Monday, June 28, 2010

PELANGI SENJA

Masa kecik-kecik dulu selalu gak aku nampak pelangi. Orang tua-tua kata, jangan tunjuk pelangi dengan 'jari telunjuk'. Sebab apa eh? Aku pun dah lupa sebab apa. Tak pernah amik kisah pun. Tapi sejak aku nampak pelangi senja minggu lepas, aku mula terpikirkan pantang larang tu.

Fuh, lamanya tak tengok pelangi. Lama sangat-sangat.
Indahnya ciptaan tuhan. Subhanaullah. Tibe-tibe teringat lagu 'pelangi petang' yang aku suke tu.


Kat atas tu gambar yang aku amik menggunakan kamera henpon yang rendah mega pixelnya. Hehehe..Naseb baik nampak jugak ghuper pelanginya. Korang nampak tak? Kalau tak nampak tu, cepat-cepat pergi buat spek mate. Dah rabun namanya tu.

Akhir kate...
Kadangkala Allah hilangkan mentari..
Kemudian, dia datangkan pula guruh..
Puaslah kita menangis, mana pergi matahari kita..
Rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI yang INDAH...

Lagi sekali akhir kata..
Lambat sikit pun tak pe, insyaAllah ade nikmat yang teragung nanti. Teruskan berdoa dan berdoa..AMIN..


Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com

Friday, June 25, 2010

Perjalanan MISTIK - Part 2

Alhamdulillah, dah takde gangguan mistik sejak akhir-akhir ini. Tapi, aku tak berani lagi nak tidor bergelap. Seriau beb. So, entry kali ini aku nak cerita pengalaman tak seberapa aku pada sapa yang sudi nak baca. Tak seram pun. Tapi pada aku yang penakot nih, seramlah jugakkan.

Ade sekali tu, gara-gara cerita Korea aku bantailah mandi lambat. Nak kata lambat sangat tu, takdelah. Tapi, lebih kurang pukul 10 malam jugak lah. Tengah syok2 menyental rambut dengan syampu, aku rase peha macam kena cubit.Pedih lak tu. Ish, laju aku bukak mata.

Ade kesan merah. Bentuk 3 line. Pendek jer. Dapat imagine tak? Nak capture picture tempat sensored plak. Hehe. Sebelah garis tiga macam kena cakar tu pulak, ade kesam lebam.Ala-ala love bites gitu. Tu pun, baru je 2 hari lebam tu hilang. Main gigit-gigit lak die yer.

Percaya tak aku kata yang mereka ni juga bernafsu. Tu sebab orang tua selalu pesan jangan mandi malam-malam, kalau pun nak mandi jangan tak pakai apa-apa. Ingat tu..!! Depa ada napsuuu...

Stop jap pasal tu. Aku nak cerita kisah dua minggu lepas. Lebih kurang kul 11.30 malam, baru aku sampai umah, pergi shoping kat Tesco. Memang mata dah mengantuk sangat-sangat. Baru nak baring, aku dengar bunyi bising gegiler kat atas bumbung. Pastu, bunyi orang main-main selak pintu. Jap pasang jap bukak. Ish rimasnye lah. Gile gagah aku bangun, intai pergi tengok kat luar.

Bila intai, suasana sunyinye masa tu. Semua dah masuk tido. Aku pelik. Mane datangnye bunyi tu. Lagi satu, budak-budak ni tido mati ke sampai tak dengar apa-apa. Ah, lantak malas aku nak pikir. Tapi tiap kali aku nak pejam mata, bunyi bising tu datang balik. Kali ni betol2 depan pintu bilik aku. Ya Allah, aku pelik sangat napa budak-budak lain diam je. Tak dengar ke buat-buat tak dengar. Sebab bunyi dia kuat sangat. Baik dari atas bumbung mahupun dalam rumah.

