Thursday, July 8, 2010

Salam Takziah

"wak atok da meninggal"

Innaniillah wainnailaihirojiiun. Sebetolnye aku betol-betol terperanjat. Tengah main-main msg dengan die jugak sebenarnyer. Sat lagi die reply macam tu. Arwah atok Rizal meninggal lebih kurang pukul 10.30 malam tadi.

Erm..maut menjemput bukan mengira waktu, bila dan dimana. Bila ajal sudah tibe pasti kite akan dijemput oleh pencipta kita. Aku pernah bertemu dengan arwah. Umur dalam 80 tahun lebih. Masih sehat dan sememangnye tak ade sakit apa-apa.

Sampai sekarang, aku tak tahu lagi punca-punca kematiannya. Aperpun, moga rohnya akan dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan mereka yang mulia disisi Allah s.w.t.

Pada yang membaca entry dan terbaca sampai abis, sama-samalah kite sedekahkan al-fatihah buat arwah. Al-Fatihah.


Sedikit Renungan..

Menurut Imam Anas bin Malik bumi ini menyeru manusia setiap hari dengan 10 panggilan:

1. wahai anak cucu adam, kamu berjalan di atasku, ingatlah tempat kembalimu
di dalam perutku.
2. kamu melakukan maksiat dan dosa-dosa di atasku, ingatlah kamu akan
diseksa dalam perutku.
3. kamu bergurau senda di atasku, ingatlah kamu akan menangis dalam
perutku.
4. kamu memakan barang haram di atasku, ingatlah cacing akan memakan kamu
di dalam perutku.
5. kamu bergembira di atasku, ingatlah kamu akan merasa susah dalam perutku.
6. kamu menggunakan barang-barang haram di atasku, ingatlah kamu akan
hancur dalam perutku.
7. kamu bersikap sombong di atasku, ingatlah kamu akan menjadi hina dina
dalam perutku.
8. kamu berjalan dengan bersukaria di atasku, ingatlah kamu akan merasa
kesedihan dalam perutku.
9. kamu berjalan diterangi cahaya di atasku, ingatlah kamu akan kegelapan di
dalam perutku.
10. kamu berada dalam keramaian di atasku, ingatlah kamu akan duduk
bersendirian dalam perutku.

Ketahuilah, setiap hari kubur akan memanggil manusia sebanyak 5 kali:

1. aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Quran.
2. aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam.
3. aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh.
4. aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim” hingga mencucurkan air mata.
5. aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya.

Rasulullah bersabda:
‘Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat’
-riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Al Hakim.

‘Apabila seseorang itu sudah mati, maka diperlihatkan kepadanya tempat dimana ia akan duduk, pada setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia (melihat) syurga, dan apabila ia termasuk ahli neraka, maka ia pun (melihat) neraka’

Sabda nabi lagi: ‘Kemudian dikatakan: ‘inilah tempatmu yang dibangkitkan di Hari Kiamat’. -Riwayat Muslim.

‘Sesungguhnya mati yang kamu ingin lari daripadanya itu ia akan menemui kamu’ - Al Jumuah ayat 8.

Wallahualam.


Firman Allah Taala yang bermaksud :
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )


Dari AKU,

No comments:






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..