Thursday, November 25, 2010

Sakit Tekak

Tadi pagi boleh pulak aku membute dengan jayanye lepas Subuh. Tersasar sampai pukul 8.30 pagi. Aku dah tiga minggu batok. Tapi dah beransur. Sekarang ni pulak, die kasi sakit tekak kaw-kaw punye. Faktor cuaca agaknya.

Nak telan air asam jawa dah tak lalu. Termasuk air-air yang sewaktu dengannya.

Malam tadi pergi farmasi. Adik kat farmasi tu kasi ubat gila kuat. Satu papan pun dah harga RM11.20. Die kata dah teruk sakit tu. Suara pun dah lain. Bengkak ni katanye. Aku angguk je. Malas nak tanya banyak-banyak. Tekak sakit la katakan.

Dah setel, aku terus singgah kedai mamak. Teringin lak nak makan meehun goreng. Dah makan, aku sental la ubat tu. Sedap je aku menyoyot sampai ke titisan akhir. Ambik ko, memang power. Dari lidah sampai ke tekak aku rase kebas. Rase kebas macam kene injet ubat pelali sebelum nak cabut gigi tu.

Lama-lama aku rase tekak aku panas. Aku telan air. Tak rasa air. Aku makin rasa tak selesa. Member sebelah dah nampak aku tak selesa. Nape tangan sejuk ni - die tanya. Takot? Aku diam jerk. Sampai ke sudah nak tido pun tak hilang kebas.

Pagi ni, alhamdulillah tekak rasa lega.


p/s : Kalau sakit tekak teruk kata je nak ubat yang kuat. Hehehe


Dari AKU,

7 comments:

Encik MamaT said...

semoga cepat sembuh....

Suara Kalbu said...

Uiksss... batuk lagi ?

Ida pernah kena batuk sampai saluran tekak tu merah dan bila batuk keluar darah. Doktor kata luka dan bengkak kat dalam tu sebab u batuk bersungguh-sungguh sangat. Abis tu takkan nak batuk dengan sopan santun pulak kan kalau dah gatal tekak tahap gaban ?

Pegri klinik banyak kali, minum air asam jawa, minum ubat batuk macam macam dah last last doktor refer dekat Institut Respiratory kat Jalan Pahang tu.

Ambik spesimen kahak pun dia punya proses menunggu, prosdur dari jam 9-4 petang, boleh dia kata datang lagi appointment 2 minggu utk check balik.

Cishhhhhhhhhh...

~ PIJA ~ said...

ida,

org batuk memang sungguh..kadang2 sampai muntah. Tapi nak buat macam mane, dah gitu caranyer..

yang sebetolnye dah tue..hihiii

p/s: ni da beransur..:)

biskut said...

uish..saspen giler aku dengar sakit ko.aku ingat memang nak hilang sora lar Pija.Sib bek dah ok pepagi.risau ada ubat yang tak leh detect sakit kita tapi bagi benda lain plak yg jadik.Have a nice day Pija.

~ PIJA ~ said...

biskut -> aku pun suspen gak mlm tadi..siap member aku kate..jgn takot..tangan aku dah sejuk mase tu, sebab dah rase lidah tah ke mana..gigi tah ke mana..!!!

alhamdulillah pagi ni da rase ok sikit..

HaNTwO said...

ape nama ubat tu?? pokcik pun nak beli gak...

~ PIJA ~ said...

hantwo -> aku lupe laa..nanti balik umah aku tgk tajuk ubat tu...:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..