Friday, April 23, 2010

Klinik Desa KITO dan TONSIL..!

Dah lama sangat aku tak pergi klinik desa kalau aku sakit. Dulu, ade gak aku amik MC kat klinik-klinik kerajaan nih. Itu pun masa kat kampung dulu. So, di hari Jumaat yang indah ni, aku amik EL.

Kebetulan alang pun deman. Dah seminggu deman tak elok2. Dalam seminggu tu dah 3 kali pergi klinik. Aku mmg dah bising suruh pergi hospital. Alih-alih dia kata klinik desa jer sebabnya spital pun akan tolak kalau suhu tak cecah 40 darjah. Tapi kalau dah 39 darjah, dah tinggi sangat dah tu bagi aku.

Ermm....Rungutan biasa yang aku selalu dok dengar pasal klinik desa or hospital kerajaan nih...

" servis lembab la.."

" orang ramai laa..leceh..nak menunggu punye la lame..!"

" macam tak kompiden je aku tengok dokter tu..!"
" staff sombong..belagak..macam bagus"

Macam-macam lagi la..

Untuk jawapan di atas, kalau ko banyak duit dan dah tak tau nak buat ape ngan duit tu, aku pun galakkan ko pergi klinik swasta ataupun hospital swasta. Duit banyak la katekan. Dan kalau inginkan kepuasan tahap dewa, ape salahnya dapatkan yang terbaik untuk diri sendiri.


Jangan terlalu merungut. Jangan terlalu mengondem. Jangan terlalu 'high taste'. Pada aku ukur baju pada badan sendiri. Pengalaman aku dengan klinik-klinik yang modalnye hanye
RM1 nih, sedikit pun tak mendatangkan masalah. Nak kata puas hati sangat tu takde lah. Tapi cukup lah aku kate ianya memuaskan hati.

Berbalik pada citer alang tadi. Rasanya aku sampai kul 10.15 pagi. Sampai sana, buat pendaftaran, amik darah, jumpe doktor dan kemudian amik ubat. Pukul 11.30 pagi dah setel.

"Tonsil...Very Bad..!" itu kata doktor.

Aku dah agak jugak budak ni kena tonsil mase die tunjuk tekak dia. Aku tengok tekak dia dah bernanah pun. Seriusly geli geleman.

Mari layan rententan rawatan bersama klinik gomen..!!

( only RM1 for registration )

( tengah ready nak amik darah)

( kat sini darah korang akan diuji )

( nampak kat mana alang? tengah tunggu nak masuk bilik doktor )

*******************************************************************

Apa dia tonsil?


Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit.
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan

3. Demam yang kadang2 sangat tinggi

4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.

7. Mulut berbau busuk

8. Berdengkur waktu tidur


( kenali daerah tonsil korang )

kata hati : sayangi diri anda, sayangi tekak anda dan amalkan gaya hidup sehat..Moge cepat sembuh!!

Dari AKU,
http://pijaosix.blogspot.com

No comments:






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..