Wednesday, August 11, 2010

BF ku sayang

Sebelum aku membebel dengan lebih panjang dan sepanjang-panjang yang mungkin, aku nak stori sket tentang my lovely baby boy Rayyan. Dah selamat dah berumur 6 bulan semalam. Dah setengah tahun melihat pembesaran dia. Moga dia sentiase sehat dan membesar bagai johan.

On 28 Aug ni roadtax kereta kesayangan aku tamat tempoh dah ni. So, as usual kenalah aku renew. Pejam celik pejam celik dah hampir 4 tahun aku menunggang bf kesayangan aku nih. Dan semakin aku mengenali dia, semakin macam-macam karenah dia yang aku nak kena layan.

Baru-baru ni masa aku hantar serbis - sebab nak jalan jauh ke Jitra, cina kedai tu kate absorber aku dah licking. Tayar belakang dah botak. Aku saja suruh cina tu calculate. Dia bagitahu harga sebatang absorber RM165 sebatang. Kire punye kira kalau aku nak ganti ngan tayar sekali jumlah semuanya cecah RM590. Mak ko, pokailah aku. Dahlah awal-awal aritu, hampir RM300 gak melayang, gara-gara tayar kereta jugak.

Aku bagi tahu kat cina tu. Tak pe, aku buat next time. Sebab aku rasa tersangatlah gile babeng mahal herganya.

Cakap-cakap orang yang mungkin nak kasi aku semangat, standet la, kereta kalau dah masuk tahun ke lima macam-macam la nak kene tukar. Ye, saya paham. Oh kereta selaku BF ku, sesungguhnya aku sayang bangat sama kamu. Ada paham?

So, aku mintak tolong Rizal tanyakan kat perodua. Alhamdulillah, kat perodua absorber original baru RM90 sebatang. Pastu, atas nasehat perodua aku tukar tayar kat tempat yang sama. Total baru RM350. Syukur, aku tak buat kat tempat cina tu.

Nasehat aku, aper-aper menatang jadah ko nak tukar baik pikir dua tiga kali. Survey harga dulu. Aku kalau pergi kedai biase, memang depa biasa kate ini nak kene tukar, itu nak kena tukar. Lagi-lagi kalau perempuan yang pergi. Biasanya aku tak layan. Dan aku tak akan tukar time tu. Aku akan holdkan dulu then mintak pendapat org yang lebih arif. Dari aku rugi.

Atau sebaiknya aku pergi perodua untuk mintak nasihat. Sape kate harga Perodua lebih mahal. Baru cerita pasal kereta. Aku banyak cerita tertunggak nih. Nanti lah aku ceritakan.

Bukti kerakusan kereta aku. Dah 70ribu tu millagenya.

Dari AKU,

2 comments:

~ CiK DiMaNa ~ said...

cepat la update blog ko ni.. bnyk hari tak bergossip ngan ko.... ke dah masuk bnyk mggu yek? hehehe... kasi story baekk punya ya... blh aku baca smbil mkn kek kat umah mlm2 ... hehehehe

~ PIJA ~ said...

aku pun tengah tunggu posting blog ko yang baru gak nih. Ape kate ko cerita pasal lampu YM ko yang kelip2 tu..tensionnnnnnnn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Tentang PENULIS

My photo
Menulis sekadar untuk kepuasan diri.. Menulis untuk mengisi masa dan berkongsi cerita.. Menulis apabila tulisan lebih dihargai dari kata-kata... Ape yg aku tulis kat sini.. adalah ape yang aku LALUI.. ape yang aku NAMPAK..So, jangan amik PORT sangat kalau ANDA seorang yang cepat SENTAP..!! SELAMAT MEMBACA..