al ade annual dinner dekat Hotel Royal Chulan. Nanti aku update.

So layan gambar je lah ye.



Saturday, November 17, 2012

Kisah 4 hari

Tinggal esok je lagi. Hari Isnin aku dah kene masuk opis balik. Aduh sengalnyer rase. Malasnyalah hai nak mengingatkan kerja-kerja yang tertangguh. Apparaisal lagi nak kene hadap. Peel bos yang kekadang sesungut lagi nak kene hadap. Aduhailah, bebel banyak pun tak guna, nak tak nak kene hadapkan jugak.

Ermm.. 4 hari aku cuti. Paling sedih cuti kali ni aku tak kemana-mana pun. Plan punyalah baik. Plan asal nak pergi Cameron Highland. Tak jadi plak atas alasan cuaca. Lagipun nak bawak budak kecik. Then we all rancang nak pergi Hot Spring Sg.Klah, tapi batal jugak sebab hotel fully booked. Frust giler lah. So jadilah kiteorang penunggu rumah dalam 4 hari nih. Tapi takpe lah, adelah hikmahnye tu . Ayat sedap hati ni uols.

Nasib baik tahun depan nak cuti-cuti Malaysia. Yeah. Tak sabar sangat. Bukan senang nak kumpol satu family. Tunggu.....!!! Yang penting enjoy giler layan anak tuti fruti kat umah.



Dari AKU,

Wednesday, November 14, 2012

Buger Bakar Buatku TERBAKAR

Hari sabtu lepas ikut alang pergi umah baru dia. Pergh. Cantek rumah tu. Untunglah, dah ada rumah. Balik dari sana singgah lak Tesco, Bukit Puchong. Dah setel beli-beli barang, (eh kejap, baru teringat, wa tak bayar lagi duit alang. Hahaha. Nanti wa bayar okey!), we all plan nak pergi makan.

Aku lak dengan bangga ajak Alang and Cipong makan dekat Lokas. Konon nak makan burger bakar. Aku dah dua kali pergi sini dan tapi makan burger bakar sekali je dengan budak-budak opis. Mase tu ok je rasanya. Aku amik daging lombu masa tu.

Second time pergi ni, aku pilih ayam pulak. Mak ai. Bila sampai je, ini bukan beger BAKAR. Tapi beger yang ayamnya digoreng. Bongok! Tak sedap. Memang tak boleh nak telan. Pelik bebenor rasanya. Alang dah menyumpah-nyumpah. Memang dah tak sedap. Patutlah masa masuk tu aku nampak dah takde orang beratur macam dulu. Eeeeee....Mampuih aku tak datang dah!

Ok. Sessi menyumpah dah setel. Sila jangan datang sini untuk dapatkan burger bakar yang sedap.

Dari AKU,

Monday, November 5, 2012

Splash Tour In The RAIN

Salam,

Yeah. We all selamat berjimba-jimba hari Sabtu hari tu. Macam biasa tak pernah plan apa-apa pun. Mandi, siap-siap mekap ala kadar then terus chaw. Destinasi we all kali ni ke Mines je pun. Dah 10 tahun duduk Seri Kembangan, tapi tak pernah sekali terpikiq pun nak naik boat pusing-pusing tasik kat situ.

Ahli majlis macam biasalah. Aku, alang, Dadat ngan Rayyan. Cuaca pulak macam nak hujan. November rain la katekan. Tapi gigih gak naik. Usha-usha pakej mana yang best. Yang ada pun pakej 15 minit,rm22 and rm28 for 45 minit. Pandai dieorang saiko. Dah sah-sahlah aku amik pakej 45 minit tu. Tapi takde rezeki pulak nak naik. Ade problem tekanan air pulak. So, dieorg suggest naik splash tour. Aku ngan alang hanggukkan ajer. Ape bendanya pun aku tak tahu. Yang pasti leh naik for 30 minit.

