Friday, March 4, 2011

Mana Korang?

Hari Jumaat yang agak indah bagi aku. Aku takde cerita nak diceritakan. Takde jugak pendapat untuk dikongsikan.

Cuma,

Aku dah lama tak nampak kawan-kawan aku yang dulunya aktif membebel kat blog tapi sekarang ni senyap jerk. Korang pergi mana? Mana ILA? Mana Afzan? Mana Zila? Mana Michi? Mana Corey? Mana Ida? Mana adik-adik aku Angah dan Alang?

Aku tak sebut nama Zai, sebab dia ade membebel dua tiga hari lepas. Pregnant? Mungkin menghalang kau untuk terus mengoblog. Takpe, aku paham. Aku tak sebut nama Chekwe sebab dia dah tak nak menulis. Tak reti katanya atau kau takot kau akan terus meroyan. Hahaha. Jangan marah aku. Kau jugak yang cakap macam tu.

Erm, jomlah bergoblog balik.

Semalam, aku ada dapat bungkusan - kiriman dari seorang blogger. Macam tahu-tahu jer awak yang orang memang tengah mengumpul Freeze Mangnet (FM). Paling best dari London. Bulan sudah, aku dapat benda yang sama jugak. Phuket mari - adik aku bagi. Aku dah banyak mengumpul. Key-chain dah penuh. Dah tak tahu nak bubuh mana. Dan sekarang, FM. Yeah, saper-saper yang pergi melancong dan bercadang nak bagi kat aku, aku alu-alukan tau..!!

Sebelum terlupa, Terima kasih IDA.


(sebahagian tiket wayang yang ada atas meja ofis aku, kat umah banyak lagi)


Nota Hati : Aku memang seorang collector. Antara aku kumpul mug, key chain, freeze mangnet dan yang orang lain payah nak terima bile aku simpan tiket wayang. Hahaha..


Dari AKU,

15 comments:

Ila Zakaria said...

tiket komuter x kumpul ke yayang.... aduhai...bkn x nak bergoblog... tapi... roh rajin belom mari...kena seruuuu dulu ni...jap2...nak perasap kemeyan jap...

~ PIJA ~ said...

tiket komuter ade gak simpan dulu..lame2 jadi sakit hati tgk sebab same je rupenyer..tp kad2 prepaid dulu aku simpan gak..sekali banjir abis daa...skrg takde da kan....

Maya said...

Hi Pija...wah sngat bz ni saya tak sempat nak jengok2 sini...hihi
Pija suka kumpul freez magnet eh, saya pulak suka snow ball..

NuSaNa NoSa 91 said...

jadual padat~~ T_T

Encik MamaT said...

hah michi.. maana dia.. aku tak penah nampak dia.. heh

~ PIJA ~ said...

maya -> yang tu pun cantek kan..

keen -> tau dah..

mamat -> sejak kahwin ni..lagi tgh mabuk peknen..

missSenget said...

resit setiap kali shopping ade simpan x??

xpn slip bank ke??

latifatul ali said...

slam kenal maunya..

Mohamadazhan hjDesa said...

salam

byknya tiket.hehe. lama tak tgk wayang..

ghost writer said...

aku collector 'edisi terhad' filem2..best.ade yang dapat dari kemenangan peraduan di majalah2.

Qaseh dalia adelia said...

qaseh xmo cari ke hik2

AngahSayang2314 said...

la.. angah tak cari ke???..wah hobi baru tue bagus2

~ PIJA ~ said...

latifatul -> salam kenal seh..

azhan -> itu pun sebahagian jerk.

GW -> edisi terhad? contohnye....?

Qaseh -> akak selalu g tempat awak ler..hihii

ghost writer said...

contohnya barangan2 yang mempunyai label nama filem2 lar..biasanya ia tidak dijual tapi diperolehi hasil peraduan2..dan selebihnya saguhati diberikan pada orang tertentu.kebanyakkan hanya untuk pameran.

nur said...

nak FM satu dari Pija boleh?... hehe..
Jemput join GIVEAWAY :ALL IN ONE

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..