Tuesday, January 18, 2011

Rindu LAGI

Soal rindu sukar nak dimergertikan. Kadang-kadang hidup rasa statik jer. Statik dek perjalanan hidup yang rasanya tak pernah berubah. Menjalani hari-hari yang sama. Rindu untuk kembali kepada zaman yang tidak memerlukan aku berpikir ke masa hadapan. Memikirkan segalanya.

Rindu pada zaman yang mana aku hanya menadah tangan pada mak dengan ayah. Mak nak beli buku. Ayah, duit yuran kelas komputer along nak kena bayar dah minggu depan. Meminta tanpa rasa risau dan bersalah.

Rindu pada saat bergembira dek gelodak remaja bersama rakan-rakan sekolah. Gelak, ponteng kelas, membuat bising. Semua dilakukan tanpa rasa jemu dan bosan.

Rindu dan terus merindui. Macam mana sukarnya pun, hidup harus diteruskan.

Dari AKU,

8 comments:

Suara Kalbu said...

Setuju tu Pija.
Difikir-fikir senangnya kita dulu tadah tangan modal air liur je minta dgn mak ayah tapi skrg.. perit jerih kerja semata-mata nak cari rezeki tu terpaksa ditelan. Baru tahu erti susah mereka dulu kan ?

Encik MamaT said...

itu semua biar hanya kenangan.. hidup mesti diteruskan... :>

~ PIJA ~ said...

SK -> mmg sangat2 terase. Baru tau susahnya nak memikirkan itu dan ini bg menampung hidup nan sorang. Belom lagi beramai2...tapi takper, rezeki tu tetap ada asalkan kite berusaha..

En. Mamt -> kenangan yang sgt dirindui..

biskut said...

statik...hurmm..hampir sama jer kita pija.

takde sapa yang dirindui sekarang nih ker...hihi

Aizuddin Hanis said...

samelah kte...miss that momemt

Mata Hati said...

rindu serindu rindunya..
sya tak der sesapa nak rindukan..dan tak tahu nak rindukan kat saper..uhuk uhuk uhuk.. ;p

aibaks said...

rindu tu mmg semua orang rindu pija.. tapi klu rindu wat kita "terbengkalai" tak baik gak.. hati2 dengan rindu..

~ PIJA ~ said...

aibaks-> betol2..rindu ni racun kalau dilayan..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..