Tuesday, November 29, 2011

Menara Tinjau - Ampang

Aku dah lama nak pergi tempat ni. Aku pernah cakap dekat alang n eca, if I get job one day, aku nak bawak depa pergi makan kat sana. Aku belanja. Dan syukur Alhamdulillah, tak sampai seminggu aku cakap macam tu, aku dapat kerja. Gaji pertama takde kesempatan lagi nak blanje. Dan dapat je gaji kedua, aku dengan bangga ajak dieorang pergi. Dan secara kebetulan adik aku yang bongsu balik atas urusan mengedik kat Putrajaya.

Overall tempat ini ok.

Kalau rase nak cuci mata tengok seluruh KeyEll, boleh datang sini. Makan kat sini sedap tapi harga agak mahal dari biasa. Kalau korang dapat makan chiken chop 9.90 je kat sini harganya cecah 15.90. Tapi puas hati la. Seronok aku tengok yeyen happy and tak banyak ragam. Tak nangis pun even mummy n daddy die tak ikot sama. Ikut plan nak datang awal. Nak pergi petang. Tapi macam biasalah, aku rancang je tapi benda lain gak yang jadi. So, dengan jayanya aku dan rombongan gerak lepas magrib. Sampai sana je dah pukul 9 lebih. Dah gelap gelita. Tapi tetap best. Sila layan gambar di bawah untuk kepuasan yang lebih lagi.












p/s : nak pergi lagi.


Dari AKU,

Tuesday, November 22, 2011

Suspen Bagai Nak DEMAN



Rasa nak deman. Jantung macam nak gugur. Hati berdebar-debar. Tak tahu macam mana nak imagine macam mana aku punye suspen masa tengok bola malam tadi. Lagi-lagi bile Indon dah leading 1 gol.Mampuslah. Baru 5 minit dah masuk sebijik. Tapi berkat kesungguhan adik-adik manis kita beraksi, akhirnye kita berjaya juga menang melalui penentuan panalti 4-3. Cayalah!!

Selaku rakyat Malaysia aku bangga dengan kegemilangan bola yang semakin meningkat. Tahniah. Syukur Alhamdulillah.


p/s: wahai BONAI, ape masalah kau dok goncang jaring tu tiap kali team kau dapat free kick. Kelakar je aku tengok.



Dari AKU,

Wednesday, November 16, 2011

Rabu yang Mendamaikan


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Mak bagitahu aku nampak happy bila balik kerja. Ayah pun cakap macam tu. Aku sendiri tak pernah pulak perasan. Tapi jujurnya aku memang happy sangat. Sampai sekarang aku tak lagi rasa malas nak pergi kerja. Alhamdulillah.

Balik kerja mak dah siap masak. Tinggal makan jer. Aku pun dah lama tak timbang berat. Harus sudah bertambah. Takpe, makan selagi mampu untuk makan.

Ok done. Lenkali sambung menceceh.


Sharing :
Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah. Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.



Dari AKU,

Thursday, November 10, 2011

Wordless Thursday

Nak menaip tapi semua yang aku nak muatkan tak dibawak.

Dari AKU,

Lelaki dan Wanita itu



Lelaki..

Bilamana ada insan yang menyayangimu..
Jangan kau ambil kesempatan atas kasih sayangnya..

Wanita..
Bilamana kau punya rasa sayang pada insan..
Jangan kau biar dia mempergunakan kesempatan yang ada..

Lelaki..
Bilamana ada insan menyayangimu..
Jangan kau perlakukan dia seperti hamba..
Seolah - olah dia tidak ketahui apa sebenarnya yang kau rasa..

Wanita..
Bilamana kau punya rasa sayang pada insan..
Jangan kau biar rasa sayang itu melebihi rasa cintamu pada Allah..
Hingga kau sanggup diperlakukan oleh dia yang entah siapa..

Lelaki..
Bilamana ada insan yang menyayangimu..
Jangan kau biar hatinya terluka kerana tingkahmu bersama yang lain..

Wanita..
Bilamana kau menyayangi seseorang..
Jangan sampai emosi mu melebihi rasa kasih dan sayang pada Allah...

Lelaki..
Bilamana ada insan yang ikhlas menyayangimu..
Ketahuilah..
Dia pasti akan memastikan kebahagiaan terpancar di wajahmu..
Biarpun dalam dirinya terselit kedukaan..
Takkan pernah sekali dia pamerkan..
Walau terkadang di ulit kemarahan..

Wanita..
Bilamana ada insan yang ikhlas menyayangimu..
Ketahuilah..
Dia pasti akan berlaku jujur denganmu..
Biarpun kejujuran itu melukakan jiwamu..
Walau dia tahu kau pasti akan pergi meninggalkan dia..
Asal saja dia tidak berpura - pura dalam mengenali dirimu..

Wahai Lelaki..
Engkau pemimpin..
Pimpinilah wanita yang engkau kenali..
Bukankah wanita perlu dilontar dengan lembut..
Jangan pula kau tambah merosakkan dia..
Didiklah dia dengan kebenaran..
Bukan sekadar kiasan dan hiasan..
Yang bisa menghancurkan dirinya..
Boleh jadi dia lelah dalam ujianmu..

Wahai wanita..
Engkau terlalu berharga..
Jangan kau menanti sesuatu yang tidak pasti..
Jangan kau berharap pada yang belum kau ketahui..
Jangan kau menghambakan diri dengan penuh setia..
Pada seseorang yang belum pasti menjadi pendampingmu..
Kelak kau yang akan merana..
Jangan kau tangisi mereka yang bukan lagi sesiapa bagi dirimu..
Kerana harga dirimu terlalu tinggi..

Wahai sekalian..
Fahami dan ketahuilah..
Terkadang apa yang dilakukan bukanlah apa yang dipinta untuk kepentingan diri..

Wahai sekalian..
Jika kau benar dengan dirinya..
Maka kau temuilah walinya..
Mintalah izin dari mereka..
Agar kau mampu menjadi yang halal bagi dirinya..
Bukan sekadar bermain kata..
Menabur janji yang mungkin tersia..

Wahai sekalian..
Jika kau benar dengan dirinya..
Terimalah ketidaksempurnaan dirinya..
Bukan sekadar melihat kesempurnaannya..
Jika kau benar dengan dirinya..
Bimbinglah dia ke jalanNya..
Bukan sekadar hadir tika sukanya..
Dan pergi bila datang dukanya..
Jangan kau biar dia terkapai - kapai..
Agar kau tak sesal..
Bila melihat dia pergi di depan mata..
Sedang memang kau tahu..
Dialah yang benar untuk kalian..
Jangan kau sesal..
Bila melihatnya di depan mata..
Dan kau tak mampu untuk berada disebelahnya..

Sebaik - baik cinta adalah cinta Allah.. Bila kau ikhlas mencintai Allah, nescaya Dia akan melabuhkan cintamu pada yang benar - benar cinta akan Nya.. Dan bila kau sudah mendapatkannya, jagalah ia sebaik dan semampunya agar kau tidak tunduk pada nafsu dan cinta manusia.. Kerana semulia - mulia penghambaan hanyalah di hadapan Allah SWT..


p/s : Aku percaya masih ada lagi lelaki dan wanita yang berakhlak mulia. InsyaAllah.

Dari AKU,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..