Tuesday, May 4, 2010

Mase kat PUTRAJAYA Tadi

Tadi pagi-pagi dalam kul 6.45 pg aku dapat sms dari manager aku. Arahan die ringkas je.

"Pija, bawak keta hari ni, nak g putrajaya amik surat".

Hehe..Die tak tau pun selama ni aku memang bawak kete pergi keja. Yang dia tahu aku naik train. Baik bos. Leh mengular dengan jayanya.

Kul 11 aku dah sampai sana. Tempat yang aku kena pergi nih namanya Bangunan Perdana Putra. Kat sini pulak aku kena pergi tingkat 2 di bahagian keselamatan dan maritim.

( Bangunan Perdana Putra )

Kalau korang nak tahu, kat sini aku telah diperiksa tah keberapa kali. Patutlah, bangunan ni memang dilengkapi sistem keselamatan yang canggih. Pak ngan mak POLIS saja yang ada kat kaunter, depan dan belakang bangunan.

Mula-mula beg kena scan, tinggalkan ic (ini dah biasa), tiap kali nak entry kene punch. Ah, pening aku. Tapi ini laa 1st time aku masuk bangunan kerajaan yang penuh ngan sistem security. Lagipun, pada sape-sape yang takde hal berkaitan dengan dieorang ni,jgn hadap lah nak masuk sini.

Dah setel amik dokumen yang patutnya bos aku yang pemalas tu amik, aku pun beredar dari bangunan yang amat la besau ni. Aper2 pun aku mmg agak kejakunan masuk sini. Hahahaa..Lagipun, aku gerun nengok muke-muke bengis polis yang bersepah kat sini. Nak-nak sejak mereka ni rakus dalam penggunaan senjata api.

Harus berjaga-jaga beb..Silap hari bulan nyawa melayang.

Nota lutut : Aku akan takde mulai esok sampai ujung minggu nih. Minggu depan aku ade balik. Don't worry..

Dari AKU,

3 comments:

CHENTA said...

Tah sape tah nk worry pasal die..

Encik MamaT said...

nasib ko tak kena tembak weh....

~ PIJA ~ said...

kalau aku ditembak..
kompem ko merindui aku seadanye kan..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..