Aku jeling jam dah pukul 12.15 pagi. Aku mengantuk sangat. Esok, aku kena bangun awal. Dalam hati aku baca macam-macam. Aku zikir menyebut kalimah Allah.

" Pergilah, jangan kacau aku. Aku nak tidur. " Sampai macam tu aku merayu. Alhamdulillah, bunyi tu diam. Aku pun tido.

Esoknya, lepas balik keja aku tanya budak-budak umah. Aku memang konfiden dieorg dengar sebab kuat sangat bunyinya.

"Tak dengar apa-apa pun! " aku dah seriau. Maknenya aku je lah yang dengar. Aku baru teringat, balik semalam aku tak basuh kaki. Aku lupa nak amik air semayang macam biasa. Aku terlalu mengantuk. Mane lah tahu ade benda yang mengikut aku sampai balik umah.

Paling fobia sekarang, aku takut sangat nak juntai tangan bila tidor. Itu memang habit aku. Tapi, sejak tangan aku ditarik oleh sesuatu yang aku sendiri tak tahu ape bendenya, aku jadi takut. Tah mana datang keberanian, aku intai bawah katil. Tapi takde apa.

p/s : aku memang penakot. ade masa berani ala-ala tindakan reflects gitu. heheee

Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Thursday, June 24, 2010

Wanita cantik lagi KUAT MENIPU

Semalam on the way pergi keje aku dengar radio. Lepas tu, ada sorang caller ni - lelaki, die cakap ade pepatah cina kata prempuan cantek lagi kuat menipu. Ape lah sinis sangat pepatahnya. Aku macam tak setuju je tapi bukan bermaksud aku nak kata aku ni cantek. Hahahaha..

Tapi, jangan cepat sentap la jugak kan. Sebabnya, setiap pepatah yang diciptakan dek manusia kala purba ni ada maksud tersirat. Macam karam sigh walia cakap lah. Terbakar kelambu nampak, terbakar kat dalam hati sapa yang tahu.

Kalau tengok yang tersurat, memang kesian dengan mereka-meraka yang sedia cantek. Cantek ni adalah subjektif. Aku nampak dia cantek, tak tentu ko nampak die cantek. Ah, lantak lah. Dan ape kene mengena la pulak cantik dengan menipu.

Yang perasan cantik tu macam mana pulak?. Dan lepas ni yang rase diri tak cantik tu, mesti suke menjadi yang sedang-sedang saje. Hehehe..

Korang rase lak, ape maksud pepatah tu?.

Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Wednesday, June 23, 2010

Baju Raya dan Jakel

Dah beli baju raya? Tahun ni aku ngan family pakat nak pakai baju kaler cokelat. Biase yang menjadi ketua untuk memilih tema ni, tak lain tak bukan ayah aku lah. So, aku dengan yang lain mengekor jer.

Bila dah ade tema senang sikit nak beli baju. Kalau tak sume kaler aku nampak cantek. Cokelat antara kaler feveret aku.!! So, dengan takde duit dan plan yang TIDAK bersungguh-sungguh, aku dengan alang sempat menjenguk Jakel baru kat Shah Alam. Besar gak..!!



Sekali masuk. Aku dah mule rase mual. Sebab ramai sangat orang kat dalam tu. Pastu masuk-masuk dapat la sales person yang sangat-sangat meluat dan merimaskan. Sakit jiwa. Rase nak maki jer. Aku ngan alang cari point nak lari dari minah nih. Hah. Cari toilet. Naseb baik die tak tunggu depan toilet. Choi la minah tu..!!

So, da lepas sekse, aku ngan alang mule cari baju balik. Baru nak pilih kain ela yang murah, sekali ade announcement dok bagi tahu depa buat jualan runtuh untuk 20 minit sahaja. Sempat ke nak pilih..? Pergh..gile kelakar bila tengok makcik-makcik, akak-akak yang tengah mengendong anak gigih belari ke sana.

Mule aku ngan alang perhati je. Tapi tak boleh jadi nih. Pergi dekat lagi.

