Showing posts with label Jiwe Kacau. Show all posts
Showing posts with label Jiwe Kacau. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Menyeksakan bila perlu MENANTI

-gambar curik dari google-


Penat menungu situasi 1

Aku dah nampak kau tadi bos. Tapi kau masuk kejap bagi EA form pastu kau keluar balik. Penat aku tunggu kau tau dok. Dari semalam. Status aku kat sini hanya kau je yang boleh update. Ada ke jodoh lagi antara kita. Dan sememangnya aku mengharapkan masih ada. Hehehe. Memang kau tak tahu nak menepati janji lah bos. Kau tau ape makne munafik? Kau mane nak tahu sebab kau bukan Islam pun. Eee...aku geram.

Penat menunggu lagi tapi situasi 2

Aku dah msg, aku dah inbox tapi takde respon. Aku tak tahu berapa lama lagi aku kat Segambut nih. Entah-entah esok aku last. Entah-entah minggu depan kau dah tak nampak kereta aku parking kat sini lagi. Itu sebab aku usaha cari kau di mana-mana. Hello kawan yang budiman, aku paham kalau kau dilanda masalah yang tak dapat dielakkan tapi aku pun ada hati dan perasaan. Letih beb nak tunggu kemunculan kau.

Barang kau ni bile nak amik. Aku dah marah nih. Rase nak sepak-sepak je kalau kau ada kat depan mata. Hehehe...itu aku tipu. Kalau kau baca, cepat-cepat cari aku sebelom aku betol-betol sepak kau.!!

Penat menunggu lagi dan lagi situasi 3

Aku lapar. Macam nak makan chiken chop nih. Sape nak blanje?



p/s: Mood ke laut Afrika Selatan. Nak makan......!


Dari AKU,

Tuesday, March 1, 2011

Penat dengan DIRI SENDIRI

Penat. Mungkin itu perkataan yang paling sesuai untuk aku luahkan apa yang terbuku kat dalam hati ini. Fizikal aku memang nampak aku ok. Masih lagi nampak gagah bak gaban. Tapi otak aku? Totally lost. Penat nak uruskan itu ini. Bila nak selesai pun aku sendiri tak pasti.

Rumusan yang aku dapat, semuanya tak akan mudah untuk diselesaikan. Putuskan. Ye, aku putuskan untuk menyerahkan bulat2 padaNYA. AKu dah berusaha tapi aku tak berdaya. Bantulah aku Ya Allah.

Amin.

p/s: Terima kasih untuk teman yang blanje aku makan tadi.

Dari AKU,

Tuesday, February 22, 2011

Sakit Kepala Otak !!!!

"hi hafiza. How are you?"

Aku punye lah berangan nak balik awal. Datang kerja pun aku belasah je pakai jeans. Boleh pulak bos bosar dari Ipoh buat sport check. Nasib baik tengah gigih tekan keyboard. Tengah gigih siapkan report. Aku pun kasi senyuman yang paling manis sekali. Die pun senyum manis sama macam aku gak. Signal baik tu. Aku rase selamat disitu.

Saat ini, aku tengah sakit kepala otak. Dari tadi bau minyak angin dah menemani perkarangan opis aku. Maafkan aku Aisyah, maafkan aku Shidi andai korang dapat menghidu baunyer. Korang jangan tak tahu, minyak tersebut baik untuk kesihatan hidung dan dalaman kamu orang tau.

Febuary dah sampai ke penghujungnya. Tibe-tiba aku rasa jantung aku pantas belari. Otak ligat berpikir. Apa yang bakal terjadi? Baik atau buruk ke? Aduh, sakit otak. Sapu minyak lagi. Minyak bukan lagi jalan penyelesaiannya. Aku harus tidur. Tidur di bilik yang disediakan bagi urusan yang lebih penting. Ya bilik solat.

Aku tidur dulu teman. Sekali lagi aku tewas bermain dengan emosi.


Dari AKU,

Friday, January 21, 2011

Sukarnya Membuat KEPUTUSAN

Nafas rase nak terhenti. Bagaikan hampir semua jiwaku pergi. Airmata tak payah cakap. Mencurah-curah bagai air terjun. Betol ke keputusan yang aku buat ni. Aku tak nak terus terluka. Aku hanya memberi masa pada hati.

Sorry...tak larat nak teruskan. Pada kengkawan yang bisa menyapa ku di YM. Tolong jangan utarakan soalan tentang entry ini. Aku tidak mampu untuk bercerita.

Doakan aku baik-baik sahaja.