Hah. Benda alah aku nak naik nih, rupe die macam bas. So, kite akan naik dari atas darat then baru terjun dalam tasik. Bes jugak. Baru 5 minit dalam benda ni, hari hujan la pulak. Adeh. Rayyan baru nak menikmati alam, siap beli makanan untuk ikan lagi. Erm, cuaca makin teruk. Hujan dah tempias masuk dalam. Abang dah mintak dukung. Takut katenyer.


Dah selamat naik atas darat, tak sangka we all dapat balik duit. Alhamdulillah. Dah la siap merase naik dalam 10 minit. Free lak tu. Hehehe. Lenkali nak repeat lagi tapi naik boat yang biasa. Tak nak la naik splash tu. Ngeri sikit. Hahaha. Pada aku kene pergi bukan musim hujan baru best.

Malam tu abang asyik mimpi fish je. Alahai.

Gambar di bawah boleh menceritakan apa yang aku tak reti nak cerita. Mungkinlah! So, layan.





Dari AKU

Tuesday, October 9, 2012

AKtiviti buang lemak : Pindah rumah

Aktiviti minggu ni agak beronok-ronok sedikit. Suke sangat sebab boleh buang lemak tepu yang ada kat badan aku nih. Adik aku pindah rumah. Rumah yang dia sewa sekarang dah ada buyer. Tak pindah jauh pun. Lagi dekat adalah. Dekat Equine tu jer. 

Dah penat-penat buang lemak, perot rasa lapar. Hah, amik kau. We all belasah nasi beriayani gam. Memang sedap sehingga menjilat jari. Aku tanye Firul beli kat ner. Nanti boleh repeat lagi. Rupenye, tak jauh mane pun. At the corner dekat area umah jugak. Huh. Dah makan. Tersadai kepenatan.

Rumah baru alin nih, overal pada aku sangat besar. Rumah dulu-dulu design memang besar lah. Macam standet rumah teres dah even tu umah apartment. Ye ke apartment? Aku pun tak sure. Tapi besar. Ada 3 bilik. Ada 2 bilik air. Ada bilik stor. Dapur luas. So, aku dah berangan nak beli rumah. Dapat rumah macam ni pun jadilah. 

Hah. Apa lagi? Dah abis dah....


Monday, September 3, 2012

Check gigi dan sewaktu dengannya

Plan nak check gigi ni dah lama sebenarnya. Lagi-lagi medical checkup ofis aku include sekali untuk gigi. So, rugilah kan kalau tak utilize dengan sepenuhnya. Lagi-lagi bile Rayyan dah 2 malam mengadu sakit gigi. Bile minum je benda sejuk-sejuk mula la dia kate gigi dia sakit.

Alang-alang nak check gigi Rayyan, aku ajak sekali alang,eca dengan mak. Aku dengan alang tampal gigi. Eca just nak check je. Mak plak cabut gigi. Part paling bes bila tengok Rayyan cool gile masa doktor check gigi dia. Serius tak bajet die leh tolerate sebab nak gunting rambut punye la taknak sampai meraung-raung. Inikan pulak nak cungkil gigi dan tampal.

Anyway aku salute kat dokter tu. Lembut je. Die suggest aku baring sekali. Dokter suruh bukak mulot, dia ngangga luas-luas. Doktor korek gigi pun dia diam je. Sampai lah setel tampal gigi dia. Dokter cakap ade lubang kecik-kecik je kat gigi dia. Sebab Rayyan ni memang kuat menyusu. Next time tampal lagi coz kalau buat sekali gus takut die boring.

Kagum dengan Rayyan. Baru je berumur 2 tahun 7 bulan. Pernah baca kat mana tah. Kene biasakan kanak-kanak seawal 2 tahun dengan dentist. Nanti dia akan biasa dan tak takot dah. Secara personal, aku puas hati buat treatment kat sini. Aku buat treatment kat Klinik gigi Qistina. Dekat je denga area rumah aku. Pada aku murah. Tampal gigi baru RM70. Scalling baru RM100. Nanti nak tampal lagi. Hehehe..

Ok guys. Mata aku dah mengantok tahap apatah ni. Sok nak bangun sahur. InsyaAllah.


Pesanan penaja : Sayangilah gigi anda.

