Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011

Selamat tinggal 2010.

Masa terlalu cepat berlalu. Pejam cilik pejam cilik, dah nak masuk tahun baru. Umur pun dah masuk alam senja nan merah. Itulah kitaran hidup. Nak tak nak, kenalah hadap. Kalau tahun berganti tu dapat kembalikan hari muda, aku pun nak.

Pusing balik ke tahun ini, banyak perkara manis yang terpahat kat dalam kepala hotak aku. Antara yang manis adalah kelahiran Firqan Ar-Rayyan pada 10 Feb 2010. Masih bulan yang sama, adik aku alang selamat bertunang dengan Cipong. Dah nak kawin pun minggu depan. Jemput datang tau. Tarikhnya, 9 January 2011.

Memori manis terpahat lagi bile aku berjalan-jalan ke Bukit Merah Laketown . Seronok pergi sini. Memang segar kepala. Takde nak pikir apa-apa dah. Penghujung tahun baru-baru ni aku sempat lagi bercuti. Tak sempat lagi nak cerita kat blog. Nanti lah. Bile dah lama bercuti, macam karat je otak nak mengarang.

Perkara PAHIT untuk tahun ini?
Erm..alhamdulillah, takda yang terlalu pahit untuk diceritakan. Takat dugaan-dugaan kecil tu biase. Sapa yang takde masalah.

Kalau dah masuk tahun baru, benda biase orang akan tanya, apa azam ko kali nih? Dengan bangga aku jawab, tahun ni aku berazam nak masuk keje on time, nak kumpul duit banyak-banyak, nak lebarkan kepak berniaga.

Itu sahaja. Doakan aku. Dan Selamat Datang 2011.

Dari AKU,

Thursday, December 30, 2010

Semuanya Kerana BOLA

Tahniah Rimau MALAYA. Orang lain dah lama buat entry, tapi aku baru nak buat.

Kerana bola, PM dengan baik hatinya menghadiahkan seluruh rakyat malaysia cuti umum. 14 tahun menunggu akhirnya Malaysia berjaya dan menang bergaya. Nak kata bergaya sangat tu, aku tak leh nak komen, sebab aku dah abaikan cara dieorang main malam tadi. Hahaha.

Kerana bola, paper laku hari ni. Boleh sold out tibe-tibe. Tak sangka rakyat Malaysia minat membaca.

Kerana bola, nama penjaga gol yang nampak ensem malam tadi, lagi-lagi tang die tangkap bola panalti tu meletop tibe-tibe. Bukan die je meletop, siap blog awek die diterjah dan trafik blog dia naik tak ingat punya. Dari 100+ folower dah jadi ke 2000+. Cayalah dik. Nak tengok blog awek die. Haa, kelik kat sini laju-laju.

Semuanya kerana BOLA.

Tahniah abg GOPAL. Tahniah buat skuad negara yang masih ditahap pucuk-pucuk muda. I bangga u.

Dari AKU,

Saya KEMBALI

Hai all.

Tak tahu nak mula dari mana. Macam banyak benda nak cerita tapi dah jem pulak nak mule dari mana. Hehehe. Hari ni masuk opis gelap je. Semua tak datang keje. Aku sorang je tau. Besh gak. Leh jenguk kengkawan dan blog walking sampai lebam.

Pada yang datang blog ni masa aku takde, terima kasih. Pada yang komen pun terima kasih. Aku bercuti. Semalam pulak aku MC.

Mari bersiaran.

Dari AKU,

Wednesday, December 29, 2010

Jangan tanya soalan sama BANYAK KALI. Aku bukan BODOH..

-pic dari google-

Aku tak marah. Tapi aku rimas. Rimas dengan soalan-soalan yang dah naik letih aku nak jawab. Kalau lah aku ada kuasa menjenguk ke masa hadapan, dan boleh tahu ape kemungkinan yang aku bakal hadapi, kompem aku bagikan engkau, engkau, kamu dan kamu semua jawapannya. Siap extra jawapan lagi. Dengan kehidupan ko sekali aku scan.