Dari AKU,

Tuesday, January 11, 2011

11 January

Cantek tarikh hari ni. 11.1.11....

Secantik lagu yang aku minat sangat iaitu lagu dari kumpulan Gigi - 11 January. Tapi kala ini, hati aku tak secantek tarikh hari ini. Masuk je kerja aku dah mula sebok. Gelisah dengan perkhabaran yang kurang enak. Perkhabaran yang menentukan hala tuju masa depan aku.

Pada-Nya aku memohon moga aku tidak ditimpa sebarang perkara yang tidak diigini. Amin...


Dari AKU,

Tuesday, December 21, 2010

Bikin PANAS engkau ye.

Pagi ni liat sangat-sangat nak bangun. Kepala hotak dah set bos aku takde. Perot lak memulas macam mintak ditenyeh-tenyeh dengan iron. Kang melecur pulak kalau nafsu serakah tu aku turutkan. Aku gak yang cacat nanti.

Dalam keadaan lemah longlai, aku gagahkan jugak bangun. Nak iron baju. Bukan iron perot ok. Dalam keadaan aku macam ni, mood aku boleh jadi macam-macam. Aku lebih suke berdiam diri dari aku cakap bukan-bukan yang tak pasal-pasal tahi telinga yang lama dah bertapa kat telinga boleh automatik gugur.

Aku tengah bengang dengan seorang paria nih. Aku dah hantar baju tu 3 minggu lepas lagi. Satu minggu siap katanya. Minggu depan tu aku datang, die kata ahad malam. Ahad malam aku datang, dia kata minggu depan.

Betol berbelit lah ko nih. Masa tu aku mampu lagi tersenyum. Ko pun tersenyum aku tengok. Manis betol. Masa tu, aku takde apa-apa rasa lagi.

Minggu depan tu aku datang - hari Sabtu, ko kata Ahad tengahari. Bila ahad petang aku datang, kau kate Selasa pulak. Woiiiii..........!!!! kap alip ya nga. Betol cibai la ko nih. Boleh ko cakap betol-betol tak bila ko boleh siapkan. Ko ingat aku suke ke nak mengadap kedai ko.

Hari ni aku kasi kata putus. Kalau ko tak boleh siapkan, ko cakap. Kalau ko belum jahit, bak sini balik baju aku. Duit aku dah bayar full.

"kaka..jam 9 siap"Aku pegang cakap kau. Tak siap, aku cakap bahasa urdu nanti. Tunggu..


Kata Hati : Sakit perot nih


Dari AKU,

Monday, December 20, 2010

Sakit KEPALA

Rase kusut sejak kebelakangan ini mengundang sakit kepala yang agak teruk hari ini. Bile aku belek kalendar, tanda-tanda nak period tu akan tiba tak lama lagi. Patotlah jiwa rasa diusik je, hati rase kegelisahan dan keboringan serta jiwa rase tak tenang.

Dari pagi aku mencari sesuatu untuk dijadikan rujukan. Dah dapat dan tindakan susulan pun dah aku buat. Yang mana, hasilnya mampu buat aku tersenyum sendiri.

Tapi..Bukan pinta dipuji, mahupun dihargai tapi hanya sekadar ingin berkongsi. Tapi apa aku dapat? Hanya kata-kata yang merosakkan mood. Dan..Entah mana silapnya, aku dikatekan ego. Sedih....!!

Migrain kian menyerang..Pasrah!!


p/s : Monday Bulus-bulus. Tension

Dari AKU,

Thursday, December 16, 2010

Nukilan Malam Hari

Salam..

Aku jarang nak update blog waktu malam-malam. Antara sebab utama tak lain tak bukak aku takde berok band. Hahaha. Kalau ade pun, tahap kelajuannya setanding dengan siput sedot berjalan. Macam haram.

Masih mendiamkan diri di dalam bilik yang dah hampir 10 tahun aku duduki. Masih belom mandi. Hehehe. Jap lagi lah. Sejuk. Tadi sampai umah pun dah pukul 8. Sembahyang Magrib dulu. Perot lak kenyang lagi. Dok melantak nasi goreng ikan masin mase bukak puase tadi.

Ish, tengah sedap-sedap layan tulis blog, dengar lak jiran aku memekak. Jiran yang selalu bikin kami panas. Jiran yang macam haram jadah. Menyusahkan orang. Tak pasal-pasal emosi aku terganggu dek jiran bengong sebelah umah ni. Ah, boleh jalan lah.