Dari AKU,

Thursday, August 16, 2012

Kisah Tiramitsu dan Almond London

Salam penghujung Ramadan.


Dah lama tak asah bakat buat kek dan seangkatan dengannya. Dengan semangat nak raya dan semangat tengah kenyang sebab lepas melantak makan sebab tak puasa, aku, eca dan alang selamat mengentel adunan supaya adunan tersebut boleh terbentuk seperti tiramitsu. Supaya sekurang-kurangnya rasa adunan tersebut dapat diterima akal.

Ok. Alhamdulillah. Masa berbuka masing-masing tak sabar nak rasa. Huh. Sedap wo. Tak sia-sia aku keluarkan modal beli bahan-bahan. Hahahaa. Nanti nak buat lagi tapi nak try gune kek pulak.

Malam tadi selamat buat biskut Almond London. Alhamdulillah, menjadi jugak. Takot gak tak jadi sebab dah bertahun-tahun tak buat biskut raya. Dulu pernah buat biskut ni tapi tak jadi - coklat die tak keras-keras sampai ke sudah, even sampai ke raya. Seteres aku mengingatkan balik. So, aku mintak resepi dekat Chekwe. Nasib baik sedap ko. Hahahaa.


Rasa hati : Sayu hati mengenangkan puasa dah sampai ke penghujungnya.


Dari AKU,

Monday, July 30, 2012

Sumbat Ikan Cencaru


Dah berapa hari ek kita berpuase?

Serius tak ingat. Tahun ini tak berkesempatan nak buat solat terawih kat surau. Sedikit ralat tapi takperlah. Bukan tak nak pergi tapi adalah sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Tak pergi tak bermakna kat umah tak bolah buat. Tak begitu dek non?

Pagi ni masuk kerja rasa nak nangis. Malas. Mengantuk macam setahun tak tido. Seteres giler. What to do. Nak tak nak harus pergi kerja. Kata nak raya sakan. Mesti la kerja kuat-kuat. Tiba-tiba teringat masa aku try baju kurung memalam buta. Yeyen tegur. 'Ibu nak work?'. Dah malam work apenyer. Hehehe. Pantang nampak aku pakai baju kurung. Work aje.

Pagi-pagi aku dah membebel kat sini. Tujuan aku satu je tadi. Nak abadikan gambar ikan cencaru sumbat aku tu jer. Semalam aku masak. Hahaha. Ingat senang aku nak masak? Tapi walaupun boleh dikira dengan jari aku masak, tapi rasanya not bad ok. Tu pasal kena masak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. Baru menjadi. Huhuhu..

Ok. Menulis sekadar mengambil mood sebelum bekerja. Menulis sekadar menghilangkan rasa ngantok. Semoga berjumpa di entry lain. Selamat beramal.

Nota : Gambar diatas adalah gambar sebenar. Aku yang amik. Itulah die ikan cencaru sumbat aku.

Wednesday, July 18, 2012

Party Buih

Salam pagi Rabu kurangkan berkata-kata.

Last week berpeluang menghadiri jamuan harijadi kakak ipar eca kat Hulu Langat. Memang meriah. Ade badut. Makanan pulak sedap-sedap. Paling aku ingat sampai sekarang ialah masak rendang die- pergh sedap.

Anyway thanks nopi and family sebab jemput kiteorang. Puas makan. Puas jugak tengok Yen duduk diam sebab takutkan badut. Hehe. Anyway, Happy birthday kat tiga anak dara Nopi yang comel-comel. Semoga menjadi anak yang solehah dunia nak akhirat.

Ok. Masa untuk layan gambar.








Pesanan Penaja : "Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang."


Dari AKU,

Saturday, July 14, 2012

Plan hari ini

Salam pagi Sabtu. Jam 7.53 pagi.

Plan awal nak jogging. Tapi terbantut sebab takde geng. Macam boring jer nak lari sorang-sorang. Ah, alasan la sangat. Saat ni masih duduk atas katil. Sambil memikirkan apa yang aku nak buat hari ni. Basuh kain? Jalan-jalan menghabiskan duit or pergi scalling gigi yang dah lama tertangguh?