Sekali die offer RM150 untuk 3 pasang. Aku dongak tengok rak-rak baju yang depa offer tu. Pergh..memang harga cecah rm 200+ sepasang. Ini betol ke idak nih. Tapi kain die memang cantek. Ada nama kainnya, tapi aku ni buta skit nak tahu jenis kain. Kain cotton aku tahu lah.

Lagipun, aku pun bukan jenis beli kain ela kat tempat yang gempak, yang mahal-mahal. Paling tidak pun aku beli kat nagoya jer. Janji aku boleh bergaya sakan time raya pastu bawak pakai pergi opis.

So, pada sapa-sapa tak pergi beli belah lagi, cepat-cepat pergi nanti takde sape nak jahitkan unless korang beli baju siap.

Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Tuesday, June 22, 2010

Bile emosi mengatasi semuanya

Dunia Facebook memang menabjubkan. Sana-sini orang tahu apa FB. Mula-mula aku kenal FB, aku menyampah nak layan. Gila nampak serabut. Takde apa yang menarik minat aku pun. Dulu, aku pelepak tegar kat friendster. Macam-macam community akaun lagi yang aku ade. MYSpace, Hi-5, Tagged n Twitter. Tapi, aku tak aktip pun kat akaun-akaun tu. Cuma kat FS, siap aku berblog lagi. Tu pun dah jadi tapai basi-sejarah lampau.

Tapi standartlah, tak kenal maka tak cinta orang kata. Aku pernah leka melayan FB tapi masih ditahap tidak membimbangkan. Tu pun, aku layan kat opis time takde kerja. Aku layan macam-macam game - berkebun, layan cafe bagai,buat bangunan. Paling best, aku dapat memadu kasih bersama rakan-rakan yang lama tak jumpa. Dan sekarang aku dah mula rasa BOSAN nak layan..!! Nak muntah.

Tapi, aku kesian tengok manusia yang menjadikan laman FB untuk meroyan. Sikit-sikit meroyan tak pe lagik. Tapi kalau dari status tu orang lain boleh tahu korang laki bini bergaduh - macammane?. Tak bes kan. Hari ni status 'married' esok dan dan jadi 'single'. Biasanya pompuan yang lemah macam aku je yang berperangai macam ni. Takut emosi yang melampau ni akan mengaibkan suami atau boipren masing-masing la pulak.Nanti tak pasal jadi bahan rujukan ahli majlis tingkap..!! Huhuuuu

Tapi jangan tak tahu. Ada jugak yang saja suka-suka nak buat. Jenis takde keja. So, jangan cepat buat andaian. Kadang-kadang aku pun sama. Rase macam nak je lepas kan geram kasi semua org tahu. Bila dah taip, aku risau pulak. Kira, aku pun ade keinginan yang macam itu jugak..!!

Entah lah..ini hanya pendapat aku yang tak seberapa nak pandai lah. Aku tak kate aku ni pandai mengawal emosi. Tapi, aku lebih senang beremosi dengan blog. Rasenya tak pernah lagi aku beremosial tahap gaban yang mengundang spekulasi antara satu sama lain kat laman FB ni. Even aku pernah dihentam teruk satu mase dulu tapi aku tak melawan. Lantak ko lah..!!

Tapi andai ade manusia yang terase dengan pendapat bengong aku nih, aku mintap maap awal-awal. :)

Aku tanya kat kawan aku. Panjang (mungkin nama sebenar). " Napa ko tutup akaun FB?" Jawapan dia, FB menglalaikan aku. Sampaikan lupa nak amik anak dari sekolah katenya. Erm..banyak lagi keburukan FB ni, ade je yang dah cerai berai, kawan jadi musuh. Laki bini ade scandel.

Tapi so far, aku ok je dengan benda alah yang bernama Facebook nih.


Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Monday, June 21, 2010

Perjalanan MISTIK aku..

