Monday, September 3, 2012

Check gigi dan sewaktu dengannya

Plan nak check gigi ni dah lama sebenarnya. Lagi-lagi medical checkup ofis aku include sekali untuk gigi. So, rugilah kan kalau tak utilize dengan sepenuhnya. Lagi-lagi bile Rayyan dah 2 malam mengadu sakit gigi. Bile minum je benda sejuk-sejuk mula la dia kate gigi dia sakit.

Alang-alang nak check gigi Rayyan, aku ajak sekali alang,eca dengan mak. Aku dengan alang tampal gigi. Eca just nak check je. Mak plak cabut gigi. Part paling bes bila tengok Rayyan cool gile masa doktor check gigi dia. Serius tak bajet die leh tolerate sebab nak gunting rambut punye la taknak sampai meraung-raung. Inikan pulak nak cungkil gigi dan tampal.

Anyway aku salute kat dokter tu. Lembut je. Die suggest aku baring sekali. Dokter suruh bukak mulot, dia ngangga luas-luas. Doktor korek gigi pun dia diam je. Sampai lah setel tampal gigi dia. Dokter cakap ade lubang kecik-kecik je kat gigi dia. Sebab Rayyan ni memang kuat menyusu. Next time tampal lagi coz kalau buat sekali gus takut die boring.

Kagum dengan Rayyan. Baru je berumur 2 tahun 7 bulan. Pernah baca kat mana tah. Kene biasakan kanak-kanak seawal 2 tahun dengan dentist. Nanti dia akan biasa dan tak takot dah. Secara personal, aku puas hati buat treatment kat sini. Aku buat treatment kat Klinik gigi Qistina. Dekat je denga area rumah aku. Pada aku murah. Tampal gigi baru RM70. Scalling baru RM100. Nanti nak tampal lagi. Hehehe..

Ok guys. Mata aku dah mengantok tahap apatah ni. Sok nak bangun sahur. InsyaAllah.


Pesanan penaja : Sayangilah gigi anda.

Dari AKU,

2 comments:

pakDin said...

mak aihh x murah mane la..
kalau pi klinik kerajaan x smpai RM10..
ade ape2 tips x nak bagi kanak2 x takut ngan dentist? huhu

ieda said...

akk biasa ke klinik kerajaan aje
sakit pun x sakit dahh ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..