Saturday, August 27, 2011

Kisah GEMBIRA Ramadan INI : Versi SKMM

Kisah hari Selasa

Aku ingat lagi pagi tu hujan turun lebat sangat. Masa aku dengar bunyi hujan, sambil itu jugaklah aku memanjatkan doa semoga Allah berikan rezeki yang luas untuk aku. Mase aku nak pergi kerja, hujan tak jugak berhenti lagi. Dalam kereta sebelum nak gerak, aku berdoa lagi.

Sampai dalam lab, aku berdoa lagi. Masa berdoa tu, aku tak tahu kenapa air mata aku tiba-tiba je mengalir. Nasib baik takde orang. Hehehe..

Tengahari tu aku naik ke surau. Masa tu lah aku dapat call yang akan telah berjaya untuk mendapatkan pekerjaan di SKMM, Cyberjaya. Mase tu tuhan je tahu macam mana happynya aku. Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah kerana makbulkan doa aku. Hanya airmata yang mengiringi setiap rase syukur yang aku lafazkan.

Mungkin ini hikmah di sebalik apa yang terjadi. Alhamdulillah. Esoknya, aku di minta mengambil surat tawaran.


sekadar berkongsi :
“Doa tidak tertolak pada 2 waktu, yaitu ketika adzan berkumandang dan ketika hujan turun” (HR Al Hakim, 2534, dishahihkan Al Albani di Shahih Al Jami’, 3078)


Dari AKU,

Friday, August 19, 2011

Bila Sudah REZEKI

Syukur, alhamdulillah. Rezeki bulan Ramadhan. Walaupun ada sedikit keluhan dalam hati, berbalik-balik macam apam balik. Nak pergi ke tidak. Tapi bila aku pikir-pikirkan balik, mintak pandangan pada family, aku rase aku perlu untuk menghargai kesempatan yang datang, aku nekadkan jiwe dan raga untuk pergi jugak. Janji puas hati. Dapat tak dapat belakang kira. Suka atau tidak pun soal kedua.

Masa mula-mula masuk Shah Alam, aku rasa semacam. Hampir 5 bulan aku tinggalkan tempat ini dengan seribu kenangan. Ikutkan aku dah tak nak jejakkan kaki kat sini. Adakah aku kuat. Alhamdulillah, aku tersenyum. Aku dah semakin redha rupenya. Terima kasih Ya Allah.

Jam dah pukul 8.30 pagi. Interview pukul 9 pagi. Cepat-cepat aku park kereta. Pada Dr. Saiful, aku mintak MC. Memang tak sehat pun. Selesai interview, aku puas hati. Takat nama MB Selangor, aku dah hafal dah. Hahaha. Kat sini jugak, aku bayar zakat fitrah.

Suprisenya, pukul 2 petang orang SUK ni call samaada aku berminat untuk berkhidmat di JPS, Sepang. Waduh, SEPANG!!!! Let me think first.


Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)




Dari AKU,

Monday, August 15, 2011

Fenomena IMAM MUDA

Suaranya lunak. Bacaan pun sekadar surah-surah lazim. So, jujurnya takde la kepala otak aku menerawang sangat ke tempat lain disebabkan dek bacaan yang terlalu panjang. Betapa susahnya aku nak menjage khusyuk dalam solat. Ermm...

Macam biasa selesai 4 rakaat pertama, sessi tazkirah akan dimulakan. Kebetulan aku berada di barisan yang agak depan. So, aku memang nampak jelas la sapa yang akan sampaikan tazkirah malam tu. Macam kenal muka mamat ni. Pastu aku dengar sok sek makcik2 kat depan tu dok kate 'imam muda'...'imam muda'...

Aku perhatikan betol-betol. Erm, memang dia. Salah seorang peserta iman muda musim kedua. Tak silap aku name dia Najdi. Agak kecik molek dan masih terlalu muda. Tapi aku suke cara die menyampaikan tazkirah. Jelas dan bersahaja.

Yang bestnya dapat tengok budak-budak ni beratur nak bersalam dengan imam nih. Sampai ada yang salam dua tiga kali. Betapa kanak-kanak sekecil umur 5 6 tahun mengenali imam ni. Ada tu siap jerit. " Ibu, adik dah salam dah imam muda. Nanti nak salam lagi ye bu". Takde lah depa dok kenal sapa Shahir, sapa Hazama dan sapa Stacy. Hehehe..

Cuma yang tak sedapnya bila aku sempat mendengar ada dikalangan jemaah perempuan sebok nak mengambil gambar togeder-geder. Adoi la. Agak-agak lah. Kat surau ni beb.




p/s : Macam mane pulak la dengan rancangan Ustazah PILIHAN..


Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Wednesday, August 10, 2011

Lestari, UKM Bangi

Menarik tempat nih. Cantek. Berbeza dengan tempat aku setadi dulu. Mungkin jugak sebab suasananye yang penuh dengan pokok yang buat aku suke. Aku kan pencinta alam sekitar. Anyway, salam hari Rabu untuk aku dan kawan-kawan yang rajin nak singgah kat sini.

Alhamdullilah. Hari ketiga aku di UKM, Bangi. Takde apa yang mencabar setakat ini. Pc pun asik hang jer. So, melepak je lah keja. Ape lagi nak buat. Sambil-sambil usha blog, tulis entry ni tapi tak tahu nak karang ape. Anyway, aku bersyukur dengan rezeki ini.

Dah lama tak tengok akaun nuffnang. Sekali banyaknya BE. Tapi sebab aku tak aktif, tak la masyuk. Yang dah jadi ME pun banyak. Dulu mase aku gigih takde pulak nak kasi. Bile aku dah malas nak layan, baru nak bagi. Gini rupenye caranya.

Now, i'm back babeh.

Dari AKU,



Thursday, August 4, 2011

Ramadan INI

Ramadan kali ini boleh dikatakan ramadan yang sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Jujurnya ramadan kali ini sangat bermakna pada aku. Sedikit demi sedikit aku mendapat petunjuk dariNya. Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku lalui sekarang. Bersyukur sangat-sangat yang mana aku tidak perlu terus duduk dalam keadaan yang aku sendiri tidak pernah tenang pun. Melebihkan dunia yang melekakan.

Menyesal? Dulu masa aku disakiti, aku menyesal sangat-sangat dengan ape yang aku dah buat. Sekarang? Alhamdulillah, aku makin redha dan aku berserah sebulat-bulatnya padaNya. Nampaknya aku dah nampak kebaikan sedikit demi sedikit setiap dugaan yang aku tempuhi.

Buat semua, selamat berpuasa.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..