Pakai otaklah kalau nak tanye. Dah tanya, bile aku jawab dengan baik-baik, siap senyuman manis lagi, ko tanya soalan lain pulak. Macam aku ni takde otak pulak nak pikir semua benda-benda tu. Siapa yang tak nak? Siapa? Meh bagi tahu aku. Letih lah beb.

Aku tak amik tahu hal korang. Tapi kenapa lah nak amik tahu pasal aku. Aku bahagia jer dengan kehidupan aku sekarang. Aku bahagia je bile adik-adik aku melangkah bendul aku untuk menjalani kehidupan lain bersama suami masing-masing. Jangan nak buat soalan PERLI dengan aku. Kang kalau aku membalas takot ko tak sanggup nak tegur aku lagi.

Yang penting, aku gembira gile nak terima mereka dalam kehidupan aku.

Jangan kata mereka yang bertanya tu cube mengambil berat. Sebab naluri aku lebih mengatakan mereka hanya cube menyibukkan diri. Ade suami dan anak-anak kan nak jaga. So, boleh tolong jangan kacau aku. Kalau betol takde ape nak buat, pergi kacau orang lain.

Tibe masa, aku jemput. Jangan risau.

Yang pelik dan hairan bin ajaib, nenek aku yang tua pun tak pernah nak sibuk. Makcik-makcik aku yang kepoh sekolah pun takat tingkatan 5 pun tak pernah nak tanye soalan berulang kali. Tapi yang sekolah tinggi-tinggi sampai cucur atap lak nak tanye lebih-lebih.

Seingat aku, setahu aku, sejak aku pandai bercakap, aku tak pernah tanya soalan-soalan yang bukan-bukan apetah lagi berulang kali. Dah kawin ke. Laa, kenapa tak kawin lagi nih? Dah ada baby belom? Berapa gaji ko kat sane? Ko dah beli rumah? Bile ko beli baju baru nih? Anak ko dah besar dah ni, bila nak tambah lagi?

Hampeh..- lama tak sebut perkataan ini. Apa-apa pun, maaf andai bahasa aku nampak sedikit kekurangan ajar. Aku tak maksudkan kamu yang membaca. Terima kasih.


Dari AKU,

Tuesday, December 28, 2010

Sedang Menikmati CUTI

Salam Hari ISNIN..

Pada yang menterjah kat page ni, terima kasih banyak-banyak. Aku tengah menikmati suasana alam yang indah. Agaknya la. Hehehe. Sebab aku tulis ni sebelom aku pergi. Sebelom aku tahu apa yang bakal terjadi.

Ok fine. Aku tengah bercuti. Aku gune auto entry je nih. Biar blog aku ni tak bersawang. Kang ade lak yang rindu. Mesti ade punyer. Tahu dah.

p/s: Nak update azam ni. Azam maal hijrah dah tersemat kat jantung. Azam 2011 belom dipahatkan paru-paru lagi. Tungguuuu..


Dari AKU,

Saturday, December 25, 2010

Selamat Menyambut Hari NATAL

-pic curi dari google-


Selamat Hari NATAL pada yang menyambut. Rasenya, hari ni aku dah selamat pergi shopping dengan member tu (ini entry auto post). Shopping end year sale kekdahnya. Dalam kepala, aku nak beli macam-macam tapi agak terbantut bile aku banyak lagi nak guna duit.

Kenduri dah dekat. Baju sulam-sulam manik upah kompem mahal tu. Tapi dah cakap kat member tu, ko buat bawah RM100 je tau. Huhuhuu..

Ape lah aku merepek nih. Takde kene mengenekan dengan krimas pun. Belasah je lah.


Dari AKU,

Friday, December 24, 2010

Berniaga macam BAGUS

Malam tadi temankan member. Katanya nak beli baju tebal. Tebal mana aku tak pasti lah kan. Janji lepas magrib. So, lepas magrib gak lah aku dah tersiap. Tak suke nak kasi orang tunggu aku lelama.