Doktor gigi.

Fine. Aku sebenarnyer takot jumpe dokter gigi. Gigi dah berlubang besar dan sakit tak ingat baru aku tehegeh-hegeh nak pergi. Tapi memandangkan aku ade lagi 2k plus medical claim yang perlu dihabiskan, baik aku pergi. Fully utilize orang kate. Rugi woo kalau tak gune.

So, aku dah tau dah nak buat ape. Pergi jumpe dokter gigi. Jom Ecah.

Dari AKU,

Friday, May 11, 2012

Senamrobik PPRV

Salam.






Biasa aku bersenamrobik hari satu and ahad pagi. Tapi hari ahad aku jaran g join sebab nak tidor sampai lebam. Lately ni pun jarnag sangat dapat join. Ni semua gara-gara tidur lambat then pagi payah nak bangun. Lagi-lagi bila tengok yen tidur dengan lena kat sebelah. Kempem obesiti ni dah sampai tamat tempoh dah pun. Kalau tak silap sampai bulan 6 ni je. Lepas ni lagi susahlah nak buang lemak. Lari keliling rumah je sudah.

 Last week sempat gak join sukaneka taman. Salah satu aktiviti untuk kempem ni jugak. The best part is group aku menang. Dapatlah hadiah berupa termos. Nasib baik menarik. Seronok tengok buda-budak main. Cabut bulu musang lah. Cari gula dalam tepung lah. Rebut kerusilah. Game ni aku main tapi tewas dengan akak-akak yang badannya sepoloh kali ganda dari aku. Tak mampu aku nak tolak punggong dieorang.

Untuk makluman, aku sedang menguruskan berat badan.

Sekian.

Dari AKU,

Monday, April 30, 2012

Bersih Kan.

Salam satu Malaysia.

Aku tak nak bercerita pasal Bersih pun. Sebab takde yang bersih aku tengok. Bersih dari segi apa tah. Jujurnya di mata aku hanya kotor. Semak dan paling sedih, aku tak dapat nak turun KL hari tu. Nak beli baju raya tau. Tak pasal-pasal aku tala ke Kajang. Sangat mendukacitakan. Kecewa. Aduh la. Seteres bila mengingatkan.

Macam aku cakaplah. Tak nak cakap pasal Bersih. Just to update serba sedikit pasal adik aku.

Rezeki. Kata orang kalau dah rezeki tak ke mana. Rezeki orang nak kahwin. Sebulan lagi nak kawin, dapat tukar ke Semenanjung. Lagi 3 minggu nak kahwin, ada peluang lak tukar ke negeri tempat dia berak dan kencing. Kan rezeki namanya tu. Aku pun tumpang happy dan syukur alhamdulillah. Paling best kiteorang adik beradik duduk dekat-dekat je. Senang sikit nak bergosip.

So, aku hentikan cerita aku takat nih sahaja. Jumpe di lain waktu.


Dari AKU,

Tuesday, March 20, 2012

Training dan Makan

Salam.

Meluangkan masa untuk sedikit coretan yang tah ada tah idak manusia yang nak baca. Sekarang aku dah gemuk. Asik training pastu makan. Dulu aku 48kg jer, now aku dah 53kg. Semua dah tak muat. Uwaaaaa...

Susah nak control makan. Balik umah mak masak sedap-sedap. Macam rugi je tak makan. Hari Sabtu aku join gak senamrobik tapi lepas bersenam aku cari kedai nak makan nasi lemak. Tambah balik lemak.

Tibe-tibe aku seteres. Serius.



Dari AKU,

Monday, March 12, 2012

Waiting fo you Darling

Salam;
For my little boy;

The things you should know;
  • Mak awak sembilan bulan 10 hari alahan muntah2 masa mengandungkan awak
  • Mak awak turun darah sebagai tanda nak deliver awak
  • Mak awak sakit dari jam 12.30 malam tapi sampai pagi awak tak kuar2 lagi
  • We all tak sabar nak tengok awak ( masa ni mak awak kate dah bukak 8cm). Ibu paling tak sabar sebenarnyer!

