Thursday, March 10, 2011

Khasiat JINTAN MANIS

Kalau siapa yang baca blog aku semalam mesti tahu apa aku cube nak buat malam tadi. Aku nak buat air ubat dari Jintan Manis. Jangan korang tak tahu. Menjadi gitu, dah ala-ala tabib dah aku malam tadi. Siapa-siapa ada masalah angin yang kronik macam aku boleh cuba.

Sebelum tu, meh aku share sikit khasiat benda alah Jintan Manis.

"Antara khasiat Jintan Manis adalah melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata."

sumber : dari mengedik kat pakcik google

Jintan Manis. Manis bukan?

So sambung balik. Korang tahu kan mana mane rupe Jintan Manis. Biskut @ Ghost Writer kata boleh beli benda ni kat kedai apek. Hehehe. Tak tahu takpe, boleh tanya pakcik google. Sebelum tu, korang jangan risau sebab aku dapat petua ni dari orang yang betol. Dan aku pun dah cuba. Perot memang akan rasa sangat-sangat lega.

Tapi perlu diingatkan yang anda akan terKENTUT macam nak gila. Kalau nak sopan cubelah ekjas ikot SENDAWA. Pilihan di tangan anda. Hahahaha..


Cara nak buat :

  1. Amik satu sudu jintan manis. Gorengkan dalam kuali tanpa minyak. Dah kuning korang padamkan api. Agak-agak lah. Jangan kasi hangus sudah.
  2. Pastu jerang air. Nak senang korang sukat air tu sama dengan 2 botol besar air mineral 1.5 liter.
  3. Bila air tu da berasap. Berasap bukan mendidih!!! Lepas tu baru masukkan jintan yang dah siap kene goreng tadi.
  4. Masukkan secubit garam buat rasa.
  5. Biar sampai air tu masak mendidih baru mati kan api.
  6. Minum secawan sahaja. Dua kali seminggu. Agak-agak tak lalu nak telan, bolehlah tambah air sikit.
  7. Sebelom minum, baca selawat syifa seelok-eloknya. Walahualam...



Sekian, sudah.


p/s : Jom ramai-ramai buang gas dalam perot dengan KENTUT kuat-kuat. Ujang mesti suka. Hehehe...



Dari AKU,

20 comments:

Suara Kalbu said...

Adoiiiiiiiiii.. bau aje dah tak lalu ni Pija. Nak telan apatah lagi

syairahmohdanuar said...

haha.pilihan kentut atau sendawa di tgn sendiri ;D

ghost said...

wah sangat mudah...boleh dipraktikkan nanti..



*tapi tengah fikir,mana nak cari dapur nak masak.huhu

velasrizal said...

wah dh ada tutorial kt sini lak..

http://akudansesuatuz.blogspot.com/2011/03/sinopsis-dan-review-hikayat-merong.html

Qaseh Dalia said...

wah sis dah tunjuk care2 nak membuat ..tapi rasa malas pulak nak masak2 bagai ni haha larikk

AngahSayang2314 said...

ooo macam tue ke?? angah baru tahuu leh yer hehehe

Unknown said...

aku suke khasiat rempah tp x pandai nk amalkan..

Shila said...

err...

cmne nak tau dlm bdn byk angin ek??

Lydia Miza said...

owhhh petua ni lah yg ujang amalkan rupanya,patut hari2 dia kentut sana sini ye pija..tq utk tips ni

Unknown said...

selalu kalau nakj buang angin, sya minum teh halia jer..
confirm lepas tu tak putus1 angin keluar

Miss PIJAOSIX said...

SK -> Bau die mmg agak harum tapi hasilnya memuaskan hati tau...hihi

syairah -> Cube dik..

GW -> senang kan...tapi pastikan ko ade tempat nak letakkan kuali..hihi

Rizal -> Ni petua laa..

Miss PIJAOSIX said...

Qaseh -> Hep..anak dara tak leh malas2...!!

Angah -> Cube jangan tak cube...

Heidi -> Kebanyakkan rempah ratus yang ada mmg ade kebaikannya.

Miss Senget -> Salah satu rase sebu je kat dlm perot..tau ape die SEBU?

Miss PIJAOSIX said...

Lydia -> Hahhaa...Rahsie ujang dah pecah..!!

MH -> itu mmg salah satu...:)

HaN WarreN said...

Hahahah takyah macam jintan manis pun kentut pokcik tahap kronik lalalalala...

No name said...

boleh past petua nie kt mak saya nie.. ehehe

Encik MamaT said...

aku ingatkan kenapa la nak cari si jantan manis tu.. haha

NuSaNa NoSa 91 said...

air ni.. rasanya cam halia x?? hu3~ =.=

rajan said...

terima kasih atas petua ini.
biar kita makan angin tapi jangan simpan angin di perut & badan dan juga jangan naik angin

GadiSGemoKPendek said...

nak try la... dari padi tadi dok dgr org cite pasal jintan manis ni...

Kenari Putih said...

Hihi br 1st time dgr resepi ni.. Rasa dia cemana? Jgn hanyir sudah... Bau dia mentah pon xbrapa nak lalu dah.. Hihi






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..