Jam kul 8.30 malam. Awal lagi kalau nak shopping kat tempat macam nih. Pergi makan dulu lah. Aku kat uptown Shah Alam masa ni. Dah makan, tengok jam dah pukul 9 lebih. Tengok pun, dah 70% kedai-kedai kat situ bukak.

Pusing punye pusing jumpe lah kedai yang majority jual baju tebal. Owner kedai tu aku tengok muke dah la tak ensem pastu kelat. Mule-mule masuk aku dah menyampah.

Member aku tanye " bang, yang ini berapa?"
Kadam die yang kecik tu jawab " RM45 bang"
Bos die yang tak hensem tu lak jawab " salah tu. RM55". Jerit tak ingat. Rasa macam tak respect customer jer.

Aku diam jer. Member aku pun diam jer. Malas nak layan emosi. Pusing lagi kat dalam kedai tu. Yang sebetolnye, bos dengan kadam die tu dalam proses mengantung baju-baju. Kire tak abis lagi. Tapi ko tak boleh layan orang yang masuk kedai ko yang mungkin jugak menjadi salah satu punca rezeki ko hari tu.

Aku dah rasa mamat ni lain macam. Macam nak tak nak je layan. Aku nak beli lah bodoh. Hahaha...

Kali kedua, member aku berminat dekat satu baju ni. Takde tag harga. Dia pun dah malas nak tanya harga. Dia belek-belek jumpa pulak baju yang sama macam tadi. Ada tag harga. Hah, RM48. Dia gamble amik sendiri.

Member aku kata " RM48 kan bang?"
Lagi sekali die menjerit macam gampang " yang tu RM68 "
Kawan aku kata lah. " bukan 48 je ke?"
Die jerit dari dalam " yang tu lain, saya tak letak tanda harga lagi, macam mana pulak boleh jadi 48?"

Bos tak ensem ni memang layan customer macam haram. Aku dah rasa panas hati. Aku tarik member aku tu. Sebelom aku pulak yang cakap bukan-bukan. Orang macam ni jenis tak respect orang. Cakap jerit-jerit. Ape salah engkau datang kat kiteorang dan explain elok-elok.

Dalam kereta member aku menyumpah. Hahaha.

Dari AKU,

Thursday, December 23, 2010

Kisah PMR

Baru nak perasan yang hari ni keputusan PMR keluar. Aku bukan ada adik yang amik pun. Rata-rata yang aku dengar dapat result gile gempak. 5A, 6A, 8A siap 10A pun ada. Dalam kepala hotak aku terpikir, punye mantap kepala hotak budak-budak sekarang.

Mantap macam mane pun jangan bunuh orang ye dik. Budak sekarang ni banyak sangat pandainya. Cinta kene tolak pun ko rodok orang.

Berbelas-belas tahun dulu, aku adalah generasi kedua yang mule ambik PMR mengantikan SRP. Tah berapa subjek pun aku tak ingat. Lapan kot. Aku ni gile main-main masa PMR. Antara pelajar yang diharapkan boleh menaikkan nama sekolah kununnya lah tapi hampeh sudahnya. Hahaha..

Kalau dah pemalas, dan pemadam tu aku jadikan sebagai penentu aku nak tandakan A,B, C atau D dekat kertas jawapan, mana mungkin aku dapat keputusan cemerlang.

Ye, aku hanya mendapat 2A. Cukuplah. Kerana kegagalan PMR aku tersedar. Masa SPM sunguh-sunguh sikit lah dari sebelomnya. Akhirnya aku berjaya mengenggam segulung ijazah. Aduhai ayat, tak boleh nak blah.

Aku dapat masuk UiTM di hatiku. Syukur, alhamdulillah.


Dari AKU,

Baik EMAK

Long, jangan lupe belikan lining baju mak...
Long, jangan lupe carikan mak tudung...
Long, nanti bawak mak pergi tempah baju...
Long...bla bla bla...