Now, alang still kat DEMC. Tengah bertarung nak keluarkan anak dia. Hopefully, semuanya selamat. Amin


Update : Alang selamat deliver baby with normal process and baby 3.2 kg. Alhamdulillah.


Dari AKU,

Monday, March 5, 2012

Menghitung Hari

Salam..

Sedang menghitung hari. Ingatkan die dah kuar semalam. Tapi until now, he still inside her mummy tummy. Cepatlah sayang. I can't wait anymore.



p/s: tak sabar nak tengok cipong junior


Dari AKU,

Friday, January 13, 2012

Kesakitan 2012

Kesakitan yang dah lama tak rasa. Mula-mula buat cool. Buat biasa. Tapi tak mampu. Terpaksa bagitau kat budak-budak nih.

"Akak sakit perot lah"

Masa tu aku dah rasa nak deman. Tangan dah sejuk. Nak makan pun dah tak lalu. Bertahan sampai kawan-kawan opis aku makan. Dam!! Aku tak mampu nak berdiri. Rasa nak menangis. Tapi tak kan nak nangis depan dieorang pulak.

Lepas makan, Jason offer nak bawak kereta. So, pendekkan cerita, sampai klinik aku terus muntah-muntah. Lagi parah bila doctor tu bagitahu yang aku kena apendik. Mak datok. Panik. Takot. Mengelabah. Rasa nak nangis. Surat cinta suruh aku pergi Hospital Serdang dah kat tangan.

Lagi sekali Jason tolong hantarkan. Terima kasih banyak-banyak.

Hospital Serdang. Tiada pilihan sebab masa tu aku tengah sakit. Apa jenis hospital yang doctor panel tu bagi aku angguk je dari die terus gembira menekan-nekan perot aku yang tengah macam nak putus 100 urat. Sakit sangat.

Tak mampu nak berkata-kata pasal hospital ni. Dah menunggu setengah jam baru nama kena panggil untuk dicek oleh nurse. Amik air kencing. Cek aku deman ke tak. Tanya skala kesakitan aku dari 1 ke 10. Aduh, rasa nak sepak je. Pastu dok tanya aku sakit apa.

Dah terang-terang kat surat tu tulis:
Abdomen pain
Muntah-muntah
Deman –temp aku tinggi
Dan bla bla bla

Lepas nurse check, kene daftar balik untuk jumpe doctor. Ah gile. Dipendekkan lagi cerita, aku sampai kul 2.30 petang. Aku jumpe doctor pukul 4.30 petang. Pukul 5 baru dapat result. Pukul 5.30 aku hanya dapat ubat tapi die bagi aku panadol je.

Doctor kata: Saya TAK PASTI kamu ada apendik atau tidak!!! OMG. So aku balik dengan gembira tak payah kene operate, tak payah kene duduk wad. Tapi yang tak besnya aku kena tanggung sakit tu dalam tempoh yang lama.

p/s: waiting for next check up


Dari AKU,

Tuesday, January 3, 2012

HAI 2012

BYE BYE 2011.

Terpalit hanya kepahitan di awalnye. Terduduk, tersadung, terdampar dan akhirnya disudahi dengan kesedihan dan kesakitan. Tapi aku gagahkan hati, kuatkan jiwa kenangkan keluarga, dan aku harus bangkit. Bangkit seboleh-bolehnya. Berjuang sehabis mungkin. Aku mengadu, aku menangis hanya padaNya. Alhamdullilah, aku temui kebahagian. Bahagia dipenghujung tahun 2011.

Selamat datang 2012.

Pinta aku hanya kebahagian yang hakiki. Aku tak sanggup nak sakit lagi. Betol tak sanggup. Ya Allah, lindungilah aku. AMIN. Berilah apa yang sedang aku impikan. AMIN. Ampunkan segala dosa-dosaku maupun dosa kedua orang tuaku, keluargaku. AMIN. Murahkanlah rezekiku. AMIN





Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..