Kat satu sudut bilik ni, adik aku-Alang dah membute dengan gaya yang agak seksi. Tak mandi lagi gak tu. Setelah sekian lama aku duduk sorang-sorang kat bilik ni, kali ni dia datang balik. Tu je la keja dia. Kejap ada, kejap takde. Kire aku ada peneman la sekarang. Rezeki orang nak kahwin, dapat kerja kat DEMC.

Post kali ini memang aku merapu meraban. Ok lah semua, aku nak pergi mandi. Harap-harap perot aku tak buncit lah. Huhuhuuuuuuuu

Selamat malam semua. Sat lagi aku mai balik.

Dari AKU,

Friday, December 3, 2010

Jiran oh Jiran

Salam Jumaat.

Dah petang dah pun. Berhenti la buat keja. Hari Isnin boleh sambung. Manager aku takde. Pergi Ipoh katanya. Bes-bes. Ikotkan, aku teringin sangat nak cerita pasal jiran aku. Jiran aku baik seblah kiri baik yang seblah kanan, perangai masing-masing memang tak serupa orang.

Lagi diam lagi dieorang buat perangai. Lagi biar lagi dia pijak kepala aku dan kawan-kawan. Dah la tua, OKU pulak. Orang tua ni banyak orang tua. Kalau nak orang respect, perangai biar elok-elok sikit. Selagi ko bukan mak dan bapak aku, aku peduli apa.

Emo? Agak emo jugak lah. Hehehee

Nak tahu kenapa? Bakal bersambung. Itu pun kalau aku ingat nak bagi tahu. Pasal parking, pasal tong sampah, macam-macam pasal lagi lah. Eee. geram..

p/s: Ape-ape pun aku tak pernah lagi cakap apa-apa kat mereka. Masih tahap sabar lagi.


Dari AKU,

Wednesday, November 24, 2010

Rimas


Mood aku pagi ni memang tak berapa nak bagus. Aku tengah sakit kepala. Lepas tu, pagi-pagi lagi dah sakit perot. Simpton biasa kalau aku nak period. Benda ni ikot gak. Tak la tiap kali aku nak period, aku kena nak lalui benda-benda ni semua. Kadang-kadang tak rase ape-ape pun. Kadang-kadang rasa macam nak tercabut usus perot.

So, bergantung pada keadaan jugak.

Seriusly, aku tengah rimas dengan keadaan sekarang. Rimas nak mengadap benda yang patutnya tak mendatangkan apa-apa masalah pun. Benda kecik nak diperbesarkan. Apetah lagi kalau benda tu besar. Mulelah nak melalak, memekak nak menyalahkan orang lain. Salah sendiri tak nampak. Berbincang kunun tapi nampak macam memaksa.

Rimas........!!!

Bilalah semua ni nak berakhir. Berharap agar segalanya berjalan dengan lancar tanpa rasa tertekan dan sakit hati pada sesiapa. Aku memang tak banyak soal. Tapi jangan bagi aku menyoal takot aku memaki tanpa aku sedar sape engkau. Mintak jauhkan.


p/s : Takde kena mengena dengan dia, dia dan dia.


Dari AKU,

Wednesday, November 10, 2010

Sesak NAFAS sudah.....!!!

Otak aku sudah penat. Nak oksigen please. Ada sape-sape yang sudi nak kasi aku CPR secare online tak? Sesaknyer nafas. Paru-paru dah kembang. Otak dah tepu. Jiwe dah kacau. Perot dah lapar. Nak goreng pisang panas. Nak air teh tarik tapi buh ais sikit jerk.

Ada sape-sape nak tolong aku siapkan kerja aku ni tak? Sharing is caring ma...Huhuuu

Kata Hati : Ingin terbang ke Pulau Dayang Bunting mencari ketenangan.


Dari AKU,

BZ yang tibe-tibe

Amik ko pija. Tibe-tibe aku bz sebab baru perasan sume database nak kene submit by nextweek. Baru terhegeh-hegeh nak buat keje. Aduh boleh meroyan aku nanti. Mane nak loading data. Mane nak update table. Mane nak prepare database.

Pada kawan-kawan yang kasi award tu. Terima kasih. Aku amat hargainya dan terharu gile babeng nih. Tapi....Takde makan-makan free ke?


p/s: Tak sempat la nak jenguk kawan-kawan. Tapi korang jangan tak jenguk aku plak..Hahahaa

Dari AKU,

Sunday, November 7, 2010

Musim Agaknya.