Banyak lagi pesanan penaja mak aku kejap tadi. Betol nak bergaya sakan dia nanti. Kalau korang nak tahu dan rasanya ramai yang dah tahu, tak lama lagi adik aku yang no 3 nak kahwin. Tak lama lagi pun, lagi 15 hari je pun.

Amaran keras, jangan ade yang tanya aku bila lagi nak kahwin?

Segala persiapan dah 75% setel. Nanti aku jemput kamu kamu kamu semua secara oficial yer. Hehehe..

-aku dan emak-


Dari AKU,

Wednesday, December 22, 2010

Yes. Surat cuti dah antar

Selamat dah hantar borang cuti. Tengah memikirkan nak menghabiskan cuti 2 hari ni kat mana. Wahai bos, cepat lah masukkan duit gaji. End year sale tengah menganggu emosi aku nih. Nak jugak lah rembat sebarang 2 atau 3 beg bawak balik. Dah lama almari aku tak ade baju baru.

Esok bos aku bercuti. Jumaat pun. Yes, boleh joli katak.

Dari AKU,

Bile sudah jodoh..Duda dan Janda disatukan


Ada je yang sibuk-sibuk kat facebook tanya aku bila aku nak kahwin. Tah berapa kali dia nak tanya. Siap perli-perli lagi. Tak kisah pun apa niat ko, baik atau buruk, aku dah malas nak jawab. I have no idea to talk about it. Lagi-lagi tengah bulan mengambang nih. Hahaha..

Hah...Lupekan..

Yang pasti aku nak cerita pasal kawan aku masa sekolah dulu. Dua-dua ni aku kenal. Yang perempuan satu kampung dengan aku. Memang rapat jugak lah. Yang lelaki anak cikgu kat sekolah aku dulu. Pernah sekelas tapi tak berapa nak rapat.

Dulu mase sekolah, dua orang ni pernah bercinta tapi putus.

Dua-dua bawak haluan dan berkahwin dengan pilihan hati masing-masing. Yang perempuan dapat anak 4 orang. Yang lelaki tak ada anak. Bertahun tak jumpa dan bila bertemu, masing-masing dah bergelar single yang memegang status janda dan duda.

Allah telah menetapkan jodoh mereka. Akhirnya, mereka kembali menyemai kasih dan selamat diijabkabulkan pada 18 Disember 2010. Sorry fren, aku tak dapat datang sebab waktu ko buat tu terlalu pagi.

Iklas dari aku, moge kau berbahgia hingga ke akhir hayat. Buat Faizul, steadylah bro, dapat anak segera, 4 orang lagi. Heheehe....


Dari AKU,

Tuesday, December 21, 2010

Bikin PANAS engkau ye.

Pagi ni liat sangat-sangat nak bangun. Kepala hotak dah set bos aku takde. Perot lak memulas macam mintak ditenyeh-tenyeh dengan iron. Kang melecur pulak kalau nafsu serakah tu aku turutkan. Aku gak yang cacat nanti.

Dalam keadaan lemah longlai, aku gagahkan jugak bangun. Nak iron baju. Bukan iron perot ok. Dalam keadaan aku macam ni, mood aku boleh jadi macam-macam. Aku lebih suke berdiam diri dari aku cakap bukan-bukan yang tak pasal-pasal tahi telinga yang lama dah bertapa kat telinga boleh automatik gugur.

Aku tengah bengang dengan seorang paria nih. Aku dah hantar baju tu 3 minggu lepas lagi. Satu minggu siap katanya. Minggu depan tu aku datang, die kata ahad malam. Ahad malam aku datang, dia kata minggu depan.

Betol berbelit lah ko nih. Masa tu aku mampu lagi tersenyum. Ko pun tersenyum aku tengok. Manis betol. Masa tu, aku takde apa-apa rasa lagi.