Tak reti nak cerita macam mana. Aku tahu pengalaman orang lain lagi power dari aku. Power ke tidak itu bukan masalahnya. Dah 2 bulan aku tidor dalam keterangan. Gamaknya, bil eletrik kat umah aku mesti naik skit dari biasa. Tapi nak buat macam mana.

Tiap kali aku tutup lampu, mesti kene gomol. Senang citer kene himpit lah. Seram. Nak baca apa pun, aku dah rase kelam kelibut. Sekali tu, aku sahur. Nak tidor balik lah kununnya lepas solat subuh. Masa tu dah pukul 6.30 pagi pun. So, selamba la aku padam kan lampu. Sekali die himpit jugak. Ya Allah, ngeri sungguh.

Dulu tak pernah aku kena macam nih. Sejak aku duduk sorang-sorang kat bilik tu aku selalu kena. Itu pun kalau aku tidor bergelap. Aku tanya mak. Mak kate tak tampal apa-apa ayat Al-Quran ke dekat pintu bilik.

Itu jam baru aku terpikir. Biasa aku bubuh surah yassin je kat sebelah bantal. Sejak rumah tu dicat baru memang aku tak tampal apa-apa kat dinding umah atau kat mana-mana pintu bilik. Hari tu masa kemas-kemas rumah nak cat punye pasal, semuanya terbuang. Sampai ke sudah aku lupe nak beli lain.

Aku tak tahu rumah tu macam mana. Dah hampir 10 tahun aku duduk situ, memang tak pernah aku kena teruk-teruk ngan bende mistik ni. Even budak-budak lama cerita macam-macam tapi alhamdulillah tak pernah lagi la kena apa-apa.


Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Selamat Hari BAPAK-BAPAK

Selamat Hari Bapak kepada bapak-bapak yang menyambutkannya. Buat ayahanda tercinta, En. Ali Hanafiah dan juga daddy kepada Rayyan, Zafirul Fitri, korang memang bapak yang bes dan macho gitu.

Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com

Thursday, June 17, 2010

Bosan: Antara MMS yang aku dapat minggu ni

AKu tengah kemaruk BOSAN nih. Ingat bercinta je kemaruk. Sekali bosan pun leh jadi kemaruk dan menjengkelkan. Hari ari ni aku puasa. Kalau betol apa yang aku tanda kat kalendar tu, hari ni adalah hari last aku ganti puase. Yahoooo..syioknyer. Alhamdulillah.

Dan tengah-tengah bosan ni, aku nak selit antara mms yang aku dapat minggu ini. Tak banyak tapi ade dua gambar je pun.

Kata pengirim iaitu mummy pada baby ini - Rayyan dengan angkuhnya suap sendiri



Kata pengirim ni pulak - makanan tengahariku yang sudah lewat. Masak sendiri tu..


Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com

Wednesday, June 16, 2010

Bukan Salah Aku.

Aku ni ada masalah sembelit. Susah sangat nak membuang hari-hari. Tension gile. Masalah ini melanda sejak montot aku ni tidak mengenal mangkuk tandas selain dari dia biase nampak. Nak tahu bile? Mase aku mule belajar kat Arau.

Dari hari-hari ke dua hari sekali. Pernah sampai seminggu sekali. Yang tensennya, kalau tak membuang nih, kepala mule lah berdenyut. Perot buncit. Agak-agak mana lah perginya sisa-sisa makanan aku tu kan. Ish, letih nak pikir.

Dan masalah aku ini dah berlarutan sampai sekarang. Tapi, tak lah seteruk dulu. Paling-paling pun selang sehari aku melabur. Tapi bukan senang, aku kena mkn buah tiap-taip hari. Yang menjadi mangse, buah PISANG lah. Pastu, kena minum air putih banyak-banyak.

Agak-agak korang ade petua nak kasi hadam secara naturally, leh kasi petua tak..? Bubuh je kat ruangan komen tu ha..Trime kasih..