Tengah selseme dengan batok. Teruk jugak. Sampai naik suhu badan. Senang citer aku deman jugak. Semalam mak deman. Pergi hantar kelinik. Tinggi betol suhu mak. Alhamdullilah, hari ini dia dah sihat. Mak deman jer. Tak batuk. Tak selsema macam aku. Lambat sikit la nak baiknya.

Tapi takper. Orang kate penyakit ni penghapus dosa-dosa kecik. Mudah-mudahan.

Tak tahu nak membebel ape petang-petang nih. Hati rase sayu jerk. Rase sedih jerk. Mungkin sebab aku tak sehat. Ade je bende-benda tak bes melekat dekat hati.

p/s: Banyak benda yang tak bes jadi sejak 2 menjak nih. Aku redha. Allah sedang menguji.


Dari AKU,

Friday, October 29, 2010

Jaga TEPI KAIN sendiri sudahhh..!

Macam gampangkan kalau ade orang lain yang takde kene mengene dengan diri kita nak menyebok hal kita. Lagi gampang kalau depan kita punyalah baik. Sengih-sengih mcm kerang busuk. Kerang pun tak busuk macam tu.

Aku cakap ni pasal jiran aku. Dah kawen. Dah ada anak. Tapi pepandai buat cerita yang bukan-bukan kat ex-housemate aku.
Cerita dahlah tak betol. Pastu, siap tambah belacan dengan ajinomoto.

Wei jiran. Dosa memfitnah lagi besar dari membunuh tu.

Selame ni ko terhendap-hendap curi pandang kat kiteorang, aku tak amik pusing pun. Orang nak sidai kain pun ko pandang. Nak panaskan enjin kereta pun ko pandang jugak. Pandang bukan sebarang pandang. Siap tak berkelip.
Dah tengok kat dia balik pun die buat tak reti. Nak tengok ko sopan pun time bini ko ade jer. Memang tak toleh kiri kanan dah. Jalan pun menonong jer.

Gile betol berjiran dengan orang macam nih.



p/s : dia juga dipanggil perompak oleh budak-budak umah aku..


Dari AKU,

Friday, October 1, 2010

Aku Tengah BORING

Aku tengah boring ni. Dah 3 entry aku goblogkan hari ni. Tak pernah-pernah aku nak melalak kat blog sampai 2 3 entry. Paling-paling pun satu posting untuk sehari. Aku bosan ke aku risau nih.

Aku sendiri pun tak pasti. Aku boring. Bile aku boring, aku boleh jadi macam-macam. Aku leh tanye benda yang sama banyak kali. Boleh main game sampai lupe aku tak solat lagi. Bole automatik mengumpat, membahan, mencipta sajak, berpuisi. Aku akan pastikan yang aku tak mengedik..!!

Aku nak balik. Aku tengah bosan. Kawan yang setia nak layan aku boring pun takde. Tadi ingatkan lepas makan nasi lauk daging masak kicap aku punye bosan dah hilang. Sekali makin bertambah lak.

Padahal aku ada posting tertunggak. Posting raya Sakai tak goblogkan lagi nih. Pesal macam malas sangat je nih. Nak cerita pasal raya je teringat kuih bahlu, ketupat lemang. Terus jadi lemau.

Yang pasti, aku nak balik. Nak shopping. Nak tengok wayang...MAGIKA? ok tak korang citer tu?

Dari AKU,

Monday, August 23, 2010

Monday BULUS-BULUS

Rasa bengang je. Rasa macam nak menampar orang jer. Tak dapat tampar banyak kali - sekali pun dah cukup. Baru lega agaknya boring yang melanda kepala otak aku time ni.

Aku tengah pikir mana perginye mood aku sebagai pekerja yang berkhemah? Ni mesti gara-gara nak raya. Pastu bajet pulak tak buat-buat lagi. Ngerilah nak buat. Takut bajet yang aku idam-idamkan tidak menjadi kenyataan.

Aku nak seluar levis baru.
Aku nak sandel tumit tinggi. Dah 2 tahun pakai sandel yang sama. Sedih!
Aku nak kasi duit raya lebih dari biasa kat mak ngan ayah aku..
Aku nak baju baru yang agak bling-bling.
Aku nak macam-macam lah senang cerita.

Tapi itu kata hati aku bkn kata akal fikiran aku. Time bengong memang aku akan jadi seseorang yang dikawal oleh nafsu sepenuhnya. Time tak bengong, pasti anda semua salute dengan cara aku berpikir. Cewah.