Minggu depan tu aku datang - hari Sabtu, ko kata Ahad tengahari. Bila ahad petang aku datang, kau kate Selasa pulak. Woiiiii..........!!!! kap alip ya nga. Betol cibai la ko nih. Boleh ko cakap betol-betol tak bila ko boleh siapkan. Ko ingat aku suke ke nak mengadap kedai ko.

Hari ni aku kasi kata putus. Kalau ko tak boleh siapkan, ko cakap. Kalau ko belum jahit, bak sini balik baju aku. Duit aku dah bayar full.

"kaka..jam 9 siap"Aku pegang cakap kau. Tak siap, aku cakap bahasa urdu nanti. Tunggu..


Kata Hati : Sakit perot nih


Dari AKU,

Monday, December 20, 2010

Sakit KEPALA

Rase kusut sejak kebelakangan ini mengundang sakit kepala yang agak teruk hari ini. Bile aku belek kalendar, tanda-tanda nak period tu akan tiba tak lama lagi. Patotlah jiwa rasa diusik je, hati rase kegelisahan dan keboringan serta jiwa rase tak tenang.

Dari pagi aku mencari sesuatu untuk dijadikan rujukan. Dah dapat dan tindakan susulan pun dah aku buat. Yang mana, hasilnya mampu buat aku tersenyum sendiri.

Tapi..Bukan pinta dipuji, mahupun dihargai tapi hanya sekadar ingin berkongsi. Tapi apa aku dapat? Hanya kata-kata yang merosakkan mood. Dan..Entah mana silapnya, aku dikatekan ego. Sedih....!!

Migrain kian menyerang..Pasrah!!


p/s : Monday Bulus-bulus. Tension

Dari AKU,

Rasakan dan Hadapkan

Itu lah. Dulu terhegeh-hegeh nak kan harta orang. Tanah yang bukan namanya tercatat nama ko pun, sebuk ko nak mintak. Tak tahu malu. Dasar muke tembok nak mampus. Memeras ugut. Membuat kacau bilau. Memaki hamun. Pertalian sedara ko tolak tepi. Janji hati ko puas. Janji kau dapat apa ko nak.

Tapi sekarang, tak sampai beberapa bulan, hidup ko kian melarat. Dihalau dari rumah sendiri yang ko sebuk megahkan tu. Baru kaya sikit hidup nak sombong. Mintak lagi harta orang. Padan muke ko sangat-sangat.

Doa orang teraniaya tu makbul. Ingatkan pembalasannya, diakhirat kelak, tak sangka pembalasan yang ko dapat secepat ini.

Puas hati aku. Dalam hati aku memanjatkan syukur. Alhamdulillah. Allah itu maha adil.

Dari AKU,

Sunday, December 19, 2010

Yang FREE itu INDAH

Sape tak nak barang free? Bontot lah kalau tak nak. Tapi tak semua rajin nak usaha ke arah free tu. Lainlah kalau just tadah tangan, kemudian terus masuk dalam beg atau boleh digunapakai terus. Aku pun malas macam tu gak. Hahaha.

Kalau kita rajin, memang banyak benda free yang kite boleh dapat pun. Macam-macam ada. Tinggal rajin dengan tak jer. Time tu aku rajin. Aku isi segala borang yang ada dan aku dah dapat pun benda-benda tu.

Tadaaa...Ni dia hasil kerajinan aku.


Kata Hati: Nak update entry punye pasal. Pasal benda free pun aku update. Hehehe


Dari AKU,

Saturday, December 18, 2010

Akhirnye..

Malas aku nak ulas pasal cara dieorang main. Memang tak brape nak senangkan hati aku, tapi kejayaan mereka ke Final dah cukup mengembirakan. Syukur alhamdulillah. So, mari kita sama-sama menyerbu stadium nanti.

Bisakah INDON di kalahkan. Waduh2!!!


Dari AKU
,

Frienship Award dr Corey


Cantekkan award nih. Hasil nukilan Aibaks. Tapi yang tolong sampaikan award ni kat aku ialah En. Mamat. Anyway, thanks babeh.

p/s : Rindu kat IPIN. Ikan puyuku yang dah mati

Dari AKU,

Friday, December 17, 2010

Rentetan Karenah JIRAN mangkuk

Salam Jumaat..