(pisang yang sedap)

Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Tuesday, June 15, 2010

Kenangan MALAM tadi..

Semalam aku break fasting dengan makan nasi goreng USA. Niat hati nak makan Chiken Chop. Sekali tutup la pulak stall tu. Aku nye peel malas dah nak pergi tempat lain. So, aku order ape yang rase boleh menyenyangkan perot aku saja. Terima kasih yer pada yang bermurah hati nak belanja aku itu.

Terima kasih jugak sebab bagi aku kek. Dan terima kasih untuk segalanya.

Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

Monday, June 14, 2010

Hari ini : Apa yang ISTIMEWAnya..?

Hari ini genap aku berusia 31 tahun. Begitu jugak dengan mak kesayangan aku dan kembarnya-makteh yang dah 53 tahun. Terel mak aku kan. Hahaha.. Erm..sesungguhnya aku takde apa-apa nak cakap. Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan kebahgiaan aku. Ade masa terluang aku goblogkan nukilan korang.

Dan sesungguhnya aku amat bertuah kerana hari ini juga merupakan tarikh 1 Rejab untuk tahun islam. Bertuahnya aku. Dan aku mengambil kesempatan untuk berpuasa ganti dan sambil-sambil meneguk sedikit pahla puasa sunat awal Rejab.

Alhamdulillah. Aku gembira dengan apa yang Allah dah bagi. Banyak yang aku inginkan sekarang ini. Tapi semua tu amat tersurat yang aku sendiri tak tahu bila. Tapi, aku akan terus berdoa dan berusaha.

Yang pasti, kawan-kawan yang nak kasi hadiah. Aku hanya inginkan TAYAR kereta tau..


Sabda Nabi s.a.w :
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..”


Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com



Sunday, June 13, 2010

Hadiah IDAMAN UTK HARIJADIKU

Pada kawan-kawan yang berniat nak kasi aku hadiah, aku hanya inginkan benda alah kat bawah ni. Tak boleh kasi 4, kasi 2 pun jadilah. Terima Kasih.



Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com

Friday, June 11, 2010

Hanya 7 malam, 10 malam dan 2 pagi

Deman piala dunia bermula. Aktiviti menyepak bola. Samaada bola sepak maupun bola-bola api. Ikut keselesaan bola mane pun korang nak main. Bola poket pun boleh pada yang dah ade lesen. So, pada makcik-makcik, kakak-kakak atau bini-bini yang suaminya atau boiprennyer kaki bola, bertabah lah yer. Hanya sebulan lebih sahaja.

Tapi jangan tertipu kalau mereke berminat nak tengok kat luar. Perhatikan waktu die pergi. Kerana setiap perlawanan hanya ke udara pada waktu 7 malam, 10 malam dan 2 pagi waktu Malaysia. Hehheeee...

Mane la tau, kul 4 pagi baru nak keluar. Alasannya BOLA. Pale hangguk die lah tu..



p/s : macam biasa aku sokong negara ASIA sahaja.

Dari AKU,

http://pijaosix.blogspot.com

Wednesday, June 9, 2010

The LATEST Rayyan - 4 month on 10/06/2010

Semua picture ni di ambil oleh Mummy ZIRA Rayyan semalam..
Esok, Rayyan nak masuk 4 bulan dah..kejap je kan..


( ini mmg aksi feveret dia)

( i see u babeh)

( kene bersungguh sket, baru leh nampak lesung pipitnya)

(pantang diagah)

(Firqan Ar Rayyan)


p/s : Mummy Zira aka kakak Firul aka daddy Rayyan


Dari AKU,

Monday, June 7, 2010

Sepetang di Sungai Gabai, Hulu Langat

Ikotkan aku malas sangat2 nak update blog. Tapi, aku sangap lah pulak tak tahu nak buat aper. Penat tak hilang lagi nih. Ni gara-gara aktiviti terlampau Sabtu hari tu. Even penat tahap double XXL, tapi ENJOY sangat2.