Kesimpulannya, boleh tak jangan tanya aku macam-macam bila aku macam nak makan orang. Jangan tanya itu ini bile aku jawab macam nak tak nak. Yang penting, jangan mintak pendapat aku kalau aku tengah mengong.

Sebabnya, aku akan tetap berikan pendapat aku cume takut korang tak boleh nak terima. Yang paling aku takot aku menyesal kalau pendapat itu diterima pakai. Oh tidak..!!

Nota Lutut : Aku perlukan pembantu untuk siapkan kerja aku. Please advise.

Dari AKU,

Monday, May 17, 2010

GHERAM..


Betapa aku geram dengan perangai manusia yang suke melawak tak kena tempat nih. Agak-agak lah kalau nak bercakap tu. Soal mati hidup seseorang pun nak dimainkan. Choi sangat.!!

Esok, lusa sapa kan tahu naseb masing-masing..!!

Dari AKU,

Wednesday, December 2, 2009

Pe'el MANUSIA..?

salam..

Time ni peot aku lapa sangat..teringat kat nasi n lauk ayam paprik yg aku masak pagi tadi seblum g keje..kerane paprik aku sampai opis kul 10..heee...tp kerane kelembapan ketapi pun ye gak..aku da malas nak komen pasal ketapi ni da..mmg suck all the time..!!!

"mane g..? LONDON ke..? " mak ai..uncle nih..jauh imagine die di atas kehilangan aku selame seminggu lebih..aku maleh nak naik tren..aku bwk kete g keje..ade yg rindu nampaknyer..ngeh ngeh...

Aku sebenarnye bosan..ade keje nak buat..tp malas sgt nak buat..nape malas..sebab aku tak bape sehat kot...

Huh...tp aku kdg2 kelaka la tgk perangai manusia nih..perangai aku biarlah org lain menilai kan..Aku pelik ade org yg batak kelabit..? mcm ko sorang je ade kemudahan cam tu..mcm ko sorg je ade duit..beli itu ini sume nak kecoh..even spender baru pun...sume nak bising..wey...diam2 sudah laa..tak kan sume bende ko nak citer..rileks la..ari ni nasib ko bagus..esok luse ko tak tau...hehehe..lalalalalala....hohohoooooo...emosi ke aku..? lantak laa...

Penyebuk..? ni lagi satu kelompok manusia yg aku anti sgt2..sebuk je nak tau hal org itu ini...kenape? bagaimane..? bile..? ape die..? nape pulak..? rase nak tampau2 jek..bende yg patut tanye tak lak ko tanyer...kang aku tanye...
ko bile nak MATI..? nangeh plak ko nanti...hahhaha

tolong laa manusia..termasuk aku..
jgn laa buat perkare yg menjengkel kan tuk aku tgk...
tuk aku jadikan bahan dikale berbual bersame ahli majlis 'tingkap'..
tuk aku jadikan gosip bile balik umah..

walaupun tu silap sendri..
tp ko tetap salah jugak..
hahahahaha....


(setengah jam lagi yer...tunggu...LAPA!!!!)

Monday, October 26, 2009

SEDIH..!!


bukan mengeluh...
bukan meminta..
bukan merintih..

tapi seronoknye kalau ade org yg nak dgr nak share ape aku rase sekrang..
i feel DOWN...!!!!!!!

Tuesday, August 25, 2009

Betolnyer PAKEJ..!

salam..

Alhamdullillah, da masuk 4 hari umat islam berpuase..tp aku? semlm aku period..patut aa aku sakit kepale yang amat..sampai kuar2 air mate..badan sakit2..pinggang sakit2..perot tak yah citer laa..tu mmg wajib sakit..!!!

susah sangat ke nak paham ape aku rase skrg..??

bagi org perempuan mmg paham rasenyer tu pun pada mereka yg pe'el periodnye mcm aku!! bagi org lelaki? alasan semate katenyer...dieorg tak rase ye dak..tak ngape lah..aku pun da bosan nak explain..tah2 org pun da bosan nak tau..huh!!

nasib bos takde seminggu nih..!!

Anonymous said...
---> kat bawah ni lirik lagu ke? sape2 leh kompemkan tak..!

Maaf, ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia - siakan hidupku,
dan kubawa kau s’perti diriku
Walau hati ini t’rus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi ku lakukan semua demi cinta
Akhirnya juga harus ku relakan kehilangan cinta sejatiku
Segalanya t’lah ku berikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku t’rima semua demi cinta

Jujur, aku tak kuasa, saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi, kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Ijinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..