Friday, February 18, 2011

Sayang, awak dah SETAHUN!! - vol 1

Salam.

Selamat hari lahir sayang. Ibu tak lupa. Ibu ingat. Ibu kan ada kat rumah masa tu. Tapi kesian tengok Yeyen. Dah masuk setahun baru nak merasa selsema. Die meragam. Merengek. Mintak dukung. Kesian dia. Agaknya dia rasa tak selesa. Orang tua pun tak tentu tahan, apatah lagi budak sekecil itu.

Ini adalah kisah Firqan Ar- Rayyan aka Yeyen yang genap setahun pada 10/02/2011. Kalau lah satu hari nanti Yeyen dah pandai baca, ibu nak yeyen baca blog ibu ni. Sebab banyak yang ibu nak tulis pasal dia.

  • Yeyen anak buah sulung, cucu sulung dan cicit sulung pada kami semua. So, memang happy sangat dengan kelahiran dia.
  • Yeyen nak tahu tak? yeyen tak suka hisap botol. Sudahnya, mummy dia tak boleh nak kerja sebab tak sampai hati nak tengok die meraung, menangis.
  • Yeyen tak boleh makan benda-benda gatal. Nanti abis muke yang putih tu bengkak2.
  • Atok kata yeyen buah hati atok. Atok tak leh tengok yeyen nangis.
  • Yeyen tak boleh tengok motor. Mesti jerit2 nak naik. Sudahnya atok bawak die merempit. Aduhai, risau tengok. Laju sangat tu tok...!!
  • Saat ni, yeyen selalu lupa yang dia dah pandai berjalan.
  • Mama selalu ngelat nak basuh berak dia. Mummy dia mmg tak leh nak pegang dia sorang2 sebab dia lasak sangat. Ibu la jadi mangsa. Waaaaaaaaaa..
  • Yeyen suke gigit muka ibu. Geram je. Dengan mama tak nak pulak. Leh lak dia cium-cium.
  • Yeyen kalau nak tidor suke mengamuk dulu. Sudahnya wan dia la jadi mangsa. Bawak die pusing-pusing naik kereta sampai la dia tidur.
  • Yeyen tahu tak? Tak lama lagi awak nak jadi abang?
  • Dari kecik yeyen suke dengar azan. Nak tengok die duduk diam pasang je astro oasis 106. Dia suka dengar orang mengaji. Dengar selawat. Mulut dia pun bising dok ikut sekali. Dah besar sok masuk iman muda eh. Amin
  • Banyak benda lagi yeyen buat. Tapi ibu tak larat nak cerita lah.
Doa ibu, moga dia sehat sentiasa dan jadi anak yang bijak dunia dan akhirat. Hari tu ade buat small party untuk dia. Nak buat iyer2 pun tak guna sebab dia still tak paham lagi. Cukup lah sekadar nak tengok die happy bila ramai orang. Dia mmg suka kalau tengok rumah penuh dek orang.

Dan sekadar kenangan bila dia besar nanti. Selain mummy dengan daddy, uncle chu, mama, ibu, atok dengan wan memang sayang bangat sama dia tau.



Soalan : Kenapa bukan maklong? Sebab aku tak suka. Hehee..


Dari AKU,

7 comments:

AngahSayang2314 said...

hehehe..mana menghilang????

~ PIJA ~ said...

angah -> ade je angah cume lately ni terlalu bz dengan urusan hati dan masalah tak berapa nak sehat..

NuSaNa NoSa 91 said...

knp gmbr tu jelas kt muka je, kak?? tehehehee~ ^_^

~ PIJA ~ said...

keen -> saje tak jelas..sebab omak budak ni tengah landing maut punyee...hihiii

aibaks said...

aku pun nak tanye cam angah gak.. hehe.. walaupun da de jawapan..haha

nur said...

Mesti si Yeyen gelak2 bila baca blog ni nanti..
Jemput ke:ALL IN ONE

~ PIJA ~ said...

Nur -> harap2 blog ni masih wujud tatkala die dah pandai membaca...:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..