Hutan Lipur Gabai
So, hari Sabtu aritu, ahli majlis yang terdiri dari aku, Rizal, Alang, Cipong, Eca ngan Adik dah berjaya pergi mandi manda kat Sungai Gabai. Ikutkan planing asal nak pergi mendaki kat Bukit Broga. Tapi apakan daya, kami hanya mampu merancang tapi hanya Allah yang menentukan segala..!


Aku pernah pergi sini dulu. Tahun 2007 ngan budak-budak umah dan Yanti. So, ini kali kedua aku datang sini. Kalau nak keenjoyan tahap maksimum, pastikan korang datang awal. Kalau tidak, tempat ni nampak macam semut dah..!

Berbekalkan nasi lemak Pn. Rohana yang sedap, aku dan geng2 rombongan gagahkan panjat tangga-tangga yang mmg menguji kesabaran sungguh. Sampai atas, ayie dah tak terkata. Alang dah mengigil. Aku dan Rizal dah bukak bekal sebab lapar sangat2. Hahaha

Aper2 pun mmg enjoy sangat. Next time repeat balik. Kali ni nak rembat Rayyan lah. Sebelum balik, singgah dulu kat sate Haji Samuri. Pekena beberapa cucuk sate kajang dan minum2 melepaskan penat.!



Dari AKU,

Thursday, June 3, 2010

Terjumpa Ucapan USANG - 27 Tahun / 2006

Tadi masa aku tengah bosan tahap putri-putri di kayangan, aku mengemas meja aku. Berderet lah diari lama termasuk lah diari tahun 2006.

Sedikit coretan kawan-kawan yang aku abadikan dalam diari tahun tersebut.

Happy Besay - Jebat atau Zaidi

Hepi Besday to u. May Allah Bless n all the best - Alin

Sorry lambat cakap. Selamat hari lahir yang ke 27. Dah tidor ke? Sorry ek. Takde adiah, Semoga Panjang umur dan murah rezeki. - Wan

Happy Besday yang ke 27. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Kalau makan kek ingat-ingat la kat org sini sama - Amrizal

Besday ko hari ni ke? Aku tak berapa nak ingat date tapi bulan aku ingat. Anyway, Happy Besday & mudah2an cepat dapat jodoh - Ana Apai

Oit..Tua dah ko hari ni. 27 Tahun..Huhuu - Chekwe

Selamat Hari Lahir yang je 27, Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki - Bonda Tercinta

Selamat Hari jadi..selamat hari jadi..selamat hari jadi PIJA..selamat hari Jadi..I LOVE U - Rizal or Bujal

Hepi Besday - Ainnatul Aziah

Askum, Sory lupa! Nak tido baru teringat. Hepi Besday yang ke 27, moga panjang umur dan murah rezeki, cepat kahwin - Albab

Hepi 27th besday!! Semoga cepat kawin sebelum aku tambah anak sedara untuk ko - Yet

Hepy Besday yang ke 27, moga panjang umur, murah rezeki, cepat-cepat jumpa betol2 yang sesuai leh wat laki. hehe - Zai Kodek

My dear fren..wishing u a very hapy birthday. May this year bring a bundant of luv, joy, health, peace and happiness! Enjoy your day ya..!! - Fazarul Nota Asia

Happy belated birthday! Sori lambat wish, orang dah seminggu kat Terenganu attent office course n gathering. - Ezay

Hi Pija..tak silap aku buffday ko semalam kan.? Kalau betol hepi besday - Yong


Gile rajin aku copy balik dalam diari tu. Punye lah aku sayang tiap2 ucapan yang kawan2 aku bagi. Naseb baik aku tak rakam suara-suara yang wish time tu. Hehehe...

Dari AKU,

Wednesday, June 2, 2010

Nad oh Nad

"jom g sarawak"

Tu lah mms budak giler2 remaja si Nad. Tak sempat nak reply masa tu sebab aku tgh discussion kat OGS. Bace pun dah lewat. Tapi aku paham maksud minah nih. Die ajak aku pegi kenduri kawen dia. Bertuah betol budak nih. Tarikh takde, ape pun takde. Sudahnya, aku lupe sekejap pasal die.

Sabtu 29 Mei, tibe-tibe aku teringatkan budak nih. Yang tensen aku terdelete msg tu. Dahlah nombor die aku tak save. Hantu betol lah. Aku selalu msg gune Maxis. Aduahi Nad, on la maxis ko. Penat aku msg, tapi tak delivered..!!

Gigih nak mampus aku cari no fon die merata-rata sebab nak wish. Nak pergi Sarawak jauh sekali lah kan. Msg kawan-kawan mintak no fon Nad sekor pun tak layan. Mencik aku lah ngan perangai manusia yang payah sangat nak reply fon nih. Bukan takat lambat je tapi sampai ke sudah tak mengreply..

Alahai budak nakal nih. Kawin jugak ko yer. Syukur Alhamdulillah...Dulu, dekat setengah tahun jugak aku sebilik ngan NAD nih. Satu bilik kat umah seksyen 4. Aku tak pernah ade kawan budak Sarawak. She the only one. Kelakar, baik hati, gile-gile dan pangai pun tah apa-apa.

Tiap kali raya, selalu poskan aku kek lapis Sarawak. Hantar kad raya dan pernah datang umah aku kat Seri kembangan dan kenal jugak ngan family aku.

Anyway Nad, Selamat Pengantin Baru..Moge berbahgia sehingga ke akhir hayat. Nasib baik la ko mms aku gambar ko kawen. Tengah malam baru aku dapat. Hehehe.. Laju aku reply, tapi paham2 je lah. Kul 12 malam time tu, langsung tak delivered.

Ko buat ape tu nad sampai tak on henpon..? hihiiii..Aku abadikan gambar kawen die yang die MMS 2 hari lepas..

Rindu banget same ko NAD..!!



Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

IRON MAN 2


Lame tak layan wayang. Hari Sabtu malam hari tu aku sempat jugak tengok. Padahal baru je 4 jam baik dari deman. Bukan apa, dah berjanji punya pasal. Badan tak panas lagi tapi cuma rasa lemau. Hajat nak tengok citer baru Prince of Persia atau Robin Hood. Sekali full lah pulak.

Yang ade pun Iron Man 2. Pukul 11.55 malam lak tu. Belasah jer lah. Dulu masa citer ni mula-mula kuar gigih gak nak pergi tengok. Bile dah basi tahap apam nih memang malas nak layan.

Tapi ok lah jugak citer nih. Lawak dan amat menghiburkan. Aku tengok yang 1st dulu tapi aku lupa dah jalan citernya.

p/s : Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan sedara islam kite supaya selamat dan dilindungi dari kekejaman rejim zionis laknat tu. Amin..

Dari AKU,

Tuesday, June 1, 2010

Selamat HARI LAHIR

Hari ni genap hari lahir yang ke 29 buat alin dan yang ke 25 buat alang. Kebetulan atau mak aku yang terel merancang itu dah kire ketentuan dariNya. Dah dua-dua nak kuar pada tarikh yang sama iaitu 1 JUN cume tahun yang berbeza. Sorang tahun 1981 dan sorang lagi 1985.

Ramai yang kate mereka ni muke nya sama. Tapi kalau tanya aku selaku kakak sulung nih, memang jauh bezanya muke depa nih. Tang mane same pun tak pasti. Tang kerenekan je kot. Hehehe

Anyway, seperti biase yang orang lain biase buat. Aku memang amat mendoakan mereka sentiase bahagia dan dirahmati Allah sentiasa. Harap-harap hubungan kami yang akrab ni akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..

Luv both of u..Muah...!!



Dari AKU,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..