Monday, July 30, 2012

Sumbat Ikan Cencaru


Dah berapa hari ek kita berpuase?

Serius tak ingat. Tahun ini tak berkesempatan nak buat solat terawih kat surau. Sedikit ralat tapi takperlah. Bukan tak nak pergi tapi adalah sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Tak pergi tak bermakna kat umah tak bolah buat. Tak begitu dek non?

Pagi ni masuk kerja rasa nak nangis. Malas. Mengantuk macam setahun tak tido. Seteres giler. What to do. Nak tak nak harus pergi kerja. Kata nak raya sakan. Mesti la kerja kuat-kuat. Tiba-tiba teringat masa aku try baju kurung memalam buta. Yeyen tegur. 'Ibu nak work?'. Dah malam work apenyer. Hehehe. Pantang nampak aku pakai baju kurung. Work aje.

Pagi-pagi aku dah membebel kat sini. Tujuan aku satu je tadi. Nak abadikan gambar ikan cencaru sumbat aku tu jer. Semalam aku masak. Hahaha. Ingat senang aku nak masak? Tapi walaupun boleh dikira dengan jari aku masak, tapi rasanya not bad ok. Tu pasal kena masak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. Baru menjadi. Huhuhu..

Ok. Menulis sekadar mengambil mood sebelum bekerja. Menulis sekadar menghilangkan rasa ngantok. Semoga berjumpa di entry lain. Selamat beramal.

Nota : Gambar diatas adalah gambar sebenar. Aku yang amik. Itulah die ikan cencaru sumbat aku.

5 comments:

nur said...

tergoda dgn sambal kicap tu boleh?..

RozectLyantie said...

wahhh.. bagusnya, rajin masak sendiri. hehe

GADIS INI said...

cencaru sumbat terbaek.. i loike

Nur Hayati @ nur.. said...

sedapnya cencaru bakar tuu..semalam akak wat daging bakar cicah kicap cam tu gaks :)

Miss PIJAOSIX said...

NUR : tergoda eh..nanti i kirim kicap je kat die. heheee

RozectLyantie : tu laa yg pertama dibulan puase tahun ni. Belom ade yang kedua lagi nih. HEHEEE

GADIS INI : Mau lagi kah? Hahaa

Nur Hayati @ nur : saya tak pandai buat daging goreng kak. selalunye akan hanguss!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..