Friday, January 13, 2012

Kesakitan 2012

Kesakitan yang dah lama tak rasa. Mula-mula buat cool. Buat biasa. Tapi tak mampu. Terpaksa bagitau kat budak-budak nih.

"Akak sakit perot lah"

Masa tu aku dah rasa nak deman. Tangan dah sejuk. Nak makan pun dah tak lalu. Bertahan sampai kawan-kawan opis aku makan. Dam!! Aku tak mampu nak berdiri. Rasa nak menangis. Tapi tak kan nak nangis depan dieorang pulak.

Lepas makan, Jason offer nak bawak kereta. So, pendekkan cerita, sampai klinik aku terus muntah-muntah. Lagi parah bila doctor tu bagitahu yang aku kena apendik. Mak datok. Panik. Takot. Mengelabah. Rasa nak nangis. Surat cinta suruh aku pergi Hospital Serdang dah kat tangan.

Lagi sekali Jason tolong hantarkan. Terima kasih banyak-banyak.

Hospital Serdang. Tiada pilihan sebab masa tu aku tengah sakit. Apa jenis hospital yang doctor panel tu bagi aku angguk je dari die terus gembira menekan-nekan perot aku yang tengah macam nak putus 100 urat. Sakit sangat.

Tak mampu nak berkata-kata pasal hospital ni. Dah menunggu setengah jam baru nama kena panggil untuk dicek oleh nurse. Amik air kencing. Cek aku deman ke tak. Tanya skala kesakitan aku dari 1 ke 10. Aduh, rasa nak sepak je. Pastu dok tanya aku sakit apa.

Dah terang-terang kat surat tu tulis:
Abdomen pain
Muntah-muntah
Deman –temp aku tinggi
Dan bla bla bla

Lepas nurse check, kene daftar balik untuk jumpe doctor. Ah gile. Dipendekkan lagi cerita, aku sampai kul 2.30 petang. Aku jumpe doctor pukul 4.30 petang. Pukul 5 baru dapat result. Pukul 5.30 aku hanya dapat ubat tapi die bagi aku panadol je.

Doctor kata: Saya TAK PASTI kamu ada apendik atau tidak!!! OMG. So aku balik dengan gembira tak payah kene operate, tak payah kene duduk wad. Tapi yang tak besnya aku kena tanggung sakit tu dalam tempoh yang lama.

p/s: waiting for next check up


Dari AKU,

4 comments:

ghost writer said...

rasa nak demam jangan dibiarkan terus.itulah juga yang aku alami sebelum nih sehinggakan nak tengok skrin lappy pun tak mampu,pening dan muntah2.demam biasa membawa ke demam panas yang teruk.seluruh badan sakit2.dada sakit.ambil masa untuk baik,Pija.

jaga pemakanan paling penting,jangan biarkan selalu masuk angin. :)harap kau sihat.

LadyBird said...

ala.. awk ni... tu la x jaga kesihatan perut..
tengok kan dah sakit..
lain kali makan mknn berkhasiat.. ikut time.. baru x sakit perut.. isk isk isk..

p/s : lady pun same :P..

Myra Jay said...

Mmg sakit hati kan bila doktor tanya kita sakit pe, kalau tak sakit takkan la nak jumpa doktor kan :)


p/s : Kalau sudi vote me on FB ye :)
https://apps.facebook.com/boniavalentine/?share=276694f128094ba57c7.46496071

Miss PIJAOSIX said...

GHOST WRITER : Itu la pasal. Perot ni selalu sangat masuk angin.

LADYBIRD : yes fren. lain kali memang kene hati-hati dijalan raya.

MYRA JAY: Itulah. Tengah sakit-sakit boleh pulak die tanye sakit ape.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..