Wednesday, April 28, 2010

Siapa IPIN dihatiku..:(

Korang percaya tak akan kemistikan IKAN PUYU..?

Untuk pengetahuan korang, aku dan kawan2 telah disarankan untuk membela ikan puyu di rumah sejak kejadian pecah rumah dulu. Kalau dilihat dari sudut logik akal manusia, mmg tak logik macam mana kiteorg satu umah tak sedar akan kewujudan 'malaun-maluan' nih.

Selamba badak je penyamun tu amik henpon yang duk kat tepi telinga. Sedar2, duit dalam dompet hilang. Cilakenye penyamun, syok korang tengok kiteorg tidoq eh..!!

"korang kene pukau nih..?" kata sarjan yang buat siasatan kat umah kiteorg dulu.

Bukan sekali tapi berkali2. So, atas saranan orang2 tua bahawa ikan puyu boleh mengelakkan ilmu2 pukau dan mistik ni, kami pun telah diberikan dua ekor ikan puyu oleh Firul. Mase mula2 beli, sekor dah mati sebab bergaduh sesame sendiri. Sama jantina kot. So, tak serasi.

So, bermula laa kehidupan Ipin (nama ikan yang diberikan oleh ALIN). Tiap-tiap pagi Ina selaku mak angkatnye yang rajin memberi makan. Aku dan lain2 bagi sekali sekale jer. Ade masa aku cuci akuriumnyer.
Rase aku dah lebih setahun Ipin bersama kami. Tapi, baru-baru nih Ipin telah pergi meninggalkan kami. Aduhai, sedih sangat..!!!

Aku cerita kat Rizal.
Dia cakap "orang tua kata, kalau kita bela ikan puyu , segala ilmu pukau tak menjadi."

Aku diam je lagi. Tapi cakap2 die yang seterusnye buat aku sentap skit..

" biasa dieorg yang nak pukau2 ni akan tuju kat ikan puyu dulu, bagi ikan tu mati ..so, next time boleh la dieorg repeat balik.. mungkin jugak ade org yang berniat tak baik..walahualam"

Adakah Ipin mati sebab dah ajal atau sebab dibunuh..!! Kene siasat nih..Ishhhh... Aku dah cuak nih. Adalagi ke cubaan dari penyamun tarbus ni nak membuat cubaan pukau atau khianat kat umah tu lagi. Udah2 laa tu. Cukup-cukup lah duit aku, henpon kawan2 aku korang rembat.

Kalau korang nak tau, sejak Ipin bersama kami, memang takde dah org cuba nak pecah masuk. Kalau tak tu, ade je siling yang pecah. Erm..susah nak percaya apa agaknye keistimewaan ikan nih.
Kang pecaya sangat, dianggap tahyul dan syirik plak.

Mungkinkah amalan pukau ni dah termaktub ikan puyu adalah musuh utama dieorg..?????


( wajah sebenar ikan puyu )

Fakta mengenai ikan puyu.(aku dapat dari sumber internet) :
  • Tidak pernah tidur atau tertidur walaupun hanya untuk beberapa saat dan inilah yang membezakan ikan puyu dengan ikan yang lain.
  • Suka bersendirian dan tidak mahu berkongsi tempat dengan ikan yang lain walaupun sama spesis dengannya. Betul-betul rasis ikan ini.
  • Jika kita campur juga ikan puyu ini didalam akuarium yang sama dengan ikan yang lain, pasti salah satu diantara keduanya akan mati... memang tidak harmoni langsung ! Patutlah, mati sekor mase mule2 beli dulu..!!

Tambahan sedikit. Berikut adalah beberapa bacaan dari al-Quran yang boleh dijadikan amalan (bacaan harian) bagi mencegah dan merawat sihir sebagaimana yang pernah di syarahkan oleh bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh.

1. Surah al-Baqarah : 255 / Ayat Kursi

: {اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ} [البقرة 255].

2. Surah al-’Araf : 117 hingga 122


{وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ، فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ، فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ، وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ، قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ، رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ} [الأعراف 117-122].

3. Surah Yunus : 79 hingga 82


{وَقَالَ فِرْعَوْنُ ائْتُونِي بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ، فَلَمَّا جَاء السَّحَرَةُ قَالَ لَهُم مُّوسَى أَلْقُواْ مَا أَنتُم مُّلْقُونَ، فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ، وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ} [يونس 79-82].

4. Surah Tha Ha : 65 hingga 70]


{قَالُوا يَا مُوسَى إِمَّا أَن تُلْقِيَ وَإِمَّا أَن نَّكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَلْقَى، قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى، فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مُّوسَى، قُلْنَا لا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الأَعْلَى، وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى، فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى} [طه 65-70].

5. Surah al-Kafirun

{قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ، لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، وَلا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ}.

6. Surah al-Ikhlas

{قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، اللَّهُ الصَّمَدُ، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ}.

7. Surah al-Falaq


{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِن شَرِّ مَا خَلَقَ، وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ}.

8. Surah al-Nas


{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ}.

Petikan : Majmu’ Fataawa Samaahah alSyeikh Abdul Aziz bib Abdullah bin Baaz : Fatwa Aqidah - 2. susunan Dr Abdullah bin Ahmad al-Thayyaar. Riyad : Daar al-Watan, 1995. ms 649.

Nota lutut : Penyapu pun boleh mengelakkan pukau. Letakkan secara terbalik kat depan pintu depan dan belakang umah.

Dari Aku,
http://pijaosix.blogspot.com

5 comments:

Encik MamaT said...

selamat membela ikan... hahaha... apa kata g kat kolam ternakan ikan puyu... beli la byk sikit... kang orang nak santau pon jenuh jugak tu.... tol x.....

~ PIJA ~ said...

ikan jaws leh tak En. Mamat..?
Kalau beli banyak2 kene beli byk2 akurium..tak pun buat kolam..

kang berantakan plak ikan2 nih..!!

~oLick_Ecaa~ said...

la ipin nie ikan igt kn upin ipin mati td..terkejot samat xmyibuk tny td..hehe..umh kite de 3 ekor nk sekor x..ahehe

bek cpt2 bele baru mn tawu de owg niat xbaek nk ceroboh lg ke..

~ PIJA ~ said...

Dik eca..tu la..along takut gak mereka cuba2 mau ceroboh lagi..mmg nak kene BELA sekor nih..!!

Ade bela eh...Meh laa. bak mai sekor..nanti leh namekan die ECA..ngeh ngeh..

~oLick_Ecaa~ said...

ahehe nk ke..ske2 je taw name eca.ltk name iron..ahehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..