Ada kawan yang tanya aku, ape jiran ko dah buat. Meh aku senaraikan. Dan aku alu-alukan untuk sesiapa sahaja yang nak bagi pendapat dan sewaktu dengannya.

Pada yang pernah duduk umah yang aku duduk sekarang seperti Chekwe, Ila, Emy, Ana, Alang, Alin, dan mereka yang tersinggah kat blog aku ni pun boleh bagi cadangan. Sebab ada gak antara korang yang pernah alami. Hahaha...

Senarai yang jiran mangkuk ni dah buat:
  • Dah dua minggu die bubuh tong sampah die depan rumah aku. Depan umah die gile nak cantik, Memang dia ade buat taman kecik siap air terjun bagai. Yang buat kami panas hati bila sampah die makin banyak dan dah over limit. Kucing leh selongkar. Bersepah tu!!
  • Suka-suka hati nenek atok die nak sidai kat 'gate' depan umah. Bukan pagar yang sharing tu yer. Tapi gate!! Yang boleh kepak-kepak kan tu. Paham kan.
  • Parking kereta kat depan umah yang memang takde kene mengena dengan dia. Dah la kiteorang semua pakai kereta. Terpaksa la parking jauh-jauh.
  • Memekak sampai pukul 2 3 pagi. Bertukang kereta lah. Press minyak kereta turbo buruk dia tu. Sangat memekak!!!!
Benda ni dah lame kecuali bab tong sampah tu. Tapi masing-masing tak amik port sebab mase tu semua bergelar pelajar. Tapi bile keadaan makin dibiarkan, makin pijak kepala. Peduli ape aku orang tua pun. Ko tunggu je lah nanti. Hehehee...

Opss!! Ade tambahan, die boleh tanam pokok buluh kat depan umah aku. Dah rendang tak ingat bukan reti nak potong. Hari tu Rizal dah cantas abis, buh minyak hitam. Selamat dah mampus..!!!

Dari AKU,

Thursday, December 16, 2010

Nukilan Malam Hari

Salam..

Aku jarang nak update blog waktu malam-malam. Antara sebab utama tak lain tak bukak aku takde berok band. Hahaha. Kalau ade pun, tahap kelajuannya setanding dengan siput sedot berjalan. Macam haram.

Masih mendiamkan diri di dalam bilik yang dah hampir 10 tahun aku duduki. Masih belom mandi. Hehehe. Jap lagi lah. Sejuk. Tadi sampai umah pun dah pukul 8. Sembahyang Magrib dulu. Perot lak kenyang lagi. Dok melantak nasi goreng ikan masin mase bukak puase tadi.

Ish, tengah sedap-sedap layan tulis blog, dengar lak jiran aku memekak. Jiran yang selalu bikin kami panas. Jiran yang macam haram jadah. Menyusahkan orang. Tak pasal-pasal emosi aku terganggu dek jiran bengong sebelah umah ni. Ah, boleh jalan lah.

Kat satu sudut bilik ni, adik aku-Alang dah membute dengan gaya yang agak seksi. Tak mandi lagi gak tu. Setelah sekian lama aku duduk sorang-sorang kat bilik ni, kali ni dia datang balik. Tu je la keja dia. Kejap ada, kejap takde. Kire aku ada peneman la sekarang. Rezeki orang nak kahwin, dapat kerja kat DEMC.

Post kali ini memang aku merapu meraban. Ok lah semua, aku nak pergi mandi. Harap-harap perot aku tak buncit lah. Huhuhuuuuuuuu

Selamat malam semua. Sat lagi aku mai balik.

Dari AKU,

Ani Sop Utara


Kalau nak cari sup yang sedap, mesti aku terjah restoran ni. Dari dia punye mee sup, mehun sup, kueh teow sup even pun set nasi set yang ade telur masin tu - semua aku suke. Kalau deman pun aku memang akan terjah sini. Sebab aku nak makan bubur dia.

Memang sedap tau. Restoran ni memang dah bersepah sekarang ni. Kat mana-mana dia ada. Paling aku suke sekarang muffin cokelat dan vanila dia. Lembut dan sedapnye lah.

So, semalam aku bukak puasa kat restoran nih. Layan seh.

Dari AKU,

Menang ..Menang..Menang

Hampiri FINAL. Itu kata-kata kat paper KOSMO. Kalau menang, standard la puji kompem melambung. Kalau kalah, caci maki kompem kena. Itu lah realiti mentaliti orang-orang kita. Aku pun kadang-kadang tersasar. Bukan apa, kalah bergaya tak per. Ini tak, kena balun sikit, semangat mulalah goyang. Kemain lagi aku mengomen. Hahahaa..

Ape-apa pun aku happy sangat Malaysia menang. Dengan tak mandinya, aku layan bola. Mana tak, balik je berbuka, sampai umah dah dekat pukul 8. Lepas solat, terus duduk depan tv. Menang 2-0 boleh dikira 50% kaki dah melangkah ke Final.

Tapi, apa-apa pun boleh jadi. BOLA itu kan bulat. Good Luck untuk pasukan Malaysia yang akan ke Vietnam sabtu ni.


Tadaaaa..Itu dia Hero Malaysia katanya..


Dari AKU,

Wednesday, December 15, 2010

Happy BELATED Anniversary to My Parent

Bukan sengaja melewatkan tapi mengambil masa yang agak lama untuk membuat entry special untuk kedua orang tua yang aku panggil mak dan ayah. Pada 10 Dec 2010, usia perkahwinan mak dengan ayah dah mencecah 34 tahun. Alhamdulillah.

Pada mereka yang baru nak kenal-kenal, baru-baru nak beramas mesra dengan aku, aku adalah anak sulung dari 4 orang adik beradik. Leh tengok gambar dekat bawah.



Dan mereka yang baru di dalam keluarga ku adalah FAMILY ANGAH. Die kahwin on April 2008 dan dikurniakan seorang baby boy name Firqan Ar-Rayyan. Now, ade bukak bisnes kecil-kecilan. Boleh tengok kat sini. Pergh, siap promote lagi.



p/s: Love this family so much.


Dari AKU,


Tuesday, December 14, 2010

Puasa Asyura 9 & 10 Muharram

Apa dia Asyura? Asyura adalah tanggal sepuluh bulan Muharram. Untuk maklumat lebih lanjut boleh dapatkan kat sini.



Dari AKU,

Monday, December 13, 2010

ANDA PENIPU


Umur dah bangka tapi still lagi kuat menipu. Semua benda dia nak tipu. Anak dah berderet-deret tapi perangai tak pernah nak berubah. Pelik lah ade manusia macam ni. Bukan orang lain tak perasan cume malas nak amik pusing.

Kesian gak kekadang bile diri tu jadi bahan umpatan di kalangan kawan-kawan. Tapi penyakit cari sendiri. Tak perlu bermegah kalau dah itu takdir yang telah ditentukan. Kenapa perlu sembunyikan realiti?

Kadang-kala orang lain tak tanya pun tapi sendiri yang membuka cerita. Aku sebenarnya macam ni, macam itu. Tengok cara die olah ayat pun dah rase nak gelak. Orang yang banyak memberi alasan ni, peratusan die menipu kadang-kala memang tinggi pun.

Tibe-tibe lak malam ni rase bosan dengan orang yang macam nih. Ingat mase ko sekolah rendah dengan menengah je nak menipu. Ini sampai ke bangka. Berubah lah kawan.

Kata Hati : Jangan kerap menipu yang seterusnya menyebabkan kasih orang akan menjadi kurang pada kita.

Dari AKU,

Pengantin Tahun Baru

Masih cerita basi musim mengawan. Kali ni melibatkan sedara belah ayah. Pandai couple ni amik peluang kawen pada 1 Muharram 1432 Hijrah. Anyway, Selamat Pengantin Baru dan moga berkekalan hingga hujung nyawa. Amin


p/s : Seronok dapat jumpa sedara mara.


Dari AKU,

Friday, December 10, 2010

Hutan Lipur Ulu Bendul

Salam Jumaat.

Kalau tak silap aku lah, bendul ni maksuknye dalam minang keras sikit. Macam bangang gitu. Hahahaha. betol ke idak, aku tak pasti. Abaikan maksud bendul tersebut. Yang sebetolnya, aku berjaya buat singgah petang kat Hutan Lipur Ulu Bendul masa on the way balik dari kenduri kahwin budak umah aku.

Aku pernah pergi sini dulu. Tahun 1999. Jalan pun gile bendul bengkang bengkok. Gile mencabar nak pergi sini - muntah segala siap. So, ini kali kedua aku sampai selepas 10 tahun. Banyak yang dah berubah. Macam-macam gerai ada kat sini. Gerai makan ada. Gerai nak beli serbenior pun ado.

Yang tak best aku tak boleh nak mandi. Dah petang satu hal. Tak bawak baju pun. Tak terpikir pun yang aku akan lalu tempat nih. So, sessi amik gambar je lah.


Tengah-tengah layan keindahan alam leh lak ternampak pasangan bahgia sedang menikmati keindahan alam. Sorry sangat kat kapel tu. Hari tu kiteorang tak sengaja. Sape suruh buat free show. Heheee




Pesanan penaja : Lokasi adalah di Kuala Pilah , Negeri Sembilan



Dari AKU,

10.12.10

Salam siaran dari aku yang tengah kebingungan dok opis sorang-sorang. Rase nak sepak-sepak je dieorang nih. Kalau iye pun cuti, kasi la tahu awal-awal. Sian aku kene melepak sorang-sorang. Tapi takper, hari ni leh cabut awal. Hehehe

Hari ni Yeyen aka Rayyan dah genap berumur 10 bulan. Bertambah-tambah aktif. Yang penting dia sentiase sehat.


p/s : Rayyan adalah anak buah aku.

Dari AKU,

Thursday, December 9, 2010

I'm Free


Selamat sudah kerja-kerja yang nak kata bertimbun, tak jugak tapi benda alah ni rumit. Nak-nak kene edit scale map. Kalau 1 map ok lagi. Kalau dah 30 map, leh benjol kepala otak aku. Alhamdulillah, segalanya selesai. Bos plak takde hari ini. Esok pun die takde. Suke sangat. Hahahaa

Banyak benda nak cerita kat blog kesayangan aku ni. Ape aku buat on 1 Muharram tak goblogkan lagi. Tunggu je la bile kerajinan aku mengatasi segala-galanye.

Kata Hati : Penat


Dari AKU,

BlogLARIAN

Setelkan tag dari EN.Mamat. Ape die blog Larian? Korang boleh jenguk kat sini.

Ada 6 syarat dan Syarat2nya adalah seperti berikut:

1) Kena Bubuh Banner Blog INI - DONE



2) Kena jadi Followers BlogLarian- DONE

3) Cipta Slogan yg Berbunyi
Saya suka berblogwalking kerana kerana saya nak menjenguk mereka-mereka yang rajin nak jenguk saya.

4) Tag 3 org rakan atau
  • Eca
  • Alang
  • Sapa sahaja

5) Beritahu rakan tag anda tentang BlogLarian - DONE
6) Akhir sekali, Masukkan link en3 bersama tajuk blog ke dalam komen blog Pendaftaran BlogLarian untuk buat pendaftaran - DONE


Dari AKU,

Wednesday, December 8, 2010

Sorry


Sorry kengkawan, tak dapat nak menjenguk korang. Trime kasih kerana datang sini. Seriusly, sebok sangat sekarang ni.

Dari AKU,





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..