Wednesday, February 27, 2013

Pulau Langkawi - Part 2

Salam..

Dah sekian lama, baru nak update yang part 2 plak. Macam korang baca. Tak baca pun takpa hokey. Sekadar menulis untuk kenangan hari tua. Sok boleh tunjuk kat anak cucu. Ginilah nenek masa muda-muda dulu. Cantekkan. Huh!

Kesinambungan part 2. Tak banyak pon nak update. Hari kedua yang seharian berjalan. Dari pagi ke petang sampai lak ke malam. Walaupun frust tak dapat naik cable car tapi we all repeat naik keesokkan harinya. So, buat mereka yang nak mai sini, jangan datang hari Rabu ye. Dieorang buat maintenace servis. Tengahari baru bukak. Silap haribulan langsung tak bukak.

So, kiteorang mai balik hari ketiga. Pengalaman naik cable car. Ermm, macam mane nak cakap eh. Ini kali kedua aku naik. Sejujurnya aku memang jenis gayat. So, memang kejung la dalam tu. Mak tak payah ceritalah. Dah takde darah kat muka. Menjerit tak ingat dah dia. Bila sampai atas masing-masing enjoy. Bes gile.


Ok. Kalau pergi Langkawi tak sah kalau tak pergi beli cokelat. Korang kena pergi gak Makan Mahsuri, beli minyak gamat, Padang Matsirat dan Underworld Water. We all tak masuk Tengok ikan sebab ramai yang update dah takde apa kat dalam tu. Ikan dah banyak mati.

So, apa yang aku boleh cakap. We all happy sangat. Tak sabar plak pergi untuk next trip.

Rumusan terakhir,

Sewa innova auto RM250 untuk 3 hari 2 malam
Motel dekat AB Motel mengadap laut. Family room boleh muat empat orang RM120 satu malam.
Minyak selama 3 hari RM70- Terlebih isi.
Tiket flight return RM79

Pesanan terakhir, marilah bercuti ke Langkawi.



Dari AKU,

Thursday, February 14, 2013

Pulau Langkawi Part 1

Mood tengah baik. Bos tengah takde. Dan aku tengah malas. Hari ni hari memperingati kekasih katenyer. Puih. Tak payah nak valentine-valentine sangatlah. Karut carut marut je semua tuh. Dari suke-suke jadi ke romen-romen. Hehe.

Ok. Aku nak update pasal aku pergi bercuti ke Langkawi. Bes sangat. Macam orang-orang mude kate bes giler wey. Wallawey. Macam tu la perasaan aku yang baru balik bercuti ni. Kang ada lak yang kata Langkawi pon nak kecoh. Tapi suke hati aku lah kan. Huhuhu.

Tempat tiket dah lama. Almost dah hampir setahun booked. Ape-ape pun alhamdulillah we all selamat pergi dan selamat balik.

Ahli rombongan macam biasa. Alang and family. Adik and wife. Aku, mak dan Rayyan. Last aku pergi sini tahun 2008. Langkawi tak banyak berubah. Masih sama macam dulu. We all gerak pagi sampai pon pagi. 45 minit je pon. Rayyan pon tak sempat nak takut lama-lama. Gile takut die naik aeroplane. No no no. Itulah jeritan batin die sepanjang masuk tu. Nak car. Nak car. Kacau budak nih.

Tempat tido memang dah booked. Macam biase memang pilih kat Pantai Cenang. Kereta amik dekat airport je. Pada aku murah. 3 hari 2 malam just rm250. Kereta best lak tu. Innova auto lagi.

Hari pertama sampai takat pusing-pusing pantai je. Petang mandi pantai. Malam jalan-jalan kat pantai. Senang cerita semua pantai. Esoknye baru nak mengila jalan. So, aku stop sini dulu. Layan je la gambar ye.




Da. Akan bersambung bile ada masa nanti.

Dari